Monday 26 March 2012

Besrsyukur Di Atas Nikmat

sesungguhnya nikmat Allah perlu dibalas dengan syukur kepada Allah. Pelancongan ilmiah ke Qatar pada 9.3 yang lalu adalah satu nikmat tidak terhingga kerana Allah mengatur yang paling terbaik. perjalanan ke sana bersama dengan adik (Anas) dan anak saudara Amjad penuh dengan keseronokan ilmu,iman dan berjalan.

Saya tidak ada perangan yang detail ke sana, hanya ingin menziarahi ulama-ulama dan kedai-kedai buku.Tetapi pada hari kedua di sana,selepas menghubungi Allamah dr ali Al Qurrah daghi,beliau meminta datang kepejabat persatuan ulama sedunia pada tengah hari, dan berbual pendek dengan beliau,kemudian, beliau meyatakan beliau ada melakukan traning di sebuah hotel mengenai dengan audit syarie selama 4 hari. betapa seronoknya kami bertiga dijemput pergi.

Perbelajaan makan dihotelpun free, maka jimatlah duit,itulah yang perlu disyukuri sama. betapa seronok dan kagum melihat ilmu dr Ali yang keluar mencurah-curah, beliau merupakan ulama yang menghafal berpuluh -puluh buku termasuk al hidayah di dalam fikh mazhab hanafi.

pada hari kamis pula,alhamdulillah sempat diberi peluang untuk membaca sedikit kitab dengan beliau kitab yang beliau tahqiqkan iaitu al qhayatul quswa dan al mustasfa. dan alhamdulillah mendapat ijazah daripada beliau.

aku ingin mensyukuri nikmat Allah dengan menambah ilmu lagi dan menulis dan berkhidmat kepada pelajar-pelajar yang cintakan ilmu. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang bersyukur