Thursday 13 May 2010

Mempelajari Bahasa Arab

Terdapat seorang sahabat meminta cara bagaimana untuk memahami bahasa arab. Maka di sini saya menyatakan bahawa cara memperolehi bahasa dia mempunyai kaedah terutamanya bahasa arab. Saya bukanlah orang yang pakar bahasa arab tetapi saya pencinta bahasa arab dan saya berakidah bahawa bahasa arab adalah bahasa yang paling afdal lebih daripada semua bahasa.
Sebahagian ulama meminta menghafaz syair-syair untu kita memperolehi bahasa,apabila kita mengahafaz banyak kalimat,ia membina keupayaan kepada akal kita untuk berbicara,sebab bahasa terbina daripada menghafaz dan bercakap. Guru bahasa arab di mesir( syeikh Ahmad Jawish) berkata kepada saya menukilkan kata-kata gurunya, احفظ وقل إن الكلام من الكلام ertinya hafaz dan bercakap,sesungguhnya percakapan itu daripada perkataan.
Terdapat ulama menyebutkan untuk berbahasa arab perlu ingat 1000 kalimat, sebahagian ulama mesir berkata seseorang itu mesti hafaz 3000 kalimat dan 300 jumlah ayat. Maka dengan itu kita akan mampu bercakap dengan baik.
Kita peru mengetahu bahawa bahasa arab ada lebih kurang 6 juta 6ratus kalimat, bererti perjuangan kita untuk mendalami bahasa arab amat panjang,tidak hentinya, gigalakan juga menhajafaz kamu seperti mukjam wajiz atau wasit.
Sesungguhnya kalau kita ingin menguasai bahasa arab kita kena mendengar,menghafaz dan bercakap, kalau ingin menulis bahasa arab kita kena rajim membaca buku-buku arab.
Disamping itu kita perlu mempelajari ilmu nahu dan sorof , untuk memperkuatkan bahasa kita.
Jadikan syiar kita membaca dan bercakap bahasa arab. Cintailah bahasa arab ,perjuangkan bahasa ini. Insyallah akan mendapat keberkatan.

1 comment:

Unknown said...

jzkk ustaz atas entry ini.sy baru je dtg ziarah ke blog ustaz ni (thru fb)

bg sy, salah satu cara utk terus menguasai bhs arab ialah dgn al-quran, tilawah, dan kemudian selalu lah bertadabbur, baca terjemahan etc. memang byk lah kalimah yang dpt dikuasai dan alhamdulillah bila dgr je org lain baca mana2 ayat dari alquran, boleh faham dah.

tapi kalau dari segi terer bercakap tu, memang kena selalu practice cakap dan terus cakap lah.

ustaz, mungkin ustaz boleh kupas lagi tntg 3T tu (tilawah, ta'lim, tazkiah) (sy baca ni kat status fb ustaz). setahu sy ayat ni berkaitan dgn tugas rasul kan; utk membacakan, mengajar dan menyucikan.

tapi apa pula maksud ustaz dgn "bagaimana cara membaca Al-Quran dengan sebenar bacaan.".

jzkk.