Sunday, 15 August 2010

Rehlah

Dah lama tak tulis, hari nak tulis berkenaan dengan rehlah kepada Allah Taala. Kehidupan kita di dunia ini adalah perantauan kita kepada Allah Taala. Perantauan ini kadang-kadang pendek,kadang-kadang panjang, bagi saya, ini berdasarkan bila kita bermula menuju dan bergerak kearah Allah Taala.
Perjalanan kepada Allah Taala ini amat memerlukan kepada kejujuran yang luhur, sesorang yang ingin mendekati Allah Taala,dia telah membina kekuatan hati bagi menempuh cubaan yang akan dia hadapi di dalam menuju kepada Allah Taala. Allah adalah matlamat kita. Apabila kita memulakan perjalanan menuju kepada Allah Taala, bilakah kita sampai kepada hanya. Rehlah ini merupakan satu perjalanan yang indah sekiranya kita memahami pengertian sebagai seorang hamba di mana hamba ini mesti dibawah penjagaan Tuannya. Kita sebagai hambaNya inginkan kita dibawah jagaanNya. Apabila kita dibawah jagaanNya, maka kita tidak akan takut dan sedih.
Rehlah kita kepada Allah Taala perlu dimulai dengan taubah dan pencucian hati agar kita mampu menghiasai hati kita ini dengan perasaan sayang kerana Allah, zuhud,warak, tadawuk dan sebagainya. Oh alangkah indahnya perjalanan ini di mana kita perlu membersihkan diri daripada segala kekotoran yang menghalang hati ini untuk menerima cahaya Allah Taala. Sesunguhhnya hati ini apabila terikat dengan Allah Taala, maka seseorang menjadi tenang dan bahagia seperti seorang bayi apabila dia bersama dengan ibunya dia akan berasa aman dan bahagia, begitulah denga kita.
Rehlah kepada Allah Taala ini berhajat beberapa asas. Ilmu, fikir dan zikir. Ulama tasauf mensyaratkan seorang murabbi yang mursyid bagi membimbing seseorang sampai kepada Allah. Kerana dia berpengalaman dan pakar di dalam merawat jiwa seseorang lemah dan kotor dan memudahkan seseorang sampai kepada Allah Taala. Pendapat ini adalah logik kerana sukar untuk mencapai sesuatu tanpa guru. Tapi adakah ia merupakan syarat untuk sampai kepada disamping tiga asas penting tadi ilmu,fikir dan zikir. Saya mengharapakn ia bukanlah merupakan syarat kerana mengharap ehsan daripada Allah agar tidak meletakan syarat guru mursyid sebaga syarat untuk sampai kepadaNya.
Cukuplah kita belajar dengan ulama dan ahli ilmu kemudian beramal dengan ilmu, dengan harapan ia akan membuahkan perasaan cinta dan rindu kepada Allah Taala. Tetapi tanpa menafikan kewujudan syeikh itu lebih afdal.
Bagi saya,perjalanan kepada Allah Taala ada perasaan,cinta dan keinginan kepadaNya,tanpa perkara-perkara ini sukar untuk menjadi hamba Allah yang sebenar-benar hamba melainkan kepada golongan yang Allah pilih sebelum dia memulakn perjalanan kepadaNya,tetapi kumoulan ini sedikit jumlahnya. Kita perlu berehlah,kita perlu menguatkan azam sekuat burung mencari makanan, kita menuju kepada Allah Taala sebelum kita dijemput oleh Allah Taala. Ya Allah ,sampaikan aku kepadaMu di bulan Ramadan ini. Amin

2 comments:

Muna 'Izzah Dato' Hj Fadzil said...

Wat. Tq .. Ameen, mg kita sampai kepadaNya dlm keadaan tenang.

saifulazrul said...

Terima kasih atas ilmu ini