Friday, 24 August 2012

Penjelasan perlaksanaan Hudud

Hudud di antara perlaksanaan dan penangguhan: Perbahasan Fikhi Timbul perbezaan pendapat di antara Tuan guru Nik Aziz dan Dr Asri di antara perlaksanaan hudud dan penangguhannya. Maka rasa terpanggil untuk membincangkan isu berdasarkan pengalaman pengajian dengan ulama-ulama serta pembacaan yang banyak tentang perlaksanaan hudud agar mampu memberi sedikit pencerahan kepada umat Islam. Sesungguhnya akidah umat Islam menuntut orang Islam menerima segala arahan dan Syariah Allah Taala. Mana mungkin seseorang yang mengucap kalimah syahadah menolak Syariatnya. Maka secara sepakat umat islam tidak menolak sebarang undang-undang dan Syariah secara akidah tetapi secara perlaksanaan ia bergantung keadaan dan syarat seperti kemampuan . Khususnya seperti undang-undang Hudud, ia adalah undang-undang yang agak asing bagi umat Islam dan orang bukan Islam dibolehkan oleh ulama berlaku penangguhan dahulu. Ini dinyatakan oleh Ibnu al Qayyim yang menyatakan hukum-hukum yang dianggap asing perlu diberi penerangan dahulu sebelum perlaksanaan. Ini kerana bimbang ditolak dan dikutuk oleh orang Islam itu sendiri dan akan menyebabkan berlaku fitnah. Berlaku fitnah di antara faktor yang boleh menyebabkan penangguham hudud. Nabi menangguhkan hukuman hudud ke atas pencuri diwaktu peperangan kerana bimbang dia akan lari kekumpulan kafir. Maka di zaman fitnah dari luar dan dalam di zaman ini bagi saya boleh dijadikan faktor hudud ditangguhkan dahulu dan di adakan berperingkat-peringkat dengan kerjasama semua pihak. Dan di dalam hudud ini ia adalah bidang kuasa kerajaan dan kerajaan perlu mengkaji secara telus dengan bantuan para ulama yang jujur dengan Allah sejauhmana perlu melaksanakan undang-undang hudud diwaktu sekarang. Kita tidak mahu melaksanakan hukuman hudud dalam keadaan tidak sempurna maka ia akan menzalimi Islam dan Syariat. Kita amat berhajat kepada perlaksanaan yang tepat daripada manhaj perlaksanaan, seperti tidak terikat dengan 4 mazhab sahaja,perlu kepada menggunakan semua mazhab yang ada, hampir kepada 80 mazhab dan kadang-kadang berhajat kepada ijtihad yang baru. Kita mendahulukan hudud yang disepakati daripada hudud yang terdapat khilaf seperti rotan kepada penzina, qazaf,mencuri dan rompakan. Adapun murtad, minum arak adalah perkara khilaf di kalangan fuqaha. Seminar-seminar,pengajian-pengajian tentang hudud perlu diadakan dengan lebih aktif, buku-buku perlu ditulis dengan lebih luas. Faedah: Hudud bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Sebagai maklumat penting,Islam tidak menjadikan hudud sebagai bukan penyelesaian yang paling utama di dalam menyelesaiakan masalah jenayah, di sana terdapat terbiyah dan konsep taubat yang membolehkan seseorang berubah. Begitu juga dengan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat ia boleh mengurangkan kadanr kes jenayah. Hudud adalah jalan yang terakhir untuk merawat penyakit masyarakat sebab itu ia hanya sedikit disebut di dalam al Quran tetapi bukan ia tidak penting Cuma kepada fikh keutamaan di dalam melaksanakan sebarang Syariat. Maka kesimpulan yang dapat saya katakan di sini, semua orang Islam wajib beriman dengan hukuman hudud, Cuma perlaksanaan ia bergantung kepada keadaan, dan ia merupakan kuasa kerajaan, sekiranya kerajaan melihat, hudud perlu ditangguhkan kerana faktor-faktor syarie maka itu merupakan satu bidang kuasa mereka bukan kerana faktor malas atau mengingkari, itu tidak dibolehkan. Maka kita menyeru semua pihak agar berlapang dada dan mebincangkannya secara positif dan kerjasama yang kuat tanpa menggunakan untuk tarikan politik.

Sunday, 3 June 2012

Di mana hilang cintaku

DI MANA HILANG CINTAKU Sudah lama penaku tidak melayari blog ini. Entah mengapa tiada semanangat untuk menulis,adakah aku malas,atau tidak ada-apa faedah menulis di halaman ini. Apakah pembacanya mendapati mutiara atau membaca dengan penuh bosan. Aku tidak tahu jawapannya? Tetapi,pada hari ini hati ku ditimpa kesedihan. Tidak tahu apakah jenis kesedihan yang menimpaku, apakah cinta kepada manusia ku kehilangan, atau cinta pada Tuhanku yang tidak disiram. Aku perlu memekarkan hatiku dengan cahaya agar ia bisa mencapai ketenangan dan kebahagian. Oh Tuhan, ampunilah dosa-dosaku yang banyak ini dengan telah menyebabkan hati ku lupa padaMu,lupa pada kebaikanMu. Aku insan yang lemah,kerdil,sering tertipu dengan nafsuku, aku perlukan hidayah daripadaMu. Hidayah membawaku padaMu. Aku juga turut lupa ayahku, yang sudah hampir 10 tahun meinggalkanku. Pilu,hiba, sedih mengenang ayah ku. Seorang ulama ,pejuang yang hidupnya semata-semata mencari redha Allah. Betapa jauhnya aku dengan ayahku. Aku gilakan dunia sedangkan dia meninggalkannya. Aku tidak menyumbang apa-apa untuk Islam sedang dia adalah gelombangnya. Masih terkenang aku akan pelukan beliau ketika hendak berangkat ke Mesir dengan “ Aku berpesan kepadamu agar bertaqwa kepada dan mentaatiNya dan istiqamah di atas manhaj yang betul”. Masih tengiang-ngiang kata-kata ini. Apa yang haruskan ku lakukan dalam kehidupan yang penuh cabaran. Aku perlukan perubahan dalama,kekuatan untuk berjuang,berdakwah,menambah ilmu,menyambung pengajian. Ya Allah,Kau berikan cahayaMu, berikan ku kekuatan agar bisa ku terbang lebih jauh kemuncak.

Monday, 26 March 2012

Besrsyukur Di Atas Nikmat

sesungguhnya nikmat Allah perlu dibalas dengan syukur kepada Allah. Pelancongan ilmiah ke Qatar pada 9.3 yang lalu adalah satu nikmat tidak terhingga kerana Allah mengatur yang paling terbaik. perjalanan ke sana bersama dengan adik (Anas) dan anak saudara Amjad penuh dengan keseronokan ilmu,iman dan berjalan.

Saya tidak ada perangan yang detail ke sana, hanya ingin menziarahi ulama-ulama dan kedai-kedai buku.Tetapi pada hari kedua di sana,selepas menghubungi Allamah dr ali Al Qurrah daghi,beliau meminta datang kepejabat persatuan ulama sedunia pada tengah hari, dan berbual pendek dengan beliau,kemudian, beliau meyatakan beliau ada melakukan traning di sebuah hotel mengenai dengan audit syarie selama 4 hari. betapa seronoknya kami bertiga dijemput pergi.

Perbelajaan makan dihotelpun free, maka jimatlah duit,itulah yang perlu disyukuri sama. betapa seronok dan kagum melihat ilmu dr Ali yang keluar mencurah-curah, beliau merupakan ulama yang menghafal berpuluh -puluh buku termasuk al hidayah di dalam fikh mazhab hanafi.

pada hari kamis pula,alhamdulillah sempat diberi peluang untuk membaca sedikit kitab dengan beliau kitab yang beliau tahqiqkan iaitu al qhayatul quswa dan al mustasfa. dan alhamdulillah mendapat ijazah daripada beliau.

aku ingin mensyukuri nikmat Allah dengan menambah ilmu lagi dan menulis dan berkhidmat kepada pelajar-pelajar yang cintakan ilmu. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang bersyukur

Friday, 10 February 2012

Sabar

SABAR


Sabar adalah sifat yang paling penting dalam kehidupan. Tanpa sabar kita tidak mampu mencapai kejayaan.Sabar adalah perhiasan kepada mereka yang ingin kehebatan.

Sabar bukanlah dengan kata-kata,tetapi ia adalah amal hati yang menyebabkan kita tidak mengeluh dan berputus asa. Sekiranya kita mencapai sifat ini, maka kita telah mendapat seribu kebaikan. Ya Allah,kurniakanlah kesabaran.

Sabar

SABAR


Sabar adalah sifat yang paling penting dalam kehidupan. Tanpa sabar kita tidak mampu mencapai kejayaan.Sabar adalah perhiasan kepada mereka yang ingin kehebatan.

Sabar bukanlah dengan kata-kata,tetapi ia adalah amal hati yang menyebabkan kita tidak mengeluh dan berputus asa. Sekiranya kita mencapai sifat ini, maka kita telah mendapat seribu kebaikan. Ya Allah,kurniakanlah kesabaran.

Sabar

SABAR


Sabar adalah sifat yang paling penting dalam kehidupan. Tanpa sabar kita tidak mampu mencapai kejayaan.Sabar adalah perhiasan kepada mereka yang ingin kehebatan.

Sabar bukanlah dengan kata-kata,tetapi ia adalah amal hati yang menyebabkan kita tidak mengeluh dan berputus asa. Sekiranya kita mencapai sifat ini, maka kita telah mendapat seribu kebaikan. Ya Allah,kurniakanlah kesabaran.

Sunday, 28 August 2011

Fikrah Merancang


Dipenghujung Ramadan ini membuahkan fikrah kepada kita iaitu fikrah merancang beribadat pada bulan-bulan akan akan datang. Fikrah merancang ini telah ditanggilkan oleh umat Islam sehingga perancagan untuk beribadat telah hilang daripada kehidupan kita.
Kita merancang segala-segalanya melainakan ibadat. Adakah kita mengatur ibadat kita diwaktu padi,diwaktu tengah hari,waktu petang,malam dan tengah malam. Ramadan mengajar kita pengertian sebegini. kita boleh merancang beribadat dngan tadarusnya,terawihnya dan sedekahnya. Alangkah indahnya kalau hidup kita berterusan dibawah lindungan Allah dan beramal dengan Sunnah Nabi.


Seperti kata seorang pemikir barat " If Fail To Plan You Plan To Fail" Maka fikrah merancang dan menysun waktu,kehidupan adalah tanda-tanda seorang muslim yang berjaya kerana dengan penyusunan kita mampu melaksanakan tugas kita dengan sempurna dan meletakan setiap amal pada tempatnya. Seperti kita menyusun kewangan kita dengan penyusunan dan perancangn dengan baik kita tidak berhutang atau mampu mengurangkan hutang dan dapat hidup dengan bahagia begitulah dengan ibadat.

Mudah-mudahan tulisan ringkas ini kita mampu menjadi umat yang merancang,setelah itu kita mampu beramal,setelah kita beramal kita ikhlas,selepas kita ikhlas, amalan kita diterima Amin.