Saturday 5 December 2009

Isu Tauliyah

Isu Tauliyah

Isu tauliyah telah menjadi perbincangan yang hangat di Selangor, selepas berlaku penangkapan dr Asri. Berlaku pelbagai pendapat tentang kepentingan tauliyah di dalam menyampaikan ceramah agama. Ada yang mengetatkan sehingga nak ceramah nasihat pun kena tauliya, ada yang kata tak perlu.
Perkara- perkara seperti tauliyah ini semuanya ada pro contra kerana ada perkara biasa di dalam perkara-perkara semasa. Tetapi bagi kita yang ingin menyelesaikan masalah ini perlu menyelesaikan secara ilmiyah tidak kepada emosi dan perasaan.
Sebenarnya perkara di dalam memberi nasihat kita berpendapat tidaklah perlu kepada tauliyah secara rasmi daripada kerajaan kerana ia akan meyulitkan penyampaian Islam. Imam Abdullah ibnu Mubarak pernah ditanya, bolehkah kata-kata nasihat di ambil daripada tulisan yang terdapat didinding? Beliau menjawab,”boleh”. Sekiranya ilmu fikh? Beliau menjawab tidak, ia mesti diambil secara talaqqi.
Di sini kita boleh fahami bahawa di dalam perkara yang berkaitan dengan nasihat-nasihat yang di ambil daripada buku-buku yang sahih boleh dinukilkan kepada orang ramai selagi mana ia tidak bercanggah demngan usul Islam. Tetapi adapun fikh dan fatwa perlu diambil daripada ahlinya.
Tauliyah amat penting dalam memberi fatwa sama tauliyah itu diberi daripada pihak kerajaan atau para ulama yang memberi izin keada sesorang. Cuma kita nampak disini kadang-kadang mungkin perlaksanaan memberi tauliyah tidak begitu adil . sekiranya kalau itu ada kelulusan yan tinggi dan ilmu yang diiktiraf oleh sebahagian ahli ilmu, tidaklah berhajat kepada tauliayh kerana menyusahkan penyampaian seseorang, takkanlah bekas mufti macam dr Asri nak kena tauliyah, dia ada ilmu walaupun kadang-kadang kita tidak bersetuju dengan dia tetapi pengiktirafan kepada ilmu dan usaha beliau perlu diberikan.
Janganlah disebabkan dia cenderung kepada salafi kita kata dia sesat ,tak betul dan sebagainya, salafi ka wahabi ka semuanya orang Islam, tidaklah aliran yang sesat, Cuma mungkin tak releven dizaman sekarang ini kerana kadang terlalu menghentam aliran asyairah yang penganutnya hamper 2/3 dunia. Ini tidak betul, kesemua aliran ada kebaikan sehingga muktazilah pun ada pendapat bagus dan boleh dimbil.
Kita melihat ada orang menyesatkan wahabi sampai teruk sangat ini rasanya tidak begitu adil, begitu juga dengan wahabi hentam tasauf hentam aliran ahli kalam teruk sangat. Kenapa tidak husnuzzan dan mengambil faedah daripada aliran kedua-dua ini sekiranya terdapat faedah.
Secara akidahnya,kita memang berminat dengan aliran salafi yang secara umumnya tidak mentakwil dan menyerahkan perkara-perkara mutasyabihat kepada Allah. Kerana ia adalah selamat. Tetapi aliran salafi yang kita cenderung bukan salafi yang dibawa oleh wahabi yang menyatakan secara hakikat tetapi salafi yang dimaksudkan ialah salafi yang dibawa oleh Imam Qaradawi, Imam Mohd Abduh dan sebagainya tanpa kita menyesatkan aliran ahli kalam bahkan kadang 2 kita perlu mentakwil ayat2 mutasyabihat selagi mana masih lingkungan diterima oleh bahasa arab dan akal.
Bahkan mempelajari aliran mutakallimin ini member akal kita cerga dan mampu memahami pembacaan kitab2 lama.

Aliran wasatiyah mengajak kita mengambil kebaikan daripada aliran salafi dan juga aliran ahli kalam kerana kesemuanya datang daripada ulama yang besar, ada yang baik ada yang buruk. Yang pentinmg mesti membuang sifat 2 taasub di daalam diri kita.
Saya juga melihat tauliyah ini satu perkara yang penting dizaman ini Cuma ia perlu diperkemas dan pemberian tauliyah mesti daripada ahli ilmu dan tidak ada kepentingan kerajaan atau badan2 tertentu. Ia perlu diberikan kepada orang layak bercakap mengikut bidang2 masing.


Kita menyeru pelajar-pelajar azhar agar belajar bersungguh-sungguh dan memperkemaska diri dengan displin ilmu, perlu mereka pergi kekuliah dan talaqqi kerana kedua-dua itu adalah pusat menuntut ilmu. Kita hairan mendengar suara2 yang menyatakan university tidaklah sanagt memberi ilmu, Cuma dimasjid sahaja. Yang sedihnya kadang-kadang keluar daripada pelajar university azhar sendiri, yang peliknya pergi juga ambil exam, merendahkan-rendahkan university sendiri, mungkin orang begitu tidak tahu cara berinteraksi dengan ilmu yang ada di university lalu menghentam university azhar, memanglah university azhar ada kelemahan tetapi ia masih mampu member ilmu yang ada kualiti juga. Ilmu saling lengkap melengakapi, university dan masjid saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain. Ada kelebihan di university dan ada kelebihan di masjid. insyAllah kita akan bincangkan isu university azhar dan masjid azhar secara khas pada ruang akan datang. waAllah A’lam.

Tuesday 1 December 2009

Kepulangan Yang Hampir(Part 4)

Pada awal tahun 2007, satu peristiwa yang bernilai dan berharga di mana aku berjumpa dengan seorang yang terkenal Dr Muhammad Zuhaili di hotel simiramis dekat qurnish. Guruku Dr Saadudin Hilali(insyallah aku akan bercerita kisah beliau nanti) memberitahu bahawa ada ijtimak di hotel simiramis, aku minta nak ikuti sekali. Beliau kata boleh.
Pada awal pagi aku pun pergi ke hotel simiramis dengan harapan juga bertemu Imam Qaradawi sebab di internet memberitahu bahawa Imam akan datang. Setelah sampai di hotel, aku pun pergi ke dewan perasmian musyuarat zakat bagi negara Kuwait yang dihadiri oleh ulama2 besar. Majlis ini dirasmi oleh Dr Hamdi Zarzuq, menteri waqaf Mesir dan juga dihadiri oleh mufti Mesir.
Majlis ini di hadiri oeh ulama besar seperti Dr Wahbah Zuhaili,Dr Ramadan Al-buti,Dr Ali Qurrah Daghi,Dr Syarif, Dr Sulaiman Asyqar dan sebagainya.Bila sampai di dalam dewan, aku mengambil tempat dibelakang maklumlah setiap kerusi diletakkan nama khas untuk tetamu,bila aku duduk aku ternampak lelaki dihadapan aku, rupa macam kenal, tetapi aku tengok namanya ada kat kerusi depan sikit, aku pun pergi dekat dekat lelaki itu untuk confirmkan siapa gerangannya, aku memberi salam kepada lalu aku pasti dia adalah Dr Zuhaili, lalu aku mencium tangannya dan bertanya kabar. Dan aku ceritakan aku ikuti ceramah sebulan beliau di Uia pada tahun 2003. Aku bagi tahu aku adik kepada abang aku yangku sanyangi Ammar Fadzil, sebab aku abangku pernah mengajar diuniversiti Syariqah di Emirate selama setahun dan ketika itu Dr Zuhaili menjadi dekan kepada abangku
Aku amat menyintai Dr Zuhaili, dia seorang baik hati,warak,sayang sungguh padanya. Aku memberitahu kepadanya aku menterjemah buku kecilnya, “adab berfatwa”. Dia meminta aku satu nuskah, kemudian daripaitu aku member kepadanya pada perjumpaan lain. Pertama kali aku duduk kat mesir melihat persidangan ulama besar, kagum aku melihat memreka berhujah terutama Dr wahbah yang dianggap pedang di majlis tersebut, pantas berhujjah dan mengkritik.
Kesemua tajuk berkaitan dengan zakat. Dalam majlis ini, dr Qaradawi tak hadap hadir sebab keletihan dan sibuk. Ini diberitahu oleh orang kanan Imam Qaradwi iaitu Dr ali daghi ketika kau bertanya beliau di dalam biliknya. Alhamdulillah dapat satu hadiah kitab daripadanya.
Pada waktu malam hari pertama, aku datang lagi ke mesyuarat tersebut, aku bertemu dengan Dr Zuhaili, lalu meminta izin kesemua tulisan dia untuk aku terjemah, dia menulis keizinannya di dalam kitab yang aku bawa kepadanya,kitab yang beliau tahqiq iaitu almuhazzab, terima kasih guruku.
Aku dengan rasa dengan penuh pangharapan mengajak beliau datang kerumahku di syarik adri untuk aku baca kitab dan makan2 pagi. Dia meneriman perlawaan aku. Maka pada pagi jumaat, aku pergi menjemputnya di hotel pada pukul 8 pagi kalau tak silap, dia sudah menunggu, sungguh punctual beliau, aku nak tiru akhlak itu, tapi menjadi lagi, tapi nasib baik hari tu, punctual,kalau tak malulah.
Aku pesan pada sahabat ku firdaus untuk membeli makanan sarapan dekat syibrawi,untuk makan bersama, betapa gembiranya naik teksi dengan ulama, bila sampai di rumah isteri aku sambut dia,beliau cukup mesra ,berbual dengan isteriku, satu yang mengagumkan aku,sampai saja dirumah burukku, beliau terus bertanya, buku apa nak baca, masyaalah ahli ilmu. Tidakmembuang masa, aku terus mbil kitab muhazzah yang beliau tahqiq dan kitab muktamad untuk dibaca. Selama dua jam kami baca termasuk firdaus mendengar. Pembacaan diselangi dengan persoalan dan perbincanagn. Alim sungguh ,ingatan yang kuat. Isteriku buatkan milo sambil 2 minum, terasa tak puas duduk dengan beliau, terasa saja ingin beliau tidur dirumahku,tapi dia sibuk. Selepas habis baca, makanan telah disediakan, syawarma dengan ayam panggang dan roti2 berserta minuman jus. Beliau asalnya tak nak makan, sebab dah sarapan kat hotel, tapi aku mengajak dengan penuh harapan. Kami pun makan bersama sambil tangkap gambar. Ketika bersembang aku bertanya beliau, Maulana tulis buku sehari berapa jam, dia kata, dia tulis dripada pukul 7 sampai 8 malam, lepas tu beliau pergi univeristi berenang salama 2 jam atau jogging sejam. Ya Allah hebatnya dapat tulis begitu, dalam masa yang menjaga kesihatan. Ini meruapakan ibrah dan teladan yang sangat baik.
Hebat tak hebat Dr Zuhali, dia ada dua digree dua master, dalam syariah dan law civil, punyalah cerdik. Hidup tak buang masa. Hari tu aku memgambil peluang untuk meminta tanda tangan beliau untuk buku2 beliau yang aku beli, hamper seluruh buku2 beliau yang dia karang atau tahqiq beliau tandatangan,hamper semua buku2 beliau aku beli, buku2 beliau best dan mudah dibaca.
Masa dah dekat dua jam, ketibaan untuk beliau pulang telah tiba,sedih aku,nikmat begini terlalu jarang aku capai dan amat sukar untuk diriku capai, aku selalu berangan, kalau aku kaya,aku bercitai -cita nak sponsor guru2 ku seperti dr Saadudin, dr Zuhaili datang ke Malaysia, semua pembiayaan aku tanggung,bawa mereka berjalan sambil berlajar daripada mereka, ini angan 2 ja, mana nak tahu angan2 boleh jadi kenyataan. Aku pun menghantar beliau pulang kehotel bersama firdaus, untuk beliau solat jumaat.

Pada hari sabtu esoknya aku bersama izzat sahabat baik aku pergi menghantar beliau kat hotel sebelum beluai pulang ke Uae bersama rakannya mufti Uae, tak ingat namanya. Aku berpelukan dengan beliau dan berharap dapat lagi bertemu beliau, bila aku di Malysia aku call beliau untuk bertanya khabar, tapi kat Mesir susah nak call, harap2 boleh call lepas ni.Terima kasih Dr Zuhaili kerana sudi melayan hamba yang kerdil ini, terima kasih segalanya,semoga Allah membalas jasa dr yang tidak terhingga.
Sebelum menutup coretan siri ini, teringat aku kepada seorang ualam India iaiti allamah dr ali An Nadawi anak murid kepada Imam Abu Hasan Ali An Nadawi. Aku juga berkempatan bertemu beliau di hotel itu, sempat juga membaca sedikit mukadimah buku fikh Syafie dengan beliau, beliau seorang warak dan alim besar. Peristiwa yang menggembirakan ialah beliau mengajak aku menemani beliau untuk berjalan diluar. Mula 2 beliau nak pergi Husain, kemudian dia pukul 9, beliau kata, mungkin pelancong ramai, jadi tak payah pergi, ya lah pelangcong2 mat saleh pakai macam, sungguh beliau menjaga matanya, yang aku nilah banyak sangat maksiat. Ya Allah ampunkanku.
Sebelum bergerak, beliau pesan kepada aku, “ fauwaz,selawat kat Nabi”,sebab malam tu malam jumaat. Jadi sepanjangberjalan di tahrir bersama beliau bersembang dengan beliau sambil beliau berzikir dan berselawat aku pun ikut samalah(sebelum jalan dengan beliau aku nil alai selalu sampai sekrang ni) sungguh hebat berjalan dengan ulama rabbani seperti ni.
Selesai daripada berjalan aku pun menghantarnya dekat denga hotel ,beliau tak bagi hantar sampai hotel, aku pun ikut saja perintahnya, aku ajak beliau pergi rumah ,tapi beliau kata dah lewat,sedih meninggalkannya. Cuma yang aku terharu sangat, beliau berdoa kepadaku, dengan berkata “ aku mengharapkan Allah membuka futuhat kepada kamu wahai fauwaz”. Aku sentiasa menanti futuhat daripada Allah dalam bidang ilmu. Ya Allah jadikan lah kami secebis daripada mereka.

Tetapi aku rasa, di mesirni ,kalau kita benar berdoa kepada Allah untuk berjumpa dengan ulama dan berdamping dengan mereka Allah akan maqbulkan, jangan putus berdoa kepada Allah agar kita selalu berdamping denagn ulama. Mudahan Allah menjadikan kita sebagai ahli ilmu dan khadam kepada ulama. Amin.

Thursday 26 November 2009

Kepulangan Yang Hampir( Part 3)

Sedihnya menyambut hari raya terakhir di bumi mesir ini, rasanya dah ni dah masuk kali kesembilan sambut raya kat sini. Pengalaman menymbut rasa kat mesir ni seronoklah juga, bersama kawan2. Dulu masa tak kawin,seronok juga pi tolong kawan2 potong bawang n lain2 kat rumah kedah bagi buat majlis raya walaupun tolong sikit-sikit.
Beraya di mesir dulu masa tahun satu rasa tak tau nak buat apa, sebab nak ziarah adik beradik pun tak da kat kaherah, Cuma ada sepupu kat Damanhur, tempat sunyi dan menangiskan jiwa. Tapi nyaman tempatnya. Nasib baiklah dapat duk kaherah yang bising ni.
Tapi aku ni bersyukur sangat dapat belajar kaherah walaupun bising serabut sebab dapat melupakan ingatan aku kepada Malaysia. Dulu aku sebelum suka duduk tempat bising2 ni, aku ska duduk kampong, Kuala Lumpur pun jarang aku pergi, aku suka duduk di rumah,jarang sanagt lepas spm aku pergi KL, aku suka duduk di kedah sebab duduk belajar kat pondok syeikh Nurudin, sampai kan satu peristiwa yang menyedihkan kakak muna dan bang aku faiz kerana aku tidak ikut mereka ke kenduri kahwin mereka ke terangganu(kenduri kak muna) dan negeri Sembilan(abg faiz) sebab suka nak pi pondok dan duduk rumah sorang2. Aku pun tak tahu punyalah semanagt nak belajar pondok samapai tidak raikan majlis bersejarah kakak dan abang aku. Sedih juga tak pi, tapi semanagt untuk belajar tinggi jadi aku dudklah sorang kat rumah dan sedih juga kakak dan abang aku kawin sebab rasa macam payah nak jumpa, aku rasa bila abang aku kawin mesti aku rasa sedih bukan tak suka dia kawin tapi rasa macam kehilangan kah2, tapi bila jumpa kakak2 ipar atau abang2 ipar ni seronok gila.
Aku ni insane yang mendambakan kasih sayang, aku ni sayang kakak2 ipar aku, aku seronok layan dan bersembang dengan kakak ipar, kalau aku pergi rumah kak huda, aku akan minta dia buat dadih,makanan kegemaran aku, aku gila dadih sampai bercawan2 aku makan, satu hari aku ada ceramah kat surau sungai buloh, surau kat rumah abg ammar aku, aku dah minta dadih kat kak ipar aku, ceramah dan nak mula, tapi pergi juga masuk rumah abg ipar makan dadih sikit yang ada dalam peti ais rumah dia supaya masa ceramah aku tak ingat dadih sangat. Begitu juga kalau peri kat elis, mesti suruh dia belanja makan sedap2, aku pun tak tau,suka sangat makan, kalau pergi rumah kak zahrah pun macam tu,mesti nak ajak keluar makan he2.
Aku di Mesir pun begitu, suka duduk dalam bilik, baca buku, rehat, jarang ziarah kawan2 dalam asrama kedah, samapi suatu hari ada senior tegur aku, dia kata aku tak bergaul sangat,duduk dalam bilik. Masa aku tahun satu dan tahun dua pernah juga aku ditegur orang sebab dikatakan tidak senyum dan tidak bertegur sapa ketika di jalan ,aku pun sebenarnya tak perasan dan tidak berniat begitu,kadang2 kita balik kelas, letih dan sebagainya menyebabkan tak terfikr nak senyum kat orang dan bertegur sapa, tapi teguran itu tepat padanya, apa salah kita senyum kat orang ketika berjalan, itukan akhlak yang mulia, tapi aku jadi senior kadang berlaku macam tu, takdalah orang nak senyum sangat, tapi biasalah, mungkin dia letih. Tapi Alhamdulillah, dari masa ke masa aku cuba menjadikan diri aku ni bersosial sedikit, sebab masa aku fikir nak jadi ulama yang hebat, cita2 aku masa tu nak jadi mujtahd macam dr Qaradawi, jadi aku kena kurangkan kawan, tak giat sanagt persatuan, aku tak berusaha pun untuk menambah kawan2, cukup berkenalan dan bertegur, kawan2 rapat aku di Mesir tak lah ramai.
Tetapi, aku bukan jenis pendiam, aku suka berborak dan melawak,, selepas beberapa tahun kat sini, baru lah aku bersosial sedikit sampailah sekarang. Sebenarnya aku suka hidup menyanyagi orang dan cuba menjadikan diri khadam kepada manusia khususnya dari sudut ilmu. Aku cuba melatih diri ku untuk menjadi insane yang tawaduk dan budi pekerti, tetapi aku biasalah suka usik orang, kadang melawak, mungkin yang terasa, khusus adik2 aku di dalam kelas wasatiyah , medic dan kelas 2 lain yang mungkin banyak aku melawak ka atau kutuk2 sikit, maafkan aku, tapi kalau aku tak buat macam tu , rasa sunyi kelas he2.
Perjalanan 9 tahun kat Mesir ni, amat berguna dan memberi seribu makna kedalam hidup aku, yang aku dapat simpulkan di sini, ialah belajar lah rajin dan banyak membaca buku, cuba mengambil berat tentang kawan2 sekadar mampu dan menolong mereka dalam kesusahan, menolong persatuan sekadar yang termampu tanpa ada sebarang taassub, berbaik-baik jpmk da pegawai2 kerajaan , jangan timbulkan klonfik di antara pelajar dan pegawai.
Ini merupakan beberpa perkara yang dapat aku simpulkan sebagai benda yang penting bagi pelajar2 di Mesir.
Masa berlalu dengan pantas, 3thun aku duduk dengan kawan2 dan pelajar2 azhar, kemudian selepas ja aku berkahwin, aku berpindah ke Munirah, maka hidup aku berubah pula suasana bersama pelajar perubatan.
Aku di munirah atau saidah zainab hamper 6 tahun dekat sini, aku mendapati pelajajar perubatan kebanyakannya minat dalam bidang ilmu agama, ada yang di antara mereka dah menghafaz semua Al-Quran. Aku mendapati kebanyakan mereka khusunya akhawat amat tekun belajar.
Mereka berminat di dalam bidang dakwah,bila aku memperkenalkan aliran pemikiran dr Qaradawi, ramai juga yang berminat dengan aliran ini, bukanlah semua, bila aku bersama persatuan buat seminar Dr Qaradawi, sambutan juga bagus dan minat juga terdapat dikalangan pelaja2r perubatan, aku bersyukur pada Allah kerana diberi peluang untuk memperkenalkan aliran pemikiran Dr Qaradawi kepada pelajar2 perubatan walaupun bukan semuanya minat tetapi sekuraang-kurangnya dapat membuka minda pelajar2 perubatan lebih terbuka dan kehadapan.
Aku dapati aliran pemikiran dr qaradawi lebih diterima oleh pelajar perubatan berbanding pelajar2 azhar. Mungkin aliran ini dapat memudahkan mereka untuk memudahkan mereka bekerja nanti,aku mengharapkan pelajar2 perubatan di sini cuba berusaha untuk mempelajari method dakwah dr qaradawi bagi mereka menjadi sorang doctor yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Oh2, nampak gaya hari ni dah raya, sebenarnya berat nak tinggal mesir ,dah hamper sangat, dua bulan lebih lagi, aku mesti menghabiskan sisa baki yang ada ini dengan kebaikan dan kesatuan dengan semua orang, aku ingin pulang dalam keadaan yang sayang semua orang dan semua orang tidak benci padaku.
Kepada meraka yang mebaca blog hari raya ini, saya mohon maaf dan ampun di atas kesalahan yang telah ku lalukan.semoga Allah Taala mengikatkan kasih sayang kita sampai keakhir hayat kita.

Monday 23 November 2009

Kepulangan Yang Hampir( Part 2)

Aku teringat sahabat2 ku yang begitu baik hati seperti faiz,izzat, hafizan,hafiz dan lain-lain yang tinggal di Tanta, aku kalau cuti saja mesti pergi Tanta tempat aku beristirehat di sana bersama teman teman sekepala, kalau aku pergi ke sana mesti dilayan macam raja he2, makan tak payah duk kata, depa masak, kat sana best, jalan kaki banyak, kawan aku ni selalu tanay , hang larat tak jalan kaki sebb hang rajin naik teksi, aku kata larat(mampu) bekas pemain bola dan pelumba basikal lah katanya he2 Cuma aku kadang2 malas berjalan nak cepat sampai.
Kat sana makan murah, yang tu yang syok, kedai kitab pun best2, internet pun murah satu junaih,kalau jumpa ni, macam2 sembang, masalah umat islam,masalah pelajar, masalah persatuan, masalah kahwin. Aku dulu tak nak kawin awal, target umur 30,biar habis phd dulu, kalau orang tanya itulah jawapan aku. Mak aku tanya kau ,kalau nak kawin dia nak carikan, aku jawab ta nak, nak belajar dulu, punyalah semanagt nak belajar sampai nak kawin lewat. Tapi bagus juga aku tak nak kawin, sebab aku ni sapalah nak, hitamlah,tak berapa cerdik semua kelemahan adalah. Macam manalah si Aniah boleh minat tau,mungkin pada bibirku oh tidak mungkin pada kulitku, juga tidak,entah2, apa yang dia minat kat ku,syukurlah ada juga orang minat kat aku ni.
Pasai cerita kawin,nantilah kita cerita kalau ada idea he2(ok tak waruk). Pada penghujung tahun 2001 aku pun berjaya naik tahun 2, Alhamdulillah. Masa musim panas aku habiskan masa baca buku,talaqqi,main internet, nak jalan tak berpa minat lagipun duit cukup2 makan,masa tu duit mesir sama dengan Malaysia, awal bulan makan ayam, tgh bulan sampai hujung bulan ikan bilis dan telurlah. Rumah aku kipas angin pun tak da, aku tidur balakon. Rumah aku alhamdulilah,ramai kawan2 lepak n tidur. Mereka dan jarang pergi program, jadi rumah aku lah tempat lari he2.
Masa tu aku juga meminati masak, aku masak sambal daging,sambal ayam campur santan bagi lemak sikit, masa mak aku dan pak saudara bersama mak saudara aku datang, aku belajarlah sikit2 masakan kat dia. Aku juga belajar masakan juga daripada tukang masak yang terhebat di mesir iaitu cek li, tapi dah lupalah apa yang diajar, dia adalah sebaik-baik senior aku yang aku kenal. Tahun pertama aku,aku tak balik,duduk mesir . Bila dah start kuliah, apa lagi semangat pergi kuliah. Hobi aku bila sampai kuliah,aku duduk depan biar doctor kenal aku,ada yang kenal rapat ada yang tak kenal aku. Bila aku tahun dua baik dengan pensyarah fikh muqaran aku,dia tinggal di tajaamu kamis,atas dari asyir, rajin juga aku pi rumah dia ambil nasihat sambil jus lemon he2. Tempat tu cantik, ada [adang golf tak silap ada macam2 tempat orang2 kaya.
Masa tahun dua,aku dengan seorang pelajar lubnan,sekarang dah jadi syiekh, dah habis phd kat mesir. Beza umur dengan aku dalam 3 tahun. Nama dia syiekh Wafiq, aku baik dengan dia, rajin rumah dia,kadang 2 tidur juga. Hubungan dia dengan aku macam guru dan kawan. Aku selalu bermunaqsyah dengan dia sebab dia mazhab hanafi,aku pula minat dengan tidak terikat dengan mazhab. Jadi macam2 lah perbincangan. Apapun aku dapat banyak faedah daripada dia darisegi tasauf dan juga mazhab hanafi. Aku pernah baca dengan dia kitab tasauf kecil sampai habis. Yang aku ingat matan dia berbuny “ sesiapa yang selalu mengetuk pintu Allah,pasti dia akan dapat masuk”. Begitu juga dengan kitab kanul daqaiq ,al ikhtiyar dalam mazhab hanafi. Aku menolongnya di dalam menyiapkan tulisan master dia dengan member maklumat tentang mazhab syafie sebab aku lebih banyak belajar fikh syafie daripadanya, itulah yang boleh aku tolong.
Aku juga amat minat sukan seperti bola,pingpong, bola baling,lumba basikal. Dulu masa sekolah rendah aku main bola sejak darjah 5 , main tengah, tapi kalah peringkat kumpulan. Masa darjah 6, aku main macam2, main bola sepak bertukar ke posisi penjaga goal, dapat naib juara peringkat kumpulan,seronok jadi keeper utama. Aku juga keeper utama bola baling sampai menjadi juara kumpulan sehingga aku dianggap wira juga kerana menjadi penyelamat pasukan. Alhamdulillah sekolah bagi anugerah pemain terbaik bola baling bagi sekolah aku yang tercinta Tengku Rauzah,he2. Tapi sedih sekali bila peringkat daerah, kami kalah kepada musuh ketat sekolah taman uda 4-2, geram aku tak dapat masuk final hanya sempat separuh akhir. Teringat aku zaman tu, melompat –lompat nak tangkat bola, tapi bola masuk goal. Bila perlawanan bola baling peringkat negeri,aku sekali lagi dipih menjadi keeper bagi bagi daerah kota setar, masa tu jurulatih aku pening kepala nak pilih keeper utama, nak pilih aku ka atau kawan aku sorang ni dari sekolah lain. Dia tinggi daripada aku, aku pula rendah masa tu, dia ada kelebihan untuk bola tinggi, aku pula coach kata lebih pantas bahagian bola bawah. Maka kami pun bertukar jadi keeper. Tapi aku tengok dia lebih mantap daripada aku. Tetapi yang menyedihkan, masa separuh akhir,aku dipilih jadi goal keeper utama. Aku dah berangan akan menang dan akan masuk akhir seterusnya menjadi goal keeper kedah bagi peringakat nasional. Tetapi akulah punya kekalahan pasukan ,aku telah melepaskan 3 goal kut, aku kena tukar second half, sedihnya, kenapa aku tidak menjadi hari tu.
Pingpong pula aku tak dapat wakili sekolah sebab bertembung perlawanan dengan bola baling. Jadi cikgi aku suruh aku jadi pembantu jurulatih,ajar pemain-pemain sekolah saja. Pemain utama sekolah hanya mampu masuk suku akhir saja. Alhamdulillah aku berjaya juga mengharumlan sekolah aku dalam sukan tetapi sedihnya bukan dalam ilmu,masa itu cita 2 aku ingin jadi pemain bola negara sehebat Radhi Mat Din dan Thomas Hassler pemain tengah German. Tak kesampaian. Aku menerima tawaran sekolah sukan, aku seronok sangat, tetapi ayah aku tak bagi, nak suruh juga masuk maktab Mahmud yang aku cintai, dahlah masa tu baca Quran tak lancar, masa temuduga aku baca Quran salah saja, Ustaz Husian(guru Maktab Mahmud) tanya aku, kenapa tak lancar. Aku jawab sibuk main bola,kelakar gila terinagt jawapan bodoh aku ni.
Di mesir aku cuba masuk main ping pong, tetapi kalah terus kepada pemain-pemain handalan Selangor, hebat gila.sampai aku ditertawakan oleh budak2 kedah, aku kalah 21-4, dengar kat depa,depa kata aku kena 21-0 ,ini fitnah besar he2. Satu lagi kan aku coach ping ping sekolah, tu depa gelak besar gila.kira sebulan aku jadi bahan gelakan.

Kemudian awal tahun 2002. Aku berpindah kerumah bait sabat, rumah bersejarah, sekarang dah tak da orang duduk. Aku duduk dengan mizi,fikri,bang bad,syukordan ustaz asri. Semua hebat belaka. Mizi ,fikiri dan bang bad semua pimpinan mkkk,syukor orang kuat mkkk. Jadi akulah hamba biasa tinggal disitu. Best duduk dengan kawan2 macam ni. Sampai sekarang mereka adalah kawan2 aku. Mizi dan jadi cikgu,kereta pun besar, bag bad pun cikgu,fikri peniaga. Mereka adalah pemimpin yang bamyak mengubah mkkk menjadi tidak jumud dan menddidik ahli menjadi berani dan tidak tasssub.
Aku ni rapat dengan mizi,sebab aku satu kuliah dengan dia,dia seorang yang bijak dan kreatif. Kami selalu study bersama. Dia juga sibuk dengan mkkk, maka aku kadang2 permudahkan urusan dia,tolong beli kitab,balut kitab kat dia time2 rajin. Banyak kenangan indah dengan dia,sebab 4 tahun kami disini, study bersama, kira masa aku kawin pun dia datang rumah aku kat munirah study bersama. Kami pun masak bersama-sama. Dengan bang bad pula,aku selalu bertengkar pasai nahu, dia kuliah bahasa, jadi banyaklah benda yang dibincang. Dengan fikri dan ustaz asri, kami kadang baca kitab2 hadis bersama dan kitab2 nahu. Lepas tu aku dan fikri bertambah rapat sebab kami duk ikut tarikat syeikh Yusuf. Kami juga sama2 duk kritik persatuan he2.

Cuma tahun ini menyedihkan,tahun aku kehilanngan ayah ku yang tercinta dan ramai lagi saudara-saudara aku yang meninggal ketika aku di Mesir. Tak boleh nak cerita sangat nanti sedih. Tapi aku masih ingat bila di airport aku nak balik mesir semula, masa tu Aniah pun hantar aku ke airport. Pertama kali dalam hidup ku ada orang perempuan hantar aku ke airport,wah lain rasanya. Di dalam airport abg ipar ku sabky kata pada ku, masa balik Malaysia wat(nama panggilan manjaku) sedih ,masa balik mesir gembira pula. Aku pun ketawa, tapi sebenarnya aku bersedih dengan pemergian ayah aku samapai sekarang ni,nasib baiklah dalam youtube ada ceramah 2 ayah aku, jadi kau kerap tengok ayah aku kat youtube.

Bila sampai kat mesir saja masa tu tahun 2002 dah nak masuk 2003, aku dah ada tuning, kawan aku pun hairan , aik dah main sms he2, apa lagi ketawa sakan lah depa,kata nak kawin umur 30 baru 21 dah bertunang. Muda gila aku masa tu. Aku sebenarnya nak tergelak, aku kawinmudah ja, aku bagi tau kat mak saudara aku , aku nak kawin dengan budak medic, jadi dia setuju nak cari,maka dia kata ada seorang budak belajar medic(Aniah lah) aku pun setuju, tapi yang tergelak masa tu dia baru nak ambil spm,kelas sains bukan budak medic. Tapi berkat aku minang dia kut, dia dapat ambil kat mesir he2(melawak ja niah). Kira mak saudara aku ni silap fahamlah,nasiblah dah tingkatan 5 masa tu,kalau darjah lima jenuh aku,he2( bersambung)

Friday 20 November 2009

Kepulangan Yang Hampir

Hampir 9 tahun diri yang kerdil ini sudah bertapak di bumi yang penuh dengan keberkatan dan keajaiban. Pada 2.10 .2000,ku tiba di bumi Mesir ini dengan perasaan tertanya, bilakah aku akan pulang ke negara ku yang tercinta. Adakah aku akan berjaya selama 4 tahun menamatkan pengajian sarjana muda di Al-Azhar. Alhamdulillah dengan taqdir Allah berjaya aku tamat pengajian pengajian syariah tanpa ada sebarang kegagalan. Terasa sekejap sangat belajar dalam peringkat sarjana, entah ilmu apa yang perolehi masih terawang awang diri ini.
Aku sebelum ke mesir berazam duduk di mesir selama 12 tahun sehingga memperolehi phd, tetapi cita2 itu tak tercapai semua, rasanya hanya blh duduk sini sehingga awal tahun depan sahaja, tetapi apapun aku memuji Allah Taala di atas kurniaaNya aku dapat belajar dengan ulama hebat2 di university , di masjid, di rumah, bertemu dengan ulama2 besar yang menjadi idola aku seperti dr qaradawi,dr wahbah zuhaili, syeikh kattani dr muhd zuhaili . Begitu juga aku dikurniaan guru dalam bidang tasauf syeikh Yusuf Al Hasani yang hampr tujuh aku berguru dengannya ,banyak uku tasauf yang besar aku belajar daripadanya walaupun keadaan aku tak berubah sedikitpun untuk menjadi orang soleh.
Aku memuji Allah dengan nikmat terbesar aku dapat mempelajari ilmu fikh semasa dan fikh muqaran dengan dr Saadudin Hilali hamper empat tahun aku berguru dengan beliau, nikmat yang lebih besar daripada segalanya, beliau seorang guru yang sangat baik, banyak menghadiahkan buku2nya kepada aku, dan dia adalah guruku bertaraf mujtahi alhamdulillah. Banyak guru-guruku yang bertaraf mujtahid seperti dr Ali Jumaat, dr Fakfat Uthman,dr Kamal Imam,alhamdulilah banyak yang aku dapat daripada mereka.
Begitu juga nikmat belajar bahasa arab dengan syeikh Ahmad Jawish anak kepada pensyarah hadis di Al Azhar,aku berjaya menghabiskan syarah ibnu aqil dengan beliau selama 6 tahun, daripada kulit kekulit, dan membaca banyak buku bahasa arab yang lain dgn beliau.
Begitu hamper tiga tahun lebih dapat berdambing syeikh syaltut dnegan mempelajari buku2 fikh dan usul fikh di masjid dan juga dirumahnya,Alhamdulillah.
Dalam tajwid Alhamdulillah berjaya menhabiskan buku syarah tuhfatul atfal dan syarah jazairi dengan syeikh Nabi di Syubra. Sekarang aku menhabiskan masa pergi ke darul ifta belajar dengan syeikh Amru Wirdani seorang ulama muda yang kreatif berfikir,banyak ilmu dan skill yang aku perolehi daripada beliau.
Begitulah sebahagian nikmat aku perolehi di Mesir. Begitu baiknya Tuhan kepadaku. Sekarang sedang menunggu keputusan tajuk Ma aku di univertisi Terbuka Amerika, mudahan semua berjalan lancar.
Bulan 2 ni dah nak balik, cepat sangat masa berlalu dah nak balik. Hati ini dah mula berasa sedih,sebab sayang nak tinggal negara yang bertuah ini.
Teringat kenangan bersama kawan2 sejak daripada tahun 2000, aku merasakan sangat indah mengharungi kehidupan di Mesir. Mula-mula sampai tinggal di asrama,duduk dengan senior, banyak pengalaman yang dapat aku timba daripada senior2 seperti abang zubair abang azizi dan senior2 yang lain seperti pak su yang tidak kedekut memberi nasihat.
Kehidupan yang mempunyai masam dan manisnya aku di sini,tetap aku merasakan indah. Kemudian daripada asrama aku berpindah ke rumah sewa yang terletak di hayyu sabie bersama-sama yang ku kasihi seperti Yuhafeez(rindu kat dia)pak tam dan sharil kami tinggal hamper setahun ,kemudian berpindah pula ke rumah sewa hayyu zohor, duduk di situ selama dua tahun bersama Tarmizi Balyia, fikkri ishak bang bad dan ustaz asri. Selepas aku berkahwin dengan dengan wanita yang kucintai NoorAniah lalu duduk di saidah zainab, tempat yang asing bagi aku kerana tak ramai kawan-kawan tinggal di sana,Cuma ada adik2 dari kuliah perubatan.
Aku mula mengenali adik2 perubatan seperti Asmi, Hazri, Aslam dan sebagainya. Kami mula rapat. Kerap juga Asmi dan Aslam datang sebab aku rajin ajak mereka makan kat rumah. Aku duduk kat rumah yang pertama saidah zainab yang bernama munirah selama dua tahun, best duduk situ, rumah agak besar,banyak aktiviti pelajar perubatan buat kat rumah aku. Aku kenali kadir ,isra, hamdan, syazwan dan sebagainyya. Aku mula rapat dengan mereka sampai sekarang ni.
Tahun bertahun makin ramai budak perubatan, makin ramai adik2 yang aku kenali,waruk,ambe, haikal dan sebagainya,. Yang nak tergelaknya aku jumpa geng waruk ni kat kedai baghal, aku nak pi minum jus lemon,minuman kegemaran, terserempak kumpulan budak2 jais ni sedang membeli makanan, aku ajak diaorang pergi minum kat ahwa(gerai kopi) ada kawan waruk ni tanya aku, ustaz Pmram ka? Inilah soalan yang pertama budak2 jais tanya aku, aku pun tergelak he2.
Lepas tu datang budak2 medic ramai sungguh geng rahman,bai ,capok ke mesir. Helmi bawa geng abai datang kerumah aku ziarah. Maka aku kenailah budak2 baru ni seperti abai,muzammil dan sebagainya. Masa tu tak kenal lagi rahman, dia tak nak kawan lai dengan aku he2(melawak) orang Selangor mana mau kawan dengan budak 2 kedah(melawak.
Maka seterusnya bertambahlah nilai pelajar perubatan maka bertambahlah kenalan2 aku. Aku masih ingat, masa awal tahun 2005 aku buat kelas ada 5 6 orang datang baca kitab dengan aku seperti Isra , kader, iqbal ,sebab mereka pun tak ramai, begitu juga dengan akhawat aku buat kelas kat diaorang seperti wani,faeqah ,batah,kak min dan lain2.
Tahun 2005 tu lah barulh budak2 azhar ada yang baru sampai,tiga tahun tak da junior sebab budak2 kedah tak ambil stam. Mereka datang belajar kerumah aku seperti firdaus, wan, faizal dan sebagainya,kadang kami baca kitab dari pagi sampai 10 malam. Seronok baca kitab ramai2 ni.
Tahun 2006 pun bertambah sikit pendengar, geng waruk dan apest mula ikuti kelas aku, jadi ramailah juga orang dlaam pengajian. Pengajian kita buat kat rumah hamdan atau kader.bila datang geng abai ni maka kelas agama menjadi ramai,tapi dengar2 ramai yang tak faham dan ada yang tak setuju cara pembawakan, saya minta maaf kepada mereka2 yang tidak faha, dan tidak serasi dengan hamba yang kerdil sebab kekurangan ilmu dan pengalaman. Niat di hati nak bawa pemikiran Islam tetapi mungkin cara sampai tak bagus.
Pengajian sebegini berterusan sampailah mereka tahun 3, maka waktu cuti bertambahlah kurang pelajar2 kerana balik Malaysia, maka tinggallah 20 orang pelajar lelaki dan wanita yang bersemangat untuk belajar, maka aku terfikir untuk kelas kecil berserta latihan kepada mereka, maka terfikir untuk menubuhkan madrasah Al Qaradawi untuk pelajar medic,aku tengok ada beberapa pelajar yang memberi perhatian sungguh terhadap kelas aku seperti ambe bai, rahman ,ramisah,liana dan sebagainya. Aku cadang kepada mereka idea ni, kemudian setelah berbincang mereka pun setuju sebab ada juga pelajar yang takut pengajian begini dikhuatiri terlalu tinggi atau membebankan, aku yakinkan sebab2 untuk menubuhkan pengajian begini lalu mereka terima. Penubuhan madrasah ini berlaku pada penghujung bulan 8.
Di rumah kedah pun aku tubuhkan madrasah wasatiyah dibantu oleh firdaus dan pak arab. Madarasah ini seperti madrasah Qaradawi juga cuma lebih luas skopnya. Di sini kita ada orang 2 kuatnya seperti fahmi(dah nak balik) muhsin,hasanah,intan dan sebagainya. Pasal madarasah wasatiyah dan qaradawi nanti kita akan cerita lagi, banyak kenagangan yang terpahat dalam kedua-dua madrasah ini.
Aku juga ada kawan yang sangat rapat macam izzat, faiz, hafizan ,hafiz mad isa dan lain2 yang banyak aku mendapat menfaat dan pertolongan daripada mereka ketika aku di mesir, kenangan2 sebegini begitu mendalam dalam jiwaku, aku pilu bila mengenangkan waktu bersama mereka, mereka adalah kawan2 aku yang sejati hidup bersama ketika gembira dan duka……(bersamabung)

Monday 9 November 2009

Kembali Menulis( Risalah Wasatiyah).

Risalah Wasatiyah.

Kita melihat pertembungan aliran dan pemikiran berlaku hangat di Malaysia begitu juga keadaan pelajar-pelajar Malaysia diluar negara. Di Malaysia aliran muda yang dipelopori oleh Dr Asri Zainal Abidin yang membawa pemikiran salafi dan tajdid bertembung dengan aliran mazhab yang sudah lama bertapak dimalaysia.
Di mesir ini pula macam- macam aliran yang wujud,semunya mendakwa kebenaran masing-masing. Masing-masing berhujjah ada yang sampai boikot dengan sebab perkara yang tidak sebesar mana. Setiap aliran mencari pengaruh dan mencari pengaruh tidaklah salah secara mutlak sekiranya tidak ada kepentingan peribadi.
Sebagai satu cambahan idea, kita melihat kebanyakan yang wujud di dalam perkara yang ada didunia ia berubah seperti adat,ilmu pengetahuan ,system dan sebagainya. Jadi tidak hairan di dalam aliran pemikiran dan pendekatan pun akan berlaku perubahan.
Contohnya,kita ambil dimalaysia, apabila golongan muda membawa aliran salafi,banyak mengkritik amalan-amalan yang dilakukan oleh penduduk Malaysia seperti talqin,tahlil dan sebagainya,menimbulkan kontroversi, mereka ingin mengembalikan orang Islam kepada al-quran dan Sunnah tanpa taasub kepada mazhab.
Secara peribadi kita menyokong usaha untuk memperkasakan rujukan kepada Al-quran dan Sunah kerana ia lebih luas daripada mazhab dengan mengingatkan bahawa tidak mazhab di dalam Islam melainkan kesemuanya merujuk kepada Al-quran dan Sunah tidak ada satu pun yang terkeluar daripada sumber rujukan ini, ini dapat diketahui bagi siapa yang mendalami fikh muqaran dengan baik, kesemua mazhab ada dalil yang tersendiri.
Mazhab merupakan satu keperluan orang ramai untuk mengenal hukum hakam dengan mudah kerana mazhab bererti menghikayatkan hukum-hakam daripada Al-Quran dan Sunah bukannya mencipta hukum. Cuma di sini kita pelu ingatkan bahwa bukanlah wajip sesorang itu bertaqlid kepada sesuatu mazhab tertentu , yang penting di dalam suatu masalah sesorang bertaqlid kepada mazhab dengan bertanya kepada ulama yang amanah.
Kadang-kadang sesuatu mazhab menyempitkan sesorang muslim di dalam sesuatu perkara maka di sana terdapat mazhab yang luas dan ringan hukumnya berbanding mazhab tersebut dan ia merupakan rahmat apatah lagi apabila disokong dengan dalil –dalil yang kuat.
Maka di sini, apakah ulama-ulama Malaysia sudah bersedia membuat persediaan untuk mengubah manhaj bertaqlid untuk orang ramai mudah melakukan ibadah mereka tanpa bercanggah dengan syariat dan ijmak ulama.

Kita tidak menyokong tindakan golongan yang menghina mazhab, bagi kita bermazhab itu lebih selamat daripada tidak ada mazhab kerana golongan itu bukan nya faham al-quran dan Sunah pun. Jadi elok mengikut ikut mazhab itu lebih selamat.
Berkenaan dengan aliran salafi kita menyokong aliran ini tanpa menyalahkan aliran khalafi yang dikenali sebagai golongan pentakwil dimana golonagn juga wujud hasil daripada pemikiran ualam-ulama yang besar seperti Imam Haramain,,Imam Ghazali dan sebagainya.

Cuma kita seronok dengan aliran keran ia lebih selamat dan dekat dengan amalam para sahabat. Tetapi perlu dingatkan ,bahawa salafi yang kitakan bukan wahabi yang menyatakan sifat-sifat Allah Taala yang mutasyabih itu adalah hakikat kerana ia akan membawa kepada tajsim bukan tajsim Cuma membawa kepada tajsim. Aliran salafi di sini bermaksud tidak mebincangkan sifat-sifat Allah yang mutasyabih dengan hanya menyerahkan kepada Allah Taala tentang maksudnya. Kita tidak dituntut untuk mengetahuinya.
Cuma ada beberapa keadaan kita berhajat kepada pentakwilan sifat-sifat Allah Taala seperti di dalam bidang dakwah dimana untuk tidak memeningkan kepala orang ramai dengan mentakwilkan sifat-sifat Allah seperti Tanya kepada kuasa dengan syarat takwil itu tidak bercanggah dengan akal umum dan dalil syarie.
Tetapi perlu diketahui, bahawa pengajian tauhid seperti aliran takwil ini,kadang-kadang tidak sesuai kepada mereka keran ia tidak berpaksi kepada amalan hanya kepada pemikiran sahaja bahkan kadang tidak dapat membawa kelembutan jiwa.
Jadi kita perlu mencari alternative bagaimana hendak mengajar tauhid kepada orang agar mereka lebih dekat kepada Allah, bagi saya kita perlu memilih cara yang diajarkan oleh Al-quran dimana tauhid di dalam Al-quraan bukan setakat berbicara dengan akal bahkan dengan hati, hati tanpa akal tidak cukup,akal tanpa hati akan musnah, perlu digabungka kedua-dua alat ini.

Maka di sini saya menyatakan risalah wasatiyah amat penting disampaikan kepada masyarakat dia mana risalah ini mengambil faedah daripada semua aliran Islam tanpa sebarang taassub dengan menganggap kesemua peninggalan ulamak ini adlaah khazanah yang amat bernilai kepada kita di mana kita perlu mengambil yang terbaik daripada nya walaupun ia datang daripada muktazilah.

Umat Isalam adalah umat wasatiyah iaitu seimbang bukan sederhana, di mana seimbang ini beerti diwaktu perlu mudah kita permudahkan dan diwaktu perlu tegas kita bersikap tegas.
Bagi saya, tidak ada jalan lain melainkan kita kepada kepada risalah wasatiyah yang dibawa oleh Al-quran dan Sunah. Marilah kita mengkaji pemikiran wasatiyah untuk kita menjayakannya di dlaam kehidupan kita. Waallah a’lam.

Sunday 14 June 2009

Pemergian Dr Fathi Yakan

Pemergian Dr Fathi Yakan.

Pemergian tokoh pemikir dan dakwah Islam Syeikh Dr Fathi Yakan merupakan kehilangan besar kepada pendakwah dan ahli gerakan Islam sedunia. Beliau merupakan ulama yang masyhur di mana buku-bukunya hamper semua lapisan pendakwah membaca bukunya termasuk saya sendiri.
Siapa yang tak pernah membaca buku Maza Yakni,Bahtera Penyalamat. Saya sendiri hamper 2 tahun lebih hanya berdamping dengan buku dr Fathi Yakan. Menjadi naqib disekolah menjadikan bukunya sebagai asas buku usrah. Buku-bukunya mudah dibaca dan difahami, sebab itu buku-bukunya menjadi rujukan bagi para pendakwah.
Menjadi nikmat Allah yang sangat besar apabila kita dapat bertemu bersemuka dengan ulama. Alhamdulillah ketika saya berada ditingkatan 4,saya berpeluang bertemu dengan dr Fathi Yakan dimuktamar Pas. Saya sempat duduk bersama beliau di bilik mesyuarat pejabat Pas pusat. Beliau bersama ayahandaku almarhum syeikh Fadzil Noor dan ustaz hadi awing dan pimpinan lain duduk berbincang. Tapi saya tak faham apa yang mereka sembang. Maklumlah bahasa arab saya lemah.
Kemudian ,tak silap saya,pada tahun berikutnya,beliau datang ke kidu(kolej) di kedah untuk menyampaikan ceramah. Saya sekali lagi berpeluang melihat wajahnya dari dekat,ceramah di dalam dewan kidu. Muka dia memang cantik dan bersih. Saya seronok jadi macam dia,sebab dia seorang jurutera tetapi amat faham dalam Islam. Itu yang mengagumkan saya.
Beliau amat rapat dengan ayahanda saya,mereka berdua tokoh pemikir Islam yang sukar dicari ganti. Kali terakhir merek aberjumpa pada pengujung 2001 di Lebanon. Mereka adalah kawan sejati dan seperjuangan. Kini mereka berdua sudah tiada lagi. Hilangnya ulama besar seperti dr Fathi Yakan langit dan bumi turut menangis.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah Taala agar menempatkan beliau bersama Anbiya dan solohin di dalam syurga serta member pahala kepada ahli keluarga dan pencinta-pecinta beliau akibat daripada ujian pemergian beliau. Amin

Wednesday 10 June 2009

Gaya Hidup Pelajar Azhar

Seorang pelajar azhar adalah seorang bijak,memiliki akal pintar,berakhlak tinggi dan bertaqwa. Dia adalah seorang berjiwa besar dan rajin belajar untuk memikul tanggungjawabsebagai peawaris Nabi. Pelajar azhar adalah pelajar yang paling beban tanggungjawabnya berbanding pelajar lain kerana dia akan membawa risalah syariah yang di bawa oleh Nabi kita.
Tidak ada tanggungjawab yang paling berat seperti mana tanggungjawab yang akan dipikul oleh pelajar azhar. Pelajar azhar adalah penukil ilmu syarie yang di ambil ilmu itu daripada guru-gurunya secara amanah untuk disampaikan kepada orang ramai.
Kehidupan pelajar azhar berlain daripada pelajar lain. Dia akan bangun awal untuk menunaikan tahajud kemudian membaca buku. Selepas solatsubuh, dia akan berzikir seketika,kemudian dia menghafaz al-quran sebelum bergerak university atau masjid.
Pelajar azhar adalah pelajar yang tidak akan ponteng kelas melainkan terdapat keuzuran, dia akan pasti sampai awal di kelas untuk meduduki tempat dihadapan,paling kurang 5 minit sebelum kelas bermula. Dia amat menghormati guru dengan apabila guru masuk ke kelas dia akan bangun, dia memberi penumpuan yang penuh di dalam kelas dan rajin bertanya dan bermunasyah di dalam masalah yang sulit.dia selalu berkhidmat kepada guru-gurunya begiu juga kepada kawan-kawannya.
Dia tidak pasif di dalam kelas,dia selalu berebut untuk membaca buku dihadapan guru untuk memperbetulkan kesalahan bacaannya. Dia tidak takut kepada kesalahan,tetapi dia takut kepada kejahilan.
Apabila ada masa sedikit ,dia belikan makanan untuk di alas perutnya,bagi meneruskan pembelajarannya dikelas. Bila tamat kelas,dia akan pergi masjid azhar untuk menadah kitab-kitab dengan guru-guru yang hebat untuk dia menambah ilmu. Dia rajin bercakap di dalam bahasa arab. Dia cintakan bahasa arab,dalam masa yang sama dia menguasai baik bahasa melayu dan bahasa inggeris.
Dia mendalami bahasa arab dan ilmu mantik dengan begitu baik untuk dia mampu berinteraksi dengan kitab-kitab tua. Dia juga tidak ketinggalan dia dalam membaca buku-buku ulama semasa agar dia tidak ketinggalan di dalam masalah-masalah baru.
Selepas waktu insyak,dia pulang ke rumah,dia berehat dalam 30 minit untuk makan dan minum, kemudian dia akan sambung pembacaannya sehingga tengah malam. Pada hari cutinya,dia membuat aktiviti mengemas rumah,membasuh baju,menggosok baju untuk 5 tau 6 hari bagi untuk dipakai kelas. Dia kemas,suka kepada baju yang cantik dan mnyak wangi,badannya sentiasa wangi,suka kepada minyak wangi,giginya selalu digosok rambutnya atau serbannya selalu kemas dan berketerampilan.
Dia suka kepada kebaikan,menolong orang,penyanyang dan disayangi. Berjiwa pemurah dan pengasih. Dia seorang yang penyabar. dia tidak kedekut utuk membeli buku,jika dia ada duit,dia akan beli buku dulu daripada yang lain.
Pelajar azhar adalah pelita di dalam dunia ini,dia perlu kuat semangat,berilmu bertaqwa,istiqamah dan sebagsainya,kalau tidak bersikap sedemikina maka gelaplah dunia ini. Dia bercita-cita untuk menjadi mujtahid bukan muqallid,sebab ilmu yang sebenar baginya adalah ijtihad bwrdasarkan dalil. Dia ingin berdakwah,menulis,membuang bidaah-bidaah, kezaliman yang ada pada masayarakat. Dia benci kepada malas dan kepada orang-orang malas. Dia suka bekerja daripada bercakap. Hidupnya kerana Allah Taala.
( inilah semata-mata gambaran saya terhadap pelajar azhar yang diidamkan).

Thursday 4 June 2009

Ulama Pas Perlu Kepada Perubahan

Kita mendengar kritikan daripada pelbagai pihak terhadap peranan ulama-ulama Pas daripada pelbagai lapisan. Terdapat kritikan yang kita setuju,saya sendiri pun kritik. Tetapi kita tidaklah bersetuju kritikan yang tidak berakhlak dan berasaskan emosi. Ini bukan daripada akhlak kritikan.
Sebenarnya pada pendapat saya,di dalam kelemahan yang berlaku kepada ulama-ulama Pas itu sebenarnya adalah berpunca daripada mereka sendiri bukan daripada orang lain. Secara hakikatnya,kelemahan ulama ini bukan sahaja pada ulama-ulama Pas tetapi amnya di Malaysia yang melibatkan system fatwa,ulama-ulama kerajaan merangkumi semnua agensi.
Tidak adillah kelemahan hanya dilemparkan kepada para ulama Pas. Tetapi di dalam masa yang sama kita mesti memperakui sumbangan ulama-ulama Pas di dalam memajukan Pas dan umat Islam di dalam arena politik negara. Mereka ikhlas di dalam menyampaikan Islam da dakwah. Cuma menjadi satu sunnah alam kelemahan ini datang untuk kita bangkit semula.
Tidak menjadi keaiban seseorang itu lemah,tetapi menjadi keaiban apabila dia terus tidak memperbaiki kelemahan dirinya. Begitulah ulama-ulama Pas,sekiranya mereka lemah,itu adalah perkara biasa,tetapi mereka mesti bangkit untuk memperbaiki diri dan sedia menerima perubahan dan pemikiran yang mereka bawa.
Bagi saya,ulama Pas akan menjadi maju apabila mereka beriman dengan fikrah tajdid dan tidak jumud di dalam setiap masalah baru. Mereka tidak taasub dan sentiasa berlapang dada dengan khilaf yang berlaku di antara ulama. Mereka perlu mengeluarkaa pandangan yang baru di dalam menyelesaikan masalah-masalah negara dan semasa tidak hanya tertumpu kepada aspek pentarbiyahan.
Bagi saya, waallah a’lam, kita terlalu menumpukan aspek tarbiyah kepada ruhani dan terlalu membincangan aspek ibadah sehingga lupakan aspek perbincangan dunia,bagaimana hendak bergerak didunia,bagaimana hendak memperluaskan aspek tarbiyah dengan menngunakan ilmu-ilmu sains dan teklonologi sebagai salah satu cara mentarbiyah.
Ulama hanya tertonjol peranannya di dalam aspek qiyamullail dan tamrin dan usrah. Mereka kedepan membincangkan isu ekonomi ,sukan hiburan dan sebagai yang berkait rapat denga aktitiviti masyarakat. Ulama Pas mesti mengutamakan aspek mudah di dalam member fatwa dan berita gembira di dalam berdakwah.
Sesungguhnya peranan ulama Pas amat dirindui oleh masyarakat dengan syarat mereka berijtihad di dalam agama dan membuat tajdid di dalam perkara-perkara tidak sesuai di zaman ini.
Sesungguhnya,kita mesti mempertahankan institusi ulama di dalam Pas dan dalam masa yang sama para perlu membuat perubahan yang lebih pantas dan berhemat agar mereka dapat bersaing dengan golongan lain di dalam kancah dakwah dan politik Islam. Sesungguhnya kelemahan ulama itu berpunca daripada ulama sendiri bukan orang lain.
Dengan itu menjadi tanggun jawab kepada pelapis ulama untuk berlajar denga bersungguh dan mendalami ilmu-ilmu baru dan sentiasa peka dengan masalah semasa agar dapat mebuat persediaan pada masa depan untuk memperkuat institusi ulama.

Friday 29 May 2009

Hukum Kaffarah Pembunuhan Tidak Sengaja

Setelah kita membaca banyak kes pembunuhan tidak sengaja yang terpampang diakhbar,saya memikirkan kenapa seorang mufti atau ulama tidak membincangkan satu hukum yang sangat penting yang berkaitan dengan pembunuhan tidak sengaja iaitu kaffarah bagi perlaku tersebut.
Di sini kita belum lagi membincangkan isu qisas dan diat berdasarkan negara kita tidak melaksanakan lagi hukum jenayah syariat. Cuma di sini kita ingin fokus kepada tanggungjawab kepada mereka yang membunuh tidak sengaja tanpa sebarang niat untuk membunuh seperti melanggar orang, tertembak orang dihutan.
Orang-orang yang membunuh secara tidak sengaja,mereka tidak dikenakan qisas berdasarkan ayat di dalam surah An-Nisa iaitu pada ayat 92. Di dalam ayat tersebut menjelaskan orang mukmin dia tidak akan membunuh melainkan dia tidak sengaja.

Maka di sini syariat telah meletakkan hukum kaffarah kepada mereka yang melakukan perbuatan tersebut dan ia tidak akan gugur sehingga ditunaikan kewajipan tersebut. Iaitu perlaku tersebut hendaklah membebaskan seorang hamba sahaya muslim. Dan hukum ini sudah tidak ada selepas konsep penghambaan diharamkan di dunia ini. Jadi hukumanya beralih kepada berpuasa 2bulan berturut-turut. Hukuman ini meliputi perlaku lelaki dan wanita. Dan pendapat ini adalah pendapat kesemua mazhab empat yang masyhur. Melainkan di sana terdapat pendapat lemah di dalam mazhab syafie yang menyatakan boleh bersedekah kepada 60 fakir miskin makanan seharian. Cuma sekiranya para mufti membolehkan pendapat ini diamalkan maka bagi saya tidak salah kalau dikeluarkan dalam bentuk wang kirang 8 sehingga 10 ringgit untuk seorang miskin.
Dan pendapat ini sesuai dengan keadaan zaman kita di mana orang Islam malas beribadah. Tetapi sekiranya dia melakukan puasa 2bulan berturut-turut itu lebih baik dan afdal serta bertepatan dengan Al-Quran.
Maka saya mengharapkan para ulama dan mufti peka terhadap masalah yang sangat penting ini kerana ini melibatkan ibadah dan tanggungjawab ke atas perlaku pembunuhan tidak sengaja. Begitu juga para pembaca perlu menyebarkan hukum ini kepada masyarakat agar ia satu cara untuk mengatasi kemalangan jalan raya di mana apabila kita takut dikenakan kaffarah ini,kita akan lebih lagi berhati-hati memandu kenderaan di jalan raya. Waallah a’lam.
Fauwaz Fadzil Noor.
Qairo, Mesir.

Thursday 21 May 2009

Sokonglah Ustaz Nasar

Sokonglah Ustaz Nasar.

Pada sesi pemilihan pimpinan Pas pada muktamar akan datang,saya mengharapkan para perwakilan akan mengundi uastaz nasar sebagai Timbalan Presiden.
Bagi saya,harapan ini bukan sahaja harapan saya,tetapi harapan orang-orang yang faham tentang tabiat perjuangan Islam. Pak Mat Sabu adalah pemimpin yang sangat hebat dan contoh yang baik pada ahli-ahli pas. Begitu juga dengan Dato Husam,pemimpin yang bagus.
Tetapi untuk jawatan Timbalan Presiden,bagi saya ustaz nasar yang sesuai dengan watak dan ilmunya. Saya mengharapkan,sekiranya ustaz nasar dapat kekalkan jawatan ini,perlulah harakah perbanyakan pemikiran-pemikiran ustaz nasar diketengahkn kepada orang ramai untuk orang ramai mengetahui pemikiran ustaz nasar lebih jelas. Ustaz Nasar adalah pengganti ustaz hadi yang sesuai. Beliau adalah cita-cita almarhum Ustaz Fadzil Noor untuk membawa Pas ke puncak lebih tinggi.

Sunday 10 May 2009

Ulama Dan Profesional

Saya terpanggil untuk membincangkan tentang masalah yang melanda kefahaman umat Islam mengenai masalah ulama dan professional. Adakah ia suatu istilah yang sama ertinya atau ia berlawanan. Adakah ulama ini professional atau bukan,semua perkara ini melanda orang yang dahagakan maklumat yang sebenar dan inginkan kebenaran. Mudah-mudahan tulisan ini dapat menyejukankan hati mereka yang gusar dan memuaskan akal mereka yang bingung dan membawa orang yang jahil kepada cahaya. Saya berkata dengan pertolongan Allah Taala.
Ulama dalam definasi istilah adalah golongan yang mengetahui sesuau bidang secara mendalam yang mungkin kita sebutkan sebagai pakar. Contohnya seseorang yang pakar dalam bidang fekah secara mendalam maka kita memanggilnya ulama fekah. Untuk menjadi ulama ia mempunyai syarat-syarat tertentu iaitu sesorang itu mesti belajar daripada seorang guru, belajar menggunakan buku ilmiah yang sesuai dengan manhaj ilmu sebab bukan semua buku-buku ilmu sesuai untuk dipelajari. Dan syarat yang lain seperti mempunyai ujian belajar dan suasana pembelajaran bererti dia belajar di university atau pondok. Yang paling penting dia mendapat pengiktirafan daripada ahli ilmu.
Perkataan ulama ini berlawanan dengan perkataan musaqaf atau kita boleh katakan sebagai pemikir kalau ia boleh diterima ibarat ini, kerana musaqqaf ini bererti seseorang yang mengetahui semua perkara secara tidak mendalam. Sebagai contoh, sesorang dia pakar dalam bidang fikh,tetapi bidang perubatan dia tidak pernah pun belajar daripada guru dan belajar di university tetapi dia banyak membaca buku tentang perubatan,banyak term-term medic yang dia tahu,tetapi dengan cara sedemikian tidak melayakkan dia menjadi seorang doctor untuk merawat orang kerana dia tidak berjalan di atas dasar ilmu begitu sebaliknya seorang pakar dalam bidang kedoktoran,dia tidak belajar ilmu agama secara manhaj walaupun dia banyak maklumat tentang ilmu agama tetapi dia tetap bukan ulama dalam bidang agama dia hanya boleh dianggap musaqqaf sahaja,begitulah seterusnya.
Maka di sini kita boleh fahami pengertian alim atau ulama iaitu golongan yang mendalami sesuatu bidang secara mendalam walaupun dalam bidang lain dia tidak mengetaui apa-apa atau mengetahui serba sedikit yang kita panggil sebagai musyarik.
Kalau kita melihat pengertian professional,di dalam kamus dewan muka surat 1057 menyebutkan bahawa professional adalah orang yang mengamalkan kerana pengetahuan,kepakaran dan kemahiranya di dalam sesuatu bidang profession. Di sana ia memberi contoh seperti undang-undang dan perubatan. Contoh- contoh yang diberikan itu hanyalah contoh yang terdekat bukannya terbatas kepada mereka,kita boleh juga masukan kerjaya mufti juga sebagai professional kerana ia berdiri di atas kemahiran dan skill dalam mengeluarkan hukum. Kalau kita perluaskan makna professional maka pakar di dalam bidang agama juga boleh dianggap professional.

Jadi dengan definasi yang kita berikan maka kita melihat tidak ada percanggahan di antara ulama dan professional bahkan kedua-duanya adalah sinonim, maka di sini tidak percanggahan di sana bahkan persamaan.
Cuma di sini kita ingin tetapkan ulama di dalam pengertian Islam sebab di sana terdapat khilaf di dalam menafsirkan pengertiaan ulama di dalam Islam. Sebab penetapan tafrif ulama ini terdapat kesan di dalam hukum sebagai contoh,sesorang itu mewaqafkan rumahnya untuk didiami oleh ulama, maka sekiranya kita hanya mentafrifkan ulama hanya kepada ilmu fekah hadis dan seumpama dengannya maka seeorang yang alim dalam bidang kedoktoran dan kejuruteraan tidak boleh menduduki rumah waqaf tersebut kerana dia tidak termasuk di dalam istilah ulama Islam cuma ulama dari sudut bahasa. Tetapi istilah ulama ini hanyalah ijtihad ulama terdahulu,boleh menerima perubahan takrif dari sudut dari pengertian sebab Al-Quran dan Sunnah tidak menentukan makna yang tertentu bagi istilah ulama.
Kalau kita lihat Al-Quran di dalam surah Fatir ayat 27 dan 28,ayat ini membicarakan tentang masalah ilmu geologi dan biologi dan alam sekitar kemudian Allah Taala melabelkan golongan yang bertaqwa daripada mereka itu sebagai ulama. Maka kita melihat definasi oleh Al-quraan terhadap pengertian ulama lebih luas daripada definasi ijtihad ulama dahulu. Dan definasi oleh Al- Quran lebih aula dipegang. Maka disini kita dapat gabung pengertian ulama yang disebutkan oleh hadis yang menyebutkan “ Ulama adalah pewaris para Nabi” yang mengambil ilmu-ilmu agama daripada para Nabi dengan ayat Al-Quran yang kita sebutkan tadi.

Maka kita bersetuju dengan pembahagian ulamadan ilmu oleh guru saya Al Alamah dr Muhammad Zuhaili yang membahagikan ilmu syarie kepada dua iaitu ilmu syarie secara langsung seperti tafsir,hadis dan fekah dan ilmu syarie secara tidak langsung seperti perubatan dan kejuteraan. Maka sekiranya kita menerima pembahagian ini maka golongan doctor atau jurutera boleh dianggap sebagai ulama syarie dan Islam dan mereka berhak menerima hak waqaf seperti contoh yang kita sebutkan tadi sebab ilmu-ilmu boleh membantu manusia mengenal Allah dan memperkuat Islam. Inilah kita panggil sebagai islamiayulmakrifah(pengislaman pengetahuan).
Walaupun kita mengakui ilmu-ilmu syarie secara langsung ini lebih afdal daripada ilmu-ilmu syarie secara tidak langsung tetapi kedua-keduanya tetapi ilmu syarie. Cuma perlu dingatkan bukanlah maksud ilmu-ilmu syarie secara langsung ini lebih afdal daripada ilmu syarie secara tidak langsung bererti ulama-ulama syarie secara langsung ini lebih afdal daripada ulama-ulama syarie secara tidak langsung. Sebaliknya kelebihan di antara mereka ini diukur denga taqwa,bezakan di antara ilmu dan ulama.
Baik, setelah selesai kita membuang segala kekusutan di dalam masalah pengertian ulama dan professional dan kita mendapati kedua-dua ada persamaan,tidak ada pertembungan, mari pula kita melihat kepada masalah yang merungsing ahli-ahli pas atau jemaah Islam di Malaysia. Yang mana satu layak memimpin dan dipilih?
Kita telah menerima bahawa ulama dan professional adah sinonim. Tetapi bagaimana orang boleh lagi keliru di di dalam pemilihan pimpinan pas. Sebenarnya di dalam menjawab persolan, ini kita perlu mengetahui Islam mengajar kita menghormati kepakaran dan takhassus. Firman Allah Taala
Terjemahan: Bertanyalah kepada ahluzzikri sekiranya kamu tidak mengetahui.

Di dalam ayat yang lain,
Terjemahan: Tidak memberikan kamu sesuatu (maklumat)sepertimana seorang pakar.

Maka di sini Islam mengajar kita menghormati kepakaran dan takassus,mungkin sesorang itu pakar di dalam bidang fikh tertentu tetapi dia tidak pakar didalam fikh haraki dan politik. Dia tidak mengetahui selok belok politik di Malaysia. Ini mungkin maksud tuk guru nik aziz yang mengatakan ulama sekarang dah professional sebab mungkin kefahaman beliau profesinal ialah mengetahui selok belok ilmu modern sperti IT dan berapa ramai ulama agama dah mahir dalam bidang ini. Sebenarnya di dalam kaedah penfatwaan ini dipanggil fikh waqie,maknanya mengetahui selok belok kehidupan di mana ulama telah mensyaratkan kepada ulama fatwa mesti ada ilmu fikh waqie mungkin bila kita sebut professional ini boleh dikategorikan sebgagai fikh waqie dan fikh waqie ini sentiasa menerima penambahan dan perubahan maklumat, jadi tidak jadi masalah sekiranya ulama itu sentiasa mendalamai fikh waqie kerana ia adalah di antara senjata utama ulama di dalam menghadapi masyarakat.
Jadi di dalam memilih pemimpin pas pada muktamar kelak maka hendak dipilih ulama yang benar-benar pakar di dalam bidang politik dan manhaj dakwah dan peka terhadap masalah semasa agar dia tidak ketinggalan di dalam mendapat maklumat dan membuat ulasan dan dia dapat memandu pas kepada jalan yang tepat berdasarkan syarak.

Bagi saya tidak masalah kalau golongan ulama bukan agama( istilah saya) memegang jawatan presiden atau timbalan secara teori,Cuma secara praktikalnya sukar sebab Pas mempunyai tabiat dan cirri-ciri tersendiri yang berhajat kepada mereka arif di dalam siasah syariyah dan politik islam sebab kadang-kadangg berlaku suasana yang berhajat kepada jawapan yang cepat dan tepat di mana berhajat kepada ilmu-ilmu fikh siasi melainkan golongan ini mahir didalam bidang agama dan mampu memahami bahasa arab dnegan baik maka dia sesuai untuk memimpin pas. Secara hakikatnya,pas adalah untuk semua,tetapi bukan lah bermaksud semua orang layak untuk memimpin. Maka penjelasan yang ringkas ini diharap dapat sedikit memberi kefahaman yang baik kepada pembaca. Sekiranya tulisan tepat mudahan diberi pahala oleh Allah Taala dan sekiranya terdapat kesalahan semoga Allah mengampunkannya.
Fauwaz Fadzil Noor.

Friday 24 April 2009

Ustaz Hadi Dan Ustaz Nasar Gandingan Mantap

Kita bakal melihat pemilihan pimpinan baru Pas di muktamar pada bulan 6 akan datang. Melihat kepada malaysiakini ada kawasan mencalon tuk guru nik aziz sebagai calon presiden. Adakah betul laporan ini. Jawatan timbalan presiden pun ramai juga nampak pemimpin pemimpin pas yang akan dicalonkan untuk berlawan dengan untaz nasar.
Bagi hamba yang lemah ini, tetap mengharapkan siding perwakilan tetap memilih ustaz hadi dan ustaz nasar menerajui pas bagi memantapkan pas dan membawa pas ke mercu kejayaan. Apakan dengan ustaz nasar berjumpa dengan pemimpin umno dan restu dan presiden dianggap sebagai satu kesalahan. Apakah jiwa yang terbuka begitu dianggap tidak saying pada parti dan perjuangan.
Sepatutnya kita sebagai pencinta perjuangan Islam patut berasa bangga dengan sifat berani dan keterbukaan pemimpin utama pas di dalam membuat perubahan politik Malaysia yang lebih mementingkan masalah umat daripada kepentingan parti.
Bagi saya,kalau al marhum ustaz fadzil noor masih ada ,beliau pasti merestui tindakan tersebut sebab beliau adalah orang terbuka dan mempunyai jiwa yang tinggi,tidak taasub kepada parti dan sebagainya. Tetapi ustaz hadi pun dan tutup sementara isu kerajaan perpaduan sampai orang ramai faham.
Begitulah ijtihad-ijtihad politik yang dibuat oleh pemimpin utama kita yang berpandangan jauh kemudian mereka berhenti seketika sebab tidak mahu ahli-ahli memberontak dan keliru. Tetapi suatu hari nanti ahli-ahli akan faham apa yang diinginkan oleh mereka.
Tetapi pandangan sebegini hanya mampu dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai pengetahuan yang luas ilmu agama dan memahami reality kehidupan dan tuntutan umat. Mereka yang mampu mengambil faedah daripada ilmu-ilmu silam,hidup dengan zaman dan mampu merancang masa depan untuk terus membawa bahtera Islam menuju kepada kejayaan. Merak ini bagi saya adalah uztaz hadi dan ustaz nasar. Marilah kita berdoa kepada Allah Taala agar mengekal mereka berdua dan member petunjuk kepada para perwakilan untuk mengundi mereka. Amin.

Thursday 9 April 2009

Bertaqlid Kepada Selain Mazhab Empat

Bertaqlid kepada ulama adalah sifat seseorang yang tidak mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk berijtihad atau mentarjih di antara pendapat ulama. Jadi menjadi kewajipan kepada dia untuk bertaqlid.
Persoalanya, adakah dia wajip bertaqlid kepada satu mazhab atau boleh bertaqlid mana-mana mazhab yang dia inginkan. Pendapat terkuat dikalangan ulama usul adalah dia tidak wajip beriltizam dengan mazhab -mazhab tertentu kerana tidak ada dalil yang mewajipkan bertaqlid kepada satu mazhab,kalau diwajipkan sedemikian seolah-olah dia menjadikan satu mazhab itu sebagai syariat. Di zaman salaf dahulu tidak ada dikatakan mengikut satu mazhab,kesemua orang bertanya kepada mana-mana ulama yang dia yakini tanpa sebarang halangan.
Di sini,kita tegaskan,sekiranya sesorang itu mempelajari kebersihan di dalam mazhab syafie,kemudian dalam solat dia menunaikan solat dalam mazhab hanafi atau sebaliknya,di dalam puasa dia mengambil mazhab hambali dan di dalam haji dia mengambil mazhab maliki ia adalah tidak terlarang. Dia tidak berhajat mengetahui dalil-dalil mazhab yang penting dia memahami yang dikatakan oleh mazhab tersebut.
Yang timbul masalah adalah jika sesorang itu mengambil banyak mazhab di dalam bersuci seperti dia berwuduk dengan cara mazhab syafie,dan apabila dia menyentuh wanita ,mengambil mazhab hanafi ,jadi tidak batal wuduknya,maka ini adalah masalah khilaf diantara ulama. Maka apabila khlilaf muktabar dikalangan ulamak kita para muqallid boleh memilih pendapat yang tenang baginya dan kuat pada akalnya.

Satu masalah yang penting iaitu,adakah boleh bertaqlid kepada selain daripada mazhab empat? Pendapat yang terkuat ialah boleh bertaqlid selain daripada mazhab empat selagi mana pendapat tersebut sohih penukilannya. Tidak ada dalil yang menghalang untuk bertaqlid kepada selain daripada mazhab empat,kesemua itu tidak lebih daripada ijtihad ulama bukan nya ijmak yang qathie. Ini adalah pendapat imam izzudin abdussalam,syeikuna al qaradawi,dr wahabah zuhaili dan sebagainya kerana fikh semua pendapat ulama adalah sama sahaja di sisi syariat walaupun ia dating daripada mazhab selain daripada mazhab empat melainkan pendapat yang bercanggah dengan nusus qatie dan ijmak yang diyakini.
Sesungguhnya apabila terdapat kesusahan di dalam mazhab tertentu,di sana ada terdapat pendapat yang mudah di dalam mazhab lain yang bertepatan dengan maqasid syarie. Sesungguhnya agama ini datang dalam bentuk yang mudah bukan dalam bentuk yang menyusahkan.
Mudah-mudahan penerangan yang ringkas ini boleh menyejukan hati yang ragu dan menyakinkan mereka yang syak.(sila rujuk usul fikh islami dan fawata muassirah)

Wednesday 8 April 2009

Keikhlasan Punca Kekuatan

Aku merenung kehidupan ini yang penuh dengan pertukaran zaman,kadang kita merasa kuat,kadang kita merasa lemah. Kita ingin mencari satu punca kekuatan kehidupan kita untuk meneruskan perjuangan hidup. Kadang kita hidup dipuji kadang kita dikutuk. Kadang kita hidupa dihargai,kadang-kadang kita rasa tidak dihargai walaupun perasaan kita merasakan kita berkorban untuk orang, tetapi kita merasa sebaliknya diri tidak dihargai.
Apabila kita melakukan kebaikan kepada orang, perasaan kita selalu mengharapkan orang terima kasih,sekiranya orang tidak berterima kasih kepada kita, kita akan kecewa dan lemah. Memang manusia mudah lupa kepada kebaikan orang tetapi payah melupai kesalahan orang.
Tetapi apakah kita harus hidup berterusan sedemikian,mengharapkan diri dikasihi,dihormati,diberi penghargaan dan pujian. Sampai bila? Apakah kita hendak berterusan sebegini, bersemangat apabila dihargai dan duji. Apakah kita hendak menunggu ucapan terima kasih orang kepada apabila kita melalukan kebaikan. Tidak,jangan kita berterusan sedemikian,marilah kita megubah diri kita untuk mencari penyelesian di dalam krisis ini. Krisis inginkan kebanggaan,pujian dan penghargaan. Sebab ia akan melemahkan semangat kita untuk menyumbang kepada masyarakat. Biarkan mereka tidak menghargai diri kita,tetapi kita mempunyai satu perkara yang dipanggil ikhlas,nilai yang cukup tinggi untuk dijadikan pemangkin yang kuat di di dalam meneruskan sumbangan dan kehidupan.
Kita janganlah melihat apa yang kita lakukan,tetapilah lihat kepuasan yang kita sumbangkan. Kalau kita sebagai seorang guru ,kita kan merasa seronok apabila kita dapat membuang kejahilandaripada orang ramai. Jangan menunggu ucapan terima kasih mereka,kerana ini akan menggangu pemikiran kita dan akan mengurangkan kualiti sumbangan kita. Sebaliknya mencari keredhaan Allah itu lebih penting untuk mendapat pujian dan terima kasih daripada orang. Kalau kita sebagai pemimpin,jangan tunggu ucapan terima kasih ahli kepada kita untuk kita membantu ahli-ahli kita. Sebaliknya kita membantuk ahli-ahli kita sebagai satu tanggungjawab dan ibadat kepada Allah.
Sesungguhnya keikhlasan itu akan member diri kita semangat juang yang tinggi untuk meneruskan kerja kita,sebab melihat dan mengaharap apa-apa daripada makhluk, sebaliknya kita mengharapkan reda darada Allah.
Keiklasan ini akan menjadikan kita tenang jiwa dan istiqamah walaupun dalam keadaan sebagaimanapun, di atas atau dibawah. Kita tetap sama saja begitu juga kita kita dipuji dan dicaci, kita tetap dengan agenda yang baik.
Kita akan menghadapi krisis jiwa yang kosong sekiranya kita tidak berjaya memperolehi sifat ikhlas di dalam diri kita. Kita akan terawang-awang dan bersedih apabila kita kehilangan sifat ikhlas.
Pada renungan hamba Allah yang lemah ini,tidak ada penyelamat kepada jiwa yang lemah ini melainkan ia mencari satu sifat yang mulia ini iaitu ikhlas untuk dijadikan sebagai pencetus kepada kehidupannya. Waallah alam.

Friday 3 April 2009

Tafsir Surah Al-Fatihah

Tafsir Surah AL-Fatihah.

Surah fatihah merupakan surah yang paling penting dan wajip dihafaz oleh semua umat Islam dimana solat lima waktu tidak sah melainkan dengan membaca surah tersebut mengikut pendapat jumhur ulama. Surah ini mempunyai rahsia yang banyak jika direnung oleh pembacanya, tidak hairanlah ia diberi nama ummulkitab.
Di sini saya ingin membawa pembaca kepada memahami surah ini dengan tafsiran ulama atau kefahaman yang saya fahami terhadap surah berdasarkan apa yang Allah bukakan kepada saya,sekiranya saya menyebutkan kefahaman saya,saya akan menyebutkan “ini adalah kefahaman penulis” . tetapi setakat ini saya tidak mengetahui adakah saya kefahaman yang tersendiri terhadap ayat ini. Mudah-mudahan Allah Taala membuka kefahaman kepada saya. Di dalam penafsiran surah ini saya mengunakan tafsir Imam Ibnu Kathir sebagai panduan di dalam mentafsir ayat ini. Mudah-mudahan tulisan sebgini dapat member kefahaman kepada pembaca. Saya mulakan dengan perbahasan surah Al Fatihah. Surah ini mempunyai 7 ayat dan diturunkan di makkah.
Imam ibnu kathir menyatakan surah ini dinamakan surah al fatihah sebab surah ini dibaca pada awal permulaan setiap solat. Ia juga mempunyai nama-nama yang lain seperti الحمد, , الشفاء,الواقية,الكافية,dan أساس القران.. ini adalah juga pendapat Imam Al-Bukhari.
Permasalahan fekah:
Ulama berselisihan pendapat di dalam masalah adakah wajip membaca surah al- fatihah di dalam solat atau dibolehkan dibacakan surah lain? Di sini terdapat dua pendapat yang ,masyhur.
Pendapat pertama: Tidak wajip membaca al-fatihah di dalam solat,boleh dibaca surah lain dan solat itu sah. Ini ada;ah pendapat imam Abu Hanifah.
Pendapat kedua: wajip membaca al- alfatihah di dalam solat. Ini adalah pendapat imam Malik,Syafie,Ahmad dan sebagainya. Ia berdasarkan hadis menunjukkan tidak sah solat tanpa membaca af-fatihah.
Masalah kedua:( bersambung)

Sunday 29 March 2009

Percubaan Pengharaman Pmram

Percubaan Pengharaman Pmram.

Kita melihat seorang perwakilan umno di mesyuarat agung umno menyuarakan cadangan agar diharamkan pmram di mesir atas alas an mereka ejen pembangkang. Diugut dengan penarikan zakat dan sebagainya. Saya pun hairan masih ada lagi orang muda berfikiran sebegini yang mereka ini kemungkinan akan menjadi pimpinan negara kelak,mereka masih berpegang kepada penggunaan kuasa dan kekerasan untuk melakukan sesuatu perkara bukan mengajak berdialog atau berbincang.
Saya bukanlah orang kuat di dalam pmram Cuma ahli biasa dan suka begini, tidak terikat dengan mana-mana jemaah yang bekerja untuk Islam ,semuanya kita sayang dan menghargai usaha mereka sama abim , isma dan sebagainya. Tetapi saya tidak menyokong usaha untuk mengharamkan pmram dengan alasan mereka pembangkang,kerana ini bercanggah dengan demokrasi dan hak kebebasan yang dilaungkan oleh semua pihak. Sebaliknya mereka patut mencari jalan keluar bagaimana kita hendak mempersatukan MSD dengan pmram kerana kedua-dua pihak mempunyai kelebihan masing-masing.
Bagi saya,janganlah kita melibatkan isu politik Malaysia pas dan umno di mesir,MSD tetap kerajaan bukan umno, Pmram bukan Pas, ia adalah badan Ngo, sebenarnya saya inginkan berlaku suasana yang jernih di mesir, tidak ada pertengkaran di kalangan kita baik pimpinan atau ahli-ahli.
Saya menyeru kepada semua pimpinan di mesir supaya mengiktiraf semua persatuan yang bekerja di mesir dan duduk semeja untuk membincangkan permaslahan yang boleh diusahakan bersama. Lupakan cerita-cerita lama,kita boleh bangkit membangunkan akedemik dan syakhsiah pelajar mesir apabila kita semua berganding bahu mengetepikan permasalahan khilaf dan manhaj masing-masing dengan menumpukan masalah akedemik dan masa depan umat Islam di Malaysia.
Sesungguhnya perpaduan di antara semua persatuan dimesir dan bekerjasa dengan Msd adalah merupakan tuntuan syarak dan semasa bagi kita menyelesaikan masalah-masalah pelajar-pelajar kita di sini.
Akhir sekali,kita mengharapkan kerajaan tidak akan mengharamkam pmram sebaliknyaberusaha untuk bekerjasama dengan mereka dan kita mengharapkan pimpinan baru pmram akan lebih sederhana dan lebih banyak menumpukan aspek perpaduan.

Wednesday 25 March 2009

If You Fail To Plan, You Plan To Fail

If You Fail To Plan, You Plan To Fail.
Kata-kata ini adalah kata-kata yang berasaskan pengalaman kehidupan sesorang yang berjaya, dan ia adalah merupakan salah satu factor seseorang itu berjaya.
Islam terlebih dahulu mengajak kita merancang masa depan di mana Nabi mengajak kita membuat persiapan iaitu sihat sebelum sakit ,muda sebelum tua,kesemuanya itu adalah isyarat kepada perancangan. Contohnya di dalam hadis “ Tidak akan miskin sesiapa yang sederhana di dalam berbelanja”.
Sebab itu di sini,kita hendaklah menekankan konsep merancang bagi sesorang pelajar, seseorang pelajar perlu merancang masa depannya berdasarkan waqie yang berada dihadapanya.
Contohnya,pelajar di mesir,pada tahun pertama sehingga tahun terakhirnya,dia perlu merancang pada tahun pertamanya mendalami bahasa arab dan juga ilmu alat seperti mantik supaya dia mampu pada tahun akan datangnya dia dapat meningkatkan pengetahuanya di dalam ilmu-ilmu Islam yang lain. Sekiranya,pada tahun pertamanya, dia tidak merancang sebegitu, dia ingin belajar banyak ilmu,dikhuatiri dia tidak mampu untuk memahami Ilmu-ilmu Islam dengan baik.
Perancangan yang tersusun akan membuatkan natijah yang baik, letakkan matlamat,kemudian merancang. Begitulah kita semua perlu merancang masa depan kita samada dari sudut akedemik dan dakwah. Yang penting perancangan kitatidak lari daripada matlamat yang kita inginkan.

Sunday 22 March 2009

Permasalahan Fatwa

Permasalahan Fatwa.

Fatwa merupakan satu kerja yang besar dan ia merupakan jawatan yang sandang oleh Nabi Muhamadصلى الله عليه وسلم.. Fatwa bererti member jawapan kepada perkara yang berlaku berdasarkan hukum syarie sama soalan itu diajukan oleh individu,jemaah atau pemerintah.
Mufti merupakan penjawab kepada fatwa dan hakikat sebenar mufti adalah mujtahid yang mampu mengeluarkan hukum daripada sumber rujukan Islam tanpa bertaqlid kepada mana-mana imam. Selepas berlaku kemunduran didalam fikh Islam,mufti berubah kepada mufti muqalid yang berfatwa mengikut pendapat yang terkuat di dalam mazhabnya.
Apabila muncul semula kebangkitan fikh Islami kita dapati ramai mufti tidak hanya berfatwa kepasa mazhab mereka tetapi pendapat-pendapt yang diluar daripada mazhab mereka untuk tujuan menjaga maslahat.
Saya inginkan mufti-mufti yang tidak mencapai tahap mujtahid atau murajjih mempelajari talfiq di dalam berfatwa agar dia berfatwa mengikut kaedah talfiq, dengan sebab itu memudahkan beliau untuk berfatwa dengan pendapat yang mudah sebab fatwa terbina di atas dasar mudah dan menganggkat kesusahan.
Di sini kita ingin tekankan kepada golongan muda yang berani berfatwa sedanagkan mereka belum cukup ilmu di dalam fatwa agar berwaspada di dalam percakapan mereka. Kita melihat golongan remaja yang berani berfatwa dengan mengharamkan taadud jemaah islam yang berlainan dengan dengan manhajnya berani menyatakan perkara yang tidak nas yang sorih dan jelas mengharamkan penubuhan jemaah yang lain. Ada juja golongan yang mewajipkan memakai purdah,baju kurung,mereka tidak takut kepada Allah dengan membuang kenyataan yang berat di dalam fikh Islam. Begitu juga ada yang tidak membenarkan akhwat menaiki bas bercampur lelaki atas alasan sadduzzaraik tanpa melihat akubat yang akan berlaku. Kenapa mereka ini tidak berlajar daripada ulamak-ualmak yang besar dan hanya berguru-guru melayu dan akhirnya tidak membina generasi fikh yang mantap.
Saya melihat di mesir, tidak ada seorang pun yang mempunyai kelengkapan ilmu untuk berfatwa kerana kekurangan di dalam banyak sudut. Cuma tidaklah terhalang untuk mereka menukilkan fatwa daripada ulama-ulama yang thiqah sebagai istiknas. Bagi saya tidak menjadi masalah para pelajar berpegang kepada pendapat-pendapat masing selagi mana ia terbina di atas dasar ijtihad yang sohih.
Di kalangan pemuda kita juga kadang-kadang menjadi pemonopoli fatwa dengan menyatakan hukum fikh tidak boleh diambil daripada syiekh qaradawi,dia hanya boleh di ambil did lama bidang dakwah. Apakah fikh yang sebenar,mengajar student dengan melabelkan ulama mujtahid mutlak seperti syeikh qaradawi sebagai orang tidak boleh di ambil fikhnya. Alangkah malunya kepada badan-badan fikh islam sedunia yang mengambilnya sebagai bahan rujukan dan mengiktirafnya sebagai seorang mujtahid kemudian,kita menyatakan fikh tidak boleh di ambil daripadanya.
Begitu juga kepada ahli-ahli perubatan yang ingin membuat kajian terhadap sesebuah jemaah, janganlah anda memenatkan diri anda dengan perkara-perkara tersebut,sekiranya kamu menggunakan tenaga untuk mendalami ilmu perubatan yang luas dan mendalami ilmu-ilmu yang bersifat akhlak falsafah islam itu lebih baik kepada kamu,sebab perkara-perkara yang berlaku di mesir tidak lebih daripada khilaf yang berterusan sampai hari kiamat.
Saya menyatakan semua perkara di sini,,agar kita menumpukan kepada ilmu yang boleh membantu umat islam kepada kemajuan,hentinkanlah pertelingkahan menegnai jemaah,akidah salafi dan khalafi,mereka itu semua adalah ulamak-ulamak yang besar,ulamak ahli kalam ada jasanya, ibnu taimiah ada jasanya,kita perlu membina fikh yang baru untuk memahami Islam berdasar al-quraan dan sunnah serta kefahaman-kedaripada fahaman ulama salaf kita. Tumpukan masalah akhlak dan hati dan pelajaran.
Allah Taala memaafkan orang-orang yang berperang di jalan Allah daripada bertahajud, disebabkan mereka sibuk dnegna jihad. Begitu juga dengan kita ynag sibuk belajar dengan Ilmu syarie dan ilmu perubatan insyallah dimaafkan sekiranya tidak giat berdakwah atau tidak giat dalam persatuan. Marilah kita mengenal tanggungjawab masing-masing dan mengelak daripada menghentam sama sendiri. Binalah ukhuwah yang kuat di antara kita. Janganlah kita tertipu dengan ilmu kita masih sedikt dan berhajat kepada pengajian lagi. Waallah A’lam.

Tuesday 17 March 2009

Gabungan Pas dan Umno

Gabungan Pas Dan Umno.
Kita mendengar perbincangan gabungan Pas dan Umno diruangan akhbar hasil cadangan yang bernas daripada presiden Pas Dato Ser Abdul Hadi Awang. Satu cadangan yang amat bernas dari seorang ulama yang memahami keadaan semasa yang menuntut beliau menyuarakan cadangan. Gabungan kuasa di antara Pas dan Umno satu perkara yang perlu dibincangkan oleh semua pihak samada ulamak atau bukan ulama khususnya majlis fatwa Malaysia perlu jaga tampil ke hadapan untuk membincangan isu survival umat Islam dan Melayu.
Apa yang disuarakan oleh Presiden Pas tidak bercanggah dengan maqasid syarak yang datang untuk membawa maslahah atau hampir kepada maslahah dn membuang kerosakan atau mengurangkan kerosakan. Perpaduan Pas dan umno adalah merupakan satu tuntutan syarak dan reality di mana mereka mempunyai kekuatan sendiri didalam membantu kekuatan umat Islam.
Para pimpinan politik harus berfikiran panjang didalam menentukan hala tuju politik Malaysia kerana dengan satu tindakan silap di dalam merancang masa depan politik Malaysia ia akan merugikan masa depan umat Islam dan bangsa-bangsa yang lain.
Kita tidaklah berhajat buat masa ini untuk membubarkan Pas dan Umno untuk membina satu parti yang satu,itu satu perkara yang susah tetapi satu mimpi yang indah. Kita hanya berhajat kepada membina persefahaman yang baik di antara kita untuk membina masyarakat madani yang berkualiti dan tidak berpecah.
Apabila gabungan kuasa ini berlaku,tidak semestinya kita menuntut perlaksanaa jenayah hudud dilaksanakan dengan segera. Bagi saya kita perlu dulu memberi kebebasan kepada rakyat dahulu dan membebaskan kezaliman ,membasmi kemeskinan dikalangan umat Islam,bagi mereka bekerja,menghapuskan pelacuran yang merosakan bangsa,kita perlu mennyusun strategi dan rangka bagi jangka masa panjang untuk membentuk Islam yang syumul di dalam negara kita.
Bagi saya yakin,di kalangan orang umno pun ada yang inginkan Islam cara sempurna,mungkin ada di sana sebab-sebab tertentu yang menyebabkan mereka masih dengan agenda umno mereka. Bagi saya,bagi menyelesaikan konflik politik Malaysia,kita perlu melupakan kisah-kisah yang lama demi untuk survival Islam dan umat Islam.
Pemimpin-pemimpin parti politik perlu mengubah cara berpolitik daripada kita ,menganggap lawan itu adalah musuh kepada lawan yang boleh dijadikan sabahat. Kita perlu membina negara yang kuat dan maju,dan perkara ini tidak boleh berlaku melainkan dengan perpaduan yang kukuh dan persefahaman yang tinggi. Tiba masanya kita menyahut saranan Presiden Pas kita untuk membincangan isu perpaduan nasional demi untuk menyelamatkan negara kita pada masa depan. Kesilapan kita di dalam membuat pencatuan ini akan dimarahi oleh anak cucu kita. Sebelum berlaku kehancuran politik dinegara kita,marilah kita berusaha untuk memperbaikinya. Tidak ada rugi di sana apabila menuju kearah ini. Cuma yang kita minta daripada umno,mereka perlu telus di dalam usaha ini,kita yakin keikhlasan Presiden Pas dan kita mengharapkan juga keiklhlasan daripada umno.

Marilah kita membangunkan negara kita bersama-sama.
Fauwaz Fadzil Noor.

Thursday 12 March 2009

Al Marhum Ayahanda Ustaz Fadzil Noor

Hari ini 13 March adalah harijadi ayahku Ustaz Fadzil Noor yang telah pergi meninggalkan dunia yang hina ini hampir 7 tahun. Masa terlalu cepat berlalu walaupun merasakan beliau sentiasa hidup disampingku dan ingatanku. Kalau ikutkan esok usia beliau menjangkau 72 tahun. Entah kenapa aku merasa sedih dan pilu melihat gambar babaku yang aku gantung di dinding rumahku sebagai pengubat rinduku terhadap beliau. Beliau adalah insan yang amat hebat pada pandanganku bahkan pada pandangan ramai orang. Beliau memiliki ilmu yang tinggi dan ingatan yang kuat. Beliau tekun melakukan apa-apa kerja yang beliau lakukan khusus politik dan dakwah Islam.
Beliau adalah seorang mujadid gerakan Islam di Malaysia yang berusaha mengubah minda masyarakat umat Islam tentang kepentingan politik Islam. Beliau telah berkorban wang ringgit,tenaga, segala-galanya dijalan Allah. Beliau tidak putus asa dengan masa depan Islam sewaktu orang lain sudah putus asa dengan masa depan Islam,beliau adalah insan yang dipilih oleh Allah untuk mengubah rentak dakwah Islam daripada jumud dan melampau kepada sederhana dan reality.
Sederhana adalah sinonim dengan beliau,beliau ada orang yang anti terhadap jumud dan melampau,beliau banyak kali tegur aku tatkala aku bersifat melampau agar bersederhana. Beliau mengajar aku dan ahli keluarga supaya menghormati masyarakat pelbagai pelapis, beliau adalah guru aku di dalam pemikiran sederhana.
Pemergian beliau amat menyedihkan aku di mana banyak lagi ilmu yang aku belum kutip daripadanya. Kalau mengingati saat-saat kematian beliau amatlah terasa sedih dihati aku kerana ketika itu aku sedang belajar di al-azhar. 5 bulan sebelum permergian beliau,aku telah bermimpi orang ramai berduyun-duyun mengangkat jenazahnya. Selepas aku bangun tidur,berdebar hati aku dengan mimpi tersebut. Tapi aku adalah insan yang tidak mengambil kisah tentang mimpi kerana kebanyakkan ia adalah permainan tidur. Aku mengikuti perkembangan beliau melalui panggilan telefon dan membaca berita mengenainya dirinya di akhbar. Aku bangga dengan ayah aku dengan perjuangan dan dakwahnya.
Apabila aku menerima berita beliau rebah dekat airpot kat subang pada bulan beberapa bulan sebelum beliau meninggal,hati aku semakin tidak tenteram.tetapi aku yakin beliau insyallah berumur panjang sebab aku merancang pulang pada 15 julai seminggu sebelum beliau meninggal. Aku tidak boleh pulang awal kerana kuliah masih belum habis dan exam belum tamat.
Aku tak sabar untuk pulang ke Malaysia,tiket aku telah beli sekian lama. Banyak perancangan aku nak buat dengan ayahku. Khususnya belajar dengan beliau. Beliau juga ingin membawa aku dan mamaku ke Syria pada bulan 8 dan disana aku merancang nak menziarahi ulama bersama beliau kemudian datang mesir bersama-sama. Tetapi hajat itu tidak kesampaian. Aku pasrah.
Untuk disambungkan cerita,seminggu sebelum aku pulang,seorang sahabat aku yang belajar diTanta mengalami kemalangan. Dia patah pinggang. Tak silap aku hari aku pergi ziarah dia hari ahad selepas saja aku exam pada hari ahad aku pergi ke Tanta. Rupanya pada keesokannya, ayah aku akan menghadapi pembedahan pintasan jantung. Aku tidak mengetahuinya,beliau ingin merahsiakannya daripada aku kerana itu aku sedang exam. Begitulah kasih ayah kepada seorang anak. Beliau berpesan kepada abang aku (Ammar) agar tidak memberitahu aku tentang pembedahan tersebut. Petang ahad aku bergerak ke Tanta,selepas menziarahi sahabat aku dihospital. Aku tidur di sana dirumah kawan aku faizudin. Bila pagi esok aku pergi ke kedai cyber cafe untuk membaca surat kabar. Ketika aku membaca harakah,terpampang tajuk, Presiden Pas dibedah. Terkejut aku,tidak ada siapa yang memberitahu tentang pembedahan tersebut. Tetapi aku merasakan tidak berapa serius sebab keluarga aku tidak memberitahu aku. Pada waktu petang aku pun pulang ke Kaherah. Kemudian apabila sampai sahaja di rumah,kawan-kawan aku memberitahu bahwa mereka solat hajat untuk ayah aku di asrama kedah di adakan memohon agar Allah selamatkannya. Hati aku mula risau,aku merasakan ia seruis,lalu aku menelefon abangg aku di Malaysia,apabila aku bertanya dia tentang ayahku, dia mula menangis membuatkan aku bertambah panic dan bimbang, kemudian dia menceritakan segalanya kepada, aku sangat sedih,yang menyedihkan lagi apabila abang aku memberitahu baba mengirim salam kepadaku sebelum pembedahan. Kepulangan aku ke Malaysia masih tinggal 5 hari,hari sabtu, aku tidak tenteram duduk,,hari khamis exam,tidak tahu nak buat apa,aku tetap membaca buku, tidak tidak begitu focus, ingatan aku melayang mengingati ayahku.
Maka pada 15 julai,aku pun pulang ke Malaysia dengan perasaan sedih untuk bertemu dengan babaku di dalam keadaaan sakit. Sampai di hospital HUKM,aku meletakkan barang dibilik rehat,aku makan bersama keluarga dan bertanya mereka tentang baba,hati aku berdebar untuk melihat baba,bagaimana keadaanya. Apabila aku masuk kewad ICU bersama abg ku Aiman,aku berasa amat sedih dengan keadaan baba yang bernafas dengan bantuan alat oksigen. Tidak segagah yang aku lihat dipentas. Aku melihat dengan penuh sayu,aku tidak dapat memeluknya, dia sakit, berada di atas katil. Aku mendengar daripada sahabat ayahku almarhum ustaz Nikmat Yusuf yang memberitahu kepada ketika aku ketika menziarahi beliau selepas daripada kematiaan ayahku kerana aku ingin mendengar cerita-cerita perjuangan mereka diwaktu muda. Ustaz NIkmat berkata,baba pernah berkata,dia tidak mahu mati di atas katil dia mahu mati dalam perjuangan. Itulah cita-citanya yang tinggi. Tetapi akhirnya beliau meninggal juga di atas katil. Tetapi bagi ku,beliau tetap meninggal di dalam perjuangan di jalan Allah Taala.
Sewaktu beliau meninggal,aku melihat wajahnya tersenyum ceria,mungkin beliau melihat syurga Allah Taala yang disediakan kepadanya, Amin. Tetapi itu taqdir Allah Taala, apa yang aku mimpikan pada 5 bulan yang lepas, ia menjadi satu reality,di mana aku melihat ratusan ribu dan lautan manusia menziarahi jenazah yang menyembanyangkan jenazah beliau. Ini adalah satu kemuliaan yang Allah berikan kepada beliau di dunia ini,mudahan di akhirat beliau diangkat dengan setinggi tinggi darjat oleh Allah Taala.
Ustaz Fadzil Noor telah meninggalkan pemikiran dan contoh-contohh yang baik untuk diwarisi oleh jenerasi pelapis. Sumbangan beliau terhadap kebangkitan Islam amatlah besar. Kita mengharapkan jenerasi muda mengambil faedah daripada khazanah peninggalan almarhum Ustaz fadzil untuk dijadikan ikutan pada masa akkan datang.
Sesunguhnya Almarhum memiliki kefahaman yang begitu mendalam di dalam membawa Islam. Beliau amat berhati-hati di dalam membuat kenyataan mengenai Islam agar tidak diputar belit oleh golongan musuh atau lawannya. Beliau adalah seorang menitik berat tentang hubungan dengan setiap lapisan,baik ulama,pemimpin ,rakyat dan sebagainya. Beliau adalah seorang pendengar yang baik, mampu mendengar kririkan dan teguran orang. Pernah satu ketika, datang guru-guru pondok di salah sebuah daerah Kedah di mana mereka datang untuk memberi penjelasan kepada beliau tentang kesilapan beliau di dalam membuat ulasan beliau terhadap pondok itu. Beliau mendengar dan hanya tersenyum apabila mendengar rintihan salah seorang daripada mereka. Aku memerhati ayah aku yang tersenyum dan mengakui dia tersilap maklumat dan dia akan perbetulkan kesilapan itu. Ya Allah, begitu tinggi akhlak tidak ada sikap marah dan panas baran dari reaksi beliau tidak seperti sesetengah pimpinan yang cepat melenting dan marah apabila ditegur.
Satu benda yang perlu dicontohi oleh pencinta-pencinta Islam ialah akhlak seyum dan bertanya kabar yang selalu kita lihat daripada sikap Al mahum. Beliau tidak kedekut untuk senyum kepada orang dan tidak sombong dengan masyarakat. Beliau sering bertanya kabar bila berjumpa orang.
Satu perkara yang unik, kesibukan beliau dalam politik tidak menghalang beliau menziarahi sanak saudara yang sakit,pemimpin –pemimpin dan –guru-guru beliau yang uzur atau sudah berhenti daripada politik sebagai mengenang jasa mereka. Contohnya,kalau beliau pergi ke Pulau Pinang,sekiranya ada masa,beliau membawa kami menziarahi pimpin beliau yang dikasihi iaitu Al marhum Tuan Haji Yusuf Rawa. Beliau pergi menziarahi pemimpin tersebut dan mendengar nasihat-nasihat yang diberikaan kepada beliau, beliau amat menghormati pemimpin tersebut. Akhlak sebeginilah yang perlu dihiasi oleh pejuang –pejuang Islam,perlu mempunyai hubungan yang baik dengan orang-orang solih. Al marhum juga amat menghormati wanita, mendengar rintihan dan pengaduan mereka jika mereka datang ke rumah. Bertanya tentang suami dan anak-anak. Beliau pandai megambil hati golongan wanita dengan membiarkan mereka meluahkan perasaan sebaliknya beliau hanya mengulas sedikit. Wanita bagi beliau perlu dihormati tidak perlu dimarahi dan ditengking. Bagi beliau,tidak salah bagi beliau sebagai seorang pemimpin menegur golongn wanita dan memberi salam kepada golongan wanita sebagai satu akhlak yang tawaduk dan perkara ini bercanggah dengan syarak dan warak.
Sebenarnya kalau kita ingin menceritakan tentang kehidupan ,ilmu dan perjuangan Al Marhum,ia berhajat kepada buku yang besar untuk menulisnya. Tetapi keadaan tidak mengizinkan. . mudah-mudahan suatu masa nanti aku mampu untuk menulis sebuah buku mengenai Al Marhum dari sudut pengenalan aku mengenai beliau sebagi seorang ayah dan guru. Mudah- mudahan Allah Taala memudahkan urusan ini.Amin.
Kita berdoa kehadrat Ilahi agar menempatkan beliau ditempat yang tinggi dan mengampun segala dosa-dosanya. Amin.
Anakanda Yang Merindui Baba.
Fauwaz Fadzil Noor.

Saturday 21 February 2009

Wanita dan Hak Persamaan

Baru-baru ini kita mendengar seminar hak kewanitaan yang dianjurkan oleh sisters in islam yang menyuarakan hak persamaan dengan lelaki seperti faraid dan sebagainya. Dijemputlah orang dari luar negara bagi membincangkan isu lapuk yang ditimpulkan golongan jahil dan kurang akal kerana membincangkan isu persamaan di antara manusia. Tajuk perbincangan pun menampakkan kebodohan mereka yang membincangan hak persamaan kerana hak persamaan ini tidak dibincangkan oleh orang-orang cerdik kerana sunnah kehidupan manusia ini berlainan tabiat ,kewajipan dan hak.
Cuba kita lihat dari sudut penyusuan dan hamil mana ada persamaan antara lelaki dan wanita kesemuanya reda apa yang dibahagikan oleh Allah. Cuba lihat dari sudut pakaian semuanya tak sama,tetapi tidak timbul pula hak persamaan. Sebab itu kita kata tajuk yang tepat ialah ialah mengiktiraf hak wanita dan member keadilan kepada mereka. Perkara ini sudah lama Islam membincangkan dengan mengangkat taraf mereka sebagai seorang ibu,anak dan adik atau kakak. Mereka diberi hak untuk memilih jodoh,memiliki barang,hak bersuara dan hak berkerja sekirangnya diperluakn oleh masyarakat,hak belajar dan sebagainya tidak agama lain yang memperlekehkan wanita. Lihatlah agama hindu,mahar wanita yang kena bayar dan lain-lain lagi tuntutan bagaimana mereka tak memberontak begitu agama yahudi yang memandang wanita tu syaitan,jadi siapa yangtak marah. Berlainan dengan Islam yang mengangkat darjat wanita sehingga syurag dijadikan dibawah tapak kaki mereka.
Sebenarnya fikrah meminta persamaan ini datang daripada barat yang menindas golongan wanita sehingga bangkit golongan wanita meminta hak-hak mereka sehinga membawa fikrah biarlah wanita bergantung pada diri mereka sahaja tanpa berhajat kepada lelaki. Sedangkan Islam menjadikan fikrah gabungan wanita dan lelaki itu satu keperluan kestabilan hidup. Cuba lihat proses kejadian manusia,tidak boleh berlaku persenyawaan melainkan daripada ovum dan sperma barulah menjadi manusia yang normal. Cuba lihat klon,ia tidak menghasilkan satu kejadian yang kuat dan mantap kerana berlaku diatas dasar satu pihal,ini baru proses kejadiaan,bagaimana pula dengan kehidupan.
Sebab itu saya mereka yang bersidang di Malaysia hari tersebut golongan jahil murakkab terhadap agama mereka sendiri,mereka tidak mampu berfikir dengan akal yang akedemik dan bebas melainkan mereka bertaqlid buta terhadap dunia barat dengan menngikut telunjuk barat. Sepatutnyamereka boleh didakwa di atas akta hasutan kerana perbincanagn mereka boleh membawa kepada keraguan umat Islam terhadap agamanya. Semoga Allah member hidayat kepada mereka dan kita semua.

Wednesday 28 January 2009

Imam Qaradawi Impikan Syahid Di Gaza.

Hari ini aku terbaca laman web Imam yang amat aku cintai iaitu Imam Qaradawi yang bercita-cita untuk pergi ke gaza untuk berperang ketika dipenghujung umurnya walaupun berada di atas kerusi roda, lalu beliau menembak musuh besar Israel kemudian mereka menembak beliau kemudian beliau mati syahid dengan tembakan tersebut. Itu cita-cita besar Imam yang menjadi qudwah kepada pejuang Islam yang cintakan syahid. Tersebak hati ku mendengar kata-kata itu.
Walaupun beliau sudah tua,tetapi semangat beliau mengatasi pemuda,beliau adalah lambang ulama yang ikhlas dalam menegakkan Islam. Tidak ada putus asa di dalam perjuangan di samping beliau adalah raja bagi ulama Islam,tetapi juga ada muhajid yang sangat berani menetang musuh-musuh Islam.
Beliau mengkritik golongan-golongan jahil yang mengkritik hamas dan menyatakan Hamas menjadi punca kepada kematian yang ramai,beliau menjawab kematian itu bukan kerugiaan bahkan adalah keuntungan yang besar dan mereka sebenarnya tidak mati. Beliau mengkritik golongan yang ingin berdamai dengan musuh Israel, beliau menyatakan penentangan jihad terhadap Israel adalah satu-satu jalan mencapai kemenangan tidak ada cara lain.
Ya Allah,jadikan aku seperti Imam,yang ikhlas dalam perjuangan dan ilmu serta beramal dengan ilmu. Ya Allah ,himpunkan aku bersama dia pada hari kiamat kelak, aku amat menyintainya walaupun dia tidak mengenali aku, cukuplah aku dapat mengucup tangannya sekali dalam seumur hidup aku. Aku berdoa semoga dapat berdapat lagi denganya. Ya Allah matikanlah Imam dalam keadaan syahid peperangan seperti yang dia impikan.

Tuesday 27 January 2009

Keadilan Dan Ilmu Punca Kebahagian

Keadilan dan ilmu adalah sebab utama kepada kebahagian dan punca kepada mempertahankanya. Sebaliknya kezaliman dan penindasan adalah ibu segala punca kepada kerosakan dan kemusnahan. Inilah kata-kata Imam Mohd Abduh yang ingin menerangkan kepada kita betapa pentingnya keadilan dan ilmu di dalam mencapai kebahagian dan kejayaan. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan.Apabila keadilan ditegakan,penyebaran ilmu dapat dilaksanakan dengan lancar,tidak ada sekatan di sana kerana ilmu ini adalah bersifat berterusan tidak boleh disekat,sebab pelbagai kajian dilakukan,ia hanya sesuai dengan wujudnya suasana keadilan daripada kerajaan dan masyarakat.
Tetapi sebaliknya apabila kezaliman berleluasa,ilmu akan menjadi mundur,sekatan terlalu banyakk,banyak penipuan berlaku sehinggakan rakyat sering tertipu dan terus menjadi mundur sebab mereka disekat untuk mengetahui ilmu yang sebenar.
Cuba kita tengok dimalaysia,apabila banyak kezaliman oleh kerajaan,banyak kali rakyat tertipu,mereka diisi dengan benda yang karut dan seribu penipuan,banyak khurafat yang berlaku, Cuma mutakhir ini kebanyakan rakyat mula sedar tentang penipuan dan kezaliman kerajaan. Isa mula dituntut dihapuskan,kerajaan pun mula member respon dengan ingin mengadakan forum walaupun terdapat kata-kata menteri dalam negeri yang dianggap menipu dengan menyatakan kebanyakan rakyat menyokong isa. Kalau benar kata-kata menteri tersebut masih banyaklah rakyat kita yang masih bodoh. Tetapi kemenangan pas diterangganu menunjukan kata-kata menteri itu adalah pembohongan semata-mata.
Begitulah apabila kezaliman memuncak,rakyat diperbodohkan oleh kerajaan. Dengan itu marilah kita membina keadilan dan memperkuatkan ilmu dalam semua bidang agar kita semua mencapai kejayaan. Marilah kita membina masyarakat berilmu dengan itu keadilan dapat ditegakkan. Pemimpin yang berilmu dan rakyat yang berilmu saling membimbing kedua-kedua pihak kepada keadilan.

Wednesday 14 January 2009

Waktu Dan Ciri-Cirinya

Waktu adalah nyawa kita,seorang mukmin itu amat menghargai waktu di dalam mengerjakan perkara-perkara yang berfaedah. Di sini kita ingin menyebut cirri-ciri istimewa waktu dan masa seperti yang disebutkan oleh Imam Qaradawi.

Pertama: waktu ini cepat berlalu.
Waktu ini berlalu dengan cepat seperti berlalunya angin samada didalam keadaan gembira dan sedih dan waktu gembira ia lebih cepat berlalu. sekiranya dwaktu sedih ia berjalan perlahan berbanding waktu gembira,ini adalah perasaan seseorang pada hakikat waktu,hakikat waktu tetap berjalan dengan cepat.
Kedua: Sesuatu yang berlalu ia tidak boleh ganti.
Inilah cirri khusus waktu yang kedua di mana apabila berlalu hari atau masa maka adalah mustahil ia dapat dikembalikan. Berkata imam hasan al basri. Masa apabila berlalu maka ia tidak akan kembali.
Ketiga: masa adalah harta yang paling bernilai bagi seorang insan.
Apabila waktu ini cepat berlalu dan tidak boleh diganti maka ia adalah benda yang paling berharga emas dan perak dan kesemua jenis harta,sebab itu Hassan al- banna berkata “waktu itu adalah kehidupan”.
Maka wahai driku dan sahabat-sahabat renungkanlah kata-kata yang dibawakan ini. Mudahan kita tergolong daripada golongan yang menjaga waktu.

Monday 12 January 2009

Pemikiran Muhammad Abduh

Saya terbaca buku sahabat saya tentang aliran pemikiran Islam,lalu terdapat pemikiran Imam Abduh yang menarik minat saya untuk menulis sini.
Pertama,tentang usahanya membebaskan umat Islam daripada taqlid buta. Dimana taqlid buta pada pandangan saya ia merangkumi semua bidang yang menjadi punca kepada kemuduran Islam.
Kedua, beliau ingin mengislahkan bahasa arab.
Kita lihat dahulu pemikirannya yang pertama iaitu membuang taqlid buta daripada masyarakat. Bagi saya apa yang dikatakan oleh Imam adalah tepat,taqlid buta inilah yang menyebabkan taasub mazhab atau mana-mana jamaah yang mengabaikan hak pemikiran seseorang dia tidak lagi berfikir,apatah lagi kalau dia seorang ulama,apa dia juga bertaqlid maka bagaimana dia membawakepada umat Islam kedepan. Masalah yang berlaku sekarang ini apabila kita menyebutkan boleh keluar kepada mazhab-mazhab Islam yang lain menjadi satu kemarahan terhadap satu golongan,mereka tidak mengizinkan seseorang bertindak tidak beriltizam dengan sesuatu mazhab,menyebabkan kadang-kadang kehidupan seseorang menjadi sempit dengan beramal dengan satu mazhab sedangkan di sana terdapat pendapat-pendapat yang muktabar yang meringankan beban seseorang di dalam beramal. Pemikiran yang mengajak kepada pembebasan daripada bertaqlid ini bukan bererti memerangi mazhab atau aliran sebaliknya pemikiran sebegini membawa kita kepada mengambil faedah daripada semua mazhab Islam yang wujud,satu mazhab tidak mengambar hakikat Islam yang sebenar,Islam itu tergambar dengan mengambil daripada semua mazhab Islam, inilah yang diperkatakan oleh syeikh Mustafa zarqa.
Sampai bila umat Islam akan menjadi sebegini,tidak mahu membebaskan diri mereka daripada taqlid buta,kita katakan taqlid buta ini buka hanya kepada fikh tetapi juga mereka yang berqiblat kepada barat,mereka mengagungkan pemikiran barat seolah ulama Islam kita tidak ada pemikiran,mereka menganggap semua pemikiran barat itu adalah betul. Ini yang menjadikan masalah lebih besar. Orang yang taasub dengan sesuatu mazhab Islami ini lebih baik daripada orang taasub kepada pemikiran barat walaupun kedua-kedua kita tidak mahu.
Maka disini kita tekan,kewajipan para umat dan pengislah membawa orang kepada budaya berfikir,kita tidak memerangi mana-mana mazhab tetapi kita orang menghormati mazhab apabila mengeluarkan manusia daripada tassub kepada sesuatu mazhab. Ya, tidak salah seseorang itu beriltizam dengan satu mazahab apabila dia mahu, yang salah apabila dia mewajipkan orang mengikut caranya. Biarkan orang beramal dengan apa mereka yakini tanpa ada sebarang halangan keatas merka selagi mana pendapat yang dipegang adalah muktabar.
Para pelajar perlu berfikiran tajdid sekirang mereka ingin diterima olehh masyarakat. Jangan hanya menjadi pelajar yang terlalu idealistic tanpa sebarang renungan reality.


Yang kedua Imam ingin mengislahkan bahasa arab supaya ia menjadi bahasa yang diterima oleh dunia semula setelah ia ditinggalkan. Ini pemikiran yang bagus dalam kita menyentuh kepentingan mengislah bahasa ibunda kita yang semakin hari semakin lemah, sampaikan diperingkat rendah dan menengah matematik dan sains diajar didalam bahasa inggeris, di mana kekuatan bahaya kita,bagi saya bahasa melayu perlu lagi diperbaharui dalam uslub yang menarik,kerajaan mesti memikirkan balik semula tentang penggunaan b.inggeris dalam pelajaran sains dan matematik,perlu kita kuatkan bahasa kita dahulu supaya bangsa kita itu kekal,bahasa melambangkan bahasa.
Bagi saya pelajaran sains dan matematik boleh dipelajari di university oleh pelajar-pelajar kita dan boleh cemerlang di dalamnya berdasarkan rekod yang pernah dibuat sebelum ini. Sebab ketika itu pelajar dah matang dan memahami sukatan pelajaran dengan mudah. Saya tidak bersetuju dengan pendapat tun mahadir yang menyatakan pendidikan akan mundur jika tidak diajar dengan bahasa inggeris, kerana setiap kaum ada bahasanya yang tersendiri untuk difahami di dalam peringkat permulaan,apabila tidak disampaikan dengan bahasa mereka kefahaman dan akan berkurang dan kualiti tidak tinggi berdasarkan peringkat umur. Mungkin tun fikir dulu dia boleh,tetpai kalau dikira dengan keseluruhan penduduk Malaysia nisbahnya adalah sedikit seperti tun. Perlu mempertingkat bahasa kita untuk kita mengekalkan identity kita dan memudahkan urusan kehidupan. Ini adalah pandangan peribadi saya waallah alam.