Friday, 24 April 2009

Ustaz Hadi Dan Ustaz Nasar Gandingan Mantap

Kita bakal melihat pemilihan pimpinan baru Pas di muktamar pada bulan 6 akan datang. Melihat kepada malaysiakini ada kawasan mencalon tuk guru nik aziz sebagai calon presiden. Adakah betul laporan ini. Jawatan timbalan presiden pun ramai juga nampak pemimpin pemimpin pas yang akan dicalonkan untuk berlawan dengan untaz nasar.
Bagi hamba yang lemah ini, tetap mengharapkan siding perwakilan tetap memilih ustaz hadi dan ustaz nasar menerajui pas bagi memantapkan pas dan membawa pas ke mercu kejayaan. Apakan dengan ustaz nasar berjumpa dengan pemimpin umno dan restu dan presiden dianggap sebagai satu kesalahan. Apakah jiwa yang terbuka begitu dianggap tidak saying pada parti dan perjuangan.
Sepatutnya kita sebagai pencinta perjuangan Islam patut berasa bangga dengan sifat berani dan keterbukaan pemimpin utama pas di dalam membuat perubahan politik Malaysia yang lebih mementingkan masalah umat daripada kepentingan parti.
Bagi saya,kalau al marhum ustaz fadzil noor masih ada ,beliau pasti merestui tindakan tersebut sebab beliau adalah orang terbuka dan mempunyai jiwa yang tinggi,tidak taasub kepada parti dan sebagainya. Tetapi ustaz hadi pun dan tutup sementara isu kerajaan perpaduan sampai orang ramai faham.
Begitulah ijtihad-ijtihad politik yang dibuat oleh pemimpin utama kita yang berpandangan jauh kemudian mereka berhenti seketika sebab tidak mahu ahli-ahli memberontak dan keliru. Tetapi suatu hari nanti ahli-ahli akan faham apa yang diinginkan oleh mereka.
Tetapi pandangan sebegini hanya mampu dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai pengetahuan yang luas ilmu agama dan memahami reality kehidupan dan tuntutan umat. Mereka yang mampu mengambil faedah daripada ilmu-ilmu silam,hidup dengan zaman dan mampu merancang masa depan untuk terus membawa bahtera Islam menuju kepada kejayaan. Merak ini bagi saya adalah uztaz hadi dan ustaz nasar. Marilah kita berdoa kepada Allah Taala agar mengekal mereka berdua dan member petunjuk kepada para perwakilan untuk mengundi mereka. Amin.

7 comments:

  1. salam..saya rasa MAT SABU lebih layak sebagai timbalan

    ReplyDelete
  2. SALAM uncle wat.
    kak na suka entri wat ni. ramai dari kita sukar nak berfikir luas.
    doakan agar Allah beri petunjuk

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak na kerana menyokong hamba ini.mmg lah dari sdut sambutan mat sabu lebih baik. tetapi untuk kekuatan parti jangka masa panjang ustaz nasar mempunyai daya pemikiran yg lebih mantap. pas pelr pemikir yang sederhana dan dinamik tidak bergantung pada semanagt saja

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak na kerana menyokong hamba ini.mmg lah dari sdut sambutan mat sabu lebih baik. tetapi untuk kekuatan parti jangka masa panjang ustaz nasar mempunyai daya pemikiran yg lebih mantap. pas pelr pemikir yang sederhana dan dinamik tidak bergantung pada semanagt saja

    ReplyDelete
  5. saya tertarik dengan pendapat faisal tehrani mengenai kelayakan MAT SABU berbanding calon lain(terutama Husam Musa..saya rasa ramai tidak mahu Husam menjadi timbalan)

    http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/04/mohamad-sabu-paling-layak-untuk-jawatan.html

    ReplyDelete
  6. (mungkin karena faisal tehrani yang dikenali sebagai 'pro-iran-syiah' menyebabkan beliau pro-mat sabu yang diketahui ramai sebagai pengkagum revolusi islam iran)

    ReplyDelete
  7. ~aih~ semakin dekat dengan muktmar ni, macam2 isu plak yang keluar..
    isu ulama dan profesional plak..(harap us dapat jugak menulis utk isu ini)..

    ada yang kutuk ulama'..
    ada yang puji ulama'...
    ada yang mengagungkan golongan profesional..
    ada yang menjelaskan konsep ulama' yang sebenar, menurut ilmu dan kefahaman beliau..

    saya bagi link kat us;

    http://dzulkhairi.blogspot.com/2009/05/kita-pakat-pakat-jadi-ulama.html

    http://saifulislam.com/?p=5549

    http://drmaza.com/home/?p=605

    http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/05/konsep-kepimpinan-ulama.html

    http://rausyanfikir.com/2009/05/dilema-pas-ulama-vs-profesional-satu.html

    haa... saya ada bagi 5 link kat ustaz, pandangan orang tentang konsep ulama' ni.. saya pun macam dah pening.. kalau ustaz boleh buat khulasah, terima kasih banyak2.. (urm.. susah jugak nak buat fikir nak buat khulasah time2 exam ni..hehe)

    ReplyDelete