Tuesday, 23 February 2010

Ketibaan

Alhamdulillah ,ketibaaaku di Malaysia disambut oleh keluarga,amat seronok apabila bertemu keluarga,bergurau senda dan makan2.

Tapi ketika perjalanan pulang,satu preristiwa yang aku tak pernak sangka ialah,ramai adik2 dan sahabat2 menghantar pulang aku kat airpot. Aku ni bukan pemimpin atau ulama,hanyalah student biasa, aku duk fikir klu org hantar aku ni mungkin 5 6 orangg saja . sebab kewujudan dan ketiadaan aku sama saja tidak memberi kesan pada orang.

Tapi,tiba2 ramai adik2 datang ke airport untuk hantar aku dan isteri pulang,akhawat pun datang. Aku ni rasa seih dan terharu,ada juga orang sayang kat aku. Peristiwa ini menambah kepiluan aku ketika pulang ke Malaysia. Teringat wajah sahabat2 adik wasatiyah dan adik2 yang rapat dgn aku.

Ada yang bagi hadiah,tak terlintas nak dapat hadiah, betapa trharu. 9 tahun di sana meninggalkan seribu kenangan indah dan pahit, dan aku mengecapi nikmt yang indah pada penghujung aku d mesir dengan iaitu dapat merasai kasih sayang guru2ku,sahbat2ku dan adik2ku.

Masa diairport suasana begitu emosi,jarang sanagt aku nangis dan terbit air mata, air mata aku mula mengalir bila aku dakap isra, dia menangis,aku pun mula menangis, bila kat capok kami berua mengalirkan air mata, masa kat rahman lagi aku sedih sebab dia menangis, dekat ambe aku nangis sebab aku rasa dia sebak, berat aku melangkah masuk,semua orangaku peluk, kepada akhawat hanya ukirkan senyuman dan terima kasih kepada di atas kasih sayang mereka terhadap aku, ada yang tulis kisah aku dlam blog, ada yang anggap aku sebagai ayah, yang mana salah seorang mereka menganggap aku adalah org yang paling dia rapat selepas ibu dia, bagi aku satu penghargaan yang besar kepada insane yang tidak banyak menyumbang kepada mereka, sumbangan terlalu sedikit,tetapi penghargaaan itu terlalu tinnggi.

Firdau tulis surat kepada aku, surat yang begitu bermakna, tak sangka dia pandai meluahkan perasaan, muhsn pun tulis dalam blog, jadi nikmat kasih sayang ini aku rasa begitu istimewa sebab au pulang dengan tidak permusuhan dngan siapa2, mkkk pun majlis perpisahan, ini satu tanda mahabbah di antara kita semua.

Aku sayang kepada guru-guru,sahabt2 dan adik2ku. Aku inginkan hubungan ini beterusan. Biarlah sampai keakhir hayat. Hubungan akhuwah dan ilmu amat memberi kesan kepada kita sebab ia tidak mempunyaoi kepentingan duniawi. Siapalah aku untuk dijadikan bahan kepentingan kerana bukan pemimpin,bukanya,pegawai,bukan orang kaya,bukan ahli koperat atau pembesar.

Aku hanya lah student biasa,bukan lah cemerlang tapi taklah bodoh sangat, seperti seorang ulama yang menceritakan dirinya dengan menyatakan dia tidaklah cerdik sgt tetapi tak bodoh sangat.


Maka aku rasai ,nikmat ilmu dan ukhuwat adalah asas kepada persahabatn .aku pun tak mau sedih berpanjangan, tapi kadang ia tak dapat dibendung.mungkin inilah tulisan terakhir mengenai kehidupan di mesir, selepas akan kembali kepada perbahasan ilmi.

Kehidupan mesti diteruskan,jangan terlalu lama bersedih merugikan,cekallkan diri dan terus belajar tanpa ada jemu. Minta maaf keada adik2,tak mampu nak bagi hadiah kepada semua org tanda ingatan,tetapi doa dan kasih sayang saja yang mampu aku beri.

Aku mengharapkan adik2 medic dan syaraiah pergilah ngaji kat dr Yusri pada hari sabtu untuk mengubat rohani di masjid azhar.

Wahai adik2 ku.belajarlah rajin, jangan malas dan lemah daalama menuntu ilmu, kerana kamu semua memenatkan diri pada waktu muda ketika belajar kamu akan rasa seronok ketika waktu tua.

Kepada sahabat2 dan adik2 wasatiyah, doakan selalu kepada aku,insyallah kita akan betemu dimalysia. Mari kita bekerjasama perkara yang memberi faedah kepada umat islam.
Akhir kata ini nombor handphone aku kat Malaysia,contact2 aku bila adik2 balik Malaysia. 016 2635622.

Salam rindu dan kasih pada semua, maafkan segala kesilapan aku yang telah dilakukankat mesir. Wasslam(minta maaf, gambar akan disiarkan difacebook,entah bila )

Fauwaz Fadzil noor

Friday, 19 February 2010

Kepulangan

Kepulangan
Pada hari ini,aku merasa sayu sangat, dalam beberapa jam saja aku akan berangkat pulang kemalaysia,
Kepada guru-guru,rakan-rakan,adik-adik dan kekasih kekasihku, terima kasih di atas segalanya, mohon maaf dipinta. Kepada mereka yang memberi hadiah kepada dirku, aku ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada mereka.
Kepada adik2 wasatiyah, teruskan perjuangan, jangan patah semangat,doakan aku dan isteri selamat dan berjaya dimalaysia. Aku tidak akan lupakan kamu sekalian. Kenangan aku bersama kamu semua adalah sangat indah. Aku sayang pada kamu semua.
Fauwaz Fadzil Noor.

Wednesday, 10 February 2010

Kepulangan Yang Hampir(9)

Minggu ini aku melalui detik yang menggembirakan dan mengharukan. Iaitu yang pertama isteri telah berjaya menamatkan pengajiannya dan menerima penghargaan daripada persatuan perubatan pada hari ahad lepas.
Aku seronok pergi melihat isteri aku menerima cenderamata dan meliaht persembahan adik2, tak puas tengok persembahan adik2 macam aku nak lompat atas pentas saja nak menyanyi sekali he2. Seronok tengok faizal,shuaib shamirul, apest dan ayip, begitu mengasyikkan. Sampai aku tengok capok menyanyi sama-sama kat bawah pentas. Sungguh seronok itu.
Aku merasa seronok Aniah berjaya juga habis belajar hamper 6 tahun lebih kat sini,tak sangka dia tamat sebab masa datang baru dia tahun satu,muda sangat sekarang dah dewasa. Bagi aku (pendapat peribadi) dia adalah isteri yang baik dan melaksanakan tangungjawab dengan baik, baik terhadap ibuku,keluargaku dan sahabat2 ku. Walaupun aku muda daripadanya he2(melawak ja, tua 3 tahun daripadanya) tetapi dia matang menguruskan ruamahtangga. Azura(Aniah) tanpa mu pincang dan punahlah hidupku.
Aniah ada sinar dimatamu
Lembut hati mekarnya sayang.
Aniah lembutmu ku terbayang
Tanpa mu di sisi rindu…….
Kah2, sedap tak lagu ni he2. Apapun kenangan aku bersama niah merupakan kenangan abadi, 6 tahun bersama pelbagai cerita dan pengalaman dikutip dan diperolehi. Terima kasih menjadi isteri yang baik kepadaku.
Kemudian semalam,dua peristiwa yang mengharukan, pertama adik2 aku medic,rahman,capok,bai hafzi,juan dan farhan, telah membuat kejutan menyambut harijadiku dengan membawa kek dan makanan kerumah, aku tak pernah sangka ada juga adik2 yang plan nak sambut harijadiku. Sebab sebelum kawin, aku ni tak pernah sambut harijadi aku dengan kek, tak terbiasa sebab aku bukanlah jenis yang mengambil berat tentang harijadi seperti lelaki lain, lepas kawin barulah isteri aku buat sambut harijadi aku berdua.. Tetapi adik2 medic membuat kejutan dalam sejarah hidup aku, aku terasa disayangi he2 sejak nak balik ni,he2, terima kasih adik2 kerana menyayangi aku. Kenangan yang indah.
Malam semalam pula , aku pergi ke kelas wasatiyah kedah, tiba2 ketika aku bercakap ,hasanah-seorang pelajar dan adik yang baik meminta izin nak buat iklan apa tah, rupanya dia buat dadih nak sambut harijadi aku malam tu. Siap tulis selamat hari atas dadih ,besar pula, teringat dadih kak ca aku.
Aku terharu kerana adik2 wasatiyah kedah buat sambutan harijadi terhadap aku, aku saying adik2 wasatiyah kedah,kerana merupakan harapan aku untuk membuat perubahan pemikiran,mereka begitu komitment,member sokongan kepada aku terhadap madrasah yang dibina bersama. Banyak kenangan bersama mereka. Kalaulah kerana tidak jauh tinggal,mungkin hubungan akan lebih rapat dan perjalan majlis lebih kerap. Dalam madrasah wasatiyah, kita ada firdaus,seorang yang mempunyai pemikiran yang baik, mempunyai pengetahuan dalam bahasa arab dengan baik, merupakan pengganti aku dalam menguruskan wasatiyah untuk membantu mkkk dalam mengembangkan thaqafah.
Kita ada muhsin dan hadi,merupakan orang kuat2 wasatiyah yang memberikan sokongan padu terhadap perjalanan pengajian. Mereka ada di antara sebaik baik pembantu aku.mereka mempunyai pemikiran yang baik dan bernas yang boleh aku ambil faedah daripada aku.
Akhawat pula,kita ada hasanah, mempunyai daya penyampaian yang amat mengkagumkan,mempunyai pemikiran yang baik, intan pula seorang yang petah bercakap dan berani menyampaikan hujah. Kita juga ada asma yang merupakan orang kuat wasatiyah dan mempunyai idea yang baik. Begitu juga adik2 baru yang baru masuk semuanya mempunyai pemikiran yang baik seperti adam,faris,fazren,atiyah,aina,aisyah dan lain2.
Aku sangat merindui suasana sebegini, suasana ilmiah dan kekeluargaan,wasyatiyah kedah dan perubatan adalah amat istimewa bagi ku.
Aku mengharapkan sahabat2 dan adik2 ku meneruskan madrasah ini dan mendalami pemikiran-pemikiran tokoh wasatiyah Islam terutama pemikiran Imam Qaradawi.
Maafkan aku,wahai semua adik2ku terhadap kesilapan atau kekasaran atau kata2 yang tidak elok yang keluar daripada aku. Aku menyayangi kalian semua dan mengharapkan kasih ini dapat mendekatkan diriku kepada Allah.
Teruskan perjuangan adik2 semua. Salam dan terima kasih.
Fauwaz Fadzil Noor

Wednesday, 3 February 2010

Kepulangan Yang hampir(8)

Pada petang tadi lebih kurang jam 3 petang, aku bersam team kesanyangan aku al fawwaz fc telah berlawan dengan musuh ketat(bola saja) wa’dulhak perlawan terakhir bagi team aku untuk liga kaherah.alhamdulillah team aku menang 2-1, aku dan apest berjaya menjaringkan goal untuk pasukan aku, aku bermain penuh emosi pada hari ni kerana perlawanan ini adalah perlawanan terakhir aku di mesir bersama kelab kesanyangan aku af fawwaz fc.

Aku tidak sangka langsung untuk jarring gol pada hari ini, tetapi Alhamdulillah rezeki Allah bagi hari ni, aku merembat dgn kencangnya disebelah kiri goal terasa macam beckham(ayat perasan). Hari ini Aniah dan kawan2 dia ikut tgk sekali perlawanan terakhir aku, seronok bila ada isteri tgk he2.

Nak cerita bagi, sebelum team ini tertubuh,waruk dan paan datang rumah aku binacang pasal bola ni, nak tanya sam pasai nama team, aku cadang nama nuzhah. Lepas tu aku ingat depa setuju, tgk2 bila iklan nama team Al fawwaz, aik.. aku pun tak tau sebb apa diaorang nama aku.

Jadi team kami terbentuk daripada pemain-pemain seperti waruk(coach,) paan, israk, nipah,asyraf,farid,haikal,apest,afiq(aslam keluar),(rahman tak pernah main he2) kader,pikai dan aku(al faqir). Pasukan ni dah lama bermain bersama lebih kurang 4 tahun, mempunyai persefahaman yang baik di antara pemain-pemain. Bermain dengan penuh bersemangat, pada tahun lepas kami hanya memenangi 1perlawanan seri tak silap 3 dan kalah 4.

Tahun ni alhamdulilah,kami menang lima kalah 4,peningkatan yang amat membanggakan, kami punya pemain-pemain yang berkaliber,waruk pemain berskill dan creative seorang yang bersungguh dalam permainan rasa hebat beraksi bersama dia, paan penjaring utama pasukan seorang pemain berbisa bjak menjaringkan gol berjaya menghasilkan 10 gol, hebat gila, isra seorang pemain yang bertenaga,mempunyai skill ,jarang tgk dia penat,nipah pertahan yang begitu mantap, laju nak mampus, menyakat bola dan pemain tinggi lampai,acap pula pertahanan yang hebat,tenang dan bijak membaca bola.
Farid dan haikal goal keeper yanghebat berani dan tangkas. Apest pemain yang laju dan member sumbangan yang amat bermakna kepada pasukan, menjaringkan gol kemenagan untuk pasukan, kagum aku melihat dia.afiq pemain hebat,begitu canti apabila menghantar bola mcm beckham, aslam pemain yg hebat, tapi musuh baik aku telah membelinya he2, taka pa aslam anta tetap hebat.

Rahman pula tak pernah turun main,apa2 pun dia telah menyumbang untuk mengutip bola diluar padang,,penat tu, he2, kader penyerang yang tajam bijak mencari peluang untuk menharingkan goal,pikai pula peman yang berskill,bujak menghantar bola kepada penyerang. Dan aku ni hanya pemain mencukupkan padang saja, nasib baiklah coach bagi main juga.
Tahun lepas kami buat jamuan makan untuk meraikan pasukan al fawwaz di arma, makan makanan sedap2, best gila. Kalah pun kami buat sambutan keran semangat ukhuwah. Tahun ni tak sempat kut.
Tapi apa yangseronok sekali,pasukan bagaikan ahli bekerjasama untuk menang dan berjaya,sentiasa bekerjasama dalam memenangkan pasukan. Pasukann yang tidak mengasari lawan, pebh beradab bermain. Sehingga aku banyak di cantas ketika bermain refree tak bagi free kick, terutama ketika aku kami berlawan dengan wakdulhak,kerap aku jatuh akhirnya aku kena kad kuning he2(betul ayat ni waruk).
Aku ni dah tua lah kira, stamina dah berkurang, tapi semangat tu ada lagi, aku nak main lagi untuk team ni, tapi dah kena balik, aku harap team ini akan berterusan meneruskan perjuangan ini untuk lebih cemerlang.
Terlalu banyak kenangan yang indah ketika mesir, nikmat ukhuwat rasai amata bernilai yang aku sukar temui sebelum ini. Jadi team al fawwaz ini adalah di antara kenangan terindah aku di Mesir.

Kepada rakan2 pasukan, hamba ini meminta maaf kalau ada tersilap dan terkurang. Salam istimewa untuk team al fawaaz.

Fauwaz Fadzil Noor