Hukum Orang Bukan Islam Menjadi Peguam Syarie.
Beberapa bulan yang lalu,terdapat seorang bukan Islam ingin memohon menjadi peguam syarie. Maka berlakulah berbincangan dikalangan cendiakawan dan orang ramai hukum seorang bukan Islam menjadi peguam syarie.
Maka saya di sini ingin membincangkan secara ringkas masalah ini dari sudut fikh Islami apakah hukum tersebut mengikut pandangan Fikh Islami. Mudah-mudahan tulisan ringkas dapat memberi cahay kepada mereka inginkan petunjuk dan mengembalikan orang yang sesat kepada kebenaran. Saya berkata:
Masalah peguam ini ia merujuk kepada masalah wakil didalam kitab-kitab fikh. Maka sekiranya kita ingin mengetahui kedudukan peguam, adakah disyaratkan untuk menjadi peguam itu semestinya islam atau tidak maka ia perlu melihat kepada syarat menjadi wakil adakah disyaratkan Islam seperti yang dibahaskan oleh Dr Bandar bin Abdul Aziz dalam kitabnya Al-Muhamah fil fikhilislami.
Maka di sini para ulama berselisih pendapat di dalam mensyaratkan Islam di dalam menjadi wakil kepada tiga pendapat:
Pendapat Pertama: Islam merupakan syarat di dalam wakil pada urusan perniagaan,atau mengambil barang atau kes permusuhan, ini adalah pendapat Mazhab Maliki. Mereka berhujjahka kepada firman Allah Taala
ولن يجعل الله للكافرين على المؤمنين سبيلا
Pendapat kedua: Islam bukan merupakan syarat di dalam perwakilan atau wakalah,dikecualikan di dalam perkara ini sesuatu perkara yang tidak boleh dilakukankn oleh orang bukan Islam seperti mengahwinkan wanita muslim atau seorang menjadi wakil untuk menjual arak atau babi. Ini merupakan pendapat di dalam mazhab Syafie
Mereka menyatakan bahawa wakalah tidak berhajat kepada Islam selama mana tidak melibatkan perkara khusus orang Islam, maka setiap perkara orang bukan Islam bloleh lakukan maka dia dijadikan wakil.
Pendapat Ketiga: Halangan kepada orang bukan Islam hanya kepada kafir harbi dalam negara harbi. Ini merupakan salah satu pendapat di dalam mazhab hanafi.
Mereka berhujjah bahawa yang menghalang wakalah adalah berlainan negara, maka apabila bersamaan negara tidak ada halangan untuk orang muslim menjadi wakil
Melihat kepada pendapat dan hujjah setiap mazhab yang diutarakan, saya cenderung kepada pendapat yang menyatakan orang bukan Islam boleh menjadi wakil di dalam urusan yang tidak melibatkan agama, sekiranya melibatkan agama maka dia tidak boleh menjadi wakil disebabkan berjaga-berjaga terhadap agama.
Maka dengan melihat kepada masalah ini kita menyatakan bahawa orang bukan Islam tidak boleh menjadi lawyer syarie di dalam menyelesaikan masalah nikah kawin dan seumpama dengannya kerana ia melibatkab agama,ilmu terhadap hukum hakam, maka kita perlu menyatakan bahawa orang Islam tidak boleh menjadi peguam syarie kerana menjaga kesuciaan agama.
Di sini sekiranya bukan Islam diterima dari sudut kerajaan dia boleh menjadi peguam syarie maka saya berpendapat perlakuan dia sebagai peguam adalah sah tetapi kerajaan yang member keizinan kepada berdosa waallah a’lam.
Fauwaz Fadzil Noor
3 comments:
Selamat Hari Raya. TaqabbalaLlahu minna wa minkum. Minal ‘aidin wal faizin wal maqbulin. Kullu amin wa antum bi khair.
"maka kita perlu menyatakan bahawa orang Islam tidak boleh menjadi peguam syarie kerana menjaga kesuciaan agama"
sy terbaca blog ini...mungkin penulis tertinggal perkataan BUKAN "orang Islam tidak boleh menjadi peguam syarie kerana menjaga kesuciaan agama"
:)
Assalamualaikum Ustaz. Bolehkah Ustaz letakkan juga sumber pandangan2 tersebut untuk rujukan dan tujuan2 akademik. Terima kasih
Post a Comment