Monday, 29 March 2010

Kefahaman dan Beramal

Tatkala membaca ayat al Quraan di dalam surah Jumaat yang bermaksud
“ Mereka yang diberikan taurah kemudian tidak meramal dengannya seperti keldai yang membawa kitab kitab.
Ayat ini dihuraikan oelh Syed Qutub di dalam kitab tafsirnya, mengenai masalah yang besar itu kefahaman dan beramal.
Saya merasakan permasalahan kefahaman dan beramal inilah yang perlu di ambil berat oleh umat Islam agar umat kita tidak menjadi yang berilmu tetapi beramal atau beramal tanpa ilmu.
Ayat ini menunjukkan kepada menghimpunkan kitab sahaja tidak saja kalau tidak difahami kemudian diamalkan. Sesungguhnya amalan yang sempurna hasil daripada kefahaman yang sempurna.
Ini menunjukkan juga bahawa kalau kita mempunyai sekolah yang banyak atau tempat-tempat pengajian yang banyak tetapi tidak bermatlamatkan untuk belajar untuk faham dan beramal maka kita menjadi seperti orang yang memperbanyakkan keldai sahaja.
Kefahaman ini diperolehi apabila belajar dengan betul dan berfikir dengan baik maka hasil fehaman yang baik kita mampu melakukan sesuatu kerja dengan sempurna. Sesungguhnya bayang-bayang tidak dapat dibetulkan melainkan kita betulkan akal sesorang itu.
Kita sebagai umat paksi kepada dunia ini, perlu membuat tindakan segera dan perubahan terhadap pemikiran dan system-sistem yang lemah yang berhajat kepada tindakan berhikmah agar kita dapat mengejar tamadun lain.
Kita perlu memahami dunia ini dengan baik,apa keperluan semasa agar kita tidak asing daripada penduduknya, kita perlu mengenal akhirat agar kita tidak menjadi golongan yang rugi pada hari kiamat,
. Kita amat berhajat kepada manhaj yang jelas agar dapat umat Islam mencapai satau kejayaan yang cemerlang dan membina tamadun yang beriman dan maju. Manhaj ini perlu dikaji oleh cendiakawan yang ikhlas untuk Islam agar dapat manhaj yang syumul dan seimbang bagi memandu umat kemercu kejayaan.
Jenerasi muda perlu dibina kefahaman yang sohih agar mereka dapat membangun negara kita dengan agama. Sesungguhnya Al quran sentiasa membawa kita kepada kepada jalan yang terbaik. Justeru itu kita perlu mendalami alquran, maqasid di dalam Al Quran bagi memboleh kita kembali menjadi satu umat yang dihormati dan digeruni. Tidak ada cara yang lain melainkan kita mampu berinteraksi baik dengan Al Quran dalam sudut kefahaman dan beramal.

Tuesday, 16 March 2010

Ilmu

Semalam aku menyampaikan pengajian di masjid Usamah di wangsa maju. Tajuk berkenaan dengan keutamaan ilmu ke atas amal. Di dalam pengajian aku membahaskan tentang ilmu dan pembahagian ilmu.

Ilmu adalah merupakan imam kepada amal. Ilmu menjadikan kita mengenal hak dan batil, halal dan haram. Sebab itu Islam mewajipkan kita mempelajari ilmu samada lelaki atau perempuan. Cuma di sini kita ingin menyebutkan pembahagian ilmu kepada fardu dan fardu terbahagi kepada dua iaitu fardu ain dan fardu kifayah, ilmu juga terbahagi kepada sunah,harus,makruh dan haram.
Kita sebutkan dahulu ilmu-ilmu fardu ain yang wajip dipelajari oleh setiap orang muslim yang mukallaf.

Pertama: ilmu yang berkaitan dengan akidah, wajip bagi setiap orang mempelajari akidah sehinggakan iman menjadi kuat, cukuplaah dia mempelajari buku2 akidah yang simple yang terikat dengan Al quran, tidak perlu dia mendalami ilmu2 kalam yang hanya sesuai dengan golongan ulama, orang2 awam cukup dengan belajar akidah daripada yang simple yang diikatkan dengan Al quran, seperti buku kecil Imam qaradawi bertajuk wujud nya Allah dan Tauhid, tetapi tidak lah wajip dia mengetahui istilah tauhid rububiyah atau uluhiyah dan sebagainya itu adalah istilah sahaja, yang paling dia berimaN dengan Allah dengan keesaanNya dan segala sifat yang ada di dalam Al quraan dan hadis2 yang sohih

Kedua: mempelajari ilmu 2 fekah seperti bersuci,solat ,puasa dan sebagainya dengan kadar melepaskan dia daripada tanggungjawab ibadat tersebut. Di sana juga perkara yang menjadi fardu ain ke atas seseorang tetapi tidak menjadi wajib kepada orang lain ,seperti seorang dokor,dia wajip mempelajari hukum2 yang berkaitan dnegan adab2 pengamal perubatan dimana orang lain tidak wajip, begitu uga dengan peniaga, dia wajip mempelajari hukum jual beli, riba dan sebagainya di mana individu bukan peniaga tidak wajib mempelajari begitulah seterusnya.

Ketiga: ilmu akhlak dan tasauf, ini wajib dipelajarioelh semua orang muslim untuk mencuci hati daripada penyakit2 hati seperti riak,sombong, ujub dan sebagainya, kalau dia tidak mempelajarinya maka hukumnya adalah berdosa, kerana penyakit2 seperti selalu menimpa orang awam ,dengan itu ilmu ini wajib dipelajari untuk mengajar kita ilmu penyuci hati dan akhlak yang mulia.

Manakala fardu kifayah pula, ilmu yang berkaitan dengan kepakaran seperti ilmu usul fikh,ilum hadis,tafsir dan seumpama denganya kerana ilmu ini berkaitan dengan umat bukan dengan individu,jadi perlu ada sebahagian golongan sanggup untuk mempelajari ilmu-ilmu ini apatah seseorang yang ada minat dan kemampuan.
Begitu juga ilmu dunia yang menjadi punca kekuatan umat Islam ia meruupakan fardu kifayah untuk dipelajari oleh umat islam bagi membangunkan umat, sekiranya ilmu2 fardu kifayah ini tidak diceburi oleh sebahagian golongan maka keseluruhan umat islam berdosa.
Insyallah selepas ini kita akan bincang lebih lanjut(dah tak larat tulis)

Friday, 5 March 2010

Pengalaman

Sudah 2 minggu aku berada di Malaysia, suasana yang baru apabila pulang terus dari mesir. Di sini suasana orang bekerja mencari rezeki,berlainan suasana di Mesir suasana belajar. Kita boleh belajar dari pagi sampai malam. Seronok suasana ilmu di Mesir.
Disamping pada waktu malam kita boleh berbakti kepada adik2 untuk kita ajarkan kepada mereka yang dahagakan ilmu. Suasana dimesir menyeronokkan sebab kita duduk dengan student,kita boleh ngajar 2 hingga jam diselangi dengan hiwar dan munaqasyah. Di sini saya dah mula mengajar di masjid Alhamdulillah.
Tempoh yang singkat sekitar 30 hingga 40 minit berhajat kepada pengfokusan tajuk dan isi yang penting agar ceramah dapat disampaikan dengan baik. Di sini kita perlu mempelajari budaya pemikiran orang Malaysia,kebanyakkannya pekerja dan orang2 tua,kita perlu mengetahui apa yang kita perlu cakap.agar penyampaian kita mempunyai faedah dan berkesan. Masa pun kita kena punctual,tak boleh lewat sebab bila azan insyak kuliah dihentikan,kalau disambung pun mungkin 10 minit sahaja.

Aku sekarang cuba memahami suasana Malaysia dengan mengambil pengalaman daripada orang yang lebih senior daripada aku. Suasana begini berhajat ke[ada pergaulan dengan masyarakat pelbagai lapisan agar kita tahu apa yan gpatut kita cakap dan lontarkan.

Sekarang aku seronok di Malaysia,sebab aku berpeluang mengajar fikh aulawiyat di masjid usamah di wangsa maju,buku Imamku, sebulan 2 kali aku mengajar di situ,minggu pertama hari jumaat dan minggu ketiga hari selasa. Aku ingin menjadikan masjid usamah sebagai tempat permulaan kefahaman wasatiyah aku berimana dengannya.

Masyarakat diwangsa maju orang berpendidikan,jadi perlu kepada penerangan yang sesuai dengan mereka, jadi aku rasa buku ini sesuai dengan mereka, aku harap aku dapat memberi sumbangan kepada Islam dan kepada Imam Yusuf Al qaradawi dengan mengenengahkan pemikiran2 beliau kepada masyarakat Malaysia.

Aku mempunyai cita-cita untuk mengembalikan masyarakat Malaysia kepada Suasana ilmu tidak taasub,suka kepada ilmu,tidak banyak bergaduh,sebaliknya berbincang dan berdialog, mengajak kepada aliran wasatiyah, aku ingin berkhidmat kepada masyarakat umumya dan kepada pelajar-pelajar yang cintakan ilmu Islam secara khusus. Aku bercita -citaingin memberi perkhidmatan percuma kepada pelajar2 yang ingin mendalami buku2 turath dan pemikiran Imam Qaradawi sekadar yang termampu.

Aku ingin mewujudkan budaya munaqasyah dan bertanya dikalangan pelajar. Dalam masa aku juga perlu berterusan mendalami ilmu2 Islam dan Ilmu2 semasa agara penambahan ilmu berterusan dan tidak ketinggalan dari sudut tuntutan kehidupan.

Kepada adik2 di mesir, dalami ilmu dengan mendalam dan luaskan pembacaan, umat disini berhajat kepada ilmu yang sohih pemikiran yang membangunkan umat bukan ceramag semata-mata, perlu kita sebagai pelajar ilmu dan penyampai ilmu berterusan dalam menuntut ilmu dan pembacaan,gunakan masa kosong untuk membaca, jangan jadukan cuti atau apabila kita dah bekerja sebagai alasan untuk kita tidak membaca, peruntukkan lah waktu membaca walau 30 minit, kita mesti membaca dan membaca,itu adalah gaya hidup orang azhari, tidak ada halangan bagi membaca melainkan mati atau tidur. Bawalah buku dimana berada.
Sekian dulu coretan buat pagi ini(Malaysia). Untuk adik2 wasatiyah azhar dan perubatan, gandakan usaha supaya menjadi contoh kepada orang lain dalam belajar dan membaca, mudahan kita boleh markaz wasatiyah di sini. Insyaallah. Sekian dulu. Salam kasih.
Fauwaz Fadzil Noor