Friday, 29 May 2009

Hukum Kaffarah Pembunuhan Tidak Sengaja

Setelah kita membaca banyak kes pembunuhan tidak sengaja yang terpampang diakhbar,saya memikirkan kenapa seorang mufti atau ulama tidak membincangkan satu hukum yang sangat penting yang berkaitan dengan pembunuhan tidak sengaja iaitu kaffarah bagi perlaku tersebut.
Di sini kita belum lagi membincangkan isu qisas dan diat berdasarkan negara kita tidak melaksanakan lagi hukum jenayah syariat. Cuma di sini kita ingin fokus kepada tanggungjawab kepada mereka yang membunuh tidak sengaja tanpa sebarang niat untuk membunuh seperti melanggar orang, tertembak orang dihutan.
Orang-orang yang membunuh secara tidak sengaja,mereka tidak dikenakan qisas berdasarkan ayat di dalam surah An-Nisa iaitu pada ayat 92. Di dalam ayat tersebut menjelaskan orang mukmin dia tidak akan membunuh melainkan dia tidak sengaja.

Maka di sini syariat telah meletakkan hukum kaffarah kepada mereka yang melakukan perbuatan tersebut dan ia tidak akan gugur sehingga ditunaikan kewajipan tersebut. Iaitu perlaku tersebut hendaklah membebaskan seorang hamba sahaya muslim. Dan hukum ini sudah tidak ada selepas konsep penghambaan diharamkan di dunia ini. Jadi hukumanya beralih kepada berpuasa 2bulan berturut-turut. Hukuman ini meliputi perlaku lelaki dan wanita. Dan pendapat ini adalah pendapat kesemua mazhab empat yang masyhur. Melainkan di sana terdapat pendapat lemah di dalam mazhab syafie yang menyatakan boleh bersedekah kepada 60 fakir miskin makanan seharian. Cuma sekiranya para mufti membolehkan pendapat ini diamalkan maka bagi saya tidak salah kalau dikeluarkan dalam bentuk wang kirang 8 sehingga 10 ringgit untuk seorang miskin.
Dan pendapat ini sesuai dengan keadaan zaman kita di mana orang Islam malas beribadah. Tetapi sekiranya dia melakukan puasa 2bulan berturut-turut itu lebih baik dan afdal serta bertepatan dengan Al-Quran.
Maka saya mengharapkan para ulama dan mufti peka terhadap masalah yang sangat penting ini kerana ini melibatkan ibadah dan tanggungjawab ke atas perlaku pembunuhan tidak sengaja. Begitu juga para pembaca perlu menyebarkan hukum ini kepada masyarakat agar ia satu cara untuk mengatasi kemalangan jalan raya di mana apabila kita takut dikenakan kaffarah ini,kita akan lebih lagi berhati-hati memandu kenderaan di jalan raya. Waallah a’lam.
Fauwaz Fadzil Noor.
Qairo, Mesir.

1 comment:

firdaus hat said...

Rasanya sudah ada kajian dan cadangan seperti ini di malaysia, Cumanya tak meluas dan popular, hanya berlegar dikalangan warga akademik di universiti khususnya. Perubahan dan kefahaman Islam dalam konteks malaysia amat kura-kura!!!