Monday, 12 January 2009

Pemikiran Muhammad Abduh

Saya terbaca buku sahabat saya tentang aliran pemikiran Islam,lalu terdapat pemikiran Imam Abduh yang menarik minat saya untuk menulis sini.
Pertama,tentang usahanya membebaskan umat Islam daripada taqlid buta. Dimana taqlid buta pada pandangan saya ia merangkumi semua bidang yang menjadi punca kepada kemuduran Islam.
Kedua, beliau ingin mengislahkan bahasa arab.
Kita lihat dahulu pemikirannya yang pertama iaitu membuang taqlid buta daripada masyarakat. Bagi saya apa yang dikatakan oleh Imam adalah tepat,taqlid buta inilah yang menyebabkan taasub mazhab atau mana-mana jamaah yang mengabaikan hak pemikiran seseorang dia tidak lagi berfikir,apatah lagi kalau dia seorang ulama,apa dia juga bertaqlid maka bagaimana dia membawakepada umat Islam kedepan. Masalah yang berlaku sekarang ini apabila kita menyebutkan boleh keluar kepada mazhab-mazhab Islam yang lain menjadi satu kemarahan terhadap satu golongan,mereka tidak mengizinkan seseorang bertindak tidak beriltizam dengan sesuatu mazhab,menyebabkan kadang-kadang kehidupan seseorang menjadi sempit dengan beramal dengan satu mazhab sedangkan di sana terdapat pendapat-pendapat yang muktabar yang meringankan beban seseorang di dalam beramal. Pemikiran yang mengajak kepada pembebasan daripada bertaqlid ini bukan bererti memerangi mazhab atau aliran sebaliknya pemikiran sebegini membawa kita kepada mengambil faedah daripada semua mazhab Islam yang wujud,satu mazhab tidak mengambar hakikat Islam yang sebenar,Islam itu tergambar dengan mengambil daripada semua mazhab Islam, inilah yang diperkatakan oleh syeikh Mustafa zarqa.
Sampai bila umat Islam akan menjadi sebegini,tidak mahu membebaskan diri mereka daripada taqlid buta,kita katakan taqlid buta ini buka hanya kepada fikh tetapi juga mereka yang berqiblat kepada barat,mereka mengagungkan pemikiran barat seolah ulama Islam kita tidak ada pemikiran,mereka menganggap semua pemikiran barat itu adalah betul. Ini yang menjadikan masalah lebih besar. Orang yang taasub dengan sesuatu mazhab Islami ini lebih baik daripada orang taasub kepada pemikiran barat walaupun kedua-kedua kita tidak mahu.
Maka disini kita tekan,kewajipan para umat dan pengislah membawa orang kepada budaya berfikir,kita tidak memerangi mana-mana mazhab tetapi kita orang menghormati mazhab apabila mengeluarkan manusia daripada tassub kepada sesuatu mazhab. Ya, tidak salah seseorang itu beriltizam dengan satu mazahab apabila dia mahu, yang salah apabila dia mewajipkan orang mengikut caranya. Biarkan orang beramal dengan apa mereka yakini tanpa ada sebarang halangan keatas merka selagi mana pendapat yang dipegang adalah muktabar.
Para pelajar perlu berfikiran tajdid sekirang mereka ingin diterima olehh masyarakat. Jangan hanya menjadi pelajar yang terlalu idealistic tanpa sebarang renungan reality.


Yang kedua Imam ingin mengislahkan bahasa arab supaya ia menjadi bahasa yang diterima oleh dunia semula setelah ia ditinggalkan. Ini pemikiran yang bagus dalam kita menyentuh kepentingan mengislah bahasa ibunda kita yang semakin hari semakin lemah, sampaikan diperingkat rendah dan menengah matematik dan sains diajar didalam bahasa inggeris, di mana kekuatan bahaya kita,bagi saya bahasa melayu perlu lagi diperbaharui dalam uslub yang menarik,kerajaan mesti memikirkan balik semula tentang penggunaan b.inggeris dalam pelajaran sains dan matematik,perlu kita kuatkan bahasa kita dahulu supaya bangsa kita itu kekal,bahasa melambangkan bahasa.
Bagi saya pelajaran sains dan matematik boleh dipelajari di university oleh pelajar-pelajar kita dan boleh cemerlang di dalamnya berdasarkan rekod yang pernah dibuat sebelum ini. Sebab ketika itu pelajar dah matang dan memahami sukatan pelajaran dengan mudah. Saya tidak bersetuju dengan pendapat tun mahadir yang menyatakan pendidikan akan mundur jika tidak diajar dengan bahasa inggeris, kerana setiap kaum ada bahasanya yang tersendiri untuk difahami di dalam peringkat permulaan,apabila tidak disampaikan dengan bahasa mereka kefahaman dan akan berkurang dan kualiti tidak tinggi berdasarkan peringkat umur. Mungkin tun fikir dulu dia boleh,tetpai kalau dikira dengan keseluruhan penduduk Malaysia nisbahnya adalah sedikit seperti tun. Perlu mempertingkat bahasa kita untuk kita mengekalkan identity kita dan memudahkan urusan kehidupan. Ini adalah pandangan peribadi saya waallah alam.

1 comment:

Ezo said...

Assalamualaikum ustaz!

wah...ana baru jer beli buku syeikh muhammad abduh,Al A'mal al kamilah..

Terima kasih posting ini tambahkan lagi maklumat kajian saya...