Monday, 22 December 2008

Renungan Tasawuf.


Berkata Imam Harith Al-Muhasibi.رحمه الله.
تواضع للحق واخضع له وأدم ذكر الله تنل قربه .
Terjemahan: Tunduk dan patuhlah kepada kebenaran,sentiasalah mengingati Allah nescaya kamu dekat denganNya.
Kalam ini merupakan kata-kata hikmat seorang ulama tasawuf yang terkenal iaitu Imam Harith al Muhasibi di dalam kitabnya Risalatulmustasyidin. Bagaimana Imam ini memperkenalkan kaedah kepada kita untuk berinteraksi dengan kebenaran dan bagaimana cara untuk mencapai darjat disisi Allah Taala.
Kalam memperjelaskan kepada kita tabiat kebenaran iaitu ia tidak boleh dikalahkan atau ditundukkan kerana ia bersifat tinggi. Ini kerana kebenaran ini ia tidak akan berubah walaupun berlaku perubahan masa dan zaman,walaupun seorang itu besar pangkat dan kedudukannya,tetapi dihadapan kebenaran dia terpaksa tunduk dan menerima.
Walaupun disana kata-kata palsu lebih kuat dipersembahkan daripada kebenaran tetapi kebenaran pasti akan menang. Berkata penyair arab.
“ Apabila datang Musa dan tongkat Baginda
Maka tewaslah ahli sihir dan sihir”.
Sekiranya kita memahami kalam Imam ini dengan tepat,banyak keadaan umat manusia boleh berubah khususnya umat Islam. Kerana kita melihat banyak di kalangan manusia ingkar terhadap kebenaran akhirnya membawa dirinya kepada kehancuran. Lihatlah kerajaan,masyarkat dan sebagainya yang menolak kebenaran apakah yang berlaku tehadap mereka?
Mungkin kita tertanya,menerima kebenaran ini susah tambahan lagi kalau ia datang daripada orang bawahan kita, kita menyatakan ia perlu kepada mujahadah nafsu dan membuang ego,jadikan syiar seorang ulama yang berkata
لأن أكون ذنبا في الحق أحب الي من أن أكون رأسا في الباطل.
Terjemahan: Sesungguhnya menjadi orang bawahan di dalam kebenaran itu lebih aku sukai daripada menjadi ketua di dalam kebatilan.

Sesungguhnya menerima kebenaran itu tidak menjatuhkan martabat seseorang bahkan menngangkat darjatnya.
Mungkin di dalam menerima kebenara itu pahit di hati dan berat maka Imam menyuruh kita agar ingat kepada Allah dan selalu berzikir kepadanya agar kita mencapai darjat yang tinggi disisinya. Memperlihatkan diri dengan sifat-sifat yang lemah kerana siapa yang menyiapkan dirinya dengan sifat hamba Allah akan kurniakan pertolongan daripada sifat-sifatNya. Wallah A’lam.

No comments:

Post a Comment