Tuesday 27 January 2009

Keadilan Dan Ilmu Punca Kebahagian

Keadilan dan ilmu adalah sebab utama kepada kebahagian dan punca kepada mempertahankanya. Sebaliknya kezaliman dan penindasan adalah ibu segala punca kepada kerosakan dan kemusnahan. Inilah kata-kata Imam Mohd Abduh yang ingin menerangkan kepada kita betapa pentingnya keadilan dan ilmu di dalam mencapai kebahagian dan kejayaan. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan.Apabila keadilan ditegakan,penyebaran ilmu dapat dilaksanakan dengan lancar,tidak ada sekatan di sana kerana ilmu ini adalah bersifat berterusan tidak boleh disekat,sebab pelbagai kajian dilakukan,ia hanya sesuai dengan wujudnya suasana keadilan daripada kerajaan dan masyarakat.
Tetapi sebaliknya apabila kezaliman berleluasa,ilmu akan menjadi mundur,sekatan terlalu banyakk,banyak penipuan berlaku sehinggakan rakyat sering tertipu dan terus menjadi mundur sebab mereka disekat untuk mengetahui ilmu yang sebenar.
Cuba kita tengok dimalaysia,apabila banyak kezaliman oleh kerajaan,banyak kali rakyat tertipu,mereka diisi dengan benda yang karut dan seribu penipuan,banyak khurafat yang berlaku, Cuma mutakhir ini kebanyakan rakyat mula sedar tentang penipuan dan kezaliman kerajaan. Isa mula dituntut dihapuskan,kerajaan pun mula member respon dengan ingin mengadakan forum walaupun terdapat kata-kata menteri dalam negeri yang dianggap menipu dengan menyatakan kebanyakan rakyat menyokong isa. Kalau benar kata-kata menteri tersebut masih banyaklah rakyat kita yang masih bodoh. Tetapi kemenangan pas diterangganu menunjukan kata-kata menteri itu adalah pembohongan semata-mata.
Begitulah apabila kezaliman memuncak,rakyat diperbodohkan oleh kerajaan. Dengan itu marilah kita membina keadilan dan memperkuatkan ilmu dalam semua bidang agar kita semua mencapai kejayaan. Marilah kita membina masyarakat berilmu dengan itu keadilan dapat ditegakkan. Pemimpin yang berilmu dan rakyat yang berilmu saling membimbing kedua-kedua pihak kepada keadilan.

3 comments:

firdaus hat said...

Kalam Muhammad Abduh amat sesuai diterjemahkan dalam konteks demokrasi terpimpin yang membawa kepada kemajuan ilmu. Antara kebaikan demokrasi tulen (sebagaimana dpraktikkan smpai skrg):

1) Memberi peluang kpd ulama, saintis dan pengkaji berkecimpung dalam ilmu dan merintis kajian serta ibtikar.
2) Menbantu membentuk suasana yang mengembangkan pemikiran dan sastera.
3) Dari segi ketenteraan: bersama menentukan pendirian negara ketika peperangan; sama ada berperang atau damai, mengambil kira faktor ekonomi dan kesediaan rakyat. Maka keptusan yang tepat dapat dambil.
4)Membuka peluang kpd mereka yang layak berpolitik untuk tampil dan dikenali rakyat melalui parti politik.
5)Stabil dan teguh pemerintahan .
4)Berkembang ekonomi dan bertambah sumber-sumber ekonomi.
5)Sistem kehakiman yang bersih dan jaminan keadilan.

** sistem demokrasi pada jauharnya atau secara abstraknya bertepatan dengan sistem syura Islam. Our only best choice for now...

Fauwaz Fadzil said...

bagus sungguh komen ustaz firdaus kita.kembangkan lagi pembacaan mohd abduh.selamat berjaya.

Fauwaz Fadzil said...

bagus sungguh komen ustaz firdaus kita.kembangkan lagi pembacaan mohd abduh.selamat berjaya.