Sunday 28 December 2008

معالم الوسطية.(sambungan moderat).

Di sini Imam Qaradawi menggariskan 30 maalim atau ciri-ciri khusus serta usul bagi manhaj wasatiyah agar mereka yang berpegang kepada manhaj ini dapat ber jalan di atasnya dengan baik. Kita akan sebutkan satu persatu secara ringkas.
Pertama: memahami Islam secara syumul dengan sifatnya sebagai akidah,syariat,ilmu,amal,ibadat,muamalat,thaqafah,akhlak,kebenaran,kekuatan,dakwah,daulah,agama,dunia,tamadun dan umat.
Komentar: Inilah yang dikatakan sebagai kefahaman Islam yang sebenar,tidak memahamihanya pada sebahagian rukun sahaja. Sebahagian golongan hanya menumpu kepada ibadat dan mereka hanya fikir itulah islam semata-mata tentang kebajikan ilmu dan sebagainya itu tak penting. Ada yang fikir Islam tu dakwah sahaja atau politik sahaja. Dengan kefahaman begini umat islam telah Islam yang jauh daripada kefahaman mereka yang salah. Islam mesti difahami mengikut apa di dalam Al-quran dan sunnah yang sohih. Bukan diambil daripada barat atau timur. Maka perlu memahami Islam ini secara syumul bagi membawa manhaj wasatiyah ini.

Kedua: Beriman dengan Al-Quran dan Sunnah yang sohih sebagai sumber rujukan bagi pensyariatan,pemandu kepada kehidupan Islam,berserta memahami nas-nas juzie di dalam lingkaran maqasid umum.
Komentar: Jadi Imam menggariskan satu usul yang penting iaitu keperluan kita berhukum dengan al-quraan dan sunnah yang sohih bukan yang lemah,sunnah merangkumi percakapan,perbatan dan pengakuan. Kedua-dua sumber ini amat penting bagi umat Islam bagi menjadi pedoman di dalam kehidupan mereka dunia dan akhirat. Kepentingan kembali kepada dua sumber rujukan ini amat penting untuk mengembalikan umat Islam kepada landasan yang benar setelah sekian lama hanyut di dalam kesalahan.
Yang dimaksudkan dengan maqasid umum ialah menjaga agama,nyawa,kehormatan diri,akal dan harta. Jadi difahami nas-nas tertentu berdasarkan kefahaman terhadap maqasid ini. Apa bila Islam mengharamkan dengkin dan pergaduhan,maka ia ingin menjaga maqasid menjaga nyawa,sebab semua itu akanmembawa kepada pembunuhan,maka menutup pintupintu yang boleh menghilangkan nyawa.

No comments: