Wednesday, 2 July 2008

Anwar dan Ujian


Kita melihat keadaan yang berlaku kepada Dato Seri Anwar amat menyedihkan. Apa lagi yang diinginkan oleh musuhnya ketika beliau sudahpun diseksa bertahun-tahun di dalam penjara tanpa sebarang kesalahan yang diyakini.

Sudah hilang ketaqwaan dikalangan musuh-musuhnya bahkan sudah sekian lama hilang ketaqwaan di dalam dada mereka. Mereka yang tamakan kuasa sanggupmelakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka tapi yakinilah bawa sunnatullah tetap tidak berubah di mana bumi ini akan dipimpin oleh orang-orang bertaqwa. Kebatilan itu mungkin lama tapi ia tidak berkekalan,kebenaran itu mungkin ditindas tetapi akan menjelma jua akhirnya.

Yakinilah dato Anwar bahawa kebenaran akan bersamamu dan kepalsuan yang mereka bawa akan terbongkar kelak. Begitulah sunnah perjuangan yang tidak henti diuji. Tetapi kita melihat beliau terus istiqamah dalam perjuangan dan terus menegak keadilan bersama pemimpin-pemimpin yang lain.

Kepada musuh-musuh Anwar,berhentilah daripada berdusta,takutlah kepada Allah yang mengetahui tipu daya kamu semua. Berlawan di atas pentas yang sedia ada ,janganlah takut jadi pembangkang sekiranya kamu semua turun daripada pemerintahan.

Rakyat rindukan keadilan tertegak.

1 comment:

ZAINI_JB said...

Salam ...

Apa khabar Ust?
Bagaimana kesihatan Ust Skrg?
Terima Kasih di atas ilmu yg Ust Curahkan kepada kami.Hanya Allah SWT sahaja yg mampu membalasnya.Tak sangka pula Ust ada blog.Salam ukhwah dari UIA Gombak. =)