Monday, 4 January 2010

Kepulangan Yang Hampir(5)

Nampak gayanya lagi sebulan lebih saja nak tinggal kat mesir, masa berjalan begitu cepat,persediaan nak balik tak banyak sangat. Cuma balut kitab-kitab. Hari ini masa jalan kat Husain sedih juga mengenangkan tempat ku aku selalu berjalan kat situ. Tapi begitulah, bila kita merasakan sesuatu tempat itu member jasa kepada kita merasa sedih unuk meninggalkannya. Kalau tempat itu tidak member apa2 faedah kita cepat2 nak balik.
Di antara benda2 yang merindukan aku ketika di mesir ialah membaca kitab bersama adik2 aku sama pelajar azhar atau medic. Aku merasakan keseronokan apabila membaca kita bersama adik2, dulu masa firdaus dan kawan2 dia datang berlajar daripada pagi sampai malam. Mereka rajin datang jauh daripada hampor 2 kali seminggu dengan penuh bersemangat. Sekarang ni jenerasi tu dah banyak dah balik.
Dulu masa kawan aku bernama pak arab(nama timbangan) bersama kawan2 rajin datang kerumah aku pun rajin pergi ke arma kami membaca kita, sangat seronok ketika itu, sekarang mereka dah balik.
Sekarang yang tinggal membaca kitab dengan, ialah pelajar perubatan, masa cuti musim panas hamper 4 kali seminggu kami membaca kitab, yang wasatiyah 2 kali seminggu, adik2 aku seperti rahman, capok,damak,hazuan kita banayk duduk bersama ku membaca kitab, jadi mereka makin rapat dengan, banyak perkongsian manis bersama mereka,
Akahwat pula yang rajin belajar masa cuti natrah yang memberi rumah dia sepanjang cuti untuk kelas lepas tu azfa n lain2. Ada yang balik Malaysia. Jadi jumlah sedikit blh baca kitab dengan laju.
Sekarang ni, kelas wasatiyah masih berjalan bersama dengan budak2 medic yang tak da exam, mereka rajin dalam belajar bersama diriku yang lemah ni, aku amat seronok ketika mengajar mereka, tetapi kadang2 sedih juga nak tinggalkan mereka. Tadi ada dengar Liana kata kawan2 sedih aku nak balik,tapi tak taulah sejauh mana kebenaranya,kadang2 ni liana pandai ambil hati, tetapi sebenarnya aku lagi sedih, sedih sebb dah tak dapat berkhidmat kepada mereka,teringat suasana kelas yang sentaisa bersemnagt dan meriah.
Aku lihat pelajar2 medic yang ada disisiku tekun untk mendalami buku2 dr qaradawi, aku rasa terharu melihat baihaqi, rahman,capok , hafzi, natrah,madihah, liana ,ramisah, afifah dan lain2 begitu berminat dengan manhaj dr qaradawi, aku amat cintakan dr qaradawi, aku saying kepada mereka yang cintakan dr qaradawi.
Aku rasa sukar untuk mewujudkan kumpulan sebegini di Malaysia berdasarkan tabiat di Malaysia berlainan di sini, aku mengharapkan nanti di Malaysia, aku nak buat perjumpaan dengan geng wasatiyah kat hotel ka dekat restoran ka, lepas tu baca kitab sikit sebelum makan, kalau dah yang kawin bawa isteri dan suami mereka, ( siapa sokong,kalau tak sokong tak payah, ana pi makan dgn rahman n capoklah,sebab mereka rajin makan dengan aku, aku rasa serokok bila ada capok n rahman duk melawak dgn diaorang, tapi aku tak tau lah diaorang seonok tak dengan aku, harap2 seronok lah he2).
Dengan kemudahan kitab2 yang murah dan suasan ilmu yang ada dimesir mudah untuk menggerakan budaya ilmu, aku nak daripada adik wasatiyah medic mendalami bahasa arab dengan baik, dan cuba membina peribadi yang mulia,seperti tawaduk, suka tolong orang dan penyanyang.
Aku mengharapkan daripada adik2 medic(wasatiyahaa), kalaulah mereka ada sedikit kasih kepadaku kalau tak da kasih pun, sentiasa mendoakan kebaikan dan istiqamah kepada ku, aku mengharapkan aku istiqamah dalam menuntut ilmu untuk mencapai yang tinggi dalam bidang ilmu(aku amat miskin dalam ilmu).
Tapi satu perkara yang mengharukan aku, aku dapati adik2 yang membaca kitab dengan aku mereka ini lebih bijak dan kuat ingatan serta cemerlang daripada aku, itu mengaharukan aku, kerana Allah memberi satu nikmat thiqah mereka terhadap aku.
Aku mendoakan mereka agar sentiasa berjaya dalam bidang mereka dan menjadi insane yang berguna kepada masyarakat. Janganlah berhenti daripada belajar, kutiplah mutiara daripada mana2 pihak yang memberiAC ilmu dengan amanah. Berjalan dengan penuh keberkatan.

15 comments:

Hafzi said...

uish. hiba pulak bace post ustaz ni..
huhuhu

Ada rezeki kitaorang sambung blaja ngn ustaz kat Malaysia plak..

tp waktu tu da kena charged 100USD sorang la hehehe

Fauwaz Fadzil said...

kah2, bagus juga cadanagn anta, blh buat bisness

PEMENANG said...

bagus ustaz wujudkan suasana beragama dan berilmu kat msia
lawan arus hedonism

hehe

-saje nyibuk,safwan kawan bai

Fauwaz Fadzil said...

terima kasih aafwan atas cadangan, anta tak sibuk apa, anta nak dtg sini bila

Muhammad Warouq bin Qamar said...

takpa..kat msia kang kite jumpa lagi..bukan jauh sgt kajang ngan gombak tu. kita pi makan2 nanti na. satay ka,nasi bukhari ka,kandaq kayu ka,briyani gam ka..haha

ni bila nak ajak ana mai umah kemas2 ni? lama dah tggu ni

Dr Kadir said...

Baguih la Warouq ni. Ringan tulang orang kata. :)

dabei said...

salam...wawa...nama sy disebut jgk..huhu~cam xpernah sangka utk jadik antara anak murid spesel ust..(kalo xpun sy prasan sndiri)

yup,ust antara insan yang menyumbang pada turning point diri saya sendiri di Mesir nih

Moga Allah golongkan kita antara mereka yang cinta akan ilmu.dan diberi kefahaman dalam beragama.

Fauwaz Fadzil said...

oh2 waruk, kau begitu mulia waruk, suka tolong orang, tu la tak tau nak panggil anta bila, he2,
nntilah mai makan rumah ana, oh kader anta dah pergi, kita jumpa malysia,

nat, kamu mmg budak yg baik dekat dgn saya ,insyallah kamu akan jadi org yg hebat suatu hari nnti

lyannayahya said...

bukan ambil hati la ustaz.
memang kenyataan.duk sembang2 ngan kawan2-[ayat sebenar-bkn amik ati]-derang duk cakap yang gaya pemikiran banyak berubah slpas join wasatiyah.kelas ni merupakan turning poit bak kate natrah untuk seme orang-esp dak medik akhawat.
banyak yang kami belajar selain dari manhaj dr yusuf qaradawi.
belajar mengenal ulama'2 yg hebat-belajar menerima pendapat org lain[walaupun xsetuju],dan ustaz membuka mata kami-akhwat medik-ke masjid azhar.

mintak maaf byk2 ustaz kalau ada salah silap.

[hiba rasenye-kitrng dah plan nak g airport anta ustaz n kk niah]

-lyanna-

Fauwaz Fadzil said...

terima kasih di atas penghargaan kamu liana, kamu student dan adik saya yangbaik,

saya bersyukur pada Allah kelas ini dapat juga memberi menfaat kepada kamu n kawan2. rasa sedih nk tinggal kamu semua

terima kasih sudi nak hantar kami kat airport,tapi klu kamu ada kerja takpa, jgn susahkan kamu n kawan2, cukuplah doa kamu kalian kepda saya n kak niah. syukran

dabei said...

mao kutip ilmu sebanyak2nya dr ust!!!

Dr Ahmad Baihaqi Bin Hassan said...

sedih gak baca post terbaru ni... teringat kenangan lama2.. us bukan sahaja ubah pemikiran, bahkan sikap dan cara hubungangan sesama manusia...

klu post dulu2, us lebih banyak ceritakan ttg manhaj, dalam penulisan blog pun begitu.. tapi sekarang, ustaz dah pandai bercerita pengalaman sendiri kat blog, ye? (org kata, perubahan baru...hu3) janggal gak sebenarnya, bila terbaca ustaz gunakan kata nama 'aku'..selama ni kan, selalu guna 'ana' wa 'anta' je, kan?hehe..

ustaz, kalau nak buat reunion tu, kita buat kat ganu ye? kt blh makan kerpok lekor..kat ganu la best..hehe..kita minum air buah gelas besar ramai2... huhu...

haa..
kawan2 wasatiah,
jom kita sama2 buat HOSPITAL WASATIAH.. kita lantik us fawaz jadi penasihat agama..
amacam, best tak?

Fauwaz Fadzil said...

bai, alah terharu kata2 anta, ana saja guna aku sebb tulis ebnda2 biasa he2,

blh je kita buat kat terangganu makan lekor he2,

klu ana jadi penasihat anta nak bayar berpa bai? he2

Anonymous said...

hahaha ostat tak abes2 nk mintak caj...[gurau naa~]


trima kasih ostat atas segala ilmu yg diajar...kalau nak balas dengan keropok ikan tu memang takkan cukup la;p



sebenarnya saya selalu sampaikan ilmu yg ostat ajar pada kawan2 cuma bila dalam kelas saya ni jenis lambat pick up


sy baca je post ostat sebelum2 ni tp x berani nak komen, seriously saya rasa amat terharu kerana berpeluang berkenalan n menuntut ilmu dengan ostat..bila tgk ostat sy teringt Allahyarham U.Fadzil Nor


sy doakn ostat brjaya di Mesia nnt..nnt bila nmpk muka ostat kuar TV sy nak promote la dekat orang kampung ngeh2 ^_^

Fauwaz Fadzil said...

ramisah,kat kamu lagi saya dgn caj lagi tinggi he2
melawak je, insyallah dkt kamu n kawan2 wasatiyah sampai mati tak saya takkan ambil,free ja, kamu semua rapat dgn saya.

ye ke kamu selalu sampai pada kawan2,bagus kamu ni,sebenarnya kalau ayah saya ada mesti bangga melihat kamu semua,

terharu kamu tgk saya teringat ayah saya, siapalah saya dgn dia.

bagi saya,kamu adalah pelajar n adik saya yg sgt baik pada saya,taat n rajin, n jgn duk takut nk komen,tapi jgn komen mnghetam saya saya sudahlah he2 terima kasih selalu bagi tumpang rumah n doa utk saya

saya doakan kamu kan menjadi wanita solehah n dpt sumbg utk islam, klu saya masuk tv, promote2 he2