Hukum asal fatwa daripada seorang mufti adalah tidak mewajipkan kepada orang bertanya untuk memegangnya sebaliknya dia boleh berpegang kepada fatwa ulama yang lain. Tetapi kadang fatwa ini boleh berubah kepada sifat wajip kepada penanya di dalam beberapa keadaan. Ini dinyatakan oleh Syeikh Ali Jumaah di dalam kitabnya صناعة الإفتاء.
Pertama: Sekiranya di dalam keadaan pertanyaan itu terdapat satu mufti sahaja atau kata-kata mufti itu didihuum oleh hakim.
Kedua: Fatwa itu perkara yang bersifat ijmak.
Ketiga: Orang yang berfatwa itu adalah orang yang paling alim dan dipercayai.
Keempat: Apabila dua orang bergaduh meminta fatwa daripada seorang mufti di dalam masalah hak, maka fatwa mufti itu wajip di amal.
5: Apabila seseorang itu telah beramal dengan fatwa yang di amalkan maka dia wajip meneruskan fatwa tersebut. contohnya(fauwaz) apabila tentang hukum memegang wanita bukan mahram, adakah batal solat,maka dia berpegang kepada batal pada solat yang dia telah solat,dia tidak boleh lagi mengambil fatwa yang lain yang tidak membatalkan solatnya yang lepas lagi. tetapi kalau pada solat yang akan datang tidak kalau dia memegang pendapat yang lain iaitu pendapat yang tidak batal sekiranya dia merasakan pendapat itu kuat atau ulama yang muktabar yang berfatwa kepadanya. waallah a'lam.