Thursday 5 June 2008

Ad- Din Dari Segi Bahasa dan Istilah.

Sudah lama tidak membicarakan tentang buku ini,insyallah kita sambung kembali.

Di dalam bahagian ini, Imam membincangan definasi Ad-Din dari sudut bahasa dan istilah.

Secara lanjutnya,Din yang kita terjemahkan sebagai agama mempunyai tiga makna dari susut bahasa arab. Dan ia berasal dari kalimah dana.

Pertama: Ia membawa erti memilki dan mentadbir. Maka Din di sini berbentuk mentadbir dan berpolitik. Ia disebut dalam bentuk fiel danahu.

Kedua : Apabila kita menggunakan dalam bentuk dana lahu. Maka ia bererti taat kepadanya. Maka ia berbentuk ketaatan dan ibadat.

Ketiga: Sekiranya kita menggunakan dalam bentuk dana bissyaik,maka ia bererti menjadikan ia sebagai agama dan mazhab.


Daripada apa yang kita faham daripada perbahasan bahasa, Din ini mempunyai pelbagai makna yang memungkinkan kita memahami erti Din di dalam Islam. Ia mempunyai hubungan yang kuat dengan politik. Di mana kalau kita melihat kepada pengertian pertama, maka ia meyokong pendapat yang kita katakan.

Imam menyatakan lagi,makna Din tidak lari daripada makna kepatuhan yang ilzam(luzumulinqiyad), iaitu pada pengunaan pertama ia bererti mengilzam dan mewajipkan kepatuhan(taat), pada penggunaan kedua ialah beriltizam dengan kepatuhan,merujuk kepada hamba,dan penggunaan yang ketiga ia bererti mabda atau system yang perlu diiltizam(dipatuhi).

Di sini kita dapat melihat kekayaan bahasa arab di mana satu kalimah mempunyai pelbagai makna atau di dalam bahasa istilah dipanggil isytirak atau musytarak. Nanti kita sambung kepada perbahasan istilah.

No comments: