Friday 23 May 2008

ilmu dan iman

Ilmu dan iman

Ini merupakan bahagian yang sangat penting bagi setiap penutup ilmu sama ilmu agama atau ilmu akal.di mana Imam Qaradawi membahasakan perkara ini bagi menyelesaikan pertembungan ilmu dan iman. Imam Qaradawi menyatakan bahawa tiada di sana pertembungan di antara ilmu dan iman.ilmu bukanlah musuh kepada iman sebenarnya kedua-duanya saling berkaitan.lihatlah di dalam Al-quran yang menyebutkan iman selepas ilmu di dalam surah Ar-Rum ayat 56.

Banyak lagi ayat yang Imam bawakan,kalau untuk mendalam silalah rujuk kitabnya muka surat 95.beliau menyatakan bahawa ilmu adalah petunjuk bagi iman dan ini adalah hakikat yang kita lihat.

Daripada apa yang Imam sebutkan,jelas menunjukan bahawa tidak ada penentangan di antara ilmu dan iman atau agama sepertiman yang dinyatakan oleh golongan orientalis.bahkan apabila sesorang mengetahui ilmu yang bermenfaat akan bertambah imanya.Inilah yang perlu ditekankan oleh pelajar-pelajar ilmu sains yang belajar memahami makkhluk dan ciptaan Allah.Kita meyakini sekiranya mereka belajar denganniat untuk menambah iman banyak lagi ilmu-ilmu yang tersembunyi akan terbongkar dan diketahui.

Pada pemikiran kita,umat islam ilmu perlu mengembelingkan ilmu dan iman dan menjadikan setiap ilmu yang bermenfaat sebagai alat untuk memperkukuhkan iman kita.kita juga perlu melihat sukatan-sukatan pelajaran di sekolah-sekolah kita bagaimana untuk merealisasikan perkarainiwalaupuiamemerlukan usaha yang berlipat ganda.Insyallah selepas ini kita akan membincangkan tentang ilmu sebagai syarat untuk menjadi seorang pemimpin.

No comments: