Monday 5 January 2009

Kepentingan Mempelajari Ilmu Usul Fikh

Ilmu Usul adalah ilmu yang berperanan sebagai qanun atau method di dalam mengeluarkan hukum –hukum berlandaskan dalil- dalil yang muktabar. Ilmu ini amat istimewa kerana menggabungkan dua unsur yang penting di dalam mencari kebenaran iaitu nakal dan akal. Kedua-dua ini adalah cahaya yang dapat menerangi manusia kepada Allah dan kebenaran.
Ilmu usul merupakan ilmu yang amat penting bagi ulama syarie bagi menjadikan seorang berfikiran luas dan sentiasa bergerak mengikut manhaj. Ilmu usul ini mula disusun oleh Imam syafie kemudian diikuti oleh ulama ulama yang besar seperti qadhi abu bakar al-baqillani,imam haramain, imam abu Husain al basri,imam ghazali sehingga kini masih lagi ulama kita menulis kitab-kitab usul untuk memudahkan pelajar memahami dan mempelajari
Ilmu usul ini mempunyai beberapa faedah untuk mujtahid,alim dan muqallid.
Bagi mujtahid dia mampu untuk mengeluarkan hukum daripada qaedah-qaedah usul meliputi semua huku yang lama dan baru yang tidak dibincangkan oleh ulama lagi. Bagi seorang alim pula dia menimbang pendapat-pendapat ulama seterus mentarjih diantara pendapat-pendapat ulama tersebuat pendapat mana yang lebih kuat dari sudut dalil dan dekat kepada maqasid syarie. Bagi muqallid pula dia mampu mengetahui bagaimana seorang mujtahid itu mengeluarkan hukum dan dia berani tenang dan yakin apa yang dikatakan oleh mujtahid.

Ilmu usul ini perlu diambil berat oleh semua pelajar ilmu Islam,terdapat sebahagian pelajar tidak berminat dengan ilmu usul kerana dia tidak tahu faedah tentang mempelajarinya dan merasakan susah untuk memahaminya, dia lebih berminat membaca buku-buku fikh tasauf hadis dan sebagainya lalu dia meninggalkan ilmu yang paling baginya bagi membentuk dia menjadi yang alim yang kreatif. Percayalah,tanpa mempelajari ilmu usul ini,seorang ulama itu tidak akan kreatif yang hanya menjadi alim kitab sahaja,dia tidak mampu bergerak untuk menyelesaikan masalah masyarak dengan efektif kerana dia tidak mempunyai senjata ulama, ilmu usul merupakan senjata utama ulama.
Untuk di ketahui, ilmu usul mempunyai hubungan yang kuat dengan ilmu bahasa,ilmu sains kemasyarakatan dan ilmu-ilmu Islam yang lain seperti ilmu tafsir dan ilmu hadis. Cuba lihat perbincangan ulama usul di dalam bahasa,contohnya di dalam kefahaman perkataan fiil amarمعاني صيغة الامر,ia mempunyai belasan makna sahaja di dalam ilmu bahasa balaghah, tetapi di dalam ilmu usul fikh ulama mampu untuk membawa hampir kepada 35 makna seperti yang disebutkan oleh imam zarkasyi di dalam albahrulmuhit. Perbahasan alfaz begitu mendapat perhatian di dalam ilmu usul, dengan mempelajarinya menyebabkan akal sesorang alim itu sentiasa kretif dan aktif.
Begitu juga dengan ilmu kemasyarakatan, kaedah sabru wataqsim dan istiqrak amat penting di dalam ilmu kemasyarakatn bagi menganalisa sesuatu kejadian yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Di sini saya mengajak para pelajar ilmu islam agar mendalami ilmu dan dan mengaktifkannya dengan ilmu fikh agar kedua-dua ilmu ini berjalan dengan seiringan seperti mana yang dituntut. Waallah a’lam.

2 comments:

flare prominence said...

tp, ilmu usul fiqh bukan senang utk difahami..

flare prominence said...
This comment has been removed by the author.