Sunday, 16 May 2010

Dakwah Perubatan

Dakwah Perubatan
Dakwah merupakan amalan yang paling mulia kerana ia merupakan warisan para Ambiya.
Kejayaan dakwah bergantung kepada pembawanya danmethod dakwah yang berjaya. Dan dakwah ini luas skopnya. Kita mahu dakwah ini diluakan konsepnya dan peranannya bukan setakat kepada orang yang belajar agama dan tempatnya di masjid sahaja. Kita mahu dakwah disebarkan dimerata tempat agar Islam tersebar diserata kawasan dengan luas dan mudah.
Perubatan pula salah satu ilmu sains yang mulia di mana ia di antara ilmu-ilmu yang sukar dipelajari dan berhajat kepada pelajar yang pintar dan rajin. Maka ilmu ini di anggap mulia dan dituntut untuk dipelajari.
Maka alangkah indahnya kalau digabungkan dakwah dan ilmu perubatan menjadikan kecantikan itu bertambah cantik.
Bagi saya,doctor mempunyai peranan yang besar di dalam dakwah Islamiah samada dalam bentuk menyedarkan pesakit tentang ibadah,mengingatkan diri kepada Allah,berdakwah kepada orang bukan Islam dan banyak lagi.
Dan di sini saya ingin menyebutkan beberapa perkara yang berkaitan dengan dakwah perubatan dan akhlak-akhlak yang perlu dihiasi oleh ahli perubatan.
Pertama: Doktor Atau Pembantu Ahli Perubatan Perlu Menyemaikan Akidah Dan Cinta Kepada Allah Taala Dikalangan Pesakit.
Di sini kita nampak peranan doctor atau pembantunya terserlah apabila di dalam keadaan seseorang lemah keyakinannya atau semangatnya ,seseorang doctor itu boleh mengambil kesempatan untuk menanam akidah yang kuat di dalam hatinya. Doctor bukan setakat memberi ubat bahkan dia membina akidah yang kuat kepada para pesakit apatahlagi sekiranya pesakit itu adalah kanak-kanak. Yang sangat
penting,setiap kali tindakan yang dibuat oleh doctor,jangan lupa membaca bismillah kerana ia usulkepada semua kebaikan dan ia mampu membantu setiap tindak tandukdoctor dalam masa yang sama ia menunjukkan satu contoh yang baik kepada pesakit bahawa doctor hanya mampu merawat dengan izin Allah Taala.
Kedua: Membina Kesedaran Ibadah Di kalangan Pesakit
Para ahli perubatan bertanggungjawab bagi memastikan setiap pesakit yang berada dihospital sentiasa menunaikan solat melainkan di dalam keuzuran seperti koma, ini merupakan satu perkara yang pentingkerana kita tidak mahu ahli perubatan menjadi doctor semata-semata sebaliknya dia perlu menjadi
pendakwah yang berperanan mengajak orang beribadat kepadas Allah. Pihak hospital juga perlumenyediakan peralatan untuk pesakit-pesakit untuk menunaikan solat, bagi saya kewujudan pegawai agama di dalam hospital-hospital perlu diwujudkan untuk membantu pesakit-pesakit menunaikan ibadat yang kita lihat USM Kelantan.
Sekiranya ahli perubatan berjaya melaksanakan tugas ini, mereka telah menyelamatkan orang ramai daripada murka Allah Taala, bahkan mereka membawa kepada hubungan kuat dengan Allah,
tatkala mereka sakit pun ,mereka perlu berinteraksi dengan Allah. Betapa cantiknya suasana ini.
(Bersambung)

2 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.

Subhanallah.. Terima kasih ustaz fawwaz. Saya kira ini satu panduan dan pedoman yang sangat baik untuk saya selaku pelajar perubatan.

Semoga ustaz diberi kelapangan untuk terus menulis berkaitan perkara ini. Pelbagai manfaat dan faedah akan diperoleh oleh pelajar-pelajar perubatan dalam membentuk "muslim doctor". InsyaAllah...


SELAMAT BERJUANG DI MALAYSIA



/

Yunalia said...

Ustaz, saya mohon izin copy dan siarkan di blog saya. akan saya masukkan juga link ke sini.

jzk