Permasalahan hukum memberi salama kepada bukan Islam dan menjawab salam daripada mereka adalah masalah yang sering membuat orang Islam tertanya,adakah boleh kita sebagai orang Islam memberi salam kepada bukan Islam.
Ini kerana terdapat hadis yang sohih melarang kita memulakan salam kepada ahli kitab. Maka ia menjadi umum kepada semua orang bukan Islam kita tidak boleh memberi salam kepada mereka. Hadis ini ada sebabnya yang kita huraikan insyaallah.
Imam Al Qaradawi telah membincangkan perkara ini di dalam kitabnya yang bernilai Fikh Jihad begitu juga dengan Professor Dr Saadudin Hilali di dalam kitabnya Huququl Insan secara jelas yang boleh melegakan hati kita.
Imam Al-Qaradawi menyatakan bahawa sekumpulan ulama salaf berpendapat bahawa harus memberi salam kepada orang bukan Islam. Mereka berhujjah dengan beberpa ayat Al-Quran:
1: Terjemahan: Allah tidak melarang kamu kalian berbakti kepada mereka yang tidak memerangi dan tidak mengeluarkan kamu kalian daripada rumah-rumah kamu. Al- Muntahanah ayat8.
Di antara melakukan kebaikan adalah memberi salam kepada mereka.
2: terjemahan: (kata-kata Nabi Ibrahim kepada ayahnya walaupun dia kafir)
Selamatlah ke atas kamu, aku akan meminta ampun kepada Tuhanku untuk kamu. Maryam ayat47.
Imam Al-Qurtubi menyebutkan nama beberapa ulama salaf yang membolehkan memberi salam kepada non muslim. Di anataranya Ibnu Mas,ud,Hasan Al Basri, Nakahei, dan Umar Abdul Aziz.
Ibnu Hajar Al-asqalani menyebutkan di dalam kitabnya FathulBari bahawa Abu Umamah dan Ibnu Uyainah berpendapat sedemikian.
Abu Umamah berkata: Sesunguhnya Allah Taala menjadikan salam ini adalah untuk tahiyah(sambutan) kepada kita dan keamanan kepada orang bukan Islam(zimmi).
Adapun hadis yang melarang kita memberi salam,mengikut Imam Qaradawi,ia terbatas pada hari-hari peperangan sahaja. Ini kita boleh ketahui dengan meneliti keadaan hadis ini di mana Nabi ingin menuju ketempat yahudi, Nabi berkata “ Aku akan pergi menunggang esok menuju kegolongan yahudi,jangan mulakan mereka dengan salam”
Kalau kita perhatikan kata-kata Nabi, ini berlaku kerana Nabi ingin menghukum mereka kerana mengkhianati Nabi di dalam peperangan Azhab.
Memberi salam ini lebih diharuskan apabila bertemu dengan sanak saudara atau sahabat handai. Begitu sekiranya pengucapan bukan dengan salam oleh kita kepada bukan Islam seperti Sobahulkhair ia tidak menjadi masalah aau dalam bahasa kita selamat pagi.
dalam masa yang sama,hukum menjawab salam juga harus sekiranya golongan bukan Islam menyebut kalimah assalamualaikum sepertimana yang dinyatakan oleh Ibnu Al-Qayyim dan Imam Qaradawi.kalau mereka menyebut assamualaikum, cukup dengan menjawab alaikum
Melihat kepada keadaan negara kita, saya merasakan ucapan memberi salam termasuk kepada bukan Islam adalah perkara yang patut digalakkan selagi mana ia memberi kemesraan kepada mereka,kerana Islam ini adalah agama untuk semua,Allah ini Tuhan alam semesta bukan Tuhan orang-orang Islam sahaja. Wallah a’lam.
Fauwaz Fadzil Noor
MasyaAllah, bagus entri ni. Syukran.
ReplyDeleteLIKE ... ^_^
ReplyDeleteilmu baru..
ReplyDeletekerana saya tak pernah menjawab salam teman temanku..
sebelum ini tak pasti apa hukumnya..
We're ready to throw some more events for everyone out there. After many months of trying to gain the "mapletip" handler for twitter, we have finally gotten it! Now, we will spread the love with you.-nice Miu Miu scarves
ReplyDeletesalam anata sesama muslim aja sudah aga luntur , tolong buatin artikel supaya orang terus menumbuhkan budaya salam
ReplyDeleteAssalam, minta kebenaran nak share :)
ReplyDelete