Monday, 23 November 2009

Kepulangan Yang Hampir( Part 2)

Aku teringat sahabat2 ku yang begitu baik hati seperti faiz,izzat, hafizan,hafiz dan lain-lain yang tinggal di Tanta, aku kalau cuti saja mesti pergi Tanta tempat aku beristirehat di sana bersama teman teman sekepala, kalau aku pergi ke sana mesti dilayan macam raja he2, makan tak payah duk kata, depa masak, kat sana best, jalan kaki banyak, kawan aku ni selalu tanay , hang larat tak jalan kaki sebb hang rajin naik teksi, aku kata larat(mampu) bekas pemain bola dan pelumba basikal lah katanya he2 Cuma aku kadang2 malas berjalan nak cepat sampai.
Kat sana makan murah, yang tu yang syok, kedai kitab pun best2, internet pun murah satu junaih,kalau jumpa ni, macam2 sembang, masalah umat islam,masalah pelajar, masalah persatuan, masalah kahwin. Aku dulu tak nak kawin awal, target umur 30,biar habis phd dulu, kalau orang tanya itulah jawapan aku. Mak aku tanya kau ,kalau nak kawin dia nak carikan, aku jawab ta nak, nak belajar dulu, punyalah semanagt nak belajar sampai nak kawin lewat. Tapi bagus juga aku tak nak kawin, sebab aku ni sapalah nak, hitamlah,tak berapa cerdik semua kelemahan adalah. Macam manalah si Aniah boleh minat tau,mungkin pada bibirku oh tidak mungkin pada kulitku, juga tidak,entah2, apa yang dia minat kat ku,syukurlah ada juga orang minat kat aku ni.
Pasai cerita kawin,nantilah kita cerita kalau ada idea he2(ok tak waruk). Pada penghujung tahun 2001 aku pun berjaya naik tahun 2, Alhamdulillah. Masa musim panas aku habiskan masa baca buku,talaqqi,main internet, nak jalan tak berpa minat lagipun duit cukup2 makan,masa tu duit mesir sama dengan Malaysia, awal bulan makan ayam, tgh bulan sampai hujung bulan ikan bilis dan telurlah. Rumah aku kipas angin pun tak da, aku tidur balakon. Rumah aku alhamdulilah,ramai kawan2 lepak n tidur. Mereka dan jarang pergi program, jadi rumah aku lah tempat lari he2.
Masa tu aku juga meminati masak, aku masak sambal daging,sambal ayam campur santan bagi lemak sikit, masa mak aku dan pak saudara bersama mak saudara aku datang, aku belajarlah sikit2 masakan kat dia. Aku juga belajar masakan juga daripada tukang masak yang terhebat di mesir iaitu cek li, tapi dah lupalah apa yang diajar, dia adalah sebaik-baik senior aku yang aku kenal. Tahun pertama aku,aku tak balik,duduk mesir . Bila dah start kuliah, apa lagi semangat pergi kuliah. Hobi aku bila sampai kuliah,aku duduk depan biar doctor kenal aku,ada yang kenal rapat ada yang tak kenal aku. Bila aku tahun dua baik dengan pensyarah fikh muqaran aku,dia tinggal di tajaamu kamis,atas dari asyir, rajin juga aku pi rumah dia ambil nasihat sambil jus lemon he2. Tempat tu cantik, ada [adang golf tak silap ada macam2 tempat orang2 kaya.
Masa tahun dua,aku dengan seorang pelajar lubnan,sekarang dah jadi syiekh, dah habis phd kat mesir. Beza umur dengan aku dalam 3 tahun. Nama dia syiekh Wafiq, aku baik dengan dia, rajin rumah dia,kadang 2 tidur juga. Hubungan dia dengan aku macam guru dan kawan. Aku selalu bermunaqsyah dengan dia sebab dia mazhab hanafi,aku pula minat dengan tidak terikat dengan mazhab. Jadi macam2 lah perbincangan. Apapun aku dapat banyak faedah daripada dia darisegi tasauf dan juga mazhab hanafi. Aku pernah baca dengan dia kitab tasauf kecil sampai habis. Yang aku ingat matan dia berbuny “ sesiapa yang selalu mengetuk pintu Allah,pasti dia akan dapat masuk”. Begitu juga dengan kitab kanul daqaiq ,al ikhtiyar dalam mazhab hanafi. Aku menolongnya di dalam menyiapkan tulisan master dia dengan member maklumat tentang mazhab syafie sebab aku lebih banyak belajar fikh syafie daripadanya, itulah yang boleh aku tolong.
Aku juga amat minat sukan seperti bola,pingpong, bola baling,lumba basikal. Dulu masa sekolah rendah aku main bola sejak darjah 5 , main tengah, tapi kalah peringkat kumpulan. Masa darjah 6, aku main macam2, main bola sepak bertukar ke posisi penjaga goal, dapat naib juara peringkat kumpulan,seronok jadi keeper utama. Aku juga keeper utama bola baling sampai menjadi juara kumpulan sehingga aku dianggap wira juga kerana menjadi penyelamat pasukan. Alhamdulillah sekolah bagi anugerah pemain terbaik bola baling bagi sekolah aku yang tercinta Tengku Rauzah,he2. Tapi sedih sekali bila peringkat daerah, kami kalah kepada musuh ketat sekolah taman uda 4-2, geram aku tak dapat masuk final hanya sempat separuh akhir. Teringat aku zaman tu, melompat –lompat nak tangkat bola, tapi bola masuk goal. Bila perlawanan bola baling peringkat negeri,aku sekali lagi dipih menjadi keeper bagi bagi daerah kota setar, masa tu jurulatih aku pening kepala nak pilih keeper utama, nak pilih aku ka atau kawan aku sorang ni dari sekolah lain. Dia tinggi daripada aku, aku pula rendah masa tu, dia ada kelebihan untuk bola tinggi, aku pula coach kata lebih pantas bahagian bola bawah. Maka kami pun bertukar jadi keeper. Tapi aku tengok dia lebih mantap daripada aku. Tetapi yang menyedihkan, masa separuh akhir,aku dipilih jadi goal keeper utama. Aku dah berangan akan menang dan akan masuk akhir seterusnya menjadi goal keeper kedah bagi peringakat nasional. Tetapi akulah punya kekalahan pasukan ,aku telah melepaskan 3 goal kut, aku kena tukar second half, sedihnya, kenapa aku tidak menjadi hari tu.
Pingpong pula aku tak dapat wakili sekolah sebab bertembung perlawanan dengan bola baling. Jadi cikgi aku suruh aku jadi pembantu jurulatih,ajar pemain-pemain sekolah saja. Pemain utama sekolah hanya mampu masuk suku akhir saja. Alhamdulillah aku berjaya juga mengharumlan sekolah aku dalam sukan tetapi sedihnya bukan dalam ilmu,masa itu cita 2 aku ingin jadi pemain bola negara sehebat Radhi Mat Din dan Thomas Hassler pemain tengah German. Tak kesampaian. Aku menerima tawaran sekolah sukan, aku seronok sangat, tetapi ayah aku tak bagi, nak suruh juga masuk maktab Mahmud yang aku cintai, dahlah masa tu baca Quran tak lancar, masa temuduga aku baca Quran salah saja, Ustaz Husian(guru Maktab Mahmud) tanya aku, kenapa tak lancar. Aku jawab sibuk main bola,kelakar gila terinagt jawapan bodoh aku ni.
Di mesir aku cuba masuk main ping pong, tetapi kalah terus kepada pemain-pemain handalan Selangor, hebat gila.sampai aku ditertawakan oleh budak2 kedah, aku kalah 21-4, dengar kat depa,depa kata aku kena 21-0 ,ini fitnah besar he2. Satu lagi kan aku coach ping ping sekolah, tu depa gelak besar gila.kira sebulan aku jadi bahan gelakan.

Kemudian awal tahun 2002. Aku berpindah kerumah bait sabat, rumah bersejarah, sekarang dah tak da orang duduk. Aku duduk dengan mizi,fikri,bang bad,syukordan ustaz asri. Semua hebat belaka. Mizi ,fikiri dan bang bad semua pimpinan mkkk,syukor orang kuat mkkk. Jadi akulah hamba biasa tinggal disitu. Best duduk dengan kawan2 macam ni. Sampai sekarang mereka adalah kawan2 aku. Mizi dan jadi cikgu,kereta pun besar, bag bad pun cikgu,fikri peniaga. Mereka adalah pemimpin yang bamyak mengubah mkkk menjadi tidak jumud dan menddidik ahli menjadi berani dan tidak tasssub.
Aku ni rapat dengan mizi,sebab aku satu kuliah dengan dia,dia seorang yang bijak dan kreatif. Kami selalu study bersama. Dia juga sibuk dengan mkkk, maka aku kadang2 permudahkan urusan dia,tolong beli kitab,balut kitab kat dia time2 rajin. Banyak kenangan indah dengan dia,sebab 4 tahun kami disini, study bersama, kira masa aku kawin pun dia datang rumah aku kat munirah study bersama. Kami pun masak bersama-sama. Dengan bang bad pula,aku selalu bertengkar pasai nahu, dia kuliah bahasa, jadi banyaklah benda yang dibincang. Dengan fikri dan ustaz asri, kami kadang baca kitab2 hadis bersama dan kitab2 nahu. Lepas tu aku dan fikri bertambah rapat sebab kami duk ikut tarikat syeikh Yusuf. Kami juga sama2 duk kritik persatuan he2.

Cuma tahun ini menyedihkan,tahun aku kehilanngan ayah ku yang tercinta dan ramai lagi saudara-saudara aku yang meninggal ketika aku di Mesir. Tak boleh nak cerita sangat nanti sedih. Tapi aku masih ingat bila di airport aku nak balik mesir semula, masa tu Aniah pun hantar aku ke airport. Pertama kali dalam hidup ku ada orang perempuan hantar aku ke airport,wah lain rasanya. Di dalam airport abg ipar ku sabky kata pada ku, masa balik Malaysia wat(nama panggilan manjaku) sedih ,masa balik mesir gembira pula. Aku pun ketawa, tapi sebenarnya aku bersedih dengan pemergian ayah aku samapai sekarang ni,nasib baiklah dalam youtube ada ceramah 2 ayah aku, jadi kau kerap tengok ayah aku kat youtube.

Bila sampai kat mesir saja masa tu tahun 2002 dah nak masuk 2003, aku dah ada tuning, kawan aku pun hairan , aik dah main sms he2, apa lagi ketawa sakan lah depa,kata nak kawin umur 30 baru 21 dah bertunang. Muda gila aku masa tu. Aku sebenarnya nak tergelak, aku kawinmudah ja, aku bagi tau kat mak saudara aku , aku nak kawin dengan budak medic, jadi dia setuju nak cari,maka dia kata ada seorang budak belajar medic(Aniah lah) aku pun setuju, tapi yang tergelak masa tu dia baru nak ambil spm,kelas sains bukan budak medic. Tapi berkat aku minang dia kut, dia dapat ambil kat mesir he2(melawak ja niah). Kira mak saudara aku ni silap fahamlah,nasiblah dah tingkatan 5 masa tu,kalau darjah lima jenuh aku,he2( bersambung)

9 comments:

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

Saya harap Ustaz balik untuk membawa PAS ke mercu yang lebih tinggi.

Saya yang jahil ni harap sangat.

Fauwaz Fadzil said...

bang bakar,sihat ka, manalah saya mampu bawa Pas. kerdil sgt, balik kita jumpa kedai taqwa pekena roti canai n teh tarik na, lama tak jumpa

Muhammad Warouq bin Qamar said...

hahahaha..best la ustat wat becerita. ana nak teguling kebelakang dah baca. lagi2 pasal kak niah last2 tu..perh~baru form 5 dah ditunang org~mmg feewit abes la kak niah ngan ust wat. jeles i~hahaha..

aip2..warna kulit itam jgn sebut2 aa..terasa ok~hahaha

Fauwaz Fadzil said...

kuah2, nak buat cam na, diri dah itam

noor ANIAH azmi said...

abang.. sedihnye rumah abang takde kipas tidur kat balcony. and kelakar la pegi rumah lecturer minum jus lemon... hahaha.. suke sgt la asir lemon tu.

and abang... mmg berkat abang la niah dpt jugak ambik medic kan. thank u so much for bringing a big impact on my life.

sambung lagi.. nak baca...

Muhammad Warouq bin Qamar said...

tu la..best kan dgr ust wat becerite ni kak niah..kak aniah mesti la lagi suke kan~macam reminiscing la lebih kurang..haha..

cepat2 sambung.. nak baca sambungan novel ni. menarik ni. ana nak bukukan la nanti.

ust wat la yg ajar saya minum asir lemon tu mase tahun 1 dlu. takkan lupe

Muna 'Izzah Dato' Hj Fadzil said...

pandai adik kak na bercerita. ada kelakar, sedih dan romantik. penulisan yang bagus, :)

Dr Kadir said...

"Nasib baik dah tingkatan lima time tu, kalau darjah lima jenuh aku."

Ustaz Wat...Ustaz Wat...

Kelakar la Ustaz Wat bercerita.Ustaz tak check dulu ke sebelum publish? Nasib baik boleh faham. :D

Fauwaz Fadzil said...

kah2, betullah kadir, uslub kedah, tu, turath tu, mmg tingkatan lima , klu darjah 5, payah lah ana he2