Sunday, 28 December 2008

Ilmu Teori Belum Mencukupi.( Ibnu Jauzi).

“Aku melihat menyibukkan diri dengan fikh dan dengan mendengar hadis tidak cukup untuk merawat hati melainkan ilmu itu digabungkan dngan perkara-perkara yang menlembutkan hati dan membaca cerita sejarah orang solih.
Adapun mengetahui perkara halal dan haram bukanlah satu peranan yang besar di dalam melembutkan hati. Sesungguhnya yang melembutkan hati adalah dengan meyebut cerita-cerita yang menyentuh hati,dan cerita-cerita orang solih kerana mereka adalah golongan memahami maqsud daripada hadis-hadis yang dinukil. Mereka keluar daripada zahir cerita kepada aspek ruhani dan sentimen cerita-cerita tersebut.
Tidaklah aku ceritakan perkara ini melainkan untuk merawat dan mengubat,kerana aku melihat pelajar-pelajar yang belajar hadis,minat mereka hanya pada mendapat sanad hadis yang tinggi, dan minat fuqaha ialah untuk memperhebatkan pendebatan mereka.( lihatlah soidul khatir. Imam ibnu jauzi).ms 159.
Imam Abu Hasan An- Nadawi pun menyebut bahawa ulama-ulama dahulu berusaha untuk bergaul dengan orang-orang solih walaun ilmu mereka rendah daripada mereka untuk mengelokkan hati kita. Mudahan Allah Taala memudahkan kita membaca kisah-kisah orang solih untuk merawat hati kita. Amin.

2 comments:

  1. Memang tepat sekali. Mungkin sebab itu ramai orang yang tahu hukum tetpai tidak dapt menarik perhatian kerana akhlak yang baik terhasil dari hati yang kurang lembut. Semoga kita termasuk golongan yang terpelihara
    Muhaya

    ReplyDelete
  2. aa betul mak,mudahan kita dikurniakan hati yanglembut.

    ReplyDelete