Wednesday, 10 February 2010

Kepulangan Yang Hampir(9)

Minggu ini aku melalui detik yang menggembirakan dan mengharukan. Iaitu yang pertama isteri telah berjaya menamatkan pengajiannya dan menerima penghargaan daripada persatuan perubatan pada hari ahad lepas.
Aku seronok pergi melihat isteri aku menerima cenderamata dan meliaht persembahan adik2, tak puas tengok persembahan adik2 macam aku nak lompat atas pentas saja nak menyanyi sekali he2. Seronok tengok faizal,shuaib shamirul, apest dan ayip, begitu mengasyikkan. Sampai aku tengok capok menyanyi sama-sama kat bawah pentas. Sungguh seronok itu.
Aku merasa seronok Aniah berjaya juga habis belajar hamper 6 tahun lebih kat sini,tak sangka dia tamat sebab masa datang baru dia tahun satu,muda sangat sekarang dah dewasa. Bagi aku (pendapat peribadi) dia adalah isteri yang baik dan melaksanakan tangungjawab dengan baik, baik terhadap ibuku,keluargaku dan sahabat2 ku. Walaupun aku muda daripadanya he2(melawak ja, tua 3 tahun daripadanya) tetapi dia matang menguruskan ruamahtangga. Azura(Aniah) tanpa mu pincang dan punahlah hidupku.
Aniah ada sinar dimatamu
Lembut hati mekarnya sayang.
Aniah lembutmu ku terbayang
Tanpa mu di sisi rindu…….
Kah2, sedap tak lagu ni he2. Apapun kenangan aku bersama niah merupakan kenangan abadi, 6 tahun bersama pelbagai cerita dan pengalaman dikutip dan diperolehi. Terima kasih menjadi isteri yang baik kepadaku.
Kemudian semalam,dua peristiwa yang mengharukan, pertama adik2 aku medic,rahman,capok,bai hafzi,juan dan farhan, telah membuat kejutan menyambut harijadiku dengan membawa kek dan makanan kerumah, aku tak pernah sangka ada juga adik2 yang plan nak sambut harijadiku. Sebab sebelum kawin, aku ni tak pernah sambut harijadi aku dengan kek, tak terbiasa sebab aku bukanlah jenis yang mengambil berat tentang harijadi seperti lelaki lain, lepas kawin barulah isteri aku buat sambut harijadi aku berdua.. Tetapi adik2 medic membuat kejutan dalam sejarah hidup aku, aku terasa disayangi he2 sejak nak balik ni,he2, terima kasih adik2 kerana menyayangi aku. Kenangan yang indah.
Malam semalam pula , aku pergi ke kelas wasatiyah kedah, tiba2 ketika aku bercakap ,hasanah-seorang pelajar dan adik yang baik meminta izin nak buat iklan apa tah, rupanya dia buat dadih nak sambut harijadi aku malam tu. Siap tulis selamat hari atas dadih ,besar pula, teringat dadih kak ca aku.
Aku terharu kerana adik2 wasatiyah kedah buat sambutan harijadi terhadap aku, aku saying adik2 wasatiyah kedah,kerana merupakan harapan aku untuk membuat perubahan pemikiran,mereka begitu komitment,member sokongan kepada aku terhadap madrasah yang dibina bersama. Banyak kenangan bersama mereka. Kalaulah kerana tidak jauh tinggal,mungkin hubungan akan lebih rapat dan perjalan majlis lebih kerap. Dalam madrasah wasatiyah, kita ada firdaus,seorang yang mempunyai pemikiran yang baik, mempunyai pengetahuan dalam bahasa arab dengan baik, merupakan pengganti aku dalam menguruskan wasatiyah untuk membantu mkkk dalam mengembangkan thaqafah.
Kita ada muhsin dan hadi,merupakan orang kuat2 wasatiyah yang memberikan sokongan padu terhadap perjalanan pengajian. Mereka ada di antara sebaik baik pembantu aku.mereka mempunyai pemikiran yang baik dan bernas yang boleh aku ambil faedah daripada aku.
Akhawat pula,kita ada hasanah, mempunyai daya penyampaian yang amat mengkagumkan,mempunyai pemikiran yang baik, intan pula seorang yang petah bercakap dan berani menyampaikan hujah. Kita juga ada asma yang merupakan orang kuat wasatiyah dan mempunyai idea yang baik. Begitu juga adik2 baru yang baru masuk semuanya mempunyai pemikiran yang baik seperti adam,faris,fazren,atiyah,aina,aisyah dan lain2.
Aku sangat merindui suasana sebegini, suasana ilmiah dan kekeluargaan,wasyatiyah kedah dan perubatan adalah amat istimewa bagi ku.
Aku mengharapkan sahabat2 dan adik2 ku meneruskan madrasah ini dan mendalami pemikiran-pemikiran tokoh wasatiyah Islam terutama pemikiran Imam Qaradawi.
Maafkan aku,wahai semua adik2ku terhadap kesilapan atau kekasaran atau kata2 yang tidak elok yang keluar daripada aku. Aku menyayangi kalian semua dan mengharapkan kasih ini dapat mendekatkan diriku kepada Allah.
Teruskan perjuangan adik2 semua. Salam dan terima kasih.
Fauwaz Fadzil Noor

10 comments:

  1. hahaha...

    3atifi dan romantik sungguh ustaz.
    Ilmu ni la yang saya lupa nk menuntut daripada ustaz hari tu hahaha

    teringin nak berpuisi tapi da azan zohor.. sambung nanti hehe

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah permudahkan jodoh abg farid. amin

    ReplyDelete
  3. kah2 hafzi,ilmu apa lah yg an abagi sgt he2, ilmu makan oklah,

    farid, kawin lah cepat he2

    ReplyDelete
  4. Yang bujang tu takyahlah fikirkan sangat indahnya hidup berumahtangga. Pikirkan indahnya hidup membujang. Kan dah kawin pikir nak bujang balik pulak. Haha.

    Apapun kawin cepat-cepat ya Farid.

    Buat Ustaz Wat yang disayangi, selamat hari jadi. Moga usia yang makin menua ni sentiasa dipandu ke arah rahmat dan redhaNya. Moga berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete
  5. Ust Fauwaz & Hafzi: InsyaAllah, tunggu~ :P

    Dr Kadir: The grass always seems greener on the other side.papepon pike masak2 n pastikan diri bersedia secukupnya :) kan ustaz? :)

    ReplyDelete
  6. Abang, thank YOU for being a good husband to me. Tanpa support Abang, I wouldn't be here. I look forward to more great years to come, spending my whole life with you. :D

    ReplyDelete
  7. ustaz,

    sangeil chuka hamnida ! [korea]

    tanjoubi omedetou ! [japan]

    ParabĂ©ns a vocĂȘ! nesta data querida muitas felicidades e muitos anos de vida ! [brazil]


    Vsechno nejlepsi k Tvym narozeninam!! [czech ]


    Bonne Fete! [French ]


    S dniom razhdjenia! or Pazdravliayu s dniom razhdjenia! [rusia]


    in short, sume tu maksudnya selamat hari jadi~~~ gagagaga

    ReplyDelete
  8. ya ka niah,abg baik dgn niah he2,alhamdulillah, insyallah nanti abg jadi baik lagi,terima kasih lah sudi kata abg ni baik he2,

    terima kasih rem dgn ucapan pelbagai bahasa maksud yg sama

    ReplyDelete
  9. subhanallah, romantik nya us, bahasa puisinya indah sekali,dong! kapan nak mengajarnya?? hehe

    us, kami ni sambut besday us pun makan kek gitu2 je.. sat lg, bila us dah jadi org besar kat mas nanti, mesti lg 'gempak' sambutan besdaynya..mesti lagi meriah~ masa tu, bukan lagi us tulis pasal besday us, orang lain plak yang tuliskan untuk us..

    masa tu, us jangan lupakan kami, ya? ^_^

    ReplyDelete