Wednesday 11 June 2008

Kefahaman sebaik-sebaik nikmat Allah.


Nikmat-nikmat Allah yang kurniakan kepada hamba-hambanya terlalu banyak. Ada yang dikalangan hambanya dikurniakan nikmat harta,nikmat sihat ,nikmat ilmu dan sebagainya.

Di sini saya ingin menyebutkan satu nikmat Allah yang paling besar iaitu nikmat faham. Barang siapa yang dikurniakan nikmat ini maka dia telah mendapat sebaik-baik kurniaan Allah.

Kefahaman yang dimaksudkan di sini meliputi banyak perkara, seperti ilmu,kehidupan dan sebagainya. Dan sebesar-besar kefahaman ialah kefahaman terhadap Allah dan RasulNya.

Ramai dikalangan kita membaca, belajar tetapi tidak dikurniakan kefahaman di dalam ilmu yang dia pelajari. Lalu terdapat kesilapan apabila menerangkan kepada orang ramai atau tersilap apabila dipraktikan.Yang amat malang sekali apabila sesorang itu tidak faham mengenai Islam dan Syariatnya lalu dia berprasangka buruk terhadap Islam. Inilah yang dialami oleh aliran sekular dan penganut-penganutnya.

Saya terbaca buku Imam Qaradawi yang bertajuk(syumululIslam) yang menghuraikan usul isyrin oleh Imam Albana. Ketika Imam membahaskan usul kefahaman, Imam ada menyebutkan bahawa kefahaman yang tepat adalah sebaik-sebaik nikmat. Kefahaman ini yang kita panggil fikh yang kita memahami sesuatu perkara berdasarkan realiti. Kita dapat memahami dan menterjemahkan di dalam kehidupan kita.

Sebab itulah kita perlu memohon kepada Allah agar Dia mengurniakan kefahaman kepada kita dalam bidang apa yang kita ceburi agar kita dapat berjalan di atas landasan yang betul sama kefahaman yang berkaitan dengan dunia atau akhirat.

Di dalam kata-kata syair,

‘ Aku mengetahui kejahatan bukan untuk melakukan kejahatan.’.

‘ Barangsiapa yang tidak mengetahui kejahatan dia akan terjebak kepadanya’.

Berkata golongan salaf,

‘ Barangsiapa yang mengetahui zamanya,makan luruslah jalannya.




Daripada apa yang kita sebutkan tadi, menunjukan betapa pentingnya kefahaman dalam hidupkita. Kita melihat remaja-remaja yang terjebak ke dalam gejala sosial mereka tidak faham hakikat hidup mereka yang mempunyai risalah untuk ditunaikan. Begitu juga pemimpin-pemimpin kita yang menipu rakyat mereka,mereka tidak faham tentang hakikat jawatan mereka, dan banyak lagi lah golongan yang amat perlu kepada kefahaman. Bagi,saya golongan yang amat perlu kepaa kefahaman ialah ulamak dan pendakwah yang ditangan mereka arus perubahan umat.

Marilah kita berdoa kepada Allah agar dikurniakan kefahaman terhadapNya,RasulNya dan terhapa kehidupan ini.Amin

1 comment:

Dr Ahmad Baihaqi Bin Hassan said...

salam ustaz, doakan saya agar jadi seorang yang faham dalam bidang saya..

kefahaman sahih sorang ustaz, hindari fahaman sesat masyarakat.

kefahaman benar seorang doktor, hindari kematian pesakit yang tak patut.

kefahaman betui seorang engineer, hindari runtuhnya sebuah bangunan.

kefahaman tepat seorang pendakwah, hindari debat dan salah-menyalahkan yang sia2.