Wednesday 10 June 2009

Gaya Hidup Pelajar Azhar

Seorang pelajar azhar adalah seorang bijak,memiliki akal pintar,berakhlak tinggi dan bertaqwa. Dia adalah seorang berjiwa besar dan rajin belajar untuk memikul tanggungjawabsebagai peawaris Nabi. Pelajar azhar adalah pelajar yang paling beban tanggungjawabnya berbanding pelajar lain kerana dia akan membawa risalah syariah yang di bawa oleh Nabi kita.
Tidak ada tanggungjawab yang paling berat seperti mana tanggungjawab yang akan dipikul oleh pelajar azhar. Pelajar azhar adalah penukil ilmu syarie yang di ambil ilmu itu daripada guru-gurunya secara amanah untuk disampaikan kepada orang ramai.
Kehidupan pelajar azhar berlain daripada pelajar lain. Dia akan bangun awal untuk menunaikan tahajud kemudian membaca buku. Selepas solatsubuh, dia akan berzikir seketika,kemudian dia menghafaz al-quran sebelum bergerak university atau masjid.
Pelajar azhar adalah pelajar yang tidak akan ponteng kelas melainkan terdapat keuzuran, dia akan pasti sampai awal di kelas untuk meduduki tempat dihadapan,paling kurang 5 minit sebelum kelas bermula. Dia amat menghormati guru dengan apabila guru masuk ke kelas dia akan bangun, dia memberi penumpuan yang penuh di dalam kelas dan rajin bertanya dan bermunasyah di dalam masalah yang sulit.dia selalu berkhidmat kepada guru-gurunya begiu juga kepada kawan-kawannya.
Dia tidak pasif di dalam kelas,dia selalu berebut untuk membaca buku dihadapan guru untuk memperbetulkan kesalahan bacaannya. Dia tidak takut kepada kesalahan,tetapi dia takut kepada kejahilan.
Apabila ada masa sedikit ,dia belikan makanan untuk di alas perutnya,bagi meneruskan pembelajarannya dikelas. Bila tamat kelas,dia akan pergi masjid azhar untuk menadah kitab-kitab dengan guru-guru yang hebat untuk dia menambah ilmu. Dia rajin bercakap di dalam bahasa arab. Dia cintakan bahasa arab,dalam masa yang sama dia menguasai baik bahasa melayu dan bahasa inggeris.
Dia mendalami bahasa arab dan ilmu mantik dengan begitu baik untuk dia mampu berinteraksi dengan kitab-kitab tua. Dia juga tidak ketinggalan dia dalam membaca buku-buku ulama semasa agar dia tidak ketinggalan di dalam masalah-masalah baru.
Selepas waktu insyak,dia pulang ke rumah,dia berehat dalam 30 minit untuk makan dan minum, kemudian dia akan sambung pembacaannya sehingga tengah malam. Pada hari cutinya,dia membuat aktiviti mengemas rumah,membasuh baju,menggosok baju untuk 5 tau 6 hari bagi untuk dipakai kelas. Dia kemas,suka kepada baju yang cantik dan mnyak wangi,badannya sentiasa wangi,suka kepada minyak wangi,giginya selalu digosok rambutnya atau serbannya selalu kemas dan berketerampilan.
Dia suka kepada kebaikan,menolong orang,penyanyang dan disayangi. Berjiwa pemurah dan pengasih. Dia seorang yang penyabar. dia tidak kedekut utuk membeli buku,jika dia ada duit,dia akan beli buku dulu daripada yang lain.
Pelajar azhar adalah pelita di dalam dunia ini,dia perlu kuat semangat,berilmu bertaqwa,istiqamah dan sebagsainya,kalau tidak bersikap sedemikina maka gelaplah dunia ini. Dia bercita-cita untuk menjadi mujtahid bukan muqallid,sebab ilmu yang sebenar baginya adalah ijtihad bwrdasarkan dalil. Dia ingin berdakwah,menulis,membuang bidaah-bidaah, kezaliman yang ada pada masayarakat. Dia benci kepada malas dan kepada orang-orang malas. Dia suka bekerja daripada bercakap. Hidupnya kerana Allah Taala.
( inilah semata-mata gambaran saya terhadap pelajar azhar yang diidamkan).

3 comments:

firdaus hat said...

Haqiqat el-Yaum: Ahlam el-Amsi, Wa Ahlam el-Yaum: Haqiqat el-Ghadi!!

Fantasi yang baik. Dan saya nampak perkara ini cuba diterapkan oleh Akhi Fauwaz kepada sahabat azhari lain.

Keluarkan buku atau maqalah berkenaan "al-Azhari kama yajib an yakun" bagi mengupas dan mengkritik kehidupan dan perilaku pelajar-pelajar Pengajian Islam.

Semua komen-komen membina perlu dihebahkan agar ia tidak hanya terpekuk dalam ruang perbincangan akademik berani yang selalunya rakan-rakan pelajar tidak menyertainya.

Moga jalan terang lagi bersuluh bagi generasi kehadapan.

Harus baca: (Risalah el-Azhar sempena ualang tahun al-Azhar ke-1000) oleh: Yusuf al-Qaradawi.

Fauwaz Fadzil said...

ana harap anta lah tulis,anta lebih akedemik,ana hanya fantasi.mudahan kita buat sama2.amin

ummufateh said...

ust, lepas ni ana nak baca Gaya hidup graduan al-Azhar pulak ketika di Medan hakiki. Lagi mencabar.