Friday 21 December 2012

Bicara Jumaat 2

Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar mengenal buku-buku silam dan saya seorang yang cintakan turath iaitu kitab kitab lama. Sesungguhnya untuk menempuhi penguasaan turath ini ia amat berhajat kepada kerajinan membawa dan penguasaan bahasa Arab serta mustalah-mustalah sesuatu ilmu yang dipelajari. Sesungguhnya kita perlu membentuk program alim untuk masa depan kerana sekiranya kita kehilangan program kita akan kehilangan ulama umat. Kita perlu meletakkan metod yang sesuai dengan pembentukkan ulama. Kita perlukan pelajar-pelajar yang rajin dan bermatlamatkan ilmu bukan semata-mata mecari sijil. Sudah tiba masanya kita membina metod yang telus dan jujur , tidak kepada metode kepalsuan yang tidak menghasilkan ulama sebaliknya pegawai semata-semata.

Sunday 16 December 2012

Bicara Jumaat

Sudah lama saya tidak menulis diruangan blog saya kerana kekeringan idea. Hari ini saya mempunyai sedikit semangat untuk menulis ruangan baru yang saya namakan bicara jumaat agar setiap jumaat saya mampu menyedia ruang fikrah yang berguna kepada pembaca dengan mengambil keberkatan pada hari jumaat yang mulia. Saya mulakan dengan tajuk yang diutarakan oleh imam mujaddid Hasan Al Banna di dalam bicara jumaatnya yang bertajuk “ Harapan dan Putus Asa”. Imam menyatakan bahawa tidak tergambar pada seorang mukmin sifat putus asa walaupun dalam keadaan kegelapan yang pelbagai dan pelbagai rintangan. Sesungguhnya kata imam al Quran meletakan putus asa pada peringkat kekufuran. Sesungguhnya al Quran memperkuan sistem dunia yang tidak berubah bahawa dunia ini berputar,orang kuat tidak selalu bekuasa dan orang yang lemah tidak akan lemah selamanya. Kehidupan ini adalah berputar-putar. Sesungguhnya hikmah dan faedah daripada undang-undang ini adalah untuk menguji keimanan orang-orang mukmin,untuk memilih yang siapa yang terbaik dan untuk meraih keampunan daripada Allah Taala.. Sesungguhnya pertolongan Allah amat dekat kepada mereka yang diuji. Maka jadikan ujian sebagai tempat mendekat diri kepada Allah. Kita perlu memperkasakan dalaman daripada berputus asa seperti kata Imam, kerana berputus asa menyebabkan kehidupan kita penuh dnegan kesedihan dan tidak bersyukur di atas nikmat Allah. Kita perlu melihat implikasi setiap daripada ujian Allah Taala yang mempunyai seribu hikmah yang tersembunyi. Ayuh di hari jumaat ini kita membangkan semangat dan keazaman kita menjadi insan rabbani seterus menggerakan diri kita untuk berkhidmat kepada Islam.