Wednesday 8 April 2009

Keikhlasan Punca Kekuatan

Aku merenung kehidupan ini yang penuh dengan pertukaran zaman,kadang kita merasa kuat,kadang kita merasa lemah. Kita ingin mencari satu punca kekuatan kehidupan kita untuk meneruskan perjuangan hidup. Kadang kita hidup dipuji kadang kita dikutuk. Kadang kita hidupa dihargai,kadang-kadang kita rasa tidak dihargai walaupun perasaan kita merasakan kita berkorban untuk orang, tetapi kita merasa sebaliknya diri tidak dihargai.
Apabila kita melakukan kebaikan kepada orang, perasaan kita selalu mengharapkan orang terima kasih,sekiranya orang tidak berterima kasih kepada kita, kita akan kecewa dan lemah. Memang manusia mudah lupa kepada kebaikan orang tetapi payah melupai kesalahan orang.
Tetapi apakah kita harus hidup berterusan sedemikian,mengharapkan diri dikasihi,dihormati,diberi penghargaan dan pujian. Sampai bila? Apakah kita hendak berterusan sebegini, bersemangat apabila dihargai dan duji. Apakah kita hendak menunggu ucapan terima kasih orang kepada apabila kita melalukan kebaikan. Tidak,jangan kita berterusan sedemikian,marilah kita megubah diri kita untuk mencari penyelesian di dalam krisis ini. Krisis inginkan kebanggaan,pujian dan penghargaan. Sebab ia akan melemahkan semangat kita untuk menyumbang kepada masyarakat. Biarkan mereka tidak menghargai diri kita,tetapi kita mempunyai satu perkara yang dipanggil ikhlas,nilai yang cukup tinggi untuk dijadikan pemangkin yang kuat di di dalam meneruskan sumbangan dan kehidupan.
Kita janganlah melihat apa yang kita lakukan,tetapilah lihat kepuasan yang kita sumbangkan. Kalau kita sebagai seorang guru ,kita kan merasa seronok apabila kita dapat membuang kejahilandaripada orang ramai. Jangan menunggu ucapan terima kasih mereka,kerana ini akan menggangu pemikiran kita dan akan mengurangkan kualiti sumbangan kita. Sebaliknya mencari keredhaan Allah itu lebih penting untuk mendapat pujian dan terima kasih daripada orang. Kalau kita sebagai pemimpin,jangan tunggu ucapan terima kasih ahli kepada kita untuk kita membantu ahli-ahli kita. Sebaliknya kita membantuk ahli-ahli kita sebagai satu tanggungjawab dan ibadat kepada Allah.
Sesungguhnya keikhlasan itu akan member diri kita semangat juang yang tinggi untuk meneruskan kerja kita,sebab melihat dan mengaharap apa-apa daripada makhluk, sebaliknya kita mengharapkan reda darada Allah.
Keiklasan ini akan menjadikan kita tenang jiwa dan istiqamah walaupun dalam keadaan sebagaimanapun, di atas atau dibawah. Kita tetap sama saja begitu juga kita kita dipuji dan dicaci, kita tetap dengan agenda yang baik.
Kita akan menghadapi krisis jiwa yang kosong sekiranya kita tidak berjaya memperolehi sifat ikhlas di dalam diri kita. Kita akan terawang-awang dan bersedih apabila kita kehilangan sifat ikhlas.
Pada renungan hamba Allah yang lemah ini,tidak ada penyelamat kepada jiwa yang lemah ini melainkan ia mencari satu sifat yang mulia ini iaitu ikhlas untuk dijadikan sebagai pencetus kepada kehidupannya. Waallah alam.

No comments: