Friday, 20 June 2008

Ilmu Adalah Syarat Bagi Setiap Jawatan

Kepimpinan(Qiadi).




Setelah lama meninggalkan perbincangan buku Akal dan Ilmu di dalam Al-Quran. Hari ini kita menyambung semula perbincangan mengenainya dengan tajuk ‘ Ilmu Adalah Syarat Bagi Setiap Jawatan Kepimpinan’.

Imam menyatakan di antara kelebihan ilmu ini, Al-Quran menjadikan ia syarat kelayakan bagi menjawat jawatan kepimpinan di dalam masyarakat. Tidak boleh golongan jahil memimpin sesebuah masyarakat. Sesebuah masyarakat perlu dipimpin oleh ahli ilmu. Berkata seorang penyair.

Apabila seekor burung gagak menjadi petunjuk kepada sesebuah kaum

Maka dia akan membawa mereka kepada bangkai-bangkai anjing.

Jadi apa yang kita dapat fahami daripada perbahasan Imam,sekiranya kita dipandu oleh golongan jahil maka keburukanlah yang kita akan alami,begitu juga agenda-agenda yang tidak mendatangkan faedah kepada kita pun di bawa.(fauwaz)

Imam menyebutkan lagi. Di dalam Al-Quran menyebutkan kelebihan ilmu sebagai syarat menjadi khalifah dimuka bumi ini. Lihatlah kisah Nabi Adam di dalam surah al baqarah ayat 31 dan seterusnya,

Begitu juga dengan kisah Talut di dalam surah al-baqarah ayat 247.Bagaimana dengan kisah Nabi Yusuf yang meminta jawatan sebagai Menteri Ekonomi dengan menyifatkan dirinya sebagai ‘hafiz alim’ amanah dan berilmu.

Kaedah yang disebutkan oleh Imam Qaradawi adalah sangat penting bagi memilih pemimpin masyarakat dan ia bertepatan dengan Al-Quran dan akal yang baik.

Thursday, 12 June 2008

Fikh Islam..


Fikh Islam adalah hasil dan natijah daipada pemikiran ulama-ulama besar dalam Islam yang bersandarkan kepada usul Islam iaitu Al-quran dan Sunnah bagi mengeluarkan hukum hakam.

Tidak wujud di dalam pendapat ulama kita terkeluar daripada usul syarie melainkan dalam kuantiti yang sedikit dalam keadaan mereka dimaafkan oleh Allah. Bagi pengamatan saya hamba yang kerdil ini,tidak ada pendapat-pendapat di dalam fikh islam melainkan ia bersandarkan usul syarak sama dalam bentuk khusus atau umum.

Mereka ulama Islam yang begitu ikhlas di dalam ijtihad mereka,mereka berijtihad untuk mencari keredhaan Allah keran ijtihad adalah ibadah akal yang begitu tinggi nilainya di dalam Islam. Kalau kita melihat kepada khazanah fikh islam kita,kita menyakini bahawa ia adalah satu system yang mampu menyusun corak kehidupan manusia daripada ibadat sampailah politik.

Sesungguhnya fikh islam tidak jumud dengan permasalahan-permasalahan semasa, bahkan ia sentiasa berinteraksi dengan kehidupan dengan kekuatan yang asli. Ini kerana fikh islam merupakan satu system pada umumnya berubah mengikut keadaan semasa,zaman,adat,perubahan politik ekonomi,maklumat sains dan teknologi. Ini bukan bermakna fikh islam hanya mengikut rentak keadaan semasa dan tunduk kepadanya,sebaliknya ia menyusun keadaan semasa berlandaskan syaiat yang mulia.

Sebagai satu maklumat penting,terdapat perbezaan di antara syariat islam dan fikh islam,syariat islam tidak menerima perubahan sampai bila-bila,manakala fikh bersedia menerima perubahan dengan syarat ia dilakukan oleh ulama yang muktabar. Contoh syariat seperti solat lima waktu, puasa ramadhan,ia tidak menerima perubahan,dan fikhnya seperti adakah fatihah wajip atau tidak ,niat diwaktu malam di bulan ramadhan adakah ia wajip atau sunnat dan badakah boleh di niat waktu malam. Jadi kita melihat fikh ia terdapat khilaf di antara ulama dan syariat.

Kebanyak pertelagahan di antara di antara umat islam bukannya pada syariat tetapi pada fikh islam. Tetapi yang malang kita melihat kita menjadikan pertengkaran didalam masalah fikh sebagai satu punca perpecahanumat kita. Sedangkan kita mempunyai kaedah di dalam berinteraksi denga fikh atau mazhab di antaranya,


1: Tidak boleh menginkari dan menganggap masalah khilaf itu berdosa,iaitu orang yang berpegang kepada kewajipan berniat ketika wuduk,dia tidak boleh mengingkari penganut mazhab hanafi yang tidak berniat ketika berwuduk ,atau wanita yang memakai purdah dia tidak boleh marah kepada meraka yang tiidak berpurdah yang hanya bertudung kerana terdapat khilaf dikalangan ulama dan menganggap orang tidak memakai purdah itu berdosa.

2: Sekiranya terdapat kesusahan di dalam beramal di dalam sesuatu mazhab,seseorang itu itu mengambil pendapat yang lebih mudah untuk diamalkan kerana taisir.bukan untuk bermain-main.sebaliknya dia diuji.


Bagi saya,kebanyakan pendapat –pendapat ulama adalah tepat dan boleh diamalkan walau[pun berlainan mazhab kerana bertaqlid kepada satu mazhab adalah tidak wajip sebaliknya perlu ada mazhab ketika beramal di dalam sesuatu masalah, dan boleh bertaqlid kepada mana –mana mazhab islam selagi ia tidak merosakkan syariat. Pendapat yang menyatakan talfiq adalah harus adalah pendapat yang kuat selagi mana tidak membawa kepada keruntuhan syariat dan tidak mengikut hawa nafsu atau bermain-main dengan syariat, kerana ia(talfiq) boleh mengurang ketaasuban mazhab dan memberi kemudahan kepada hamba-hamba Allah Taal,sesiapa yang ingin mempelajari fikh secara begini bacalah kitab fikh sunnah oleh syeikh said sabik.

Cara begini bukanlah bermasuk kita anti kepada mazhab-mazhab islam,bahkan inilah satu cara penghormatan kepada semua mazhab islam yang membawa kita kepada Allah. Membuka pintu ini adalh merupakan satu kerja mulia bagi penndapat saya kerana ia mencerminkan Islam yang mulia dan mudah.

Cuba kita lihat apa yang berlaku di Malaysia,pertengkaran berlaku di dalam perkara-perkara kecil sehinggakan membawa kepada perpecahan. Cuba tengok masalah talqin, tahlil,pertangkaran yang berlaku seolah-olah ia adalah asas kepada agama sedangkan ia adalah perkara tahsinat bukan daruri atau hajiat.kalau tidak dilakukan pun tak mudharatkan agama kalau buat pun tak salah. Cuma yang salah apabila kita menjadika ia sebagai perkara wajip yang perlu dilaksnakan. Tidak boleh perkara sebegini dijadikan wajip. Jadi janganlah duk marah orang yang melaukan talqin atau tahlil. Sebab bagi saya,perkara-perkara sebegini paling kurang ia adalah harus. Jadi perkataan masyru’ sesuai digunakan dalam masalah ini daripada dikatakan sunnah untuk mengelak kumpulan madiyun(wahabi) marah. Tidak ada masalah di dalam istilah.

Sebenarnya,kita perlu membincangkan perkara-perkara yang boleh membawa perubahan kepada masyarakat,kita mesti memikirakan apakah penyakit masyarakat yang menyebabkan mereka di dalam kehidupan,pemikiran ekonomi yang boelh yang menjadikan mereka bergerak lebih maju daripada menyibukkan mereka kepada perkara yang tidak menghasilkan faedah yang banyak. Inilah perkara yang perlu difikirkan,bukan saya nak kata tak boleh bincang langsung cuam jangan jadikan masalah-masalah tersebut sebagai agenda utama dakwah. Kita perlu mengajar manusia memahami Islam yang sebenar,bagaimana berinteraksi dengan al-quraan dan sunnah,bagaimana hendak masyarakat,mengajar manusia kearah berlapang dada kalau ada pendapat berlainan yang tidak diterima oleh sesebuah penduduk. Janganlah kita menjadi diktator di dalam mengemukakan pendapat.

Maka di sini kita nyatakan,fikh islam adalah satu sitem yang memudahkan orang ramai bukan menyempitkan,kalau terdapat pendapat yang susah di dalam suatu mazhab di sana terdapat pendapat-pendapat yang lain memudahkan.sesiapa yang membaca buku-buku fikh islam daripada pelbagai mazhab dia akan mendapati apa yang saya katakan.

Cuma saya katakan di sini,bukan semua orang mampu untuk menguasai fikh dengan baik atau menjadi fakih,ia adalah pilihan daripada Allah,maka sesiapa yang tidak menguasai fikh dia perlu bertanya kepada para ulama untuk menngetahui hukum-hakam.

Insyallah kalau ada masa lain kali kita bincang lagi tajuk ini.insyaallah.

Wednesday, 11 June 2008

Kefahaman sebaik-sebaik nikmat Allah.


Nikmat-nikmat Allah yang kurniakan kepada hamba-hambanya terlalu banyak. Ada yang dikalangan hambanya dikurniakan nikmat harta,nikmat sihat ,nikmat ilmu dan sebagainya.

Di sini saya ingin menyebutkan satu nikmat Allah yang paling besar iaitu nikmat faham. Barang siapa yang dikurniakan nikmat ini maka dia telah mendapat sebaik-baik kurniaan Allah.

Kefahaman yang dimaksudkan di sini meliputi banyak perkara, seperti ilmu,kehidupan dan sebagainya. Dan sebesar-besar kefahaman ialah kefahaman terhadap Allah dan RasulNya.

Ramai dikalangan kita membaca, belajar tetapi tidak dikurniakan kefahaman di dalam ilmu yang dia pelajari. Lalu terdapat kesilapan apabila menerangkan kepada orang ramai atau tersilap apabila dipraktikan.Yang amat malang sekali apabila sesorang itu tidak faham mengenai Islam dan Syariatnya lalu dia berprasangka buruk terhadap Islam. Inilah yang dialami oleh aliran sekular dan penganut-penganutnya.

Saya terbaca buku Imam Qaradawi yang bertajuk(syumululIslam) yang menghuraikan usul isyrin oleh Imam Albana. Ketika Imam membahaskan usul kefahaman, Imam ada menyebutkan bahawa kefahaman yang tepat adalah sebaik-sebaik nikmat. Kefahaman ini yang kita panggil fikh yang kita memahami sesuatu perkara berdasarkan realiti. Kita dapat memahami dan menterjemahkan di dalam kehidupan kita.

Sebab itulah kita perlu memohon kepada Allah agar Dia mengurniakan kefahaman kepada kita dalam bidang apa yang kita ceburi agar kita dapat berjalan di atas landasan yang betul sama kefahaman yang berkaitan dengan dunia atau akhirat.

Di dalam kata-kata syair,

‘ Aku mengetahui kejahatan bukan untuk melakukan kejahatan.’.

‘ Barangsiapa yang tidak mengetahui kejahatan dia akan terjebak kepadanya’.

Berkata golongan salaf,

‘ Barangsiapa yang mengetahui zamanya,makan luruslah jalannya.




Daripada apa yang kita sebutkan tadi, menunjukan betapa pentingnya kefahaman dalam hidupkita. Kita melihat remaja-remaja yang terjebak ke dalam gejala sosial mereka tidak faham hakikat hidup mereka yang mempunyai risalah untuk ditunaikan. Begitu juga pemimpin-pemimpin kita yang menipu rakyat mereka,mereka tidak faham tentang hakikat jawatan mereka, dan banyak lagi lah golongan yang amat perlu kepada kefahaman. Bagi,saya golongan yang amat perlu kepaa kefahaman ialah ulamak dan pendakwah yang ditangan mereka arus perubahan umat.

Marilah kita berdoa kepada Allah agar dikurniakan kefahaman terhadapNya,RasulNya dan terhapa kehidupan ini.Amin

Thursday, 5 June 2008

Bicara ISA

Ketika membaca harakahdaily,terdapat tajuk yang memceritakan tentang seksaan tahanan ISA. Ini merupakan perkara yang amat membimbangkan kepada umat pencinta keadilan. Kita merasa hairan kenapa orang yang belum diyakinni kesalahanya dipenjara sekian lama bahkan terdapat penyeksaan di mana ia dianggap sebagai satu langkah keselamatan bagi negara.

Apakah dengan memenjarakan orang yang belum lagi pasti kesalahannya dapat menyelamatkan negara. Bagi saya ,saya tidak kisah sekiranya seseorang yang pernah melakukan kesalahan di tahan di dalam lokap untuk mendapat kepastian terhadap kesalahan atau seseorang dipenjara di dalam lokap buat sementara sekiranya benar-benar terancam keselatam negara dengan syarat dia dilayan dengan baik,makan minumnya dijaga,dia boleh di ziarahi oleh keluarganya dengan mudah. Satu lagi perkara yang penting bagi orang berkahwin,mereka perlu disediakan tempat hubungan kelamin untuk menunaikan hajat mereka.

Sudahlah mereka dipenjara,kemudian dipenjarakan pula keperluan asasi mereka, di manakah keadilan. Saya katakan ini bukan di atas dasar melawak atau merapu,tetapi ini satu perkara yang perlu diketengahkan kepada pihak undang-undang untuk memperuntukkan perkara ini kepada mereka yang dipenjara. Dalam sudut yang lain,apakah salah isteri-isteri mereka daripada menjalan tugas kepada suami-suami mereka.

Terkeluar tajuk pula,tetapi inilah perkara yang perlu diketengahkan kepada masyarakat tentang kezaliman-kezaliman yang di lakukan oleh kerajaan. ISA ditubuhkan untuk menangkan puak komunis tetapi apa yang berlaku sebaliknya,pejuang-pejuang Islam dan keadilan pula yang ditangkap.

Teknik begini memang digunakan oleh pemerintah zalim untuk mengekalkan kuasa mereka,mereka tidak mampu berhujah lalu mereka menggunakan kuasa untuk menangkap orang. Apa punya zalim pemerintah. Mereka menggunakan haqqulquwah atau mantiqulquwah bukan quwatulhaq atau quwatulmantik untuk berdepan dengan pejuang-pejuang. Betapa lemahnya hujah mereka seperti sarang labah-labah.

Tetapi yakinilah bahawa kezaliman itu tidak berpanjangan,pasti cahaya kebenaran itu akan terpancar,yakinilah,jangan ragu-ragu. Marilah kita bersama-sama menentang ISA samada dengan pena,dengan suara atau demontrasi atau paling lemah dengan hati. Jangan biarkan hati kita suka kepada kezaliman walaupun ia berlaku ke atas saudara-saudara kita bukan Islam.

Ad- Din Dari Segi Bahasa dan Istilah.

Sudah lama tidak membicarakan tentang buku ini,insyallah kita sambung kembali.

Di dalam bahagian ini, Imam membincangan definasi Ad-Din dari sudut bahasa dan istilah.

Secara lanjutnya,Din yang kita terjemahkan sebagai agama mempunyai tiga makna dari susut bahasa arab. Dan ia berasal dari kalimah dana.

Pertama: Ia membawa erti memilki dan mentadbir. Maka Din di sini berbentuk mentadbir dan berpolitik. Ia disebut dalam bentuk fiel danahu.

Kedua : Apabila kita menggunakan dalam bentuk dana lahu. Maka ia bererti taat kepadanya. Maka ia berbentuk ketaatan dan ibadat.

Ketiga: Sekiranya kita menggunakan dalam bentuk dana bissyaik,maka ia bererti menjadikan ia sebagai agama dan mazhab.


Daripada apa yang kita faham daripada perbahasan bahasa, Din ini mempunyai pelbagai makna yang memungkinkan kita memahami erti Din di dalam Islam. Ia mempunyai hubungan yang kuat dengan politik. Di mana kalau kita melihat kepada pengertian pertama, maka ia meyokong pendapat yang kita katakan.

Imam menyatakan lagi,makna Din tidak lari daripada makna kepatuhan yang ilzam(luzumulinqiyad), iaitu pada pengunaan pertama ia bererti mengilzam dan mewajipkan kepatuhan(taat), pada penggunaan kedua ialah beriltizam dengan kepatuhan,merujuk kepada hamba,dan penggunaan yang ketiga ia bererti mabda atau system yang perlu diiltizam(dipatuhi).

Di sini kita dapat melihat kekayaan bahasa arab di mana satu kalimah mempunyai pelbagai makna atau di dalam bahasa istilah dipanggil isytirak atau musytarak. Nanti kita sambung kepada perbahasan istilah.