Friday 29 January 2010

Kepulangan Yang Hampir(7)

Akhirnya terbungkus juga kitab-kitabku yang tiap-tiap hari aku menatapi dengan seronok,tetapi pada hari jumaat tadi, aku ,isteri dan adik-adik yang disayanyangi telah pun ,mengosongkan hamper seluruh kitab yang ada di atas rak-rak sedih dan pilu.
Sunyi rasanya tak nampak warna kitab-kitab yang cantik, yang lebih terharunya, aku melihat adik-adikku daripada lelaki dan perempuan bertungkus lumus membantu aku membungkus kitab-kitab yang aku simpan selama 9 tahun di sini. Tidak ada bahasa yang dapat aku ungkapkan melainkan dengan mengharapkan Allah membalas kepada mereka segala pahala.
Mereka ikhlas dalam memberi pertolongan, tak ada rungutan dan aku merasakn mereka enjoy ketika bersama aku dan Aniah. Seperti sebuah keluarga yang bersiap untuk berpindah. Sambil tengok cerita-cerita P.ramlee tetapi kerja tetap berjalan. Aku merasa sayu melihat adik-adik begitu sungguh untuk menolong, aku malu untuk meminta pertolongan kepada mereka terutama adik-adik perempuan, tetapi mereka bersungguh-sungguh ingin menolong kami maka kami pun menadah tapak tangan.
Tapi inilah aku rasakan, kalau tak ada orang tolong aku sakit lagilah pinggang aku ni, tadi pun dah rasa pinggang dah tak sedap sebab angkat kitab berat berat.
Aku bersama hafzi,damak dan capok mulakan kerja dari pukul 3 ,akhawatpula farhana dan balqis datang tolong Aniah pada pukul tiga juga, gerakan kerja perlahan dulu sebab ada 7 orang sahaja sebab nak bungkus kitab, kemudian lepas asar datang adik-adik aku yang setia dan ringan tulang, rahman, bai,ramisah,liana,natrah dan madihah maka gerak kerja bertambah lancar.
Bayangkanlah dikalangan mereka ini adalah pimpinan besar persatuan perubatan di mesir sudi nak bertungkus lumus rumah hamba yang lemah ini. Ada timbalan presiden,ada bendahari, dan exco-exco.
Kira mereka ni tawaduk lah sudi tolong aku ni .maka gerak kerja ini berlanjutan sampailah pukul 12.30 malam diselangi dengan makan ,solat dan sembang-sembang. Aku ingat ka 3 jam ja buat kerja ni he2, tapi dekat 7jam.
Maka di sini, aku nak ucapkan terima kasih banyak kepada adik-adik aku yang bertungkus lumus menjayakan projek ini, sungguh indah malam ini sebab suasana mahabbah menjelma ketika bekerja bersama. Aku mendoakan mereka diberkati oleh Allah Taala dan mendapat segala rahmat dan kasih sayang Allah Taala. Mudahan nanti di Malaysia mereka sudi pula datang untuk membuka buku-buku yang ada dalam kotak itu pula he2( melawak ja).
Al Faqir Ila Allah
Fauwaz Fadzil Noor

16 comments:

Unknown said...

mafish mushkilah ustaz...tapi memang rasa seronok sangat sepanjang hari tu.dapat tolong ustaz dan kak aniah kemas.bila lagi dapat duduk2 reramai macam tu ~

dabei said...

salam..

haha..kelakar2.hmpir 3 cd lengkap kt habiskan.

time kasih utk post kepulangan yg ke 7 ni.rs cam special utk kitorang :)

mg Allah permudahkan jalan ustaz n k aniah di tnh air nnti.

nnti mai la umah kat seksyen 19 ye~insyaAllah sy blh buatkan nescafe susu lebih punye

Fauwaz Fadzil said...

ya ka farhana, ,sebb tgk semua letih, tak sangka seronok pula. seronok duk ramai macm ni, macm family

nat,aa tgk cd p ramlee, post ni tanda terharu, tak sangkalah adik2 saya syg juga kat saya n kak niah,snggup tolong sampai koyok mata,ingat ak da sapa nk sayang he2

nescfe susu lebih best juga tu, tak pa nnti kami pi, tapi takkan air sahaja? hat lain tak da ka

Hafzi said...

klu seksyen 19 dapat nescafe susu, jom datang kuantan ustaz, kita makan ikan baka3 kuantan mali hehehe..

sori la ustaz tak dtg klas malam ni, lenguh2 la ustaz, rase nk demam balik. Malam esok nk mintak doa penawar ustaz lagi hehe

Fauwaz Fadzil said...

tu lah hafzi, ana tak jadilah pi shah alam, nak pikuantan blh pi makan ikan bakar, ada kah nak jamu nescafe saha he2(melawak je nat)

tak pa, ana pi makan kat kuatn, lps tu pi minum nescafe kat shah alam, akhun rahim lah kata kan kah2

Eng Einy said...

Tak bole la baca belog ustaz..saya ni jenis mudah tersentuh cket..terharu2 ~



Apalah sangat pertolongan yg kami dapat buat ..kalau nak dibandingkan dengan ilmu yg ustaz bg kat kami memang sampai kiamat tak terbalas..ustaz x pernah berkira mengorbnkn masa dan tenaga demi anak2 muridnya..anta murabbi :p



Tak penat pon bungkuih2 rumah tu.. rasa macam famili



-rem

Muna 'Izzah Fadzil said...

wat, kak na pulak yang sayu bca. Hmm tgh syok2 baca, sekali bab sakit pinggang daa.. Hahaha nak tergelak betoi. Nnti adik2 tu balik, ajak mai rumah kak na. Kak na masak jamu depa, tnda terima kasih tlg wat n niah. nescaffee ada, ikan bakaq ada , haa tambah karipap, makarona bakaq,,sebut maii.kami mnunggu di sini. Utk adik2 ust Fauwaz n Dr Aniah,sambunglah perjuangan di sana.

Dr Ahmad Baihaqi Bin Hassan said...

haa.. elok la tu, kalau kak muna dah ajak datang rumah..

saya boleh tolong buat keropok lekor..

kalau malam tu, kita gotong royong bungkus kitab, nanti kita gotong royong buat keropok lekor pulak.. jangan risau, keropok lekor ganu kan best2! Kombinasi semua negeri, mesti lagi best! :)

kita buat air buah sekali..

masa tu, semua orang amik cuti
la.. pakat-pakat buat keropok.

huhu..
hehe..

Fauwaz Fadzil said...

rem,saya pun juga tersenyuh apa yg saya tulis he2
sebenarnya saya pun tak tau jasa apa yg byk sgt kepada kamu semua,saya hnya menjalan tugas n minat saya dalam mengjar dan tajdid,sebenarnya wasatiyah medic n kedah adalah sumber kekuatan saya disini, saya amat bergembita bertemu kamu semua.


kak na,hang pun sayu kak na,aku la ni, tak tau nak gambar perasaan aku kat mesir, sayang sgt kt mesir,

bab pinggang tu biasalh raih simpati kah2, betulka kak na , hang nak ajak adik2 aku pi rumah hang, sungguh hati mulia hang, tak pa2 kita atur program kat rumh hang masak macam2, aku masak air jadilah

bai, wah anta pun nak masak keropok lekor, bagus, buat air buah, wah hebat gila, ana tunggu kata2 anta bai,ana tak lupa, klu tak buat ana sembelih anta baihe2, ahibbuka fillah

Hafzi said...

hahaha
sembelih je ustaz si bai tu.

Kalau dia buat air buah biasa saya minum la ustaz. tapi, kalau resepi baru ciptaan bai saya pikir dlu. takut mabuk hehehe

hoho kak muna n ustaz fauwaz ade persamaan la. terer bab2 makanan n makan hehehe

saya ni pantang bab makan ni, dari pahang saya sanggup datang hehe

lyannayahya said...

waa.terharunya ngan kak muna.ajak kami datang..makan2 pun kena ada baca kitab kan ustaz.walaupun sikit.=)

campur semua jenis makanan memang harmoni.

kalau nak ikutkan apa kami buat tu kecik sangat,ustaz.penat pun tak rasa penat.seronok tengok smua.

seronok mendengar bunyi2 selotape di samping suara p.ramlee dan ada ustaz duk bagi tazkirah pada masa yang sama.

p/s:ustaz minta maaf malam td x dengar kelas sampai abis.termengantuk lak.

Eng Einy said...

kantoi kak yana tido dalam bilik..gagagaga~~


tapi kak muna, kami ade yg x balik , cemana ? T_T

Fauwaz Fadzil said...

lawak gila hafzi, kita sembelih bai berdua klu dia tak buat, aku ptg kepala anta lapah kah2, ana pun klu bab makan mmg suka sebb tu ana kurus,

bagus sungguh liana time makan pun nak baca kitab, inilah contoh terbaik ketua puteri umno alaf baru,
ohh kamu tidor rupanya ish2,
rem, kenapa kamu tak report liana tidor, ingt depa duk masak nasi;

klu yang tak balik, tak pa,kami makan dulu, kita buat tiap2 thn, insyallah kita jemput pakai kad

Hafzi said...

bahagian lapah2 ni bagi kat saya ustaz hehehe..

astaghfirullah.. kak yana tido time klas!? ish3.. alhamdulillah guru kita seorang yang penyayang hehehe

Dr Kadir said...

Kak Muna, yang tak tolong bungkus kitab boleh tak datang sekali makan2. Bukan taknak tolong, tapi tak dapat tolong sebab tak ada kat Mesir. :)

Hinggga jumpa lagi Ustaz Wat. Terlalu banyak kenangan indah kita bersama (cewah)Jumpa kat Malaysia nanti insyaAllah. Maaf silap dan salah. Enjoy hari-hari terakhir di Mesir tu.

Fauwaz Fadzil said...

kader, anta anytime blh mai makn,

ya lah byk sgt kenangan kit BERDUA N KAWAN2, TAPI ANTA LPS KAWIN DAH LUPA ANA HE2,MELAWAK JA
SEDIH TAK DPT ANTA HE2, DOA KT ANA, KT MALYSIA MAI KL ,KITA PI MAKAN NA,HE2