Sunday, 14 June 2009

Pemergian Dr Fathi Yakan

Pemergian Dr Fathi Yakan.

Pemergian tokoh pemikir dan dakwah Islam Syeikh Dr Fathi Yakan merupakan kehilangan besar kepada pendakwah dan ahli gerakan Islam sedunia. Beliau merupakan ulama yang masyhur di mana buku-bukunya hamper semua lapisan pendakwah membaca bukunya termasuk saya sendiri.
Siapa yang tak pernah membaca buku Maza Yakni,Bahtera Penyalamat. Saya sendiri hamper 2 tahun lebih hanya berdamping dengan buku dr Fathi Yakan. Menjadi naqib disekolah menjadikan bukunya sebagai asas buku usrah. Buku-bukunya mudah dibaca dan difahami, sebab itu buku-bukunya menjadi rujukan bagi para pendakwah.
Menjadi nikmat Allah yang sangat besar apabila kita dapat bertemu bersemuka dengan ulama. Alhamdulillah ketika saya berada ditingkatan 4,saya berpeluang bertemu dengan dr Fathi Yakan dimuktamar Pas. Saya sempat duduk bersama beliau di bilik mesyuarat pejabat Pas pusat. Beliau bersama ayahandaku almarhum syeikh Fadzil Noor dan ustaz hadi awing dan pimpinan lain duduk berbincang. Tapi saya tak faham apa yang mereka sembang. Maklumlah bahasa arab saya lemah.
Kemudian ,tak silap saya,pada tahun berikutnya,beliau datang ke kidu(kolej) di kedah untuk menyampaikan ceramah. Saya sekali lagi berpeluang melihat wajahnya dari dekat,ceramah di dalam dewan kidu. Muka dia memang cantik dan bersih. Saya seronok jadi macam dia,sebab dia seorang jurutera tetapi amat faham dalam Islam. Itu yang mengagumkan saya.
Beliau amat rapat dengan ayahanda saya,mereka berdua tokoh pemikir Islam yang sukar dicari ganti. Kali terakhir merek aberjumpa pada pengujung 2001 di Lebanon. Mereka adalah kawan sejati dan seperjuangan. Kini mereka berdua sudah tiada lagi. Hilangnya ulama besar seperti dr Fathi Yakan langit dan bumi turut menangis.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah Taala agar menempatkan beliau bersama Anbiya dan solohin di dalam syurga serta member pahala kepada ahli keluarga dan pencinta-pecinta beliau akibat daripada ujian pemergian beliau. Amin

1 comment:

saifulazrul said...

Al-Fatihah...

Perginya Dr. Fathi Yakan merupakan suatu kehilangan besar terhadap gerakan dakwah Islam seluruh dunia.