Thursday 12 March 2009

Al Marhum Ayahanda Ustaz Fadzil Noor

Hari ini 13 March adalah harijadi ayahku Ustaz Fadzil Noor yang telah pergi meninggalkan dunia yang hina ini hampir 7 tahun. Masa terlalu cepat berlalu walaupun merasakan beliau sentiasa hidup disampingku dan ingatanku. Kalau ikutkan esok usia beliau menjangkau 72 tahun. Entah kenapa aku merasa sedih dan pilu melihat gambar babaku yang aku gantung di dinding rumahku sebagai pengubat rinduku terhadap beliau. Beliau adalah insan yang amat hebat pada pandanganku bahkan pada pandangan ramai orang. Beliau memiliki ilmu yang tinggi dan ingatan yang kuat. Beliau tekun melakukan apa-apa kerja yang beliau lakukan khusus politik dan dakwah Islam.
Beliau adalah seorang mujadid gerakan Islam di Malaysia yang berusaha mengubah minda masyarakat umat Islam tentang kepentingan politik Islam. Beliau telah berkorban wang ringgit,tenaga, segala-galanya dijalan Allah. Beliau tidak putus asa dengan masa depan Islam sewaktu orang lain sudah putus asa dengan masa depan Islam,beliau adalah insan yang dipilih oleh Allah untuk mengubah rentak dakwah Islam daripada jumud dan melampau kepada sederhana dan reality.
Sederhana adalah sinonim dengan beliau,beliau ada orang yang anti terhadap jumud dan melampau,beliau banyak kali tegur aku tatkala aku bersifat melampau agar bersederhana. Beliau mengajar aku dan ahli keluarga supaya menghormati masyarakat pelbagai pelapis, beliau adalah guru aku di dalam pemikiran sederhana.
Pemergian beliau amat menyedihkan aku di mana banyak lagi ilmu yang aku belum kutip daripadanya. Kalau mengingati saat-saat kematian beliau amatlah terasa sedih dihati aku kerana ketika itu aku sedang belajar di al-azhar. 5 bulan sebelum permergian beliau,aku telah bermimpi orang ramai berduyun-duyun mengangkat jenazahnya. Selepas aku bangun tidur,berdebar hati aku dengan mimpi tersebut. Tapi aku adalah insan yang tidak mengambil kisah tentang mimpi kerana kebanyakkan ia adalah permainan tidur. Aku mengikuti perkembangan beliau melalui panggilan telefon dan membaca berita mengenainya dirinya di akhbar. Aku bangga dengan ayah aku dengan perjuangan dan dakwahnya.
Apabila aku menerima berita beliau rebah dekat airpot kat subang pada bulan beberapa bulan sebelum beliau meninggal,hati aku semakin tidak tenteram.tetapi aku yakin beliau insyallah berumur panjang sebab aku merancang pulang pada 15 julai seminggu sebelum beliau meninggal. Aku tidak boleh pulang awal kerana kuliah masih belum habis dan exam belum tamat.
Aku tak sabar untuk pulang ke Malaysia,tiket aku telah beli sekian lama. Banyak perancangan aku nak buat dengan ayahku. Khususnya belajar dengan beliau. Beliau juga ingin membawa aku dan mamaku ke Syria pada bulan 8 dan disana aku merancang nak menziarahi ulama bersama beliau kemudian datang mesir bersama-sama. Tetapi hajat itu tidak kesampaian. Aku pasrah.
Untuk disambungkan cerita,seminggu sebelum aku pulang,seorang sahabat aku yang belajar diTanta mengalami kemalangan. Dia patah pinggang. Tak silap aku hari aku pergi ziarah dia hari ahad selepas saja aku exam pada hari ahad aku pergi ke Tanta. Rupanya pada keesokannya, ayah aku akan menghadapi pembedahan pintasan jantung. Aku tidak mengetahuinya,beliau ingin merahsiakannya daripada aku kerana itu aku sedang exam. Begitulah kasih ayah kepada seorang anak. Beliau berpesan kepada abang aku (Ammar) agar tidak memberitahu aku tentang pembedahan tersebut. Petang ahad aku bergerak ke Tanta,selepas menziarahi sahabat aku dihospital. Aku tidur di sana dirumah kawan aku faizudin. Bila pagi esok aku pergi ke kedai cyber cafe untuk membaca surat kabar. Ketika aku membaca harakah,terpampang tajuk, Presiden Pas dibedah. Terkejut aku,tidak ada siapa yang memberitahu tentang pembedahan tersebut. Tetapi aku merasakan tidak berapa serius sebab keluarga aku tidak memberitahu aku. Pada waktu petang aku pun pulang ke Kaherah. Kemudian apabila sampai sahaja di rumah,kawan-kawan aku memberitahu bahwa mereka solat hajat untuk ayah aku di asrama kedah di adakan memohon agar Allah selamatkannya. Hati aku mula risau,aku merasakan ia seruis,lalu aku menelefon abangg aku di Malaysia,apabila aku bertanya dia tentang ayahku, dia mula menangis membuatkan aku bertambah panic dan bimbang, kemudian dia menceritakan segalanya kepada, aku sangat sedih,yang menyedihkan lagi apabila abang aku memberitahu baba mengirim salam kepadaku sebelum pembedahan. Kepulangan aku ke Malaysia masih tinggal 5 hari,hari sabtu, aku tidak tenteram duduk,,hari khamis exam,tidak tahu nak buat apa,aku tetap membaca buku, tidak tidak begitu focus, ingatan aku melayang mengingati ayahku.
Maka pada 15 julai,aku pun pulang ke Malaysia dengan perasaan sedih untuk bertemu dengan babaku di dalam keadaaan sakit. Sampai di hospital HUKM,aku meletakkan barang dibilik rehat,aku makan bersama keluarga dan bertanya mereka tentang baba,hati aku berdebar untuk melihat baba,bagaimana keadaanya. Apabila aku masuk kewad ICU bersama abg ku Aiman,aku berasa amat sedih dengan keadaan baba yang bernafas dengan bantuan alat oksigen. Tidak segagah yang aku lihat dipentas. Aku melihat dengan penuh sayu,aku tidak dapat memeluknya, dia sakit, berada di atas katil. Aku mendengar daripada sahabat ayahku almarhum ustaz Nikmat Yusuf yang memberitahu kepada ketika aku ketika menziarahi beliau selepas daripada kematiaan ayahku kerana aku ingin mendengar cerita-cerita perjuangan mereka diwaktu muda. Ustaz NIkmat berkata,baba pernah berkata,dia tidak mahu mati di atas katil dia mahu mati dalam perjuangan. Itulah cita-citanya yang tinggi. Tetapi akhirnya beliau meninggal juga di atas katil. Tetapi bagi ku,beliau tetap meninggal di dalam perjuangan di jalan Allah Taala.
Sewaktu beliau meninggal,aku melihat wajahnya tersenyum ceria,mungkin beliau melihat syurga Allah Taala yang disediakan kepadanya, Amin. Tetapi itu taqdir Allah Taala, apa yang aku mimpikan pada 5 bulan yang lepas, ia menjadi satu reality,di mana aku melihat ratusan ribu dan lautan manusia menziarahi jenazah yang menyembanyangkan jenazah beliau. Ini adalah satu kemuliaan yang Allah berikan kepada beliau di dunia ini,mudahan di akhirat beliau diangkat dengan setinggi tinggi darjat oleh Allah Taala.
Ustaz Fadzil Noor telah meninggalkan pemikiran dan contoh-contohh yang baik untuk diwarisi oleh jenerasi pelapis. Sumbangan beliau terhadap kebangkitan Islam amatlah besar. Kita mengharapkan jenerasi muda mengambil faedah daripada khazanah peninggalan almarhum Ustaz fadzil untuk dijadikan ikutan pada masa akkan datang.
Sesunguhnya Almarhum memiliki kefahaman yang begitu mendalam di dalam membawa Islam. Beliau amat berhati-hati di dalam membuat kenyataan mengenai Islam agar tidak diputar belit oleh golongan musuh atau lawannya. Beliau adalah seorang menitik berat tentang hubungan dengan setiap lapisan,baik ulama,pemimpin ,rakyat dan sebagainya. Beliau adalah seorang pendengar yang baik, mampu mendengar kririkan dan teguran orang. Pernah satu ketika, datang guru-guru pondok di salah sebuah daerah Kedah di mana mereka datang untuk memberi penjelasan kepada beliau tentang kesilapan beliau di dalam membuat ulasan beliau terhadap pondok itu. Beliau mendengar dan hanya tersenyum apabila mendengar rintihan salah seorang daripada mereka. Aku memerhati ayah aku yang tersenyum dan mengakui dia tersilap maklumat dan dia akan perbetulkan kesilapan itu. Ya Allah, begitu tinggi akhlak tidak ada sikap marah dan panas baran dari reaksi beliau tidak seperti sesetengah pimpinan yang cepat melenting dan marah apabila ditegur.
Satu benda yang perlu dicontohi oleh pencinta-pencinta Islam ialah akhlak seyum dan bertanya kabar yang selalu kita lihat daripada sikap Al mahum. Beliau tidak kedekut untuk senyum kepada orang dan tidak sombong dengan masyarakat. Beliau sering bertanya kabar bila berjumpa orang.
Satu perkara yang unik, kesibukan beliau dalam politik tidak menghalang beliau menziarahi sanak saudara yang sakit,pemimpin –pemimpin dan –guru-guru beliau yang uzur atau sudah berhenti daripada politik sebagai mengenang jasa mereka. Contohnya,kalau beliau pergi ke Pulau Pinang,sekiranya ada masa,beliau membawa kami menziarahi pimpin beliau yang dikasihi iaitu Al marhum Tuan Haji Yusuf Rawa. Beliau pergi menziarahi pemimpin tersebut dan mendengar nasihat-nasihat yang diberikaan kepada beliau, beliau amat menghormati pemimpin tersebut. Akhlak sebeginilah yang perlu dihiasi oleh pejuang –pejuang Islam,perlu mempunyai hubungan yang baik dengan orang-orang solih. Al marhum juga amat menghormati wanita, mendengar rintihan dan pengaduan mereka jika mereka datang ke rumah. Bertanya tentang suami dan anak-anak. Beliau pandai megambil hati golongan wanita dengan membiarkan mereka meluahkan perasaan sebaliknya beliau hanya mengulas sedikit. Wanita bagi beliau perlu dihormati tidak perlu dimarahi dan ditengking. Bagi beliau,tidak salah bagi beliau sebagai seorang pemimpin menegur golongn wanita dan memberi salam kepada golongan wanita sebagai satu akhlak yang tawaduk dan perkara ini bercanggah dengan syarak dan warak.
Sebenarnya kalau kita ingin menceritakan tentang kehidupan ,ilmu dan perjuangan Al Marhum,ia berhajat kepada buku yang besar untuk menulisnya. Tetapi keadaan tidak mengizinkan. . mudah-mudahan suatu masa nanti aku mampu untuk menulis sebuah buku mengenai Al Marhum dari sudut pengenalan aku mengenai beliau sebagi seorang ayah dan guru. Mudah- mudahan Allah Taala memudahkan urusan ini.Amin.
Kita berdoa kehadrat Ilahi agar menempatkan beliau ditempat yang tinggi dan mengampun segala dosa-dosanya. Amin.
Anakanda Yang Merindui Baba.
Fauwaz Fadzil Noor.

13 comments:

madsha_88 said...

kami juga merindui beliau..

sama2 sedekahkan al-fatihah buat us fadzil noor yg kita sanjungi..

moga kita sama2 menjadi mata rantai kpd perjuangan ini..insyaallah

musafirtibbi said...

Al-Fatihah..

Muna 'Izzah Fadzil said...

wat, kita semua amat merindui baba.. ;(.
hari ni bday cik man. wat tq for this writing.
we love u .

Muhammad Warouq bin Qamar said...

coretan yg indah dari seorangg anak..sedih je bila baca

alfaatihah buat ust fadzil..

Fauwaz Fadzil said...

terima kasih semua kerana mendoakan ayahanda almarhum. aaa,kak na,sedih bila mengenangkan baba terasa baba sentiasa bersama kita

Fauwaz Fadzil said...

terima kasih semua kerana mendoakan ayahanda almarhum. aaa,kak na,sedih bila mengenangkan baba terasa baba sentiasa bersama kita

zaini_jb said...

Semoga Allah SWT mencucurkan rahmat ke atas roh Almarhum Ustaz Fadzil.Amin...

fraser said...

Anta elok check al-Baksitani recent posting

http://g-82.blogspot.com/2009/09/rindukan-ustaz-fadzil-noor.html

Al-Fatihah untuk Ustaz Fadhil @ Ali bin Noor

Anonymous said...

Assalamualaikum.. Nak tumpang tanya, saya ada diberitahu bahawa arwah ada meninggalkan wasiat kepada semua umat Islam di Malaysia. Wasiat tersebut dikatakan hanya boleh dibuka apabila tiba tahun 2010/2011.. Persoalannya, benarkah apa yang di uar2 kan itu. Saje nak tahu kebenarannya. Wassalam..Al-Fatihah.

shameel Iskandar said...

Menitis air mata saya membaca catatan ini. Percayalah, semua pencinta islam akan merinduinya. Almarhum Ustaz Fadzil akan kekal dikenang sebagai tokoh pergerakan islam. Almarhum akan diingat hingga ke akhir zaman.

Dewa said...

salam...
first time saya tengok slide dlm youtube bertajuk keajaiban Tuhan - Awan Lindungi Pesawat Ustaz Fadhil Noor, saya terasa sebak n sedih lantas saya menangis... sayu sangat.. bila baca catatan saudara... saya menangis sepuas2nya... apa yang saudara alamai hampir sama dengan saya alami semasa kepergian arwah ayah...Ya Allah, rahmati laa semua insan2 yang kami kasihi dan umat islam keseluruhannya...

MUSEUM KEIKHLASAN said...

Subhanalloh... saya baru kenal beliau dari you tube, saat melihat pesawat hercules yang membawa beliau. Semoga Alloh lapang kan alam kuburnya, dan menempatkan beliau di sisi-Nya dalam taman syurgawi nan indah, bersama para Nabi, shiddiqin, syuhada dan sholihin.

iyzamurad said...

alfatihah, saya juga baru saja kehilangan ayahanda tercinta...Sudah 26 hari peninggalan arwah abah ke rahmahtullah... beliau juga sealiran perjuangan almarhum ustaz fadzil noor, dimana beliau amat yakin dengan perjuangan Pas. Pengalaman saudara sama dengan pengalaman saya dimana sehingga kini saya masih terbayang-bayang keadaan abah saya di katil hospital. Saya sungguh lemah dan terasa terkilan kerana tidak dapat mengucup arwah ketika beliau hidup, tetapi dapat mengucupnya ketika beliau sedang koma. Saya amat merinduinya. AlfatihaH untuk ayahanda tercinta dan almarhum ustaz serta almarhum pejuang-pejuang islam lain.....semoga kita kuat menghadapinya.