Saturday, 16 January 2010

Kepulangan Yang Hampir(Part 6)

Di antara nikmat Allah yang terbesar yang dikurniakan kepada ku di mesir ialah aku dapat berlajar dan mendekati seorang faqih yang besar, seorang ulama yang berakal tinggi, ilmunya selautan, cara berfikir begitu tinggi, semangat dengan ilmu cukup mengkagumkan, mempunyai karangan buku fikh yang sangat berkualiti, mampu mengeluarkan ijtihad di dalam masalah-masalah semasa.
Beliaulah guruku yang amat aku sanjungi dan sayangi ,beliaulah adalah allamah al-faqih walusuli dr Saadudin Musaad Hilali. Aku mengenali beliau pada tahun penghujung 2005 ketika aku mula masuk darul ifta. Aku kagum cara beliau mendekati pelajar dengan bertanya kepada para pelajarnya, apakah yang patut beliau ajarkan kepada dan bagaimana cara mengajar yang patut sampaikan setelah beliau memberi contoh2 teknik untuk mengajar.
Beliau terlalu istimewa bagiku, beliau mengajak anak2 muridnya membuang taasub kepada mazhab dan mengunakan akal dan untuk memilih pendapat sehinggakan kepada pendapat beliau sendiri. Beliau mengajar kami agar menerima pendapat dengan berdasarkan dalil bukan taqlid.
Beliau terlalu pakar di dalam fikh muqaran dan fikh semasa. Begitu hebat di dalam penyampian. Beliau telah menerima anugerah ilmu daripada negara Kuwait sebanyak lima kali. Jarang ada yang dapat dua kali anugerah tersebut.
Aku mula rapat dengan beliau pada tahun awal 2007 . ini kerana persatuan perubatan nak mengadakan seminar, jadi aku menjadi perantaran di beliau dan persatuan perubatan. Beliau bersetuju untuk menjadi penceramah ketika itu,terima kasih persatuan perubatan yang menjadi sebab aku rapat lagi dengan dr Saad.
Aku merasakan aku dan guruku menjadi rapat sebab aku suka kepada alirannya, mentarjih, tidak taasub, suka kepada taisir(mudah) dalam memberi fatwa. Aku masih ingat bila aku menceritakan kepada beliau tentang kertas kerjaku mengenai talfiq di mana mimilih pendapat yang membolehkan, beliau bersetuju dengan pendapat aku dan gembira. Beliau bertanya kepadaku, berapa banyak orang seperti kamu,( suka kepada tarjih dan tidak taasub) aku pun tak tahu nak jawab macam mana. tapi aku yakin disana ramai di sana suka aliran ini dan pelajar2 malaysia yang hebat2.
Ketika seminar, beliau menyediakan kertas, lalu aku meminta izin kepada beliau untuk terjemahkan. Maka disebabkan masa yang singkat, aku bersama sahabat baik dan macam adik aku, hanipah memulakan kerja menterjemah, aku terjemah dia taip samapi dekat 2 pagi. maka pada hari tu banyak yang siap. Terima kasih hanipah kerna menjadi pembantu penulisan dan penterjemhan aku sepanjang di mesir, dia adalah adik aku yang begitu tekun membantu aku di dalam kerjaya aku ,hamper 5 tahun dia tolong aku.
Maka selepas seminar itu, hubungan aku makin rapat dengan dr Saad,banyak buku beliau aku beli dan banyak jga buku yang beliau hadiahkan kepadaku, di antaranya fikh wanita,Alhamdulillah buku itu aku berjaya terjemahkan. Terima kasih guruku kerana memberi izin terjemah kepadaku.
Aku menghadiri kelas beliau di asyirah Muhammadiyah kira2 dekat dua tahun, dia ajar ihya, mahalli dan bidayatulmujtahid. Dan di darul ifta, sampai sekarang ni aku pergi menghadiri kelasnya walaupun dah pengajian di sana. Tetapi setiap kali aku pergi ke kelasnya, terdapat maklumat baru yang dapat aku kutip daripadanya.
Satu peristiwa yang tak dapat aku lupa,ialah satu ketika sahabat kami di darul ifta meninggal dunia sebab kebocoran gas dirumah, aku bagi tau kat dr Saad tentang kematian sahabat aku, beliau sedih. Seminggu selepas itu,aku lambat ke kelas beliau di Asyirah sebab mengambil akak aku di airport datang dari Malaysia. Maka tiba2 beliau call aku, takut2 apa jadi kat aku sebab aku datang lewat,selalu aku datang awal, Cuma hari tu kena ambil kakakku di airport terlewat sikit. Amat terharu beliau bimbangkan keselamatan ku kerna baru sahaja beliau kehilangan anak muridnya. Bertambah sayanglah aku kepada guruku ini. Begitu juga beliau menziarahi aku ketika aku baru selesai menjalani pembedahan belakang aku, beliau menziarahi dengan turut memberi aku wang dengan berkata kepada aku "ambil wang ini, saya seperti ayah kamu". Perasaan aku begitu terharu dan merasakan beliau amat sayang padaku apatah lagi aku lagilah menyayangi dia. Aku sangat ingin menjadi seperti dia, ikhlas, berilmu tinggi dan berdisplin.
Aku melihat beliau begitu menjaga masa dan berdisplin. Bayangkanlah buku setebal 900 muka surat beliau siapkan sebulan lebih beliau menulis kira-kira sehari 20 jam. Buku fikh wanita yang aku terjemah beliau siapkan dalam empoh seminggu, aku buat dua tahun, punyalah malas.
Banyak sangat yang aku pelajari daripada beliau,beliau sangat penyanyang,klu aku pergi ziarah beliau mula-mula sekali beliau akn buatkan aku air. Lepas sembang2 aku pun pulang. Selalunya beliau menulis buku dari malam sampai kesubuh. Beliau sangat tekut dan khusuk ketika menulis. Aku bersyukur dapat keadaan ulama dengan lebih dekat bagaimana dikalangan mereka boleh menulis buku yang besar dalam masa yang singkat. Inilah yang aku dapat pada diri dr Saad.
Kita amat berhajat kepada ulama yang sebegini, ikhlas dalam ilmu dan penyampian ilmu,bertaqwa kepada Allah. Beliau amat dihormati oleh ulama2 Azhar, seperti mufti mesir, pensyarah2 didarul ifta dengan keilmuannya yang begitu tinggi.
Pengajian dengan beliau dalam tempoh 4 tahun lebih ini, amat member kesan yang mendalam kepada diriku, aku tidak mahu taasub mazhab, tidak mahu taqlid, mahu mencapai tahap ijtihad dan tarjuh, di antara pesanan dr Saad kepada ku ketika aku pulang bersama beliau menaiki keretanya, hendak kamu bersama fikh muqaran. Bererti aku mesti berlajar sampai mentarjih,tidak terikat dengan satu mazhab. Insyallah aku akan berusaha sehingga aku mampu mentarjih.
Ya Allah, Kau berikanlah pahala yang berlipat ganda kepada guruku,panjangkanlah umurnya,berilah masa kepada untuk belajar dengan beliau. Terima kasih wahai Imamku,terima kasih tidak terhingga.
Daripada anakmu.
Fauwaz Fadzil Noor.

11 comments:

dabei said...

salam.

seronok dengar cerita kehebatan ulama' di sekeliling kita.Sayangnya kalau kita xberjaya manfaatkan mereka.

insyaAllah,ust pun akn hebat seperti ulama2',x pun lebih lagi...ameen

Ya Allah permudahkan jalan guruku menujuMu~

Fauwaz Fadzil said...

terima ksih nat, kerana kamu sentiasa berdoa kepada saya,

selalulah berdoa kepada agar dipermudahkan jalan.

ulama2 di sini mmg tiada tolok bandinganya

lyannayahya said...

salam.

hebat ulama'2 kat sini.Rasa rugi telah mensia-siakan masa di Mesir sebelum ni.

saya doakan ustaz jadi ulama' yang hebat-yang mampu mengubah Malaysia serta pemikiran rakyat Malaysia sendiri.

saya juga berharap nak baca berita dengar seorang ulama' tegur Yang diPertuan Agong ke,PM ke.[dan orang tu adalah ustaz]-ameen.

Fauwaz Fadzil said...

mmg hebat ulama di sini liana, kamu ada masa lagi utk kejar insyallah.
terima kasih lah selalu doa kat saya sebb kamu org baik, insyallah mustajab doa.

terharulah kamu doa kat saya, cuma hat yang satu nampak gaya susahlah he2, berat sgt,tapi kamu ada saja benda yang buat saya nk tergelak,
tu org panggil semngat kelantan terlebih he2(melwak)
saya pun doa kamu mampu menegur pemerintah, sebb org pempuan tegur selalu org terima he2, tak payah tunggu saya, kamu mula dulu ja

PEMENANG said...

teruskan tulis ustaz...muke2 yg malas sket gi kelas ustaz cam sy boleh baca blog nih ambil mende2 yg baik

Fauwaz Fadzil said...

insyallah, doakan ana, ana sihat?

PEMENANG said...

alhamdulillah....masih rindu msia..hehe

Hafzi said...

Menitis air mata,
tika mata menatap,
satu persatu,
kalimah yag dicoret,


hehehe. Sayang nak tinggalkan mesir kan ustaz? Kadang-kadang bila balik Malaysia rasa rindu pulak pada Mesir.Tapi bila ada kat mesir jarang pulak nak manfaatkan huhuhu. Alhamdulillah la ustaz duk dekat dengan komuniti pelajar medic kat sini. Ada jugak la 'tali penghubung' antara kami dengan ulama-ulama mesir huhu

Semoga ustaz menjadi ulama yang mempertahankan agama dan mengembalikan masyarakat ke jalan kebenaran. amin.

~Janganlah kau kesedihan,
Ukirlah bibirmu dengan senyuman,
Usah basahi pipimu dengan tangisan,
Kerna ini bukan perpisahan,
cuma ibarat senggang masa,
antara tidur dan jaga,
kita akan kembali bersua,
tika sedar dari lena.

huhu.. maaf ustaz,
TERberpuisi la pulak huhu

Fauwaz Fadzil said...

oi2 duk bermadah kat sini he2,
ana suka anta bersyair, nnti penutup anta sampaikan sajak na, nak dnegar,

ana suka madah anta

Hafzi said...

kat blog n kat sini je la yg bleh saya luahkan kesedihan hahaha

Harap-harap kita tak terputus hubungan kat mesia nnti ye ustaz . amin

Fauwaz Fadzil said...

insyallah, hubungan kita takkan terputus seprti air yang dicincang, ok tak ayat he2,

mudahan hubungan kita semua nya mencari redha allah,

luahkan lagi perasaan anta kat sini he2