Thursday, 9 April 2009

Bertaqlid Kepada Selain Mazhab Empat

Bertaqlid kepada ulama adalah sifat seseorang yang tidak mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk berijtihad atau mentarjih di antara pendapat ulama. Jadi menjadi kewajipan kepada dia untuk bertaqlid.
Persoalanya, adakah dia wajip bertaqlid kepada satu mazhab atau boleh bertaqlid mana-mana mazhab yang dia inginkan. Pendapat terkuat dikalangan ulama usul adalah dia tidak wajip beriltizam dengan mazhab -mazhab tertentu kerana tidak ada dalil yang mewajipkan bertaqlid kepada satu mazhab,kalau diwajipkan sedemikian seolah-olah dia menjadikan satu mazhab itu sebagai syariat. Di zaman salaf dahulu tidak ada dikatakan mengikut satu mazhab,kesemua orang bertanya kepada mana-mana ulama yang dia yakini tanpa sebarang halangan.
Di sini,kita tegaskan,sekiranya sesorang itu mempelajari kebersihan di dalam mazhab syafie,kemudian dalam solat dia menunaikan solat dalam mazhab hanafi atau sebaliknya,di dalam puasa dia mengambil mazhab hambali dan di dalam haji dia mengambil mazhab maliki ia adalah tidak terlarang. Dia tidak berhajat mengetahui dalil-dalil mazhab yang penting dia memahami yang dikatakan oleh mazhab tersebut.
Yang timbul masalah adalah jika sesorang itu mengambil banyak mazhab di dalam bersuci seperti dia berwuduk dengan cara mazhab syafie,dan apabila dia menyentuh wanita ,mengambil mazhab hanafi ,jadi tidak batal wuduknya,maka ini adalah masalah khilaf diantara ulama. Maka apabila khlilaf muktabar dikalangan ulamak kita para muqallid boleh memilih pendapat yang tenang baginya dan kuat pada akalnya.

Satu masalah yang penting iaitu,adakah boleh bertaqlid kepada selain daripada mazhab empat? Pendapat yang terkuat ialah boleh bertaqlid selain daripada mazhab empat selagi mana pendapat tersebut sohih penukilannya. Tidak ada dalil yang menghalang untuk bertaqlid kepada selain daripada mazhab empat,kesemua itu tidak lebih daripada ijtihad ulama bukan nya ijmak yang qathie. Ini adalah pendapat imam izzudin abdussalam,syeikuna al qaradawi,dr wahabah zuhaili dan sebagainya kerana fikh semua pendapat ulama adalah sama sahaja di sisi syariat walaupun ia dating daripada mazhab selain daripada mazhab empat melainkan pendapat yang bercanggah dengan nusus qatie dan ijmak yang diyakini.
Sesungguhnya apabila terdapat kesusahan di dalam mazhab tertentu,di sana ada terdapat pendapat yang mudah di dalam mazhab lain yang bertepatan dengan maqasid syarie. Sesungguhnya agama ini datang dalam bentuk yang mudah bukan dalam bentuk yang menyusahkan.
Mudah-mudahan penerangan yang ringkas ini boleh menyejukan hati yang ragu dan menyakinkan mereka yang syak.(sila rujuk usul fikh islami dan fawata muassirah)

6 comments:

y.mercury said...

alhamdulillah, terima kasih ustaz atas artikel yg bermanfaat yg insyaAllah dapat membuka mata2 mereka yg jumud dan taksub, semoga Allah mengganjari usaha baik ustaz.

Fauwaz Fadzil said...

sama2.mudahan kita semua mendapat hidayah

firdaus hat said...

satu lagi entri yang bakal mengundang perbincangan hangat... hiwar banna' insyaallah.

Unknown said...

teruskan menulis ustaz.. dah lama x baca tulisan ustaz..

Muna 'Izzah Fadzil said...

oh adikku...
pandai sungguh menulis
hehhe

MS said...

Salam. Apa khabar? Sekarang saya sedang membuat research PhD tentang pendekatan politik al Marhum Ustaz Fadzil di Uni.of Wales, UK. Kiranya dapat kita berhubungan selepas ini agar dapat manfaat bersama. Wassalam. muhaiminsulam@hotmail.com