Perbincangan tentang pemikiran Imam Al-Qardawi dan ulasan terhadap pemikirannya.
Wednesday, 28 January 2009
Imam Qaradawi Impikan Syahid Di Gaza.
Walaupun beliau sudah tua,tetapi semangat beliau mengatasi pemuda,beliau adalah lambang ulama yang ikhlas dalam menegakkan Islam. Tidak ada putus asa di dalam perjuangan di samping beliau adalah raja bagi ulama Islam,tetapi juga ada muhajid yang sangat berani menetang musuh-musuh Islam.
Beliau mengkritik golongan-golongan jahil yang mengkritik hamas dan menyatakan Hamas menjadi punca kepada kematian yang ramai,beliau menjawab kematian itu bukan kerugiaan bahkan adalah keuntungan yang besar dan mereka sebenarnya tidak mati. Beliau mengkritik golongan yang ingin berdamai dengan musuh Israel, beliau menyatakan penentangan jihad terhadap Israel adalah satu-satu jalan mencapai kemenangan tidak ada cara lain.
Ya Allah,jadikan aku seperti Imam,yang ikhlas dalam perjuangan dan ilmu serta beramal dengan ilmu. Ya Allah ,himpunkan aku bersama dia pada hari kiamat kelak, aku amat menyintainya walaupun dia tidak mengenali aku, cukuplah aku dapat mengucup tangannya sekali dalam seumur hidup aku. Aku berdoa semoga dapat berdapat lagi denganya. Ya Allah matikanlah Imam dalam keadaan syahid peperangan seperti yang dia impikan.
Tuesday, 27 January 2009
Keadilan Dan Ilmu Punca Kebahagian
Tetapi sebaliknya apabila kezaliman berleluasa,ilmu akan menjadi mundur,sekatan terlalu banyakk,banyak penipuan berlaku sehinggakan rakyat sering tertipu dan terus menjadi mundur sebab mereka disekat untuk mengetahui ilmu yang sebenar.
Cuba kita tengok dimalaysia,apabila banyak kezaliman oleh kerajaan,banyak kali rakyat tertipu,mereka diisi dengan benda yang karut dan seribu penipuan,banyak khurafat yang berlaku, Cuma mutakhir ini kebanyakan rakyat mula sedar tentang penipuan dan kezaliman kerajaan. Isa mula dituntut dihapuskan,kerajaan pun mula member respon dengan ingin mengadakan forum walaupun terdapat kata-kata menteri dalam negeri yang dianggap menipu dengan menyatakan kebanyakan rakyat menyokong isa. Kalau benar kata-kata menteri tersebut masih banyaklah rakyat kita yang masih bodoh. Tetapi kemenangan pas diterangganu menunjukan kata-kata menteri itu adalah pembohongan semata-mata.
Begitulah apabila kezaliman memuncak,rakyat diperbodohkan oleh kerajaan. Dengan itu marilah kita membina keadilan dan memperkuatkan ilmu dalam semua bidang agar kita semua mencapai kejayaan. Marilah kita membina masyarakat berilmu dengan itu keadilan dapat ditegakkan. Pemimpin yang berilmu dan rakyat yang berilmu saling membimbing kedua-kedua pihak kepada keadilan.
Wednesday, 14 January 2009
Waktu Dan Ciri-Cirinya
Pertama: waktu ini cepat berlalu.
Waktu ini berlalu dengan cepat seperti berlalunya angin samada didalam keadaan gembira dan sedih dan waktu gembira ia lebih cepat berlalu. sekiranya dwaktu sedih ia berjalan perlahan berbanding waktu gembira,ini adalah perasaan seseorang pada hakikat waktu,hakikat waktu tetap berjalan dengan cepat.
Kedua: Sesuatu yang berlalu ia tidak boleh ganti.
Inilah cirri khusus waktu yang kedua di mana apabila berlalu hari atau masa maka adalah mustahil ia dapat dikembalikan. Berkata imam hasan al basri. Masa apabila berlalu maka ia tidak akan kembali.
Ketiga: masa adalah harta yang paling bernilai bagi seorang insan.
Apabila waktu ini cepat berlalu dan tidak boleh diganti maka ia adalah benda yang paling berharga emas dan perak dan kesemua jenis harta,sebab itu Hassan al- banna berkata “waktu itu adalah kehidupan”.
Maka wahai driku dan sahabat-sahabat renungkanlah kata-kata yang dibawakan ini. Mudahan kita tergolong daripada golongan yang menjaga waktu.
Monday, 12 January 2009
Pemikiran Muhammad Abduh
Pertama,tentang usahanya membebaskan umat Islam daripada taqlid buta. Dimana taqlid buta pada pandangan saya ia merangkumi semua bidang yang menjadi punca kepada kemuduran Islam.
Kedua, beliau ingin mengislahkan bahasa arab.
Kita lihat dahulu pemikirannya yang pertama iaitu membuang taqlid buta daripada masyarakat. Bagi saya apa yang dikatakan oleh Imam adalah tepat,taqlid buta inilah yang menyebabkan taasub mazhab atau mana-mana jamaah yang mengabaikan hak pemikiran seseorang dia tidak lagi berfikir,apatah lagi kalau dia seorang ulama,apa dia juga bertaqlid maka bagaimana dia membawakepada umat Islam kedepan. Masalah yang berlaku sekarang ini apabila kita menyebutkan boleh keluar kepada mazhab-mazhab Islam yang lain menjadi satu kemarahan terhadap satu golongan,mereka tidak mengizinkan seseorang bertindak tidak beriltizam dengan sesuatu mazhab,menyebabkan kadang-kadang kehidupan seseorang menjadi sempit dengan beramal dengan satu mazhab sedangkan di sana terdapat pendapat-pendapat yang muktabar yang meringankan beban seseorang di dalam beramal. Pemikiran yang mengajak kepada pembebasan daripada bertaqlid ini bukan bererti memerangi mazhab atau aliran sebaliknya pemikiran sebegini membawa kita kepada mengambil faedah daripada semua mazhab Islam yang wujud,satu mazhab tidak mengambar hakikat Islam yang sebenar,Islam itu tergambar dengan mengambil daripada semua mazhab Islam, inilah yang diperkatakan oleh syeikh Mustafa zarqa.
Sampai bila umat Islam akan menjadi sebegini,tidak mahu membebaskan diri mereka daripada taqlid buta,kita katakan taqlid buta ini buka hanya kepada fikh tetapi juga mereka yang berqiblat kepada barat,mereka mengagungkan pemikiran barat seolah ulama Islam kita tidak ada pemikiran,mereka menganggap semua pemikiran barat itu adalah betul. Ini yang menjadikan masalah lebih besar. Orang yang taasub dengan sesuatu mazhab Islami ini lebih baik daripada orang taasub kepada pemikiran barat walaupun kedua-kedua kita tidak mahu.
Maka disini kita tekan,kewajipan para umat dan pengislah membawa orang kepada budaya berfikir,kita tidak memerangi mana-mana mazhab tetapi kita orang menghormati mazhab apabila mengeluarkan manusia daripada tassub kepada sesuatu mazhab. Ya, tidak salah seseorang itu beriltizam dengan satu mazahab apabila dia mahu, yang salah apabila dia mewajipkan orang mengikut caranya. Biarkan orang beramal dengan apa mereka yakini tanpa ada sebarang halangan keatas merka selagi mana pendapat yang dipegang adalah muktabar.
Para pelajar perlu berfikiran tajdid sekirang mereka ingin diterima olehh masyarakat. Jangan hanya menjadi pelajar yang terlalu idealistic tanpa sebarang renungan reality.
Yang kedua Imam ingin mengislahkan bahasa arab supaya ia menjadi bahasa yang diterima oleh dunia semula setelah ia ditinggalkan. Ini pemikiran yang bagus dalam kita menyentuh kepentingan mengislah bahasa ibunda kita yang semakin hari semakin lemah, sampaikan diperingkat rendah dan menengah matematik dan sains diajar didalam bahasa inggeris, di mana kekuatan bahaya kita,bagi saya bahasa melayu perlu lagi diperbaharui dalam uslub yang menarik,kerajaan mesti memikirkan balik semula tentang penggunaan b.inggeris dalam pelajaran sains dan matematik,perlu kita kuatkan bahasa kita dahulu supaya bangsa kita itu kekal,bahasa melambangkan bahasa.
Bagi saya pelajaran sains dan matematik boleh dipelajari di university oleh pelajar-pelajar kita dan boleh cemerlang di dalamnya berdasarkan rekod yang pernah dibuat sebelum ini. Sebab ketika itu pelajar dah matang dan memahami sukatan pelajaran dengan mudah. Saya tidak bersetuju dengan pendapat tun mahadir yang menyatakan pendidikan akan mundur jika tidak diajar dengan bahasa inggeris, kerana setiap kaum ada bahasanya yang tersendiri untuk difahami di dalam peringkat permulaan,apabila tidak disampaikan dengan bahasa mereka kefahaman dan akan berkurang dan kualiti tidak tinggi berdasarkan peringkat umur. Mungkin tun fikir dulu dia boleh,tetpai kalau dikira dengan keseluruhan penduduk Malaysia nisbahnya adalah sedikit seperti tun. Perlu mempertingkat bahasa kita untuk kita mengekalkan identity kita dan memudahkan urusan kehidupan. Ini adalah pandangan peribadi saya waallah alam.
Friday, 9 January 2009
Create Your Future From Your Future, Not Your Past
Create Your Future From Your Future,Not Your Past
- Werner Erhard.
Ini adalah kata-kata yang saya petik daripada buku How To Get From Where You Are To where You Want To Be karangan Jack Canfield. Kata –kata ini adalah kata–kata Werner Erhard yang tidak bercanggah dengan Islam kerana ia merupakan kata-kata yang bersandarkan kepada akal,pengalaman dan reality. Banyak orang menangisi masa lampaunya tetapi tidak mengubah nasibnya pada masa depannya di mana sesuatu kejayaan atau hasil usaha hanya akan di dapati pada depan.
Sebab itu,janganlah menoleh kebalakang dan mengingati masa lampau untuk dirintih atau bersedih. Orang yang mengingati masa lampau tanpa melakukan apa-apa tindakan susulan itu adalah seorang ditipu oleh syaitan. Ayuh bangun wahai jiwa yang tidur dan lemah,kuat dirimu seperti singa yang mengganas bukannya tikus yang takut terhadap masa depan.
Dalam kehidupan kita,terdapat kegagalan yang kita hadapi,contohnya seorang pelajar,bermula dengan upsrnya,mungkin dia tidak mendapat 5a atau tidak ada a langsung,maka orang mati semangatnya dia akan merintih dan malas berusaha sebab baginya dia adalah orang yang bodoh,tidak mampu mencipta apa-apa kejayaan pada masa depan, begitu juga dengan pelajar yang mengambil pmr atau spm,beliau tidak cemerlang lalu dia putus asa,dia tidak mahu berusaha lagi,apakah dia tidak terfikir mungkin Allah melewatkannya untuk mendapat habuan yang lebih besar dan masa depannya adalah rahsia yang tersembunyi ,banyak lagi kejayaan yang boleh kita cipta selagi mana nyawa ada dikandung badan.
Tidak ada yang mustahil selepas manusia naik kebulan,sesorang itu mampu untuk mencipta masa depannya apabila dia tidak menoleh kebelakang untuk bersedih dan merintih sebaliknya dia menjadikan sejarah silam sebagai pengajaran dan postmortem untuk mengetahui penyakitnya supaya dia tahu apakah ubat yang sesuai untuk merawat dirinya agar dia dapat memajukan dirinya. Mari kita renung ayat Allah Taala.
لا تقنطوا من رحمة الله.
Terjemahan: Janganlah kamu semua(hamba-hamba) berputus asa dengan rahmat Allah.
Lihatlah bagaimana Allah Taala membuka ruang kepada hambanya untuk kembali kepadaNya. Janganlah ingat-ingat kisah –kisah lama untuk menyekat kamu kembali kepadaKu,bukalah lembaran baru dengan Ku akan pasti Aku akan membuka seribu pintu rahmat bagi kamu.
Cuba kita renung kenapa Allah Taala membuka pintu taubat kepada hamba-hambanya ,sebab kebaikan boleh dilakukan pada masa depan dimana waktu yang lampau sudah berlalu dan ia tidak kembali. Di dalam kata-kata hukama. “Masa berkata: wahai manusia beramallah kerana bila aku pergi aku tidak akan kembali.” Maknanya yang lampau mustahil akan kembali kerana itu adalah ketentuan Allah Taala. Yang ada ditangan kita adalah masa depan,tidak mengapa seseorang itu mengubah nasibnya dalam keadaan lewat yang penting dia jujur didalam perubahannya. Berkata ulama tasawuf, iktibar itu adalah bagi orang jujur bukan kepada orang dahulu. Ada orang baru masuk islam lewat umurya,tetapi kehidupan islamnya lebih baik banyak daripada orang dah islam berkurun lama. Jadi kejujuran itu penting setiap perubahan. Kejayaan kita adalah pada masa depan kita buka pada masa yang lampau. Sejarah adalah untuk iktibar bukan tangisan kerana tangisan itu akan membuang masa depan kita yang penuh dengan rahsia. Marilah kita sentiasa membina kejayaan di masa –masa akan datang ,baik kejayaan akhirat atau dunia.
Wednesday, 7 January 2009
Renungan Wasiat Saidina Bakar
إن لله عملا بلليل لا يقبله بالنهار، وعملا بالنهار لا يقبله بالليل.
Sesungguhnya bagi Allah terdapat amalan di waktu malam ia tidak diterima diwaktu siang dan terdapat amalan diwaktu siang tidak diterima diwaktu malam.
Apabila kita merenung wasiat Saidina Abu Bakar kepada Saidina Umar ini. Ia amatlah memberi kita penegertian amat mendalam tentang kepentingan mengetahui jenis-jenis amalan ketika mengerjakan. Sesungguh amalan kebaikan ini terlalu banyak untuk dlakukan. Disebabkan terlalu banyak jenis-jenis amalan inilah kita berhajat kepada mengetahui jenis apakah amalan yang wajip,sunat ,harus yang perlu kita laksanakan.
Kemungkinan amalan itu mulia,tetapi tidak kepada sesorang yang melakukan. Contohnya kita sebutkan,pekerja-pekerja yang berkerja disiang hari,dia al-quraan dengan menggunakan mushaf atau memanjangkan solat sunat sedangkan dia kerja-kerja wajip di pejabat yang belum diselesaikan maka segala sunatnya itu tidak diterima kerana belum melakukan kerja wajip. Ini dapat difahami melalui kata-kata Saidina Abu Bakar lagi dengan kata-katanya:
وإنه لاتقبل نافلة حتى تؤدى الفريضة.
Sesungguhnya tidak diterima amalan sunat sehingga dilakukan amalan wajip.
Maka perlu kita masing-masing memahami tugas kita tersendiri kerana kewajipan berlainan mengikut kemampuan,tugas,keadaan seseorang. Fikh terhadap qaedah ini perlu di dalami oleh semua umat Islam agar amalan mereka diterima oleh Allah Taala.
Akal Ilmiah
Akal ini perlu dijaga dengan sesorang itu belajar agar dia tidak menjadi orang berfikiran awam dan khurafat. Pemikiran awam ini adalah pemikiran yang lemah sebab ia mudah berubah kepada kata-kata yang dilontarkan . ia tidak melihat dan merenung apa yang diperkatakan sebaliknya menerima dengan tenang tambahan pula kata-kata daripada orang disayangi.
Akal khurafat pula mudah menerima perkara-perkara yang bercanggah dengan akal ilmiah yang melihat kepada dalil dan logic. Akal-akal yang lemah seperti ini tidak suka berfikir,menerima sesuatu dengan mudah,suka kepada kelazatan walaupun member kesan yang buruk pada dirinya.
Saya melihat akal awam dan khurafat inilah yang menyebabkan umat mudah tertipu contohnya penduduk di Malaysia. Kita tengok berapa wanita yang telah dicabul hasil daripada pergi berjumpa dengan tuk bomoh yang pembohong rawatan buang sial lah apa lah, dia tidak selidik latar belakang tuk bomoh,bila tuk suruh bersendirian dengan dia pun tak apa,asalkan sembuh penyakit, berapa banyaklah penyakit sial yang ada orang kita,adakah kita ini makhluk yang mulia ada penyakit sial,boleh percaya kah kepada tok bomoh tok bomoh palsu tu boleh membuang penyakit sial sebenarnya tok bomoh yang mencabul tu yang sial. Orang di malaysia perlu mengubah akal mereka bahawa tidak ada sial dalam diri sesorang,yang ada adalah kelemahan jiwa dan akal yang tidak digunakan untuk berfikir.
Al- quraan mengajak kita kepada akal ilmiah dan mencela pemikiran taqlid kepada warisan,suka kepada kreatif,tidak merima sesuatu melainkan dengan dalil dan hujah. Pembentukan akal ilmiah ini penting bagi mengubah nasib umat islam.
Cuba lihat adat-adat bodoh dimalaysia seperti penghormatan tugu negara,adat-adat mengutamakan wanita yang terdapat disesetengah negeri,hanya umno boelh memerintah, itu semua khurafat yang perlu dbuang. Umat islam perlu berani di dalam menilai sesuatu dengan akalnya tanpa dipengaruhi dengan hawa nafsu, selalunya berfikir dengan hawa nafsu suka kepada keseronokan walaupun memberi kesan kepada negative, dan berfikiran ilmiah ini selalunya melalui benda yang susah tetapi natijah positif. Contohnya,pelajar diwaktu,exam kalu dia berfikir mengikut hawa nafsunya,dia akan bermain dan bermain itu seronok tetapi dia tidak akan Berjaya di dalam peperiksaannya,tetapi pelajar yang berfikir melalui akalnya,dia akan bangun membaca buku,kurang kan tidur dan bermain lalu dia akan berjaya insyallah dalam periksa.
Maka di sini,kita perlu berusaha kepada membentuk akal ilmiah untuk mengubah nasib islam dan masa depan mereka.