Kita melihat keadaan yang berlaku di sekeliling kita daripada pertembungan pemikiran, hentam menghentam sesama muslim ia membawa kepada kelemahan umat islam semakin nyata.
Kalau kita tengok golongan salafi moden mereka menghentam aliran ahli kalam dan golongan pengamal adat-adat melayu sampai ketahap melampau. Siapa yang menganut fahaman ahli kalam dianggap salah, tak betul, kita jadi jadi salafi. Siapa buat talqin bidaah sesat. Begitulah seterusnya. Bagi setengah mereka kalau akidah kita bersih baru Islam boleh memerintah.
Ada setengah pergi jumpa dr wahbah zuhaili Tanya pasai tauhid asma wassifat,beliau pun tak tolak. Jadi begitulah keadaan umat islam.Yang anti wahabi pula hentam pun lebih kurang sama, kata golongan wahabi ni mujassim,tak betul dan sebagainya.jadi berpecah belah umat Islam dengan perkara-perkara istilah tersendiri, sedang semuanya menyatakan Allah itu satu,tidak berjisim, tidak sama dengan makhluk.
Di sini ini kita mengajak kepada semua aliran pemikiran membina satu kaedah musyhtarak(titik pertemuan) yang memboleh kita sentiasa membentuk hala tuju yang sama, membentuk hubungan yang saling lengkap melengkapi bukannya hubungan yang berlawanan. Kita adalah umat islam ,umat yang satu,mempunyai Tuhan yang satu,Nabi yang satu,qiblat yang satu, Quran yang satu, Sunnah yang satu. Perlu kita selesaikan perkara sesat menyesatkan ,kafir mengkafirkan, membina akidah yang berbentuk tasauf yang menggabungkan akal dan hati. Akidah yang melembutkan hati, akidah yang cantik bersandarkan Al Quran , Sunnah dan kefahaman salafuna soleh tanpa menafikan kefahaman khalaf yang banyak membantu pemikiran.
Perlu kita membina toleransi sesama kita, siapa yang minat salaf masuk lah salaf,siapa yang minat khalaf masuklah khalaf walapun pada hakikatnya pada pendapat saya kedua-dua aliran lengkap melengkapi Cuma kedua-dua aliran ini perlu ada tajdid didalam istilah dan juga konsep penyampian, ini terbukti kerana kedua-dua aliran telahpun awal membersihkan Allah daripada segala persamaan makhluk, Cuma cara pendekatan yang berlainan.
Marilah kita beramal dengan kata ulama kita di dalam jauharah tauhid
وكل نص أوهم تشبيها
أوله أو فوضه ورم تنزيها
Terjemahan: Setiap nas yang menampakkan sifat-sifat mutasyabihat(seperti tangan)
Maka takwilkanya atau tafwid(serahkan pada Tuhan dengan beriman dengan ayat tersebut) dan buangkan segala persamaa dengan makhluk.
Kita berhajat kepada wasatiyah yang mengambil faedah daripada semua kebaikan. Saya menutup tulisan dengan kata-kata Imam saya., Imam Yusuf al Qaradawi:
الانتفاع بأفضل ما في تراثنا الرحب المتنوع: من ضبط الفقهاء ، وتأصيل الأصوليين، وحفظ المحدثين،وعقلانية المتكلمين،
وروحانية المتصوفين،ورواية المؤرخين، ورق الأدباء والشعراء، وتأمل الحكماء، وتجارب العلماء مع العلم بأن هذا التراث
كله غير معصوم فهو قابل للنقد والمراجعة والمناقشة والترجيح والتضعيف، ولكن الأمة في مجموعها لا تجتمع على
الضلالة
Renungi kata-kata Imam ini sebagai pedoman.
Fauwaz Fadzil Noor
12 comments:
insyaAllah umat Islam akan bersatu..moga kita menjadi antara tangan2nya..
mudahan2 nat, insyallah
insyaAllah ustaz,
Madrasah kita kan ada ketua puteri UMNO (kak yana) dan ketua wanita PAS (kak naimah) . Ketua pemua PAS pon ada (bai cool). hahaha.
~Bersatu... kita bersatu
kah2 lawak gila hafzi betui juga,
kita tak da pkr saja,bai cool sahaja
oh, untuk kouta PKR kita bagi pada ustaz ustazah kedah la pula. hehe
wah-saya dilantik menjadi ketua puteri UMNO?
andai itu yang terbaik.
moga-moga umat Islam di muka bumi ini akan bersatu.
kahh2, liana mmg nak jadi ketua puteri umno
bagus2, buat berubahan
hahaha.. yeaaaahhh!! inilah semangat yang kita nak kan ustaz? saya pun tak mampu ustaz.
salam ustaz,nak tumpang tanya.adakah perselisihan sesama muslim zaman ni boleh dikaitkan dgn ayat 46 surat al-anfal ni?
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (46)
terima kasih ustaz
hafzi, ana pun tak mampun kak yana mampu, dia berjiwa besar he2
aa, boleh farhana, punca kelemahan kita apabila berpecah belah,
kita mesti cuba unuk merapakan jurang dengan semua pihak Islam bukan menjauhkan, bagus kamu berfikir begini,
teruskan istiqamah dengan ilmu, klu rajin pilah masjid azhar dgn kawan2
Kesimpulan daripada nasihat ustaz yang paling terkesan pada saya
"pandang orang lain sebagai ma3du, bukan musuh" huhu
"kurangkan benci,banyakkan sayang"
(ini adalah kesimpulan daripada kata-kata ustaz, bukan kata-kata ustaz secara tepat)
Pergh, klu ada Ketika Cinta Bertasbih versi Malaysia, Ustaz Fauwaz bleh jadi hero, kak aniah jadi heroin haha.
Mas Wat n Mbak An
(gurau je ustaz, jangan amek ati naa)
ana mmg nak jadi abdullah, kah2
best gila jadi pelakon macam tu he2,
tak marah apa kat anta, anta comel he2, bertuah sapa dapat anta he2
Post a Comment