Create Your Future From Your Future,Not Your Past
- Werner Erhard.
Ini adalah kata-kata yang saya petik daripada buku How To Get From Where You Are To where You Want To Be karangan Jack Canfield. Kata –kata ini adalah kata–kata Werner Erhard yang tidak bercanggah dengan Islam kerana ia merupakan kata-kata yang bersandarkan kepada akal,pengalaman dan reality. Banyak orang menangisi masa lampaunya tetapi tidak mengubah nasibnya pada masa depannya di mana sesuatu kejayaan atau hasil usaha hanya akan di dapati pada depan.
Sebab itu,janganlah menoleh kebalakang dan mengingati masa lampau untuk dirintih atau bersedih. Orang yang mengingati masa lampau tanpa melakukan apa-apa tindakan susulan itu adalah seorang ditipu oleh syaitan. Ayuh bangun wahai jiwa yang tidur dan lemah,kuat dirimu seperti singa yang mengganas bukannya tikus yang takut terhadap masa depan.
Dalam kehidupan kita,terdapat kegagalan yang kita hadapi,contohnya seorang pelajar,bermula dengan upsrnya,mungkin dia tidak mendapat 5a atau tidak ada a langsung,maka orang mati semangatnya dia akan merintih dan malas berusaha sebab baginya dia adalah orang yang bodoh,tidak mampu mencipta apa-apa kejayaan pada masa depan, begitu juga dengan pelajar yang mengambil pmr atau spm,beliau tidak cemerlang lalu dia putus asa,dia tidak mahu berusaha lagi,apakah dia tidak terfikir mungkin Allah melewatkannya untuk mendapat habuan yang lebih besar dan masa depannya adalah rahsia yang tersembunyi ,banyak lagi kejayaan yang boleh kita cipta selagi mana nyawa ada dikandung badan.
Tidak ada yang mustahil selepas manusia naik kebulan,sesorang itu mampu untuk mencipta masa depannya apabila dia tidak menoleh kebelakang untuk bersedih dan merintih sebaliknya dia menjadikan sejarah silam sebagai pengajaran dan postmortem untuk mengetahui penyakitnya supaya dia tahu apakah ubat yang sesuai untuk merawat dirinya agar dia dapat memajukan dirinya. Mari kita renung ayat Allah Taala.
لا تقنطوا من رحمة الله.
Terjemahan: Janganlah kamu semua(hamba-hamba) berputus asa dengan rahmat Allah.
Lihatlah bagaimana Allah Taala membuka ruang kepada hambanya untuk kembali kepadaNya. Janganlah ingat-ingat kisah –kisah lama untuk menyekat kamu kembali kepadaKu,bukalah lembaran baru dengan Ku akan pasti Aku akan membuka seribu pintu rahmat bagi kamu.
Cuba kita renung kenapa Allah Taala membuka pintu taubat kepada hamba-hambanya ,sebab kebaikan boleh dilakukan pada masa depan dimana waktu yang lampau sudah berlalu dan ia tidak kembali. Di dalam kata-kata hukama. “Masa berkata: wahai manusia beramallah kerana bila aku pergi aku tidak akan kembali.” Maknanya yang lampau mustahil akan kembali kerana itu adalah ketentuan Allah Taala. Yang ada ditangan kita adalah masa depan,tidak mengapa seseorang itu mengubah nasibnya dalam keadaan lewat yang penting dia jujur didalam perubahannya. Berkata ulama tasawuf, iktibar itu adalah bagi orang jujur bukan kepada orang dahulu. Ada orang baru masuk islam lewat umurya,tetapi kehidupan islamnya lebih baik banyak daripada orang dah islam berkurun lama. Jadi kejujuran itu penting setiap perubahan. Kejayaan kita adalah pada masa depan kita buka pada masa yang lampau. Sejarah adalah untuk iktibar bukan tangisan kerana tangisan itu akan membuang masa depan kita yang penuh dengan rahsia. Marilah kita sentiasa membina kejayaan di masa –masa akan datang ,baik kejayaan akhirat atau dunia.
1 comment:
Salam Wat,
kak na really likes this posting. keep it up!
Post a Comment