Friday 5 March 2010

Pengalaman

Sudah 2 minggu aku berada di Malaysia, suasana yang baru apabila pulang terus dari mesir. Di sini suasana orang bekerja mencari rezeki,berlainan suasana di Mesir suasana belajar. Kita boleh belajar dari pagi sampai malam. Seronok suasana ilmu di Mesir.
Disamping pada waktu malam kita boleh berbakti kepada adik2 untuk kita ajarkan kepada mereka yang dahagakan ilmu. Suasana dimesir menyeronokkan sebab kita duduk dengan student,kita boleh ngajar 2 hingga jam diselangi dengan hiwar dan munaqasyah. Di sini saya dah mula mengajar di masjid Alhamdulillah.
Tempoh yang singkat sekitar 30 hingga 40 minit berhajat kepada pengfokusan tajuk dan isi yang penting agar ceramah dapat disampaikan dengan baik. Di sini kita perlu mempelajari budaya pemikiran orang Malaysia,kebanyakkannya pekerja dan orang2 tua,kita perlu mengetahui apa yang kita perlu cakap.agar penyampaian kita mempunyai faedah dan berkesan. Masa pun kita kena punctual,tak boleh lewat sebab bila azan insyak kuliah dihentikan,kalau disambung pun mungkin 10 minit sahaja.

Aku sekarang cuba memahami suasana Malaysia dengan mengambil pengalaman daripada orang yang lebih senior daripada aku. Suasana begini berhajat ke[ada pergaulan dengan masyarakat pelbagai lapisan agar kita tahu apa yan gpatut kita cakap dan lontarkan.

Sekarang aku seronok di Malaysia,sebab aku berpeluang mengajar fikh aulawiyat di masjid usamah di wangsa maju,buku Imamku, sebulan 2 kali aku mengajar di situ,minggu pertama hari jumaat dan minggu ketiga hari selasa. Aku ingin menjadikan masjid usamah sebagai tempat permulaan kefahaman wasatiyah aku berimana dengannya.

Masyarakat diwangsa maju orang berpendidikan,jadi perlu kepada penerangan yang sesuai dengan mereka, jadi aku rasa buku ini sesuai dengan mereka, aku harap aku dapat memberi sumbangan kepada Islam dan kepada Imam Yusuf Al qaradawi dengan mengenengahkan pemikiran2 beliau kepada masyarakat Malaysia.

Aku mempunyai cita-cita untuk mengembalikan masyarakat Malaysia kepada Suasana ilmu tidak taasub,suka kepada ilmu,tidak banyak bergaduh,sebaliknya berbincang dan berdialog, mengajak kepada aliran wasatiyah, aku ingin berkhidmat kepada masyarakat umumya dan kepada pelajar-pelajar yang cintakan ilmu Islam secara khusus. Aku bercita -citaingin memberi perkhidmatan percuma kepada pelajar2 yang ingin mendalami buku2 turath dan pemikiran Imam Qaradawi sekadar yang termampu.

Aku ingin mewujudkan budaya munaqasyah dan bertanya dikalangan pelajar. Dalam masa aku juga perlu berterusan mendalami ilmu2 Islam dan Ilmu2 semasa agara penambahan ilmu berterusan dan tidak ketinggalan dari sudut tuntutan kehidupan.

Kepada adik2 di mesir, dalami ilmu dengan mendalam dan luaskan pembacaan, umat disini berhajat kepada ilmu yang sohih pemikiran yang membangunkan umat bukan ceramag semata-mata, perlu kita sebagai pelajar ilmu dan penyampai ilmu berterusan dalam menuntut ilmu dan pembacaan,gunakan masa kosong untuk membaca, jangan jadukan cuti atau apabila kita dah bekerja sebagai alasan untuk kita tidak membaca, peruntukkan lah waktu membaca walau 30 minit, kita mesti membaca dan membaca,itu adalah gaya hidup orang azhari, tidak ada halangan bagi membaca melainkan mati atau tidur. Bawalah buku dimana berada.
Sekian dulu coretan buat pagi ini(Malaysia). Untuk adik2 wasatiyah azhar dan perubatan, gandakan usaha supaya menjadi contoh kepada orang lain dalam belajar dan membaca, mudahan kita boleh markaz wasatiyah di sini. Insyaallah. Sekian dulu. Salam kasih.
Fauwaz Fadzil Noor

17 comments:

PEMENANG said...

huhu...nanti ustaz bole la wat kaset ceramah ustaz fawwaz cam ustaz shamsuri..hehe....vcd pon bole.....lagi tersebar luas.....org jauh2 pon bole dengar....

Hafzi said...

huhuhu.. betul2. saya pon mmg berhajat nk tanye. tak de orang rakam ke ceramah2 ustaz? huhu

tp makan mesti ade lepas ceramah kan ustaz? hehehhe

-ilmu n makanan tak dapat dipisahkan hohoho 2 rezeki Allah yang selalunya datang seiring hehehe

Unknown said...

salam ustat

semoga ustat berjaya mencapai cita2 ustaz and menjadi frontliner kepada arus pembudayaan ilmu di kalangan masyarakat Malaysia.

Konsep Wasatiyah sebagai penjana 1Malaysia 1 Ummah - peluang baik ni ustat =)

[ ustat,nnt da dikenali ramai,jgn lupa ktorang kt sini =D ]

Fauwaz Fadzil said...

kah2 safwan, saopa lah nk dgr deramah ana ni buat habs bateri ja

fuyo hafzi, makan tetap makan, tak terkira makan disini sedap gila he2,
adik farahan pula, terima kasih doakan, sapalah saya nak jadi terkenal,,cukuplah adik2 wasatiyah kenal saya dah menyeronokkan, ok tak ayat he2

dabei said...

salam..

as-sheikh alkabir=p

sy tertarik dgn pembentukan madrasah wasathiyah di msia...

jom ke shah alam???

Fauwaz Fadzil said...

boleh2,insyallah kalau jemputan akan pi he2,

mudahan kita berusaha ke arah itu, tapi takn nescafe saja he2

Dr Ahmad Baihaqi Bin Hassan said...

us fawaz, kalo us dah bukak tawaran mengajar kitab turath n pemikiran qardahwi utk student unvt nanti, bg tau kat sy ya?

hehe, sy nak promote org2 ganu pi belajar ngan us.. bukak aliran wasatiah kat ganu plak..

(nanti, dekat kedai keropok lekor pun org ckp pasal wasatiah)

lyannayahya said...

dgr2 ustaz dah stuju wat pakatan nagn natrah summer nnt.

nnt yg tu ustaz habq kat depa suh rakam eh ustaz.
buleh sy tgk.

doakan sy~

Fauwaz Fadzil said...

blh je nak rakam tapi kena suruh timbalan lah he2, diakan aktif ,

insyalah kamu jadi org yg hebat suatu hari nanti

lyannayahya said...

ustaz ingtkan natrah laa nnt.
saya takut die balik msia nnt-dah tak ingat kat saye.

dabei said...

salam...tunggu post terbaru ustaz~

mg dpermudahkan PAKATAN rakyat itu...:)

peace!

efie said...

SALAM Ustaz saya shafeqah, nk tanya sedikit...Ustaz mengajar di masjid usamah bin Zaid pukul berapa?saya berminat nak join...

Fauwaz Fadzil said...

kuliah saya di w.maju, hari jumaat minggu pertamam lps magrib, dan selsa minggu ketiga tiap2 bulan,insyallah

kamu student mana ni?

efie said...

Saya student UM..tinggal di keramat...kawan2 MESIR yg byk cerita tentang kuliah Ustaz...

Fauwaz Fadzil said...

oh ya, kamu kuliah apa,

insyallah klu ada apa2 yg saya blh bntu kamu saya cuba bntu dan mewujudkan krjasama,

kamu ada nbr hp saya, apa2 yg kita blh bincang tentang ilmu insyallah kita cuba buat

efie said...

Saya kuliah engineering(electrical)...sy gembira Ustaz dh blk...blh dgr ilmu drpd Ustaz..nk join madrasah wasatiyah...kalau ada ceramah di mana2 mohon Ustaz post di blog@facebook...

Fauwaz Fadzil said...

sekrang tak da lagi wasatiyah,
klu kamu blh buat group ok juga