Tuesday, 16 March 2010

Ilmu

Semalam aku menyampaikan pengajian di masjid Usamah di wangsa maju. Tajuk berkenaan dengan keutamaan ilmu ke atas amal. Di dalam pengajian aku membahaskan tentang ilmu dan pembahagian ilmu.

Ilmu adalah merupakan imam kepada amal. Ilmu menjadikan kita mengenal hak dan batil, halal dan haram. Sebab itu Islam mewajipkan kita mempelajari ilmu samada lelaki atau perempuan. Cuma di sini kita ingin menyebutkan pembahagian ilmu kepada fardu dan fardu terbahagi kepada dua iaitu fardu ain dan fardu kifayah, ilmu juga terbahagi kepada sunah,harus,makruh dan haram.
Kita sebutkan dahulu ilmu-ilmu fardu ain yang wajip dipelajari oleh setiap orang muslim yang mukallaf.

Pertama: ilmu yang berkaitan dengan akidah, wajip bagi setiap orang mempelajari akidah sehinggakan iman menjadi kuat, cukuplaah dia mempelajari buku2 akidah yang simple yang terikat dengan Al quran, tidak perlu dia mendalami ilmu2 kalam yang hanya sesuai dengan golongan ulama, orang2 awam cukup dengan belajar akidah daripada yang simple yang diikatkan dengan Al quran, seperti buku kecil Imam qaradawi bertajuk wujud nya Allah dan Tauhid, tetapi tidak lah wajip dia mengetahui istilah tauhid rububiyah atau uluhiyah dan sebagainya itu adalah istilah sahaja, yang paling dia berimaN dengan Allah dengan keesaanNya dan segala sifat yang ada di dalam Al quraan dan hadis2 yang sohih

Kedua: mempelajari ilmu 2 fekah seperti bersuci,solat ,puasa dan sebagainya dengan kadar melepaskan dia daripada tanggungjawab ibadat tersebut. Di sana juga perkara yang menjadi fardu ain ke atas seseorang tetapi tidak menjadi wajib kepada orang lain ,seperti seorang dokor,dia wajip mempelajari hukum2 yang berkaitan dnegan adab2 pengamal perubatan dimana orang lain tidak wajip, begitu uga dengan peniaga, dia wajip mempelajari hukum jual beli, riba dan sebagainya di mana individu bukan peniaga tidak wajib mempelajari begitulah seterusnya.

Ketiga: ilmu akhlak dan tasauf, ini wajib dipelajarioelh semua orang muslim untuk mencuci hati daripada penyakit2 hati seperti riak,sombong, ujub dan sebagainya, kalau dia tidak mempelajarinya maka hukumnya adalah berdosa, kerana penyakit2 seperti selalu menimpa orang awam ,dengan itu ilmu ini wajib dipelajari untuk mengajar kita ilmu penyuci hati dan akhlak yang mulia.

Manakala fardu kifayah pula, ilmu yang berkaitan dengan kepakaran seperti ilmu usul fikh,ilum hadis,tafsir dan seumpama denganya kerana ilmu ini berkaitan dengan umat bukan dengan individu,jadi perlu ada sebahagian golongan sanggup untuk mempelajari ilmu-ilmu ini apatah seseorang yang ada minat dan kemampuan.
Begitu juga ilmu dunia yang menjadi punca kekuatan umat Islam ia meruupakan fardu kifayah untuk dipelajari oleh umat islam bagi membangunkan umat, sekiranya ilmu2 fardu kifayah ini tidak diceburi oleh sebahagian golongan maka keseluruhan umat islam berdosa.
Insyallah selepas ini kita akan bincang lebih lanjut(dah tak larat tulis)

10 comments:

  1. ade salah ejaan ustaz.....mencacatkan sedikit pos ni...

    ape kate ustaz lantik hafzi jadi tukang pembetul....sebab rugi r sebab isi dah bes tapi kalo ade tersilap eja jadi kureng sket...hehe...

    ( komen sy ni lagi trok gune bahse sms campur bahse pasar)

    -teruskan menulis ustaz seronok bace tulisan org2 berilmu

    ReplyDelete
  2. hoho... saya boleh je jadi editor.
    tapi risau ayat yang saya betulkan tak sama dengan apa yang ustaz nak sampaikan hehehe..

    ReplyDelete
  3. salam us, maaf nak tanya sikit,
    saya tak berapa faham ayat ni,

    "ketiga: ...............kalau dia mempelajarinya maka hukumnya adalah berdosa....., "

    cam mana na?

    makasih us

    ReplyDelete
  4. salam ustaz

    terima kasih perkongsian ni,xdapat belajar ngan ustaz secara live dapat follow ikut blog pun ok la kan.

    macamana sambutan orang wangsa maju dan malaysia?
    pastu kan ustat,kalau pengajian kt masjid weekly macam ni,orang yang datang nye macamana ye?maksud saye ada orang yang memang follow pengajian macam konsep madrasah wasatiyah kt sini ke atau camne?

    terima kasih

    ReplyDelete
  5. bai ana dah perbetul dah,

    far, di sini ok, cuma mengajar saja,suasana wsatiyah sukar diwujudkan di sini, keadaan tidak mengizinkan,

    sebab tu kamu kena pulun katmesir, sana senang nak buat, pi na kelas wasatiyah kat hayu sabie,

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt,
    waa.. kesian org wangsa maju (adeih, terasa sungguh)..

    Soalan:
    Sekiranya membaca buku seperti 48 Laws of Power, buku yang mengajar bagaimana untuk bermuslihat dan cara2 beroleh kuasa, adakah ia dibenarkan?

    Jika ya, then bukan ke ia sesuatu yang akan menyebabkan sesrorg mukmin tue menjd gila kuasa..

    And jika tidak, org selalu kata, "hikmah/ilmu itu milik Islam, jadi dimana sahaja anda menjumpainya, wajiblah dikutip." (something like that..), maka bukan ke harus umat islam mengkajinya?

    maaf ustaz sekiranya saya peningkan ustaz, tp sy mmg sendiri pening...(haha..)

    -Qurratul Aini Mohamad Idris-

    ReplyDelete
  7. LOA ni sebenanya ni tak da apa sgt sebenarnya , dia meupakan satu teknik riadah akal sahaja, kadang2 berjaya,kadang tidak,
    kita al quran da sunnah ytk berjaya, untuk kemenangan ialah dengn bertaqwa dan berilmu dan byk lagi syarat,

    tidak mengapa kita ambil kebaikan dpd loa, setakat kita angan dan berharap tidak mengpa. tetapi klu kita se,ua loa saja rugi masa dan bukan semua berlaku apa yg kita inginkn, dlmi lah al quran kamu akan berjaya

    ReplyDelete
  8. LOA ni sebenanya ni tak da apa sgt sebenarnya , dia meupakan satu teknik riadah akal sahaja, kadang2 berjaya,kadang tidak,
    kita al quran da sunnah ytk berjaya, untuk kemenangan ialah dengn bertaqwa dan berilmu dan byk lagi syarat,

    tidak mengapa kita ambil kebaikan dpd loa, setakat kita angan dan berharap tidak mengpa. tetapi klu kita se,ua loa saja rugi masa dan bukan semua berlaku apa yg kita inginkn, dlmi lah al quran kamu akan berjaya

    ReplyDelete
  9. LOA ni sebenanya ni tak da apa sgt sebenarnya , dia meupakan satu teknik riadah akal sahaja, kadang2 berjaya,kadang tidak,
    kita al quran da sunnah ytk berjaya, untuk kemenangan ialah dengn bertaqwa dan berilmu dan byk lagi syarat,

    tidak mengapa kita ambil kebaikan dpd loa, setakat kita angan dan berharap tidak mengpa. tetapi klu kita se,ua loa saja rugi masa dan bukan semua berlaku apa yg kita inginkn, dlmi lah al quran kamu akan berjaya

    ReplyDelete