Friday 23 May 2008

Agama dan politik

Agama dan politik :oleh Imam qaradawi.





Kitab ini adalah merukan kitab yang begitu penting bagi setiap umat Islam di mana ia menerang kedudukan politik mengikut Islam dan konsep agama(Ad-Din) mengikut perspektif Islam. Ini kerana umat telah bercelaru di dalam memahami kedua-dua konsep ini dan akhirnya Islam itu sendiri dizalimi oleh sebahagian umat nya yang menggap agama itu musuh kepada politik dan politik itu musuh pada agama.

Maka Imam telah melakukan satu usaha yang perlu dipuji dengan menolak segala tomahan yang dilemparkan terhadap Islam di dalam buku ini. Mari kita melihat isi kandungan kitab ini bagi mengetahui mukadimah yang matlamat kitab ini.

Kitab ini berhalaman 242 muka surat .melihat kepada indexnya,ia terbahagi kepada mukadimah,kemudian 5 bab besar.Mari kita melihat setiap tajuk bagi setiap bab.

Bab Pertama: Konsep dan pengertian agama dan politik.

Bab Kedua: Hbungan di antara agama dan politik di sisi umat Islam dan disisi golongan
Sekular.

Bab Ketiga: Agama dan politik dalam Islam.

Bab Keempat: Adakah sekular sebagai penyelesaian atau pembuat masalah.

Bab Kelima: Golongan minority Islam dan politik.

Insyallah kita akan cuba membincangankan buku ini sekadar termampu untuk memberi gambaran yang sebenar kepada umat Islam. Umat Islam berhajat kepada pengetahuan yang yang mendalam di dalamperkara ini, janganlah kita mengambilk asas-asas Islam kita daripada musuh kita yang dengki kepada kita. Ambillah kefahaman Islam ini daripada Al-quran dan Sunah.semoga Allah memberi pahala yang tinggi kepada Imam Qaradawi. Mudah-mudahan kita dapat membincangkan kita dengan baik.Amin.

No comments: