Thursday 15 May 2008

Akal dan Ilmu dalam Al-Quran

Maka hari demi hari minat terhadap Imam Qaradawi bertambah sehingga boleh dikatakan kitab-kitabnya semuanya atau hampir semuanya sudah dibeli, alhamdulillah. Mengembara ke alam pemikiran Imam Qaradawi amat mengasyikkan dan menyeronokkan. Banyak faedah dan pemikiran dapat diambil. Yang paling penting beliau mengeluarkan kita agar tidak taasub kepada mana-mana mazhab dan berpegang kepada dalil yang kuat walaupun daripada mana-mana mazhab. Bagi saya selalunya pendapat yang kuat adalah yang mewarnai roh taisir dan mudah.

Perbincangan tentang bermazhab akan dibincangkan pada masa-masa akan datang insyallah. Ok, sebenarnya kita ingin menceritakn kehebatan Imam Qaradawi, tetapi mungkin pada masa akan datang. Hari ini kita hendak membincangkan satu buku beliau yang bertajuk “Akal dan ilmu di dalam al-quran". Di sana juga ada kitab-kitab yang ingin sangat saya bincangkan di sini seperti:

• kitab agama dan politik
• fikh aulawiyat
• pengenalan islam
• ijtihad di dalam syariat
• peranan akhlak dan etika di dalam ekonomi islam
• adab bermazhab
• fikh di antara turath dan tajdid dan sebagainya.

Kita mula dengan kitab ini dahulu untuk mengambil berkat Al-quran. Pengajian kitab ini adalah berbentuk tafsir maudui, di mana Imam mengambil semua perbahasan akal dan ilmu di dalam al-quran kemudian diletakkan di dalam satu tajuk.

Penulisan sebegini memerlukan kepada penghayatan dan kefahaman terhadap al-quran seluruhnya. Dan imam adalah orang layak membincangkan tentang al-quran kerana beliau adalah pecinta kepada al-quran.

Kitab ini mempunyai 304 muka surat termasuk indeks. Kalau kita melihat kepada indeksnya, ia memuatkan beberapa bab atau fasal yang membincangkan tentang akal dan ilmu selepas mukadimah kitab

Fasal pertama: kedudukan akal dan berfikir di dalam al-quran.

Fasal kedua: kelebihan ilmu kedudukan ulama di dalam al-quran.

Fasal ketiga: pengertian ilmu, fikh dan hikmah di dalam al-quran.

Fasal keempat: Belajar dan mengajar di dalam al-quran .

Fasal kelima: pembentukan akal ilmiah di dalam al-quran.

Fasal keenam: I’jaz ilmu (sains) di dalam al-quran.

Kita melihat satu kitab yang menarik perbincangannya, insyallah kita mempelajari di dalam kitab ini sekadar yang termampu berdasarkan kefahaman yang cetek ini, kalau ada tersilap faham mudah-mudahan Allah ampunkannya. Kalau ada ulasan daripada saya, saya akan ulas.

Di sini saya ingin membincangkan dahulu fasal kedua, iaitu kedudukan ilmu dan ulama di dalam al-quran. Satu topic yang menarik, apa kata Imam Qaradawi.

Pada muka surat 69, beliau membincangkan dengan membahagikan kepada 8 bahagian di dalam tajuk ini.

1- pengertian dan pembahagiannya.

2- kelebihan ahli ilmu di dalam al-quran.

3- kesemua nabi diberi ilmu oleh Allah.

4- hubungan ilmu dan iman.

5- Ilmu adalah jalan kepada yakin.

6- Ilmu adalah syarat kepada setiap jawatan memimpin.

7- Celaan terhadap perkara yang tidak diasaskan berdasarkan ilmu.

8- Ilmu-ilmu yang tercela di dalam al-quran.

No comments: