Friday 29 January 2010

Golongan Minoriti Islam

Saya diminta oleh seseorang pembaca blog untuk menulis golongon minority bukan Islam di dalam negara Islam yang ditulis oleh dr Qaradawi di dalam kitabnya Addin wassiayah.
Dengan nama Allah ,saya menulis:
Dalam bab kelima, Imam membicarakan tentang syubhat syubhat yang ditimbulkan oleh golongan pembaharuan ala barat dan orientalis terhadap Islam bahawa negara menzalimi golongan minority bukan Islam khususnya kepada kristian berdasarkan kepada tabiat Islam itu sendiri. Ia berlaku kepada beberapa perkara:
1- Islam melabelkan orang –orang bukan Islam sebagai ahli zimmah dan meletakan mereka ketaraf yang rendah didalam masyarakat.
2- Mewajipkan mereka membayar jizyah(cukai)
3- Mengenakan undang undang Islam terhadap mereka di mana mereka tidak berimanpun terhadap undang undang tersebut.
4- Menghalang mereka untuk jawatan-jawatan yang penting di dalam negara.

Imam menjawab terhadap tuduhan yang pertama dengan berkata dan saya huraikan secara ringkas:
Zimmah bermaksud jaminan dan perjanjian iaitu bererti mereka golongon ahli zimmah berada di bawah jaminan Allah,Rasul dan jamaah Islam. Tidak boleh secara syarak orang Islammembatalkan perjanjian tersebut dimana perjanjian tersebut menjaga segala hak-hak golongan bukan Islam.
Sekiranya golongan ahli zimmah merasa tidak gembira dengan gelaran ahli zimmah tidak menjadi masalah dilabelkan istilah yang mereka boleh terima seperti penduduk negara ataupun dinamakan rakyat.
Jadi kesimpulannya tidak timbul masalah penghinaan terhadap istilah ahli zimmah bahkan ia lebih kepada penghormatan.
- Kemudian Imam menjawab persoalan kedua iaitu masalah jizyah atau cukaia dikenakan kepada golongan bukan Islam.

Imam menyatakan jizyah yang dikenakan kepada golong bukan Islam itu adalah bersifat pembalasan iaitu menjaga hak-hak dan dan menpertahankan mereka daripada sebarang kekacauan. Begitu juga mereka tidak diwajipkan berjihad syarie . Bebaliknya sekiranya mereka turun berjihad iaitu mereka turun berperang menjadi askar untuk membela negara maka gugur jizyah daripada mereka.
Imam berkata lagi, sekarang ini jizyah boleh digugurkan kepada minority bukan islam kerana mereka telah menyertai kursus tentera yang diwajipkan kepada mereka.( ini merujuk kepada negara-negara arab atau seumpama dengannya.
- Kemudian Imam menjawab syubhat ynag ketiga mengenai golongan minority ini diwajibkan berhukum dengan hukum-hukum agama sedangkan mereka tidak beriman pun.

Imam menjawab: Hukum-hukum agama tidak pernah sekalipun diwajipkan kepada golongan bukan Islam,mereka tidak diwajipkan solat,puasa, zakat haji dan seumpamanya, begitu juga dengan perundangan rumah tangga,mereka dbiarkan berhukum dengan undang-undang mereka.
Dan sejarah telah mencatatkan bahawa golongan kristian mempunyai mahkamah mereka sendiri dizaman pemerintahan Islam dulu.
Adapun undang-undang civil dan jenayah mereka sama sahaja disisi undang Islam di dalam pemerintahan kerana menyama ratakan kedudukan rakyat di dalam negara.
Dan undang-undang selalu bersama majority sepertimana di dalam demokrasi dengan syarat tidak ada unsur kezaliman di sana.
Sambil memperingatkan bahawa sebahagian undang jenayah seperti hukuman minum arak tidak dikenakan kepada golongan bukan Islam kerana mereka beriktikad halal.
Begitu juga disana terhadap khilaf dikalangan ualam mengenai perlaksanaan hudud terhadap golonagn bukan Islam, dan Imam cenderung kepada mengambil pendapat yang paling ringan atau lebih luas bererti tidak tidak mengenakan hudud kepada mereka dan serahkan kepada untuk mengenakan hukuman.
-kemudian Imam menjawab persoalan pengharaman golongan bukan Islam di dalam jawatan negara.
Beliau menerangkan bahawa jawatan ini mempunyai pelbagai peringkat:
- Jawatan yang bersifat agama seperti menjadi Imam solat,ini memang hanya disandang oleh orang orang Islam kerana tabiat jawatan tersebut.
- Jawatan-jawatan yang berkaitan dengan rukun-rukun Islam seperti zakat dan haji,ini dikhususkan kepada orang islam melainkan di sana terdapat pendapat ulama yang membolehkan orang bukan Islam bekerja sebagai amil zakat, ini adalah ketinggian toleransi Islam.
-untuk ringkasan, Imam qaradawi tidak menghalang golongan bukan Islam memegang jawatan yang sesuai dengan keadaannya dan berkelayakan seperti menjadi salah seorang pembantu presiden sekiranya penduduk bukan islam ramai seperti yang berlaku di Sudan.
Selain daripada jawatan ketua atau jawatan yang melibatkan agama tidak menjadi masalah untuk golongan Islam memegang jawatan seperti menteri.
Imam menyebutkan terdapat orang Islam di Syiria menteri di sana dan ramai lagi.

Kesimpulannya, Islam adalah agama yang bertoleransi dan reality memberi hak kepada semua manusia. Kepada saudara atau saudari yang meminta tulisan mendapat menfaat daripada terjemahan ini. Untuk mendalami permalahan ini boleh rujuk buku Imam Qaradawi mengenai hak-hak bukan Islam , boleh rujuk buku beliau yang lain iaitu Aqalliyat muslimah yang menghuraikan perkara lebih lanjut.

4 comments:

dabei said...

makin bertambah pengetahuan,makin bertambah keyakinan banyak lagi yang kita tidak tahu.

Ustaz,doakan perjalanan kami dipermudahkan untuk memahami dan beramal dengan agamaNya...serta istiqamah yg paling penting

Fauwaz Fadzil said...

insyallah, saya doakan kamu akan menjadi orang faham agana dan pendakwah yang cemerlang .

Hafzi said...

tambah untuk kami gak ustaz doa tu hehe

Fauwaz Fadzil said...

ana doakansemua hafzi, anta khususnya he2