Sunday 3 June 2012

Di mana hilang cintaku

DI MANA HILANG CINTAKU Sudah lama penaku tidak melayari blog ini. Entah mengapa tiada semanangat untuk menulis,adakah aku malas,atau tidak ada-apa faedah menulis di halaman ini. Apakah pembacanya mendapati mutiara atau membaca dengan penuh bosan. Aku tidak tahu jawapannya? Tetapi,pada hari ini hati ku ditimpa kesedihan. Tidak tahu apakah jenis kesedihan yang menimpaku, apakah cinta kepada manusia ku kehilangan, atau cinta pada Tuhanku yang tidak disiram. Aku perlu memekarkan hatiku dengan cahaya agar ia bisa mencapai ketenangan dan kebahagian. Oh Tuhan, ampunilah dosa-dosaku yang banyak ini dengan telah menyebabkan hati ku lupa padaMu,lupa pada kebaikanMu. Aku insan yang lemah,kerdil,sering tertipu dengan nafsuku, aku perlukan hidayah daripadaMu. Hidayah membawaku padaMu. Aku juga turut lupa ayahku, yang sudah hampir 10 tahun meinggalkanku. Pilu,hiba, sedih mengenang ayah ku. Seorang ulama ,pejuang yang hidupnya semata-semata mencari redha Allah. Betapa jauhnya aku dengan ayahku. Aku gilakan dunia sedangkan dia meninggalkannya. Aku tidak menyumbang apa-apa untuk Islam sedang dia adalah gelombangnya. Masih terkenang aku akan pelukan beliau ketika hendak berangkat ke Mesir dengan “ Aku berpesan kepadamu agar bertaqwa kepada dan mentaatiNya dan istiqamah di atas manhaj yang betul”. Masih tengiang-ngiang kata-kata ini. Apa yang haruskan ku lakukan dalam kehidupan yang penuh cabaran. Aku perlukan perubahan dalama,kekuatan untuk berjuang,berdakwah,menambah ilmu,menyambung pengajian. Ya Allah,Kau berikan cahayaMu, berikan ku kekuatan agar bisa ku terbang lebih jauh kemuncak.

11 comments:

atielense said...

semoga ustaz menemui kekuatan...ustaz telah pun melakukan yang terbaik

Muna 'Izzah Fadzil said...

Allah sentiasa merahmatimu, adikku. Amin... Love u. <3

Muhammad Warouq bin Qamar said...

sabar ye ustawat. ana seakan boleh membaca isi hati ustawat

zazzy said...

Dear Ustaz,

I cant wait to listen to your sharing today at Menara TM. I never have any chance to listen to any of your sharing session before but when I first heard about your name, I was pretty sure that you are the son of Al-Fadhil Ust Fadzil Noor.I stumbled upon your blog and read this blog entry and I felt like crying.

I am not a Pas member nor actively involved in politics but Allahyarham is one of my idol. I am crying while reading this post. You are such a lucky person to be born to the arms of him. May Allah rewards Allahyarham with Jannatul Firdaus and may Allah protects you and strengthen your heart to be always in His blessings.

Anonymous said...

nice share kk
jangan lupa kunjungannya PTIK UNM

KHIRUL AZWAN BIN TAHRIN D20111049768 said...

perbincangan yang baik mengenai kasih sayang dan bermaaf-maaf di mhi. Harap perkara ini dapat digunakan dalam masalah ummah masa kini tanpa mengira fahaman politik. Usaha-usaha untuk menyatukan ummah dengan berkasih sayang mudah-mudahan mendapat rahmah daripada Allah untuk arwah bapa ustaz.

Putu Puja said...

Nice blog and a good content uptodated...I like the inspiration
http://bookinghotels-bali.com/

malay-machista said...

Salam Tuan,
saya tak kenal Tuan, tapi alhamdulillah almarhum ayahanda Tuan semua orang kenal.
Tuan, semua orang masing-masing ada peranan, masing-masing ada kehebatan dan wibawa sendiri. jangan Tuan banding diri Tuan dengan almarhum ayahanda, tidak adil untuk diri Tuan sendiri. Syukur Tuan berpelajaran tinggi, boleh berdakwah dengan khalayak tuan tersendiri. istiqamah dalam perjuangan ~ your own jihad.
sekian, harap maaf kerana menyampuk.

ameen said...

Sabaq ustazz noo,mungkin ada lg terbaik di hadapan anda

Unknown said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

Harga serendah RM1.50/pcs.

Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

Fiqh Al Sunnah said...

Salam ustaz...teruskan perjuagan...jgn x tulis blog...blog ustaz sy sntiasa lawati...rase hampa bila x ada komen baru