Wednesday, 31 December 2008

Palestin Adalah Masalah Umat Islam Sejagat.

Pembunuhan yang berlaku di gaza palestin menyingkapnya kelemahan negara-negara Islam dan Umat Islam daripada mempertahankan darah umat Islam yang amat bernilai.

Darah umat Islam seperti darah nyamuk yang boleh dibedil begitu saja sedangkan darah seorang itu disisi Allah lebih mulia daripada bumi dan isi kandungannya. kita tidak tahu sampai bila pemimpim-pemimpin Islam akan menjadi lemah sebigini.

Adakah cara begini dipanggil toleransi,darah umat Islam dibiarkan begitu saja. Masih bersongkokolkah pemimpin -pemimpin Islam dengan Amerika yang mempertahankan yahudi israel melakukan apa saja.

Kita yakin Islam dan umatNya akan kembali berkuasa dan memerintah dunia,ini kepercayaan yang kita pegang,tetapi di dalam kelemahan kita,kita tak mahu pula menjadi tali barut kepada musuh Islam,sampai bilakah pendamaian boleh berlaku dengan yahudi zionis.
Apakah pedang itu tidak sesuai dengan mereka,mungkin kita yang lemah tak mampu lakukan,tapi paling kurang kita memberi semanagt jihad kepada pejuang-pejuang hamas di palestin,doa juga di hantar kepada mereka.

Isu palestin adalah isu umat Islam,kita umat perlu mengambil berat tentang isu ini sekadar mana yang mampu. Mudahan Allah Taala mengampun kelemahan kita dan kecuaian kita yang tidak membantu umat islam di palestin.

Monday, 29 December 2008

Ulama Syariat Pemandu Umat.

Di dalam memikirkan terhadap siapakah tunjang utama di dalam memandu umat kita kepada kebaikan dunia akhirat. Tidak syak lagi ulama Islamlah yang menjadi nadi utama kepada penggerak masyarakat. Ulama yang mengetahui syariat yang mendalam dan mengetahui selok belok dunia agar tidak ketinggalan dalam membawa Islam sesuai disepanjang zaman dan tempat,merekalah pengerak umat.
Saya merenung lama terhadap perkara ini, bidang-bidang lain seperti kedoktoran,kejuruteraan,perakaunan dan sebagainya kos-kos ini tidak mampu untuk menyelesaikan masalah umat secara syumul dan lengkap tanpa memperkecilkan kos-kos tersebut yang mempunyai peranan besar di dalam membangunkan umat dan membantu agama Islam diterima oleh semua orang.
Tetapi di sana perlu di sana penggerak utama kepada umat,penggerak kepada hati,wawasan,semangat, gerakan dan seumpama dengannya yang dan perkara ini hanya boleh digerakkan oleh golongan yang mendalami syariah al-quraan dan sunnah sohih sebab ia adalah punca kepada kekuatan Umat islam. Pada pendapat saya,umat ini akan kembali kepada asalnya apabila meletakkan peranan ulama yang amilin dan moderat kepada tempat asalnya. Ulama yang membawa kepada akhirat dan tidak melupakan tanggungjawab terhadap dunia.
Saya katakana begini,berdasarkan pengamatan yang saya lakukan, tanpa merendahkan ulama-ulama bidang lain yang mempunyai peranan besar di dalam memajukan umat,Cuma kitakan ulama syarie ini adalah seperti garam di dalam makanan yang menyedapkan makanan tersebut. Berkata penyair:

Wahai ulama,garam kepada umat.
Tidak akan sedap makanan apabila garam rosak.

Maknanya, apabila ulama tidak memainkan peranan mereka dan tidak membawa manusia kepada Allah,maka akan rosaklah umat ini. Ayuh pelajar-pelajar ilmu syarie.perkuatkan semangat mendalami ilmu agama tanpa melupakan ilmu-ilmu dunia, kita mempunyai peranan yang besar didalam menggerakan umat,kita adalah nadi utama umat ini,kilaukan permata kita,setiap dari kita mempunyai permata yang tersendiri. Umat ini perlu kepada golongan menghidupkan akal dan hati ,tidak syak lagi ahli syariat dan dakwah lah yang mampu menggerakkan tugas ini.

Sunday, 28 December 2008

Ilmu Teori Belum Mencukupi.( Ibnu Jauzi).

“Aku melihat menyibukkan diri dengan fikh dan dengan mendengar hadis tidak cukup untuk merawat hati melainkan ilmu itu digabungkan dngan perkara-perkara yang menlembutkan hati dan membaca cerita sejarah orang solih.
Adapun mengetahui perkara halal dan haram bukanlah satu peranan yang besar di dalam melembutkan hati. Sesungguhnya yang melembutkan hati adalah dengan meyebut cerita-cerita yang menyentuh hati,dan cerita-cerita orang solih kerana mereka adalah golongan memahami maqsud daripada hadis-hadis yang dinukil. Mereka keluar daripada zahir cerita kepada aspek ruhani dan sentimen cerita-cerita tersebut.
Tidaklah aku ceritakan perkara ini melainkan untuk merawat dan mengubat,kerana aku melihat pelajar-pelajar yang belajar hadis,minat mereka hanya pada mendapat sanad hadis yang tinggi, dan minat fuqaha ialah untuk memperhebatkan pendebatan mereka.( lihatlah soidul khatir. Imam ibnu jauzi).ms 159.
Imam Abu Hasan An- Nadawi pun menyebut bahawa ulama-ulama dahulu berusaha untuk bergaul dengan orang-orang solih walaun ilmu mereka rendah daripada mereka untuk mengelokkan hati kita. Mudahan Allah Taala memudahkan kita membaca kisah-kisah orang solih untuk merawat hati kita. Amin.

معالم الوسطية.(sambungan moderat).

Di sini Imam Qaradawi menggariskan 30 maalim atau ciri-ciri khusus serta usul bagi manhaj wasatiyah agar mereka yang berpegang kepada manhaj ini dapat ber jalan di atasnya dengan baik. Kita akan sebutkan satu persatu secara ringkas.
Pertama: memahami Islam secara syumul dengan sifatnya sebagai akidah,syariat,ilmu,amal,ibadat,muamalat,thaqafah,akhlak,kebenaran,kekuatan,dakwah,daulah,agama,dunia,tamadun dan umat.
Komentar: Inilah yang dikatakan sebagai kefahaman Islam yang sebenar,tidak memahamihanya pada sebahagian rukun sahaja. Sebahagian golongan hanya menumpu kepada ibadat dan mereka hanya fikir itulah islam semata-mata tentang kebajikan ilmu dan sebagainya itu tak penting. Ada yang fikir Islam tu dakwah sahaja atau politik sahaja. Dengan kefahaman begini umat islam telah Islam yang jauh daripada kefahaman mereka yang salah. Islam mesti difahami mengikut apa di dalam Al-quran dan sunnah yang sohih. Bukan diambil daripada barat atau timur. Maka perlu memahami Islam ini secara syumul bagi membawa manhaj wasatiyah ini.

Kedua: Beriman dengan Al-Quran dan Sunnah yang sohih sebagai sumber rujukan bagi pensyariatan,pemandu kepada kehidupan Islam,berserta memahami nas-nas juzie di dalam lingkaran maqasid umum.
Komentar: Jadi Imam menggariskan satu usul yang penting iaitu keperluan kita berhukum dengan al-quraan dan sunnah yang sohih bukan yang lemah,sunnah merangkumi percakapan,perbatan dan pengakuan. Kedua-dua sumber ini amat penting bagi umat Islam bagi menjadi pedoman di dalam kehidupan mereka dunia dan akhirat. Kepentingan kembali kepada dua sumber rujukan ini amat penting untuk mengembalikan umat Islam kepada landasan yang benar setelah sekian lama hanyut di dalam kesalahan.
Yang dimaksudkan dengan maqasid umum ialah menjaga agama,nyawa,kehormatan diri,akal dan harta. Jadi difahami nas-nas tertentu berdasarkan kefahaman terhadap maqasid ini. Apa bila Islam mengharamkan dengkin dan pergaduhan,maka ia ingin menjaga maqasid menjaga nyawa,sebab semua itu akanmembawa kepada pembunuhan,maka menutup pintupintu yang boleh menghilangkan nyawa.

Saturday, 27 December 2008

Renungan Tasawuf



Berkata Imam Ibnu Ataillahرحمه الله.
رب عمر اتسعت اماده قلت أمداده, ورب عمر قليلة اماده كثيرة أمداده.
Terjemahan: kemungkinan umur yang panjang keberkatan di dalam hidup seseorang itu sedikit, dan kemungkinan umur itu pendek tetapi dilimpahi dengan keberkatan yang banyak.

Melihat kepada kata-kata imam besar ini seorang ulama tasauf yang agung ini,kita menemui kebenarannya di mana berapa ramai orang Allah berikan umurnya yang panjang tetapi tidak menggunakan umurnya yang panjang itu di jalan Allah,beribadat,belajar ,membuat aktiviti kebajikan dan seumpama denganya. Sebaliknya dia berseronok-seronok di dalam menghabiskan waktunya kemudian tidur dan makan. Di mana waktunya dengan Allah Taala, apakah dia mempersia-siakan usianya yang berharga dengan tidak melakukan apa-apa ibadah kepada Allah. Dia seperti orang yang sudah mati ketika hidup tidakmember menfaat kepada orang ,ketika mati siapapun tidak menangis diatas kematian dia.
Rugilah wahai teman-teman apabila kita tidak mampu mengurus waktu kita kea rah kebaikkan, apa yang akan kita bawa nanti pada hari kita bersendirianRrugilah umat ini hanya mahu rehat tanpa memikirkan keperluan orang lain dan mementingkan diri. Kerana rehat yang sebenar adalah disyurga.
Dunia adalahtempat kita membaja dan bekerja untuk kita mengambil untungnya di akhirat kelak.
من زرع حصد.
Terjemahan: Sesiapa yang menanam dia akan mengutip hasilnya.
Lihatlah kepada mereka mempersia-siakan umur mereka yang panjang di dalam menentang kebenaran, di mana keberkatan hidup mereka,mereka menyangka mereka melakukan kebaikan sebalik itu sangkaan mereka semata-mata.

Kalau kita melihat kepada makna yang kedua,bagaimana sesorang itu umurnya pendek tetapi keberkatan dan kurniaan Allah kepadanya melimpah-melimpah seperti hidup beratus-ratus tahun. Lihatlah Imam syafie yang hanya hidup dalam usia 51 tahun,tetapi tengok kepada jasanya yang melimpah,kita mengingati beliau sampai sekarang, Imam Nawawi meninggal pada umur 45 tahun,tetapi meninggal khazanah ilmu yang banyak kepada kita seperti hadis 40, al-azkar dan sebagainya.berkat hidup mereka.
Begitu juga dengan saidina umar abdul aziz,meninggal pada usia 41 tahun,banyak sangat perkara tajdid dilakukan,memerintah hanya lebih kurang 2 tahun,ttetapi peuh dengan keadilan dan rahmat,pemimpin kita memerintah berbelas tahun tetapi penuh dengan kezaliman hanya sedikit kebaikan. Amat berbeza golongan ini dengan ulama ulama dan pemimpin kita yang solih. Sebab itu bukanlah kehebatan itu diukur pada umur yang tetapi pada sumbangan dan jasa kita pada manusia.
Mudahan kita termasuk di dalam golongan yang diberkati Allah pada umur kita disamping dipanjangkan umur kita. Amin.

Friday, 26 December 2008

Rasuah dan Hukumannya.

Rasuah sepertimana yang didefinasikan oleh ibnu abidin alhanafi iaitu sesuatu(wang atau harta) yang diberikan oleh sesorang kepada hakim atau orang lain(seperti pegawai kerajaan)untuk menjatuhkan hukuman yang berpihak kepada dia atau mengikut kehendak pemberi wang tersebut.
Berkata guru saya dr abdul aziz azam komentar daripada definasi ibnu abiding trsebut “iatu bertujuan utuk mencapai kepada sesuatu yang tidak tepat (batil) ataupun untuk mencapai kebenaran tetapi dia mampu mencapai tujuan tersebutdengan cara bukan rasuah.
Dr aziz juga menyebutkan hadiah kepada pegawai kerajaan yang mempunyai gaji adalah haram. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas yang yang bermaksud
“Hadiah kepada pekerja-pekerja(pegawai)adalah haram”.

Pegawai ini meliputi semua jawatan bidang kerajaan seperti guru,pensyarah,bahagian imigresen pegawai polis dan seumpama dengannya. Rasuah adalah membahayakan sector ekonomi dan pembangunan sesbuah negara. Negara kita Malaysia mengalami indek rasuah yang tinggi. Sehingga yang paling jijik terdapat rasuah secara seks,ini amat sadis sekali.
Lihatlah politik,mahkamah,polis apa jua badan kerajaan rasuah amat berleluasa sehinggakan kepada sukan dan pendidikan berlaku rasuah. Apakah mereka tidak ingat kepada firman Allah yang melarang hamba-hambanya memakan makanan yang di ambil secara tidak betul. Firman Allah

يايها الذين أمنوا لا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل.
Terjemahan: Wahai-wahai orang beriman,janganlah memakan harta-harta kamu di antara kamu sekalian dengan cara yang kotor.

Rasuah adalah sifat yahudi yang diwarisi sampai sampai sekarang, malangnya ramai umat Islam yang ingin mencari kekayaan mereka menggunakan cara yang paling mudah iaitu rasuh. Bagi mereka yang mempunyai kedudukan mereka menjadikan rasuah rasuah sebagai sumber pendapatan mereka. Mereka mendapat wang dengan tanpa ada sebarang usaha,menzalimi orang lain,sebab itulah Islam haramkan,kaedah ekonomi menyatakan
المال لا يلد مالا.
Terjemahan: wang tidak menghasilkan wang dengan sendirinya.

Untuk memperolehi wang perlu dengan menggunakan tenaga dan kerahan tenaga,tapi umat islam sekarang tidak peduli semua itu,yang penting kekayaan yang mereka dapat walau macam mana cara pun.
Itu kalau kita tengok dari sudut kejadian rasuah. Bagaimana pula dengan tindakan undang-undang oleh kerajaan, adakah mereka melaksanakan dengan seruis atau hanya slogan meraih simpati dan sokongan rakyat. Mungkin mereka yang paling banyak sapu duit rakyat. Sekiranya mereka ikhlas dan jujur,rasuah mesti dihapuskan daripada akar umbi,tak boleh secara sebahagian dua tiga kerat orang. Jenayah rasuah ini perlu dihapuskan secara menyeluruh baru ia mujarab.
Dan definasi rasuah perlu dibuat secara tepat agar keadilan dapat ditegakan. Subjek akhlak yang menentang rasuah perlu dihidupkan sekolah dan university. Pegawai –pegawai kerajaan perlu menjalani kursus akhlak bagi megelak rasuah. Keberanian perlu ada di dalam memerangi kes rasuah kerana kadang membabitkan keluarga dan kaum kerabat.
Di sana juga perlu diingat,pencegahan juga perlu dibuat,seperti menaikan gaji pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja yang bekerja di bawah sector kerajaan agar mereka hidup senang dan tidak terfikir mengamal rasuah. Kata syeikh Ghazali “ sukar untuk membina taqwa tanpa pakaian dan makanan”.
Rakyat perlu ada kesenangan disamping taqwa membimbing mereka agar takut. Perlaksaan takzir cara Islam mesti dilaksanakan,adakah seorang polis yang bergaji rendah terlibat rasuah dihukum dengan begitu lama,apakah ini adli, bagaimana dengan anak bininya yang memerlukan saran dapat terus hidup,apakah hukuman diletakkan mukanya diakhbar dan dipenjara beberapa seketika atau kita perlu memberi sesuatu kerja yang boleh menginsafkan dia seperti kerja kebajikan tanpa bayaran.
Ahli-ahli phycologi dan pakar kemasyarakatanperlu terlibat di dalam menetapkan hukuman yang sesuai dengan pengamal rasuah. Ini mahukan hukuman yang adil dan mentarbiyah buakan semata-semata terlalu pedih sehingga memudharatkan kerja sesorang dalam kehidupan.
Perkara ini diperbincangan jujur dan adil,semua pihak terlibat di dalam gejala menghapus rasuah. Nanti kita akan bincangkan hukum sebahagian pelajar mesir yang menyuapkan duit kepada polis apabila di saman atau kepada pegawai di airpot ketika membawa baranglebih ,insyallah. Mudahan kita diberi taufik.

Thursday, 25 December 2008

Perlaksanaan Hudud(Bahagian ke 2)

Jadi kita katakan hudud merupakan salah satu ubat yang paling mujarab untuk merawat pesakit yang sangat kronik. Kerana di dalam Islam kita mempunyai pelbagai rawatan yang susuai dengan penyakit. Kalau kita melihat kepada falsafah ciri-ciri hukuman di dalam Islam,ia tidak terlalu suka menghukum penjenayah sambil itu menyuruh penjenayah itu bertaubat melain kan di dalam keadaan yang amat perlu kepada hukuman.
Mereka yang menyatakan perlaksanaan hudud dan qisas bercanggah dengan perlembagaan,inilah kata-kata yang dangkal dan jahil terhadap tabiat sesuatu perlembagaan. Mereka mengetahui tabiat sesuatu perlembagaan ia boleh berubah dan boleh dipinda,jadi tidak ada masalah di dalam meluluskan undang-undang hudud.
Cuma di sini kita boleh timbulkan,ia melibatkan kepada sokongan penuh ahli parlimen,dan di sana terdapat banyak anggota parlimen yang bukan Islam seperti kapal singh,lim kit siang yang begitu lantang menentang hudud, kita pun tidak tahu apa yang mereka takutkan,adakah mereka penjenayah atau perompak atau suka main-main wanita yang sampai lawan sangat, atau mereka takut kepada Islam sebab mereka anti Islam atau mereka dengki kepada Islam dan sebagainya. Setiap penentangan mesti ada sebab yang logic,jangan hanya beralasankan negara ini negara secular seperti yang diishtiharkan oleh mahkamah agung. Kita mahukan perubahan,cukuplah mereka dah ada negara Cina yang tidak Islam atau negara India yang banyak buat kacau kat Islam,takkanlah menjadi kesalahan apabila umat Islam nak buat undang-undang ikut Tuhan mereka.
Kerajaan Kelantan dan Terangganu telah menyatakan orang –orang bukan Islam tidak dikenakan hudud, ini adalah logic syaire,bagaimana orang tidak sah solatnya boleh dikenakan hudud,mereka tak pergi haji,lepas tu kita nak kenakan hudud,kalau undang-undang ini dilaksanakan mereka pun terbela. Lihatlah kes-kes pembunuhan, tak dapat kerajaan selesaikan atau kurangkan,bahkan bertambah kes-kes jenayah di dalam tahap yang membimbangkan,mereka cuba mencari penyelesaian tetapi bukan penyelesaian sebaliknya mencari masalah seperti membasuh air kencing dengan air kencing bertambahlah najisnya. Marilah kita lihat dulu jangan cepat melenting,bukan teori barat menyatakan “ perlaksanaan itu membetulkan teori”,lihat dulu perlaksanaan, dan cuba tolong kami di dalam melaksanakan, orang lain bertongkat dagu yang kamu penat kenapa?
Cuma perlaksanaa hudud perlu banyak kepada keringanan agar keindahan Islam terserlah, perlu-perlu di sana pemilihan daripada mazhab-mazhab Islam yang luas walaupun melibatkan mazhab lapan atau mazhab 90 walaupun daripada syiah sekiranya bertepatan dengan maqasid.
Kajian perlu diperinci lagi supaya dhudud dijalankan di dalam ruh mudah dan cantik. Contohnya ibnu taimiyah menerima taubat seorang penzina di dalam meggugurkan kes sebat ke atasnya, mazhab hanafi di dalam kes potong tangan hanya dibenarkan 2kali pemotongan iaitu tangan kanan dan kaki kiri sekiranya berlaku kes curi berulang,dan selebihnya kalau dia mencuri lagi cukup dengan ditakzir agar dia boleh besuci dengan tangan yang tinggal. Ini diantara pendapat yang perlu diketengahkan oleh Pas.

Kalau nak bicara pasal hudud terlalu panjang ,tak sesuai disini. Cuma kita ingin katakana,sekiranya perlaksanaan hudud ini ditentang hebat pada pendapat saya,tidak mengapa ditangguhkan dahulu sehingga waktu yang sesuai kerana Nabi kita tidak mewajipkan raja najasyi ketika masuk Islam melaksanakan Islam seluruhnya ,kerana dia akan dipecat oleh rakyatnya. Di dalam kaedah kita katakan((ارتكاب أخف الضررين..
Allah hanya taklifkan benda yang kita mampu dan kita akan masuk syurga dengan kemampuan kita yang terada,inilah yang dibincangkan oleh ibnu taimiyah di dalam masalah adakah kita boleh masuk syurga walaupun kita tak dapat laksanakan islam sepenuhnya seperti raja najasyi ,insyallah kita akan masuk syurga.

Cuma selain daripada hudud dan qisas,kita juga perlu memperkemaskan undang -undang takzir yang nampak begitu lemah kerana terlalu banyak undang yang mendenda wang dan penjara kerana kita lihat kurang berkesan di dalam mengurangkan jenayah.Mungkin keadaan kita tak boleh laksana hudud lagi ,kita menuju kepada pembincangan takzir yang disepekati oleh semua rakyat Malaysia sebab kebanyakan undang-undang kita adalah takzir.
Kita juga perlu banyak menumpukan masalah melahirkan cendiakawan daripada terlalu memikirkan mengeluarkan amilin sebab ketidak seimbangan melahirkan kedua aliran ini akan melemahkan kebangkitan Islam dan gerakan Islam. Isu-isu seperti menghentam pendakwah bebas sebab dia bergerak seorang perlu dihentikan kerana tindakan dia tidak bercanggah dengan syarak kerana banyak membantu orang kenal Islam adalah pendakwah bebas ini yang dpanggil sohwah, yang berlaku kesedaran Islam secara individu jemaah dan daulah,kita amat perlukan sohwah islamiah ini agara Islam dapt berkembang dengan cepat disamping kewujudan harakah islamiyah, bagi saya, mungkin dengan para pemimpinan negara yang ingin bertaubat dan insaf di antara peluang yang besar untuk melaksanakan Islam secara syumul dan Islam akan menang tanpa pilihanaraya tetapi tanpa menafikan kepentingan pilihanraya untuk menegakkan Islam. Bukalah pintu-pintu taubat kepada pimpinan-pimpinan negara untuk bertaubat,lihatlah kepada sejarah pengislaman kerajaan monggol yang masuk islam ,selalunya rakyat yang ikut agama pemimpin,tetapi Islam mempunyai kekuatan sendiri yang mampu menarik pemerintah masuk Islam. Ini merupakan satu sejarah yang luar biasa.
Mudah-mudahan islam terus berkembang dengan luas dan kita tetap berjalan bersama islam.

Wednesday, 24 December 2008

Ibtihal (ابتهال)

Petikan daripada syair-syair Imam Yusuf Qaradawi di dalam kitabnya نفحات و لفحات.

يا من له تعنو الوجوه وتخشع ولأمره كل الخلا ئق تخشع
أعنو اليك بجبهة لم أحنها الا لوجهك ساجدا أتضرع
واليك أبسط كف ذل لم تكن يوما لغير سؤال فضلك ترفع
Terjemajahan: Wahai Tuhan bagiNya tunduk segala manusia dan takut padaNya.
Segala perintahNya, seluruh makhluk tunduk dan patuh.

Aku letakkan dahiku padaMu yang aku tidak letakkanya
Melainkan hanya kepadaMu aku tunduk dan khusyuk di dalam sujud

kepadaMu aku hamparkan kehinaan diriku di mana tidakberlaku
pada mana-mana hari ,kehinaan ini di angkat kepada orang lain untuk
meminta kelebihan dariMu.

Apabila kita merenung syair Imam,kita melihat keutuhan keimanan yang cukup tinggi dengan menyatakan segala kemulian semuanya kembali kepada Allah Taala. Segala kehinaan kembali kepada hamba. Ya Allah,hiasilah kehinaan kami ini dengan sifat-sifatMu yang tinggi dan mulia.



Tuesday, 23 December 2008

Perlaksanaan Hudud

Menjadi satu kesulitan untuk menjawab soalan yang amat jelas seperti yang diperkatakan oleh ulama:
استفسار الواضح اشكال

Terjemahan: Mempersoalkan sesuatu perkara yang jelas menjadikan sesuatu itu masalah (sukar dijawab).

Apabila timbul masalah mengenai perlaksanaan syariat khususnya hudud dan qisas,sesuatu jawapan yang mungkin agak payah untuk dijawab,sebab perlaksanaa syariat tidak bercanggah dengan akal dan reality bahkan banyak dalil yang meyokong perlaksanaan tersebut sama dalil nakli,akal,sejarah dan reality kehidupan manusia menuntut kepada perlaksanaan.

Cuma di sini saya ingin nyatakan kepada mereka yang bimbang kepada perlaksanaan hudud atau ada yangberhujjah dengan tidak ada di dalam perlembagaan jadi tak dapat di laksanakan. Kita katakan,hudud merupakan ubat yang agak pahit yang membebankan orang yang dikenakan hukuman dan dan menakutkan orang,tetapi sebaliknya ia adalah ubat yang terbaik di dalam merawat penyakit-penyakit jenayah yang sangat membimbangkan. Ia sepertimana seorang doctor yang merawat pesakit,ubat-ubat yang diberi semuanya tidak disukai oleh pesakit tambahan apabila membabitkan pembedahan yang berisiko,tetapi pesakit menerima rawatan itu dengan tabah kerana falsafah hudud adalah mendidik dan ia berperanan mencuci dosa penjenayah,kemungkinan dengan hukuman dilaksanakan keatas dia,dia menjadi ahli syurga insyallah. Berkata ulama tasawuf:

رب ذنب أدخل صاحبه الجنة.
Terjemahan: kemungkinan sesuatu dosa itu akan memasukan orang yang melakukan dosa itu kedalam syurga.

Bukanlah kata-kata ini menggalakan maksiat tetapi ia membuka pintu harapan yang tinggi kepada mereka yang bersalah mereka masih ada peluang disisi untuk kepada dan Allah gembira dengan hambaNya yang bertaubat seperti mana seorang ibu kehilangan anak kemudian dia menjumpai.

Perlaksanaa hudud bukanlah mudah untuk dilaksankan seperti digambarkan oleh sesorang,ia berhajat kepada syarat yang ketat dan ia bersesuaian dengan hukuman yang besifat keras dan jenayah yang begitu kejam dan berat.

Contohnya zina ia berhajat kepada 4 orang saksi yang adil, dan mungkin perlaksanaan ini amat sukar,kerana kerjaorang islam nak pergi mengendap dan perlakuan zina itu betul-betul nampak kemaluan lelaki itu masuk kedalam kemaluan wanita dengan sebenar-benar masuk.ini sukar kerana berdasarkan tabiat sifat manusia yang muslim dan adil tidak pergi mengendap orang berzina melainkan syarat ini diletakkan menunjukkan masyarakat umat manusia ini akan hancur apabila orang mula berzina ditepi jalan dan semua orang nampak tanpa ada segan malu daripada pelakuan mereka,ketika itu mungkin penyaksian diterima.

Dan sejarah membuktikan bahawa tak ada kes zina yang sabit secara saksi yang ada sabit secara pengakuan,maka perlaksanaan secara pengakuan itu boleh dilaksanakan.

Cuma diingatkan Islam tetap menggalakan orang yang melakukan zina menyembunyikan perbuatan tersebut dan bertaubat kepada Allah.

Mungkin orang bertanya bagaimana kalau pasangan ditangkap berdua-dua dalam keadaan bogel,dan air mani pun ada dibadan atau di atas katil apakah tidak boleh didakwa dibawah hukum zina atau percubaan berzina. Jawapannya tidak boleh kerana ia tidak pasti mungkin mereka hanya beronani atau sebagainya dan hudud gugur dengan ada syubhat, dan kes ini hanya disabitkan dibawah kes kahlwat dan dikenakan hukuman takzir tidak bolehdikenakan hudud. Juga sebagai peringatan,bagi pendapat saya,soalan di mahkamah seperti percubaan berzina atau adakah kamu berzina itu soalan yang tidak syarie kerana apabila mereka ditangkap mereka ditangkap atas khalwat,tak boleh ditanya,adakah kamu pernah berzina atau ada niat berzina. Soalan sebegini tak boleh ditanya,sebab akan membongkar rahsia yang tersembunyi seperti mana membongkar mayat di dalam kubur.

Ini adalah akhlak Islam. Cuba kita lihat kes curi memang susah untuk nak buktikan kes kecuriaan,tapi kita lihat disana undang-undang takzir yang boleh mengurang kes jenayah ini,mungkin dengan bantuan dna yang sedia ada dan timbul rasa syak terhadap sesorang situ kerana dia ada rekod jenayah yang banyak. Cuma kitakan,di arab Saudi pada zaman pertengahan 1900 zaman 60 an,selama 20 tahun terdapat 16 kes potong tangan saja yang berlaku ini menunjukkan kebersihan masyarakat apabila hudud dilaksanakan. Hudud tidak akan menghilangkan jenayah tetapi mengurangkan jenayah sampai ketahap yang tidak menakutkan sebab jenayah adalah penyakit,dan penyakit sentiasa wujud. Cuma apakah ubat yang sesuai untuk rawatan.(kita sambung nanti).






Monday, 22 December 2008

Renungan Tasawuf.


Berkata Imam Harith Al-Muhasibi.رحمه الله.
تواضع للحق واخضع له وأدم ذكر الله تنل قربه .
Terjemahan: Tunduk dan patuhlah kepada kebenaran,sentiasalah mengingati Allah nescaya kamu dekat denganNya.
Kalam ini merupakan kata-kata hikmat seorang ulama tasawuf yang terkenal iaitu Imam Harith al Muhasibi di dalam kitabnya Risalatulmustasyidin. Bagaimana Imam ini memperkenalkan kaedah kepada kita untuk berinteraksi dengan kebenaran dan bagaimana cara untuk mencapai darjat disisi Allah Taala.
Kalam memperjelaskan kepada kita tabiat kebenaran iaitu ia tidak boleh dikalahkan atau ditundukkan kerana ia bersifat tinggi. Ini kerana kebenaran ini ia tidak akan berubah walaupun berlaku perubahan masa dan zaman,walaupun seorang itu besar pangkat dan kedudukannya,tetapi dihadapan kebenaran dia terpaksa tunduk dan menerima.
Walaupun disana kata-kata palsu lebih kuat dipersembahkan daripada kebenaran tetapi kebenaran pasti akan menang. Berkata penyair arab.
“ Apabila datang Musa dan tongkat Baginda
Maka tewaslah ahli sihir dan sihir”.
Sekiranya kita memahami kalam Imam ini dengan tepat,banyak keadaan umat manusia boleh berubah khususnya umat Islam. Kerana kita melihat banyak di kalangan manusia ingkar terhadap kebenaran akhirnya membawa dirinya kepada kehancuran. Lihatlah kerajaan,masyarkat dan sebagainya yang menolak kebenaran apakah yang berlaku tehadap mereka?
Mungkin kita tertanya,menerima kebenaran ini susah tambahan lagi kalau ia datang daripada orang bawahan kita, kita menyatakan ia perlu kepada mujahadah nafsu dan membuang ego,jadikan syiar seorang ulama yang berkata
لأن أكون ذنبا في الحق أحب الي من أن أكون رأسا في الباطل.
Terjemahan: Sesungguhnya menjadi orang bawahan di dalam kebenaran itu lebih aku sukai daripada menjadi ketua di dalam kebatilan.

Sesungguhnya menerima kebenaran itu tidak menjatuhkan martabat seseorang bahkan menngangkat darjatnya.
Mungkin di dalam menerima kebenara itu pahit di hati dan berat maka Imam menyuruh kita agar ingat kepada Allah dan selalu berzikir kepadanya agar kita mencapai darjat yang tinggi disisinya. Memperlihatkan diri dengan sifat-sifat yang lemah kerana siapa yang menyiapkan dirinya dengan sifat hamba Allah akan kurniakan pertolongan daripada sifat-sifatNya. Wallah A’lam.
Keutamaan Ilmu ke atas Imu(Fikh Aulawiyat).

Di sini Imam membincangkan satu qaedah yang sangat penting iaitu seseorang perlu mendalami ilmu agar dia dapat mempraktikan amalan dengan tepat. Berapa ramai orang yang beramal tanpa ilmu akhirnya merosakkan diri dia. Berkata Imam Hasan Al Basri “ Belajarlah jangan sampai merosakan ibadat, beramalah jangan sampai merosakan ilmu”.
Kalau kita melihat dari sudut remaja yang kekurangan ilmu,banyak pemyakit yang menimpa mereka,contohnya banyak dan mengeluarkan fatwa yang berbahya di mana mereka bukan golongan yang layak member fatwa,menfasik dan mengkafirkan orang, kasar ketika berdakwah dan sebagainya. Kita tahu mereka ini golongan yang yang ikhlas tetapi mereka ini kekurangan ilmu yang menyebabkan mereka menjadi extrem dan pelampau,sekiranya mereka bersabar dalam menuntut ilmu dan bercakap sekadar mana yang perlu dan ilmu yang ada tanpa ada sikap melulu pasti mereka tidak menjadi extrem.
Imam Qaradawi member satu jawapan terhadap punca pelampauan remaja muslim ialah mereka tidak duduk belajar dengan ulama yang jujur dan hanya membaca buku sendiri,mereka membaca dan memahami isi kandungan dengan akal mereka itu.
Sebab itulah para pendakwah perlu melengkap ilmu dengan sebanyak mungkin agar mampu menyampaikan Islam dengan baik dan tepat. Kalau inginkan secara detail ilmu- ilmu yang perlu dipelajari oleh pendakwah bacalah kita Imam yang bertajuk “ thaqafah daiyah”.

Ilmu Sebagai Syarat Kepimpinan>
Di dalam meletakkan diri sebagai pemimpin,perlulah sesorang itu membekal diri dengan ilmu agar dia dapat menjadi pemimpin yang adil. Ilmu yang berkaitan dengan bidang kepimpinan yang dia sandang. Ilmu inilah yang akan memeliharanya daripada kesesatan dan kesalahan ketika dia memimpin.
Malangnya ramai pemimpin yang kita lihat kurang ilmu yang patut ada,hanya gah pada pakaian dan gaya ceramah. Tetapi mempunyai akal yang pendek lidah yang panjang.(Renungan fikh aulawiyat).

Saturday, 20 December 2008

Pertemuaan Dengan Imam Qaradawi.

Di antara nikmat yang besar yang Allah kurniakan kepada seorang hambanya ialah bertemu dengan golongan solihin,apatah lagi sekiranya daripada kalangan ulama yang besar. Pada 22 ogos lepas saya diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghadiri majlis ceramah Imam Qaradawi berdekatan dengan rumah saya di qasrul aini selepas magrib. Ceramah mengenai penyatuan umat bersempena tibanya Ramadan.
Saya pernah sebutkan,saya amat bercita –cita bertemu dengan Imam ,saya hanya bertemu beliau sekadar dalam mimpi yang indah,jadi hari tersebut saya benar –benar melihat beliau dengan dekat,sempat memegang tongkat dan mencium tangan beliau,Alhamdulillah,nikmat yang sangat besar,ketika saya masuk ke dalam dewan bersama rakan-rakan,saya katakana pada adinda saya ustaz Firdaus,ana macam mimpi ni tengok syiekh Qaradawi,macam tak percaya.
Saya memang nak bertemu dengan Imam sejak umur saya 18 tahun lagi,selalu saya mencari berita beliau di mesir,kalau-kalau beliau di sini,tetapi apa yang Allah tetapkan itulah yang terbaik pada hari jumaat 22 ogos 2008 dapat bertemu dengan beliau. Hampir 9 tahun saya menunggu detik ini yang indah ini. Saya amat mengetahui jutaan umat islam yang menyintai Imam yang besar ini, Cuma tangan dan hatiku ngin turut serta di dalam menyatakan cinta padanya.
Mudah-mudahan aku dipertemukan lagi dengan Imam yang agung ini. Amin.

Wednesday, 17 December 2008

Manhaj Wasatiyah(Moderat).


Pada setiap zaman berlaku pertembungan di antara aliran yang syadid(ketat) di dalam hukum hakam dan golongan liberal yang tidak mempedulikan hukum hakam. Kedua-dua aliran ini tidak bertepatan dengan manhaj dan tabiat Islam.
Maka di sana terdapat manhaj yang diidamkan iaitu manhaj wasatiyah yang merupakan ciri-ciri utama Islam dan sifat utama umat ini,firman Allah yang bermaksud.
“ Dan demikianlah Kami jadikan kamu umat yang seimbang”. Al Baqarah
Ayat ini mencetuskan kepada kita identiti kita yang sebenar,kita adalah umat yang seimbang di antara dunia dan akhirat,ruh dan jasad,ilmu dan amal,idea dan realiti mengambil yang baik daripada umat terdahulu dan mengambil menfaat daripada umat sekarang walaupun ia datang daripada barat asalkan tidak bercanggah dengan usul Islam.
Imam Qaradawi mendefinasikan wasatiyah dengan kesimbangan di antara dua sudut yang berlawanan sehingga tidak salah satunya mengambil hak yang lain.
Kalau kita lihat defenasi dari segi bahasa, wasatiyah bererti pertengahan,kebaikan dan kekuatan. Jadi wasatiyah ini mempunyai makna-makna yang mulia yang sesuai dengan umat ini. Insyallah seleas ini kita akan sebutkan tanda-tanda dan sifat-sifat istimewa bagi wasatiyah yang mempunyai 30 ma’lim atau cirri seperti yang di asaskan oleh Imam Qaradawi.

Tuesday, 16 December 2008

Fikh Aulawiyat.
Fikh Aulawiyat merupakan satu topic yang sering dibincangkan oleh orang ramai.Sebab dengan memahami perkara ini banyak faedah yang dapat diperolehi dan perjalanan sesorang itu dapat berjalan dengan sempurna dan baik.

Imam Qaradawi telah menulis satu kitab yang begitu bernilai tentang fikh aulawiyat sebab dia melihat kecacatan berlaku pada umat islam itu sendiri yang kehilangan kefahaman fikh aulawiyat dan para daie juga turut terjebak kepada gejala ini, ini meyebabkan banyak masalah berlaku ketika berdakwah disebabkan ketidakfahaman terhadap topic ini.

Melihat kepada definasi fikh aulawiyat bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya ,sesuatuyang patut diawalkan jangan dilewatkan , sesuatu yang patut dilewatkan jangan diawalkan.

Fikh aulawiyat ini merangkumi semua aspek,ibadah muamalat politik ,dakwah dan sebagainya,khususnya kepada ulama dan pendakwah mereka harus memahami konsep ini dengan baik agar setiap tindakan mereka mendapat natijah yang baik..
Beberapa contoh fikh aulawiyat yang harus diketahui.

1:Mendahulukan kualiti keatas kuantiti.
Melihat kepada kaedah ini,berapa ramai golongan yang terlalu mengabaikan kualiti dan mengutamakan kuantiti dan hasilnya ia tidak membuahkan natijah yang membanggakan. Kalau kita melihat dimalaysia khususnya,banyak sekolah-sekolah agama didirikan tanpa memikirkan kualiti pelaksanaan sekolah-sekolah tersebut,hasilnya ia tidak mendatangkan natijah yang baik sebab sekolah agama berdiri di atas bantuan orang ramai,apabila terlalu banyak sekolah ,duit yang didermakan tidaklah begitu banyak,sekiranya difokuskan kepada sekolah tertentu dan dibelanjakan wang kepada sekolah-sekolah yang mempunyai potensi adalah lebih baik,banyak perkara yang boleh dilakukan, tetapi malangnya menjadi perlumbaan di dalam membina sekolah atau pusat-pusat pendidikan swasta tetapi tidak mempunyai guru-guru yang berpotensi yang cemerlang..

Begitu juga dengan projek pembangunan yang pesat,banyak projek yang membazir yang tidak sesuai dengan rakyat,sedangkan kualiti pembangunan yang dilakukan tidak memberi faedah yang banyak kepada rakyat,cuba tengok dikedah buat starwalk dibuat macam bukit bintang,dahlah orang kedah tak kaya mana,kalau orang tengok pun nak tergelak,jadi kadang-kadang melakukan pembangunan kerana nak habiskan peruntukan sahaja ini yang menyedihkan.(insyaallah lepas ini kita sambung,sory dah lama tak update,mudahan kita akan selalu tulis,jangan marah,tulisan ini adalah renungan saya terhadap buku fikh aulawiyat)