Tuesday 17 March 2009

Gabungan Pas dan Umno

Gabungan Pas Dan Umno.
Kita mendengar perbincangan gabungan Pas dan Umno diruangan akhbar hasil cadangan yang bernas daripada presiden Pas Dato Ser Abdul Hadi Awang. Satu cadangan yang amat bernas dari seorang ulama yang memahami keadaan semasa yang menuntut beliau menyuarakan cadangan. Gabungan kuasa di antara Pas dan Umno satu perkara yang perlu dibincangkan oleh semua pihak samada ulamak atau bukan ulama khususnya majlis fatwa Malaysia perlu jaga tampil ke hadapan untuk membincangan isu survival umat Islam dan Melayu.
Apa yang disuarakan oleh Presiden Pas tidak bercanggah dengan maqasid syarak yang datang untuk membawa maslahah atau hampir kepada maslahah dn membuang kerosakan atau mengurangkan kerosakan. Perpaduan Pas dan umno adalah merupakan satu tuntutan syarak dan reality di mana mereka mempunyai kekuatan sendiri didalam membantu kekuatan umat Islam.
Para pimpinan politik harus berfikiran panjang didalam menentukan hala tuju politik Malaysia kerana dengan satu tindakan silap di dalam merancang masa depan politik Malaysia ia akan merugikan masa depan umat Islam dan bangsa-bangsa yang lain.
Kita tidaklah berhajat buat masa ini untuk membubarkan Pas dan Umno untuk membina satu parti yang satu,itu satu perkara yang susah tetapi satu mimpi yang indah. Kita hanya berhajat kepada membina persefahaman yang baik di antara kita untuk membina masyarakat madani yang berkualiti dan tidak berpecah.
Apabila gabungan kuasa ini berlaku,tidak semestinya kita menuntut perlaksanaa jenayah hudud dilaksanakan dengan segera. Bagi saya kita perlu dulu memberi kebebasan kepada rakyat dahulu dan membebaskan kezaliman ,membasmi kemeskinan dikalangan umat Islam,bagi mereka bekerja,menghapuskan pelacuran yang merosakan bangsa,kita perlu mennyusun strategi dan rangka bagi jangka masa panjang untuk membentuk Islam yang syumul di dalam negara kita.
Bagi saya yakin,di kalangan orang umno pun ada yang inginkan Islam cara sempurna,mungkin ada di sana sebab-sebab tertentu yang menyebabkan mereka masih dengan agenda umno mereka. Bagi saya,bagi menyelesaikan konflik politik Malaysia,kita perlu melupakan kisah-kisah yang lama demi untuk survival Islam dan umat Islam.
Pemimpin-pemimpin parti politik perlu mengubah cara berpolitik daripada kita ,menganggap lawan itu adalah musuh kepada lawan yang boleh dijadikan sabahat. Kita perlu membina negara yang kuat dan maju,dan perkara ini tidak boleh berlaku melainkan dengan perpaduan yang kukuh dan persefahaman yang tinggi. Tiba masanya kita menyahut saranan Presiden Pas kita untuk membincangan isu perpaduan nasional demi untuk menyelamatkan negara kita pada masa depan. Kesilapan kita di dalam membuat pencatuan ini akan dimarahi oleh anak cucu kita. Sebelum berlaku kehancuran politik dinegara kita,marilah kita berusaha untuk memperbaikinya. Tidak ada rugi di sana apabila menuju kearah ini. Cuma yang kita minta daripada umno,mereka perlu telus di dalam usaha ini,kita yakin keikhlasan Presiden Pas dan kita mengharapkan juga keiklhlasan daripada umno.

Marilah kita membangunkan negara kita bersama-sama.
Fauwaz Fadzil Noor.

6 comments:

Dr Kadir said...

Salam ustaz, tapi apa yang difahami daripada pandangan dan cadangan Us Hadi tu ialah untuk mewujudkan kerajaan perpaduan yang melibatkan BN dan PR dan juga semua parti komponennya untuk mengambil bahagian dalam kerajaan mengikut % kekuatan mereka di parlimen dan DUN. Menumpukan perhatian kepada pembangunan ekonomi, membanteras rasuah dan perpaduan yang menjadi suatu yang disepakati bersama.

Sementara masing-masing akan tetap dengan parti dan ideologi masing-masing dan akan kembali berentap pada setiap kali pilihanraya bagi meletakkan calon terbaik yang akan mewakili rakyat dan parti.

So bukannya isu gabungan antara pas dan umno.

Wallahu a'lam

Fauwaz Fadzil said...

betul2,cuma ana nampak utaz hadi kearah menngabungkan kuasa politik umat islam,bersama ddgn pr,cuma ana fokuskan pas sebagai satu parti yg besar dlm pr,dan ana menyokong kearah itu.apa2 kita lihat dan tunggu.he2

~PakKaramu~ said...

sALAM

lAGI BAIK ANTA SURUH umno BERSUNAT KALI KEDUA BARU BOLEH BEKERJASAMA

Akram said...

Assalamu'alaikum ustaz,
Apakah pandangan ustaz secara peribadi berkaitan UMNO dari kacamata Tuan Guru Dato' Nik Aziz? Menurut beliau, PAS sedia dibubarkan sekiranya UMNO meletakkan Islam paling atas...
Terima kasih..

wira said...

Salam...Kenapa UMNO beria-ria nak bergabung dgn PAS,kenapa tidak dgn PKR...???
1.umno parti memerintah (orang melayu islam)kenapa nak bergabung...tukar saja wadah perjuangan,memerintah berlandaskan alquran dan hadis...mungkin boleh bergabung
Pada pandangan saya jikalau pas bergabung dgn umno,maka ramai lah melayu2 nie dapat ditarik masuk umno..
wallahua'lam

Tinta.Muallimah said...

Aslkm. Sebuah pandangan mujahid muda yang perlu dibaca dgn pemikiran terbuka....Andai Ustaz Fadzil masih ada...diterimakah hujah dan saranan anakandanya?