Thursday 5 June 2008

Bicara ISA

Ketika membaca harakahdaily,terdapat tajuk yang memceritakan tentang seksaan tahanan ISA. Ini merupakan perkara yang amat membimbangkan kepada umat pencinta keadilan. Kita merasa hairan kenapa orang yang belum diyakinni kesalahanya dipenjara sekian lama bahkan terdapat penyeksaan di mana ia dianggap sebagai satu langkah keselamatan bagi negara.

Apakah dengan memenjarakan orang yang belum lagi pasti kesalahannya dapat menyelamatkan negara. Bagi saya ,saya tidak kisah sekiranya seseorang yang pernah melakukan kesalahan di tahan di dalam lokap untuk mendapat kepastian terhadap kesalahan atau seseorang dipenjara di dalam lokap buat sementara sekiranya benar-benar terancam keselatam negara dengan syarat dia dilayan dengan baik,makan minumnya dijaga,dia boleh di ziarahi oleh keluarganya dengan mudah. Satu lagi perkara yang penting bagi orang berkahwin,mereka perlu disediakan tempat hubungan kelamin untuk menunaikan hajat mereka.

Sudahlah mereka dipenjara,kemudian dipenjarakan pula keperluan asasi mereka, di manakah keadilan. Saya katakan ini bukan di atas dasar melawak atau merapu,tetapi ini satu perkara yang perlu diketengahkan kepada pihak undang-undang untuk memperuntukkan perkara ini kepada mereka yang dipenjara. Dalam sudut yang lain,apakah salah isteri-isteri mereka daripada menjalan tugas kepada suami-suami mereka.

Terkeluar tajuk pula,tetapi inilah perkara yang perlu diketengahkan kepada masyarakat tentang kezaliman-kezaliman yang di lakukan oleh kerajaan. ISA ditubuhkan untuk menangkan puak komunis tetapi apa yang berlaku sebaliknya,pejuang-pejuang Islam dan keadilan pula yang ditangkap.

Teknik begini memang digunakan oleh pemerintah zalim untuk mengekalkan kuasa mereka,mereka tidak mampu berhujah lalu mereka menggunakan kuasa untuk menangkap orang. Apa punya zalim pemerintah. Mereka menggunakan haqqulquwah atau mantiqulquwah bukan quwatulhaq atau quwatulmantik untuk berdepan dengan pejuang-pejuang. Betapa lemahnya hujah mereka seperti sarang labah-labah.

Tetapi yakinilah bahawa kezaliman itu tidak berpanjangan,pasti cahaya kebenaran itu akan terpancar,yakinilah,jangan ragu-ragu. Marilah kita bersama-sama menentang ISA samada dengan pena,dengan suara atau demontrasi atau paling lemah dengan hati. Jangan biarkan hati kita suka kepada kezaliman walaupun ia berlaku ke atas saudara-saudara kita bukan Islam.

No comments: