Monday 9 November 2009

Kembali Menulis( Risalah Wasatiyah).

Risalah Wasatiyah.

Kita melihat pertembungan aliran dan pemikiran berlaku hangat di Malaysia begitu juga keadaan pelajar-pelajar Malaysia diluar negara. Di Malaysia aliran muda yang dipelopori oleh Dr Asri Zainal Abidin yang membawa pemikiran salafi dan tajdid bertembung dengan aliran mazhab yang sudah lama bertapak dimalaysia.
Di mesir ini pula macam- macam aliran yang wujud,semunya mendakwa kebenaran masing-masing. Masing-masing berhujjah ada yang sampai boikot dengan sebab perkara yang tidak sebesar mana. Setiap aliran mencari pengaruh dan mencari pengaruh tidaklah salah secara mutlak sekiranya tidak ada kepentingan peribadi.
Sebagai satu cambahan idea, kita melihat kebanyakan yang wujud di dalam perkara yang ada didunia ia berubah seperti adat,ilmu pengetahuan ,system dan sebagainya. Jadi tidak hairan di dalam aliran pemikiran dan pendekatan pun akan berlaku perubahan.
Contohnya,kita ambil dimalaysia, apabila golongan muda membawa aliran salafi,banyak mengkritik amalan-amalan yang dilakukan oleh penduduk Malaysia seperti talqin,tahlil dan sebagainya,menimbulkan kontroversi, mereka ingin mengembalikan orang Islam kepada al-quran dan Sunnah tanpa taasub kepada mazhab.
Secara peribadi kita menyokong usaha untuk memperkasakan rujukan kepada Al-quran dan Sunah kerana ia lebih luas daripada mazhab dengan mengingatkan bahawa tidak mazhab di dalam Islam melainkan kesemuanya merujuk kepada Al-quran dan Sunah tidak ada satu pun yang terkeluar daripada sumber rujukan ini, ini dapat diketahui bagi siapa yang mendalami fikh muqaran dengan baik, kesemua mazhab ada dalil yang tersendiri.
Mazhab merupakan satu keperluan orang ramai untuk mengenal hukum hakam dengan mudah kerana mazhab bererti menghikayatkan hukum-hakam daripada Al-Quran dan Sunah bukannya mencipta hukum. Cuma di sini kita pelu ingatkan bahwa bukanlah wajip sesorang itu bertaqlid kepada sesuatu mazhab tertentu , yang penting di dalam suatu masalah sesorang bertaqlid kepada mazhab dengan bertanya kepada ulama yang amanah.
Kadang-kadang sesuatu mazhab menyempitkan sesorang muslim di dalam sesuatu perkara maka di sana terdapat mazhab yang luas dan ringan hukumnya berbanding mazhab tersebut dan ia merupakan rahmat apatah lagi apabila disokong dengan dalil –dalil yang kuat.
Maka di sini, apakah ulama-ulama Malaysia sudah bersedia membuat persediaan untuk mengubah manhaj bertaqlid untuk orang ramai mudah melakukan ibadah mereka tanpa bercanggah dengan syariat dan ijmak ulama.

Kita tidak menyokong tindakan golongan yang menghina mazhab, bagi kita bermazhab itu lebih selamat daripada tidak ada mazhab kerana golongan itu bukan nya faham al-quran dan Sunah pun. Jadi elok mengikut ikut mazhab itu lebih selamat.
Berkenaan dengan aliran salafi kita menyokong aliran ini tanpa menyalahkan aliran khalafi yang dikenali sebagai golongan pentakwil dimana golonagn juga wujud hasil daripada pemikiran ualam-ulama yang besar seperti Imam Haramain,,Imam Ghazali dan sebagainya.

Cuma kita seronok dengan aliran keran ia lebih selamat dan dekat dengan amalam para sahabat. Tetapi perlu dingatkan ,bahawa salafi yang kitakan bukan wahabi yang menyatakan sifat-sifat Allah Taala yang mutasyabih itu adalah hakikat kerana ia akan membawa kepada tajsim bukan tajsim Cuma membawa kepada tajsim. Aliran salafi di sini bermaksud tidak mebincangkan sifat-sifat Allah yang mutasyabih dengan hanya menyerahkan kepada Allah Taala tentang maksudnya. Kita tidak dituntut untuk mengetahuinya.
Cuma ada beberapa keadaan kita berhajat kepada pentakwilan sifat-sifat Allah Taala seperti di dalam bidang dakwah dimana untuk tidak memeningkan kepala orang ramai dengan mentakwilkan sifat-sifat Allah seperti Tanya kepada kuasa dengan syarat takwil itu tidak bercanggah dengan akal umum dan dalil syarie.
Tetapi perlu diketahui, bahawa pengajian tauhid seperti aliran takwil ini,kadang-kadang tidak sesuai kepada mereka keran ia tidak berpaksi kepada amalan hanya kepada pemikiran sahaja bahkan kadang tidak dapat membawa kelembutan jiwa.
Jadi kita perlu mencari alternative bagaimana hendak mengajar tauhid kepada orang agar mereka lebih dekat kepada Allah, bagi saya kita perlu memilih cara yang diajarkan oleh Al-quran dimana tauhid di dalam Al-quraan bukan setakat berbicara dengan akal bahkan dengan hati, hati tanpa akal tidak cukup,akal tanpa hati akan musnah, perlu digabungka kedua-dua alat ini.

Maka di sini saya menyatakan risalah wasatiyah amat penting disampaikan kepada masyarakat dia mana risalah ini mengambil faedah daripada semua aliran Islam tanpa sebarang taassub dengan menganggap kesemua peninggalan ulamak ini adlaah khazanah yang amat bernilai kepada kita di mana kita perlu mengambil yang terbaik daripada nya walaupun ia datang daripada muktazilah.

Umat Isalam adalah umat wasatiyah iaitu seimbang bukan sederhana, di mana seimbang ini beerti diwaktu perlu mudah kita permudahkan dan diwaktu perlu tegas kita bersikap tegas.
Bagi saya, tidak ada jalan lain melainkan kita kepada kepada risalah wasatiyah yang dibawa oleh Al-quran dan Sunah. Marilah kita mengkaji pemikiran wasatiyah untuk kita menjayakannya di dlaam kehidupan kita. Waallah a’lam.

1 comment:

firdaus hat said...

Artikel yang baik, seolah-olah Ustaz Fawaz cuba menta'sil Wasatiyah Islamiyah dengan membawa contoh serta perbandingan waqi' semasa.

Terasa untaian-untaian kalam Syeikh Muhammad Ghazali memang sesuai dibawa dalam penulisan pendakwah masa kini.