Sunday 5 September 2010

Kegembiraan Hari Raya

Kemenangan yang akan disambut oleh umat Islam pada Jumaat ini merupakan satu anugerah yang tidak ternilai yang Allah Taala. Kegembiraan yang disambut bukanlah dalam bentuk kegembiraan duniawi ,seperti dapat makan,minum semula dan seumpamanya.
Tetapi kegembiraan yang disambut oleh umat Islam adalah kegembiraan yang mempunyai nilai-nilai rabbani yang begitu tinggi. Kegembiraan yang timbul kerana Allah memilih kita untuk menjadi hambanya yang beribadat dan diberi peluang untuk bertakbir namaNya yang agung yang mempunyai seribu satu hikmat dan pengertian.
Kegembiraan yang mana dapat melihat nama Allah dilaungkan,bukan nama-nama manusia yang kerdil ini. Nama yang menggegarkan dunia,yang memecahkan tembok Khaibar.Nama yang memberi kita kita kekuatan apabila menyebutnya.
Kegembiraan hakiki kita bukanlah pada baju baru yang kita beli, sebaliknya sebalik kegembiraan itu pada perasaan yang merasakan bersihnya dalaman kita yang kita bina sepanjang bulan Ramadan untuk kita bekalkan untuk menghadapai bulan-bulan yang akan datang. Bagi yang ingin melakukan haji,ia merupakan stamina bagi menunaikan ibadat tersebut.
Hari raya merupakan hari yang mengingatkan kita kepada fitrah kita, fitrah yang sentiasa memanggil-manggil kita untuk memperhambakan diri kepada Tuhan yang mencipta alam semesta ini dan menguruskannya penuh dengan hikmat.
Kita perlu tahu,kegembiraan luaran ini hanya sementara, baju baru yang kita pakai hanya cantik seketika,seleps itu membuangnya, makanan yang kita makan akan keluar juga. Tetapi kegembiraan yang kita mahukan apabila hati dan perasaan kita tenang dengan pakaian rohani yang baru, pakaian yang mewarnai hidup kita, perasaan rahmah ,mahabbah,tawaduk dan sebagainya. Di mana perkara-perkara ini kekal dan tidak akan lusuh apabila kita istiqmah dengan perintah-perintah Allah.
Kesemua nikmat yang berikat kepada kita ini,wajipa kita syukuri kita kita mendapatinya sebbelum kita menangis selepas kehilangannya. Insyallah kita kan menyambut aidil fitri yang mulia dengan penuh kegembiraan zahir dan batin tanpa melupakan rakyat Palestin,Iraq yang sentiasa ditimpa ujian dan diserang oleh musuh kita.
Kepada ibu,adik beradik,isteri dan keluarganya,sahabat handai,guru-guru tercinta,adik-adik wasatiyah yang berada di Mesir dan juga Malasia, ku kirimkan sekuntum ucapan kasih sayang kepada semua dan permintaan keampunan daripada kalian di atas seribu dan sejuta kesilapanku yang aku telah lakukan kepada kalian. Maaf dipinta, restu dipohon,kasih didambakan. Sekian
Fauwaz Fadzil Noor

2 comments:

Hafzi said...

"ku kirimkan sekuntum ucapan kasih sayang kepada semua dan permintaan keampunan daripada kalian di atas seribu dan sejuta kesilapanku yang aku telah lakukan kepada kalian"

uish... ayat ustaz mmg berbunga la hehehehe...

Minta ampun minta halal segala-galanya ya ustaz

Rahmat hidayatullah said...

bentar lagi romadhon