Thursday, 25 December 2008

Perlaksanaan Hudud(Bahagian ke 2)

Jadi kita katakan hudud merupakan salah satu ubat yang paling mujarab untuk merawat pesakit yang sangat kronik. Kerana di dalam Islam kita mempunyai pelbagai rawatan yang susuai dengan penyakit. Kalau kita melihat kepada falsafah ciri-ciri hukuman di dalam Islam,ia tidak terlalu suka menghukum penjenayah sambil itu menyuruh penjenayah itu bertaubat melain kan di dalam keadaan yang amat perlu kepada hukuman.
Mereka yang menyatakan perlaksanaan hudud dan qisas bercanggah dengan perlembagaan,inilah kata-kata yang dangkal dan jahil terhadap tabiat sesuatu perlembagaan. Mereka mengetahui tabiat sesuatu perlembagaan ia boleh berubah dan boleh dipinda,jadi tidak ada masalah di dalam meluluskan undang-undang hudud.
Cuma di sini kita boleh timbulkan,ia melibatkan kepada sokongan penuh ahli parlimen,dan di sana terdapat banyak anggota parlimen yang bukan Islam seperti kapal singh,lim kit siang yang begitu lantang menentang hudud, kita pun tidak tahu apa yang mereka takutkan,adakah mereka penjenayah atau perompak atau suka main-main wanita yang sampai lawan sangat, atau mereka takut kepada Islam sebab mereka anti Islam atau mereka dengki kepada Islam dan sebagainya. Setiap penentangan mesti ada sebab yang logic,jangan hanya beralasankan negara ini negara secular seperti yang diishtiharkan oleh mahkamah agung. Kita mahukan perubahan,cukuplah mereka dah ada negara Cina yang tidak Islam atau negara India yang banyak buat kacau kat Islam,takkanlah menjadi kesalahan apabila umat Islam nak buat undang-undang ikut Tuhan mereka.
Kerajaan Kelantan dan Terangganu telah menyatakan orang –orang bukan Islam tidak dikenakan hudud, ini adalah logic syaire,bagaimana orang tidak sah solatnya boleh dikenakan hudud,mereka tak pergi haji,lepas tu kita nak kenakan hudud,kalau undang-undang ini dilaksanakan mereka pun terbela. Lihatlah kes-kes pembunuhan, tak dapat kerajaan selesaikan atau kurangkan,bahkan bertambah kes-kes jenayah di dalam tahap yang membimbangkan,mereka cuba mencari penyelesaian tetapi bukan penyelesaian sebaliknya mencari masalah seperti membasuh air kencing dengan air kencing bertambahlah najisnya. Marilah kita lihat dulu jangan cepat melenting,bukan teori barat menyatakan “ perlaksanaan itu membetulkan teori”,lihat dulu perlaksanaan, dan cuba tolong kami di dalam melaksanakan, orang lain bertongkat dagu yang kamu penat kenapa?
Cuma perlaksanaa hudud perlu banyak kepada keringanan agar keindahan Islam terserlah, perlu-perlu di sana pemilihan daripada mazhab-mazhab Islam yang luas walaupun melibatkan mazhab lapan atau mazhab 90 walaupun daripada syiah sekiranya bertepatan dengan maqasid.
Kajian perlu diperinci lagi supaya dhudud dijalankan di dalam ruh mudah dan cantik. Contohnya ibnu taimiyah menerima taubat seorang penzina di dalam meggugurkan kes sebat ke atasnya, mazhab hanafi di dalam kes potong tangan hanya dibenarkan 2kali pemotongan iaitu tangan kanan dan kaki kiri sekiranya berlaku kes curi berulang,dan selebihnya kalau dia mencuri lagi cukup dengan ditakzir agar dia boleh besuci dengan tangan yang tinggal. Ini diantara pendapat yang perlu diketengahkan oleh Pas.

Kalau nak bicara pasal hudud terlalu panjang ,tak sesuai disini. Cuma kita ingin katakana,sekiranya perlaksanaan hudud ini ditentang hebat pada pendapat saya,tidak mengapa ditangguhkan dahulu sehingga waktu yang sesuai kerana Nabi kita tidak mewajipkan raja najasyi ketika masuk Islam melaksanakan Islam seluruhnya ,kerana dia akan dipecat oleh rakyatnya. Di dalam kaedah kita katakan((ارتكاب أخف الضررين..
Allah hanya taklifkan benda yang kita mampu dan kita akan masuk syurga dengan kemampuan kita yang terada,inilah yang dibincangkan oleh ibnu taimiyah di dalam masalah adakah kita boleh masuk syurga walaupun kita tak dapat laksanakan islam sepenuhnya seperti raja najasyi ,insyallah kita akan masuk syurga.

Cuma selain daripada hudud dan qisas,kita juga perlu memperkemaskan undang -undang takzir yang nampak begitu lemah kerana terlalu banyak undang yang mendenda wang dan penjara kerana kita lihat kurang berkesan di dalam mengurangkan jenayah.Mungkin keadaan kita tak boleh laksana hudud lagi ,kita menuju kepada pembincangan takzir yang disepekati oleh semua rakyat Malaysia sebab kebanyakan undang-undang kita adalah takzir.
Kita juga perlu banyak menumpukan masalah melahirkan cendiakawan daripada terlalu memikirkan mengeluarkan amilin sebab ketidak seimbangan melahirkan kedua aliran ini akan melemahkan kebangkitan Islam dan gerakan Islam. Isu-isu seperti menghentam pendakwah bebas sebab dia bergerak seorang perlu dihentikan kerana tindakan dia tidak bercanggah dengan syarak kerana banyak membantu orang kenal Islam adalah pendakwah bebas ini yang dpanggil sohwah, yang berlaku kesedaran Islam secara individu jemaah dan daulah,kita amat perlukan sohwah islamiah ini agara Islam dapt berkembang dengan cepat disamping kewujudan harakah islamiyah, bagi saya, mungkin dengan para pemimpinan negara yang ingin bertaubat dan insaf di antara peluang yang besar untuk melaksanakan Islam secara syumul dan Islam akan menang tanpa pilihanaraya tetapi tanpa menafikan kepentingan pilihanraya untuk menegakkan Islam. Bukalah pintu-pintu taubat kepada pimpinan-pimpinan negara untuk bertaubat,lihatlah kepada sejarah pengislaman kerajaan monggol yang masuk islam ,selalunya rakyat yang ikut agama pemimpin,tetapi Islam mempunyai kekuatan sendiri yang mampu menarik pemerintah masuk Islam. Ini merupakan satu sejarah yang luar biasa.
Mudah-mudahan islam terus berkembang dengan luas dan kita tetap berjalan bersama islam.

No comments:

Post a Comment